Tgh tidur, aku tiba2 nmpk ‘gula2’ tenung kami. Yang tak sptutnya org nmpk, tapi pelik aku mampu ‘lihat’

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Saya Nur. Saya nak pendapat dan nasihat, atau mungkin cadangan. Bagaimana untuk saya mulakan bicara ya…

Mata saya ni entahlah. Hijab terbuka ke apa. Tapi saya tak suka kannya. Saya benci dengan kelebihan ni. Bagi orang lain, ianya mungkin kelebihan. Tapi pada saya ia sesuatu masalah yang saya tak suka.

Mata saya mudah nampak mahluk yang pelik pelik.

Semasa kecil, di rumah atok saya, semasa semua ahli keluarga sedang tidur, tiba tiba saya terjaga.

Dalam mamai mamai pandangan mata saya nampak sejenis “gula gula” sedang memerhatikan kami sedang tidur. Berdiri tegak, bahu besar. Muka tak nampak, gelap sebab belakang “gula gula” samar samar lampu dari dapur.

Masa kat universiti, saya sorang dekat rumah hostel. Tiba tiba bunyi laci buka tutup banyak kali. Bunyi roda penyidai baju, bunyi orang main ampaian, main hanger.

Saya masa tu tengah serabut nak exam, saya marah lah, saya cakap ‘diam la!! Aku nak belajar ni!’

Tiba tiba diam dan ekor mata saya nampak kain putih (macam orang tengah berdiri tapi sipi sipi) dekat tepi dinding luar bilik. Pastu kat tingkap luar bunyi orang ketawa “ehmm mmm mmm”. Dengan ketukan halus di cermin tingkap.

Pernah nampak makhluk hitam tinggi siling rumah, besar tapi kepala kecik, misai panjang, kening tebal, mata sepet, dekat dada macam ada corak songket. Berjalan perlahan lahan pandang depan.

Pernah nampak kelibat hitam, anggaran budak 13-14 tahun lalu.

Nampak lembaga putih macam kabus lalu depan mata.

Mostly mereka tak kacau cuma mata ni kenapa. Saya tak nak nampak mereka. Saya tak suka.

Dan saya boleh rasa gelombang mereka jika nak kena tindih, which is dada saya berdegup laju, saya akan cepat cepat ubah posisi tidur. Allah saja tahu perasaan saya.

Saya pernah juga masa tu exercise, saya nak lunjurkan kaki, mata saya nampak kain batik lusuh lalu atas betis saya.

Saya juga pernah nampak makhluk berkain batik hijau seperti katak duduk diam di sudut satu bilik.

Saya pernah mimpi nenek saya bagi saya kertas tulisan sanskrit lama untuk baca. Dalam mimpi saya tolak, saya koyak kertas tu.

Tiba tiba ada lembaga macam kepala ular besar gigi taring air liur hitam menjijir keluar dekat mulut dia. Suruh saya baca juga, saya kata saya tak nak! Saya ambik kertas tu saya buang! Pastu tiba tiba tersedar dari tidur.

Pernah mimpi ditahan 6 orang berpakaian lama. Macam zaman 50an macam tu, tahan saya dan cuba ganggu saya.

Saya melawan, dan mereka bertukar jadi muka buruk. Saya lari dari mereka. Dan ada 1 nenek tua ajak saya ikut dia. Seminggu saya mimpi yang sama, tapi dalam mimpi saya tolak untuk ikut dia.

Jauh saya berlari, hari terakhir, saya jatuh dan lari sampai dah ada di masjid sebuah kampung. Saya menangis nak balik.

Tiba tiba nenek tua tu cuit saya dan dia cakap, “yelah cu, nenek minta maaf ya, nenek tak kacau cu dah, nenek pergi dulu ya.” Alhamdulillah sampai sekarang saya tak de mimpi pelik pelik.

Saya nak tanya. Mengapa dengan saya. Apa masalah saya?

Saya juga ada 1 lagi problem. Adik ipar saya sepertinya mempunyai saka. Masa datang ke rumah mak saya, dia histeria. Dan mengatakan nak balik. Bila buat rawatan, dia ada benda itu dan pernah mimpi menerima.

Masa dia tengah lemah, saya ada urutkan dia sambil dalam hati baca ayat kursi. Malam tu saya tak boleh tidur dan beberapa kali tangan saya tersentak sendiri.

Tengkuk saya sakit dan 3 hari saya mandi limau baca bismillah 5, ayatul kursi dan 3 kul. Malam last saya ada mimpi putih, rambut menggerbang panjang, mata tersembul keluar, pandang saya macam marah dekat tingkap.

Dan saya dengar suara makcik saya halau dia dan makhluk tu terus pergi. Oh makcik saya ada belajar juga menjaga diri dari benda benda macam tu. Esok bangun, hilang semua lenguh lenguh di tengkuk saya.

Sejak dia kahwin dengan adik saya, saya keluar, dia masuk bilik. Macam nak mengelak.

Baru baru ni mak dan keluarga keluar pergi pasar malam, Dan hanya saya ada kat rumah. Adik saya datang dengan isteri dia. Isteri dia nampak saya, dia tak masuk pun rumah.

Dan sejak dia kahwin dengan adik saya, hubungan saya dengan mak makin renggang.

Pernah terdetik di hati saya, tiba tiba hati saya berkata, nanti mak akan tak suka aku, dan buang aku. Allah. Sekarang memang hubungan tengah renggang. Kalau saya tegur adik saya dan isterinya, mak akan melenting tiba tiba. Apa ni???

Buat pengetahuan semua, saya suka pakai minyak bidara. Di tengkuk, bahu, dan perut saya. Lama saya amalkan sebab saya takut sebab mata saya begini.

Apa sebenarnya ni. Saya solat puasa, saya insan biasa. Jalani hidup seperti biasa. Tapi kenapa mata saya begini. Saya tak mahu melihat makhluk begitu. Saya taknak mereka, saya tak mahu mereka. Apatah lagi menjadi tuan mereka.

Saya tak nak dan tak mahu. Saya hanyalah hamba Allah. Hamba Allah yang hina. Yang hanya mengharapkan belas ikhsan Allah swt. Allah.

Apa kah mata saya hijab terbuka?

Apa perlu saya buat?

Kenapa dengan saya?

Saya normal ke?

Jika hijab saya terbuka, kenapa mesti saya. Saya taknak hijab saya terbuka. Saya nak tutup.

Reaksi Warganet

Siti Farahana –
Seram baca malam malam ni. Tapi itu yang saya alami dari umur 8 tahun. Tapi bukan nampak, saya boleh dengar dan rasa kehadiran mereka.. Alhamdulillah semua dah ok sekarang..

Serahkan semua pada Allah. Dia maha tahu. Buat penyerahan total pada Allah. Mohon tunjukkan jalan keluar. InsyaAllah.. semua makin baik.

Ramnizah Mimi –
Anak sulung saya yang perempuan ada kelebihan macam confessor ni. Masa dia kecik kecik dulu dia bagitau nampak macam macam di rumah kami di kg. Saya tak percaya.

Bila umur 13 dia masuk MRSM Langkawi dia balik bercerita dia nampak macam macam lembaga. Tak kacau dia tapi dia nampak selalu.

Masa umur 15 dia mula di ganggu oleh lembaga tu. Dia dah tak tahan lalu call bagitau Saya. Terus Saya call homeroom dia. Minta tolong sebab kami tak boleh nak p jumpa dia dengan segera.

Alhamdulillah ada seorang ustaz di MRSM tu yang boleh tutup hijab anak saya tu. Alhamdulillah sekarang dia tak ada nampak dah lembaga pelik pelik.

Wahidah Farah –
Sis.. cari mursyid agama.. samada sis berkebolehan ataupun asbab kerana ada saka.

Sebab dari cerita sis, banyak sangat kedatangan mereka untuk bagi sis supaya terima ‘mereka’ plus sis cerita tentang makcik, etc.

Selalunya org berSAKA keturunan ni memang bercirikan pola simptom macam sis ni..

Beramal ibadah tahajud qiamulail mohon Allah berikan pnyelesaian. If tak elok untjk sis, moga ditutup hijab.

Sebab mnurut aruwah ustaz dato Ismail Kamus.. aruwah pernah ubatkn ipar saya dan penasihat agama aka frens family members untuk family kakak saya.

Dia bgtau, sekiranya manusia normal sihat tanpa gangguan related to jin (melainkn kasyaf ye) pasti tak kan dapat lihat benda ghaib sebegitu. Orang normal sihat ialah mereka yang tak dapat lihat macamtu.

Antara dua je lah samada sis kasyaf atau ada gangguan jin tak kirelah gangguan saka, etc.. Makanya cari orang agama pandai merawat yerrr. Untuk sure kan apa kah sbnrnya. Kasyaf atau gangguan ke atas dri yang taj normal. Semoga sis diprmudahkn urusan oleh Allah swt.

Hani Shukor –
Hi sis, usually if Sis boleh nampak ni meaning dekat dalam badan Sis pun dah ada yang menumpang dan dia bagi terbuka hijab untuk tengok geng dia Sis. Kene berubat buang. Cari ustaz sunnah yang upon the right manhaj.

Solat jangan tinggal, morning dan evening adhkar, baca the whole surah al baqarah selalu, tutup semua pintu pintu maksiat / dosa yang menyebabkan syaiitan dan jin untuk masuk dalam diri kita.

If possible cari balik if ada family members ada pendamping / barang keramat yang dibuat sebagai azimat – hapuskan.

Kadang kadang if dah buang pun akan datang lagi if kita lalai / lemah / stress. So kena selalu benteng diri dengan perkuatkan amal ibadah ya. Good luck sis!

Sumber – Nur (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *