Lps kematian penyanyi itu, aku tersedar. Hidup ini xlama. Aku dah khianati kaumku sendiri. Terasa jjik diri ini

Foto sekadar hiasan

Aku berusia 25 tahun dan belum berkahwin, aku telah menjalinkan hubungan dengan suami orang, hubungan terlarang.

Pada mulanya, hubungan tu sekadar kawan, hubungan abang kepada adik. Tapi menjadi tahap yang serious sehingga kami melakukan hubungan terlarang yang dimurkai Tuhan iaitu hubungan z1na.

Ya, hubungan haram yang semakin hari semakin seronok dilakukan, semakin hari semakin aku jauh dari Tuhan, aku dibuai dengan kata kata manis dia.

Bila dipikir balik, dia hanya cari aku hanya untuk melakukan hubungan terlarang sahaja. Ini merupakan kali pertama aku terjebak dalam percintaan suami orang.

Dulu aku sangat benci perampas, aku sangat benci dengan orang yang curang, sekarang Tuhan membolak balikkan hati aku. Aku diduga, sungguh hebat kata kata lelaki yang merupakan suami orang, seorang ayah kepada dua orang anak.

Walau bagaimana pun, instinct seorang isteri ni sentiasa betul. Kau kena pegang ayat ni sepandai pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua dan bangkai kalau ditutup tetap berbau jugak,

Kau sorok harini perbuatan hina kau dengan aku, satu hari nanti kalau tak kantoi dengan aku, mungkin kau akan kantoi dengan orang lain.

Pada satu hari, bila Malaysia digemparkan dengan kematian penyanyi tanah air yang merupakan seorang ibu, yang bertarung nyawa melahirkan zuriat, Ini membuatkan hati aku terjentik bahawa besarnya pengorbanan seorang isteri melahirkan zuriat sehingga sanggup pertarungkan nyawa.

Dia pernah cerita dengan aku yang isteri dia kuat cemburu, terlalu control. Tapi aku tak pernah percaya apa dia cakap. Kalau perempuan dah jadi macam tu mesti ada sebab, sebab bukan sekali kau buat macam ni kan.

Aku ada kakak dan abang aku yang tak berjaya dalam perkahwinan, anak anak terpisah rasa beban akibat perpisahan tersebut.

Aku sayang anak anak buah aku. Aku tak nak anak anak dia jadi macam anak anak buah aku yang broken family. Jangan disebabkan perangai kau, anak anak jadi mngsa. Dorang perlukan kasih sayang.

Jangan jadikan alasan PJJ dengan isteri dan anak anak, kau cari ramai perempuan untuk kau lempias nfsu. Kau ada anak, kifarah tu ada.

Lepas peristiwa kematian penyanyi tersebut, aku mulai sedar, hidup ni tak lama, bahawa aku telah mengkhianati kaum aku sendiri aku merasakan aku ni jijik, hina dina sungguh diri aku ini, aku kotor.

Aku menangis hari hari kerana dosa yang dilakukan oleh aku merupakan dosa besar. Aku minta dengan Tuhan supaya tarik rasa sayang ni. Aku rasa bersalah dengan isteri dan anak anak dia. Sampai satu tahap aku dah tak mampu nak hadap dunia ni.

Aku membayangkan bahawa isteri sibuk jaga anak anak, isteri mempertaruhkan nyawa demi zuriat dari perkahwinan suci, tapi suami sibuk dengan perempuan lain dekat luar, berseronok dengan perempuan lain.

Dan perempuan lain tu merupakan aku sendiri. Aku tak dapat bayangkan macam mana kalau isteri dia tahu semua ni. Apa perasaan isteri dia?

Semua ni berpunca dari aku, kalau aku tidak melayan, semua ni tidak akan jadi. Sekarang aku dalam proses melupakan dia. Aku minta Tuhan tarik rasa sayang ni. Aku tak benci dia, aku benci perbuatan dia.

Aku benci semua yang dia buat. Aku benci dia tak setia, aku benci dia curang. Aku tahu bukan aku je yang dia buat macam ni. Sebab tu aku dah tak berhubung lagi dengan dia.

Aku harap semoga satu hari nanti kau akan berubah menjadi seorang yang setia, seorang yang ayah baik kepada anak anak kau. Jangan pernah khianati isteri kau.

Apa apa yang kau buat dekat dunia ni berjalan lancar semua disebabkan doa isteri kau. Aku tak nak kau tersungkur hilang semua benda. Jatuh terduduk, sampai kau takde pape.

Sampai bila kau nak hidup dalam dosa? Kepada isteri H “saya minta maaf sangat sangat sebab saya dah khianati awak. Saya banyak buat salah dengan awak.”

Aku doakan semoga perkahwinan korang kekal sampai ke jannah. Perjalanan hidup aku jauh lagi, sekarang ni dengan wabak yang melanda, bila bila masa je aku boleh pergi.

Aku minta maaf dengan semua membaca ni kalau korang sakit hati baca kisah hidup aku, aku minta maaf kepada kaum aku sendiri.

Doakan aku kuat lupakan dia. Jalankan kehidupan baru, dapat jodoh yang boleh membimbing aku, supaya aku menjadi anak yang solehah. Aku sedia terima kifarah atas dosa dosa aku.

Terima kasih sudi membaca.

Reaksi Warganet

Edha Yadhira –
Teringat baru baru ini saya didekati seseorang. Kami kenal atas urusan kerja. Disitu dia cuba mendekati, berkali kali ajak jumpa di luar, ajak lunch, dinner.

Awal awal dia mula mesra, dia nak saya hilangkan panggilan ‘encik’. Saya turutkan. Tapi dari awal saya tanya statusnya. Betul tekaan saya, dia dah berkahwin.

Saya minta tolong bff saya doakn perasaan saya hapus untuk lelaki itu. Walaupun saya kategori andartu, demi Allah saya tak tergamak menyakitkan hati wanita lain. Katanya hubungan dengan isteri complicated.

Tapi saya nekad letak batas antara kami, sebab saya percaya mereka boleh berbaik semula jika saya tidak hadir sebagai orang ke 3.

Alhamdulillah doa saya dimakbulkan, perasaan saya sudah tiada untuk dia. Saya harap awak juga begitu. Ini la jihad saya, biar la orang kata saya tak laku, saya lebih bahagia begitu.

Dan saya sangat hormati seorang wanita bergelar isteri, sebab saya juga ingin menjadi isteri yang dihargai 1 hari nanti. Semoga Allah terus pelihara hati saya.

Fadzilah Musa –
Dik hati hati dengan ayat last sedia terima kifarah tu. Sebab dosa Ziina adalah dosa yang memang akan dibalas di dunia lagi.

Takutnya jika kenangkan apakah balasan apa Allah nak bagi sebelum mati. Sakitkah, lumpuhkah? Nauzubillah.

Selain dari ditarik cahaya dari wajah, berziina juga akibatkan seseorang terus berada dalam kemiskinan, kesusahan

Kepada semua semoga kita dijauhkan dari ujian ini. Ingatkan hukuman dia tetap dibalas di dunia tak tunggu akhirat. Memang menakutkan. Nauzubillahiminzalik, semoga Allah lindungi kami dah keluarga kami

Ummi Dawila –
Bila baca kata kata awak ni, teringat pulak saya dengan kata kata seorang wanita ni. Sebijik doh ayat dia.

Awak nak tahu ke macam mana perasaan isteri dia? Saya yakin isteri dia rasa yang sangat sakit. Yang tak pernah dia rasai kesakitan selama dia hidup…

Tak pa la dik… Benda dah jadi, awak pon dah sedar dan bertaubat kan. Teruskan bertaubat k. Kalau boleh buat hari hari supaya sebati dalam diri, supaya Allah terima taubat adik…

Semua orang ada melakukan kesilapan. Akak doakan adik berjaya lupakan lelaki yang macam tu. Dijauhkan dari lelaki macam tu…

Dan akak aminkan doa adik supaya lelaki tu berubah ke arah kebaikan. Semoga lelaki tu dijentik Allah untuk sedar atas kesilapan dia pada anak, isteri dan mak ayah dia…

Bzy kan diri dik untuk lupakan semua tu… Letak Allah no 1, Nabi Muhammad S.A.W no 2.. InsyaAllah ada keberkatan dalam hidup adik. Doakan akak jugak tau supaya tak tergolong dalam golongan yang tak diredhai Allah…

Norlaila Mohd Din –
Hukum orang berziina ni di sebat 100x bagi yang belum berkahwin. Bagi yang dah berkahwin direjam sampai mti.

Ziina ni dosa besar, keadaan akhir zaman yang menunjukkan keadaan umat Islam tenat ialah berziina melata dibumi. Allah amat murka denga perbuatan jijik ini. Perlu insof dan bertaubat nasuhah. Berhenti, menyesali, dan membenci perbuatan dosa tu.

Jangan diungkit, jangan diceritakan kepada sesiapa pun, tanam dilaut dalam sampai akhir hayat. Tutup segala lubang mendekati ziina. Pergaulan bebas tanpa had, samada diluar atau atas talian pun, bersembang tanpa keperluan dengan lelaki ajnabi hatta tanya apa khabar pun, elakkan.

Gantikan dengan belajar ilmu, cari kengkawan yang beriman…move on. Tapi JANGAN SESEKALI BUKA CERITA ZIINA INI DGN SESIAPA PUN.

Benci lah sebenci nya perbuatan tu. Gantikan dengan tekad jadi diri dan orang terdekat untuk lebih baik. Sekali lagi…jgn cerita..

Sumber – ZZ (Bukan nama sebenar) via IIUMC

One comment

  1. Aku sangat benci dengan perempuan Yang suka anggap suami orang itu Adik. Sebab sebagai sumbang mahram…tiada istilah Adik abang…pasti lama kelamaaan pasti timbul perasaan rindu, suka, cinta ..dan penghakiran ke perzinaan. Ramai dah kejadian macam nie. Sebab saya juga mangsa Adik angkat si abang rapat dengan isteri, lama² Adik angkat makan belakang bila isteri PJJ. Saya tak salahkan si Adik angkat sahaja..kalau bertepuk sebelah tangan pasti tak bunyi. Sebelum rosakkan rumah tangga orang lain..dekatkan hati dengan Tuhan. Buat aktivitivi biar dengan kawan² perempuan atau biar ramai². Elakkan watsapp/ call kalau tak perlu. Ingat…kirafah itu pasti… Lambat atau cepat pasti Akan berbalik dengan diri sendiri atau keturunan Kita. Apa Yang Kita tanam, itu Yang Akan Kita tuai.

    Thank you admin Kerana post luahan hati saya♥️

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *