Besarnya pengorbanan popo. Kematiannya sunyi. Tiada harta di dunia. Tp lngsung tak susahkan sesiapa

Foto sekadar hiasan

Popo aku berbangsa cina, Ibuku mualaf dan Babah ku berbangsa melayu. Ibu dan babah bercerrai sewaktu umur ku kurang dari 2 tahun. Tetapi menurut popo dia mula menjagaku sejak aku bayi berusia 6 bulan.

Ibu cuba nak bangun semula dari percerraian dan sibuk bekerja, oleh itu popo lah yang membesarkan aku.

Sewaktu usiaku 6 tahun ibu kerap berjumpaku dan apa yang aku ingat ketika itu dia sedang mengandung anak ke 2, adik tiriku,

Tetapi cuma untuk beberapa bulan ibu berpindah bersama suami barunya ke bandar yang jauh dariku, sekali lagi aku terpisah dengan ibu..

So secara kesimpulannya ibu kehadirannya selama aku membesar seperti “easy come, easy go”.

Walaupun popo berlainan agama, popo tidak pernah membiarkan aku buta agama. Popo hantar aku ke sekolah agama, dia selalu berpesan agar aku tidak lupa pada agamaku, dan paling utama jangan lupa pada Allah, jangan mendustakan agamaku itu pesanannya.

Popo ibarat ibu dalam hidupku, manakala ibu dan aku semakin lama semakin tidak sehaluan. Mungkin kerana tidak ada mother and child bonding antara kami sejak aku masih bayi jadi agak susah untuk pulihkan keadaan kami yang tidak sehaluan.

Popo banyak berkorban. Dia tak berharta, tapi dia menjaga adiknya, anaknya (perempuan 2 orang, ibuku anak sulung), dan menjaga cucunya…

Besarnya pengorbanan popo tidak ternilai dengan wang ringgit. Memang sifat popo menjadi seorang ibu kepada keluarganya atau jagaannya.

Nak memendekkan cerita, ini bermula perubahan yang sangat membuat aku sedih.. Sejak 5 tahun lalu, popo dah mula nampak semakin susut,

Selalu jatuh sakit dan juga diabetic yang memerlukan dia untuk menggunakan insulin 3-4 kali sehari bergantung pada jenis insulin dan dos mengikut keadaan kesihatannya.

Pada 2019 popo masuk wad sebab dia tergelincir dan terjatuh, disebabkan faktor usia, tulangnya agak rapuh dan retak.

Tetapi semasa dia di wad, ibu telah mengajak popo untuk memeluk Islam. Popo bersetuju lalu dia mengucap dua kalimah syahadah dihadapan ibu dan makcik.

Sebabkan kesihatan popo yang kejap ok kejap tak sihat, tidak sempat untuk bawa popo untuk mendaftar secara rasmi status Islam di pejabat agama.

Pada awal tahun 2020 perubahan ketara pada popo. Ku sangkakan ia cuma normal nyanyuk biasa.. alah biasalah orang tua bisik hatiku sendiri.

Bila sudah hampir pertengahan tahun 2020 aku tak sedap hati, dia mula lupa perkara yang baru berlaku, dan perkara yang penting, dan mula bercakap seperti sedang keliru, pertuturannya ayat tunggang langgang. Dan kerap bercakap sendiri.

Lepas dah bawa cek rupanya popo dah early stage of dementia. Tetapi sangat cepat menurun prestasinya.

Lepas dah cek lebih detail rupanya dia menghidap cerebral atr0phy. Otaknya sedang mengecut dan akan mengecut lebih cepat dimasa akan datang.

Tahun 2021 popo dah mula berhalusinasi. Dan tiba tiba pada bulan julai 2021, aku tidak menghubungi popo seminggu lebih atas kesibukan mengurus keluarga. Tidak sampai 2 minggu aku tidak menghubungi popo, dia sudah tidak mengenali aku.

Aku sebak, oleh sebab itu aku tetap teruskan menghubungi popo setiap minggu walaupun dia tidak mengenaliku lagi.

Kadang ku ajak popo menyanyi lagu yang selalu kami nyanyikan waktu bermain semasa aku masih kecil. Aku akan layan popo seperti budak budak,

Aku pujuk popo macam pujuk budak. Aku ajak nyanyi, bergurau, seperti mana dia melayan kerenah ku waktu aku kecil, seperti itu juga aku layan karenahnya. Kerana aku tahu popo tidak begitu dan tidak meminta semua penyakit menimpanya terjadi.

Aku akan berbakti terima popo dan tidak akan membuangnya kerana seluruh hidupku, tanpa popo aku mungkin tidak akan mendapat hidup yang serba cukup.

Walaupun tidak kaya tidak berharta tapi popo sentiasa mencukupi apa keperluan dan kemahuanku selagi ianya mampu popo usaha untuk cukupkan aku.

Tiba tiba 10 ogos 2021 popo mula demam ringan. Kejap ok kejap demam. Pada hari ke 3, aku kol ambulance nak bawa popo ke hospital.

Pihak kecemasan tak nak terima katanya belum kes kecemasan. Padahal aku dah bagitau demam on off dah 3 hari, batuk ringan, 0ksigen 87%-93%. Dahla dia macam macam sakit ada..

Tapi aku terpaksa akur sebab aku takda kenderaan, tak ada lesen, ada 2 anak kecil tak boleh ditinggal tanpa pengawasan. Nak bawak naik grab takut popo ada c0vid nanti tersebar ke orang lain pulak.

Sampai hari ke 6, (16/8/2021) oksigen level dia dah drop sampai 70%, dia dah semput nak bernafas, barulah hari tersebut ambulance nak datang dan tolong bawa ke hospital.

Dia disahkan positive C19. Padahal dia takda keluar pergi memana, dah vaksin dos pertama pfizer.

Aku kesian popo dekat wad, dia mesti keliru tempat tu dia tak tau, tak biasa, persekitaran dia tak pernah nampak dan tiada sesiapa yang dia kenal, tiada satupun keluarga dapat menemani dia,

Bertelefon pun tidak dapat kerana popo tak tahu guna hp, dan popo seperti sedar tak sedar bila disoal. Tahap kesedaran mindanya sudah agak merosot..

Oksigen yang dipakaikan dia asyik tanggalkan, sewaktu dimasukkan hos untuk beri susu guna hos melalui hidung tu dimasukkan popo bertindak agresif.

Pihak hospital bagitau yang popo terpaksa diikat tangan agar dia tidak menanggalkan lagi oksigen yang dipakaikan.

Aku menangis terbayangkan situasi popo pesakit dementia, dia tidak tahu apa yang sedang berlaku, kenapa dia disitu. Mesti dia sedang tercari cari jawapan.

Sebab keadaannya, popo tak faham apa yang buat dia perlu dipakaikan oksigen, Masuk susu melalui tiub hos, tangan diikat. Tiada sesiapa yang popo kenal, mesti dia rasa sunyi, takut, sedih, dan stress sebab segalanya umpama persoalan yang tidak dapat dia rungkaikan.

Dan tiada jawapan langsung untuk segala persoalan dalam pemikiran popo, dan tiada ahli keluarga dapat bercakap untuk menenangkan popo..

Pada 26/8/2021 doktor bagitau yang keadaan popo dah critically ill. Doktor tak boleh tidurkan popo dan bagi bantuan mesin atas faktor usia dan ada beberapa penyakit yang dihidapi.

Doktor kata mereka hanya dapat bagi bantuan oksigen biasa, so doktor suruh bersedia dan maklumkan pada ahli keluarga. Sebab keadaan masa tu dah 50/50.

Lepas 3 jam kemudian doktor call.. maklumkan bahawa popo dah menghembuskan nafas terakhir pada 5:37 petang.

Aku sedih, rasa hati hancur, terbayang macamana sakitnya dia sewaktu nazak, macamana sakitnya dia tangan diikat selama di wad, tiada siapa siapa dapat bercakap dan berjumpa popo, dengan keadaan dia penuh keliru.

Dia melalui kesakitan penuh sedih dan sunyi selama 16/8 – 26/8.

It breaks my heart to know that she is going through all that.. Dia banyak berkorban untuk keluarganya.

Biarpun miskin dia lah paling banyak menjaga keluarga bukan dengan wang ringgit tetapi hidupnya penuh sibuk kerah tenaga urus makan minum dan menjaga keluarga.

Dan paling aku terasa besarnya pengorbanan popo, ialah kematiannya sunyi tetapi dia tidak menyusahkan sesiapa walaupun dia tidak menanggalkan apapun harta didunia, dia tiada aset tiada duit, tiada rumah..

Tapi dia tiada meninggalkan sebarang hutang langsung lepas kematiannya. Tiada loan bank, tiada hutang tertunggak, tiada hutang langsung.

Besarnya pengorbanan dia walau sampai saat mati pun dia masih menjaga keluarga. Dia tidak menyusahkan keluarga, dia miskin tanpa harta tapi budinya yang mati tanpa meninggalkan hutang itu aku betul betul kagum. Besar sungguh pengorbanannya.

Dia tidak berharta dan tidak mengharapkan dibalas harta atau dibalas budi. Kematiannya sakit dan sedih dilaluinya sendiri penuh sunyi.

Selepas dia pergi, tiada hutang dunia antara dia dan dunia, seperti dia masih menjaga keluarga dengan cara tidak memberi satupun beban kepada keluarga setelah dia meninggal dunia.

Reaksi Warganet

NZ Kasih –
Sedih nya….. Adakah jnazah nya di uruskan secara Islam?. Kalau ya, Alhamdulillah semoga dosa nya bagaikan baby yang baru lahir.

Biar kematian nya sedihnya di mata kita tapi berbahagia d sisi sang pencipta. Banyakkan bersedekah untok aruwah. Hanya itu ja yang kita boleh tolong

Tqa Ejoi –
Moga rohnya dicucuri rahmat.. dan masuk ke dalam syurga abadi..

Saya percaya pihak hosptal buat yang terbaik untuk dia. Di ikat tu bukan ape seperti yang orang awam bayangkn. Bukan untuk siksaan.

Tapi kebaikkannya supaya tak cabut tiub oksigen, tak cabut tiub susu untuk keyangkn, tak cabut tiub untuk bagi ubat, tak cabut tiub kencing supaya dia bole keluarkan kencing.

Dan untuk pngetahuan TT, tali ikat tu bukan la tali rapia etc yang kuat, tapi tali lembut yang ada pad lembut. Dan ruang untuk pengaliran drah, dan sentiasa di cek supaya tangan tak lebam,tak biru, tak merah, tak panas, tak sejuk…

Amni Nabihah –
Takziah TT.. Alhamdulillah popo sempat kenal dan memeluk Islam. Innalillahiwainnailahirojiun..

Walaupun memang pedih pada pandangan manusia tapi disaat popo memeluk Islam dia bersih sebersih bayi yang baru lahir untuk menerima kehidupan abadi yang menanti.

Cantik pengakhiran dia. Semoga dia ditempatkan bersama orang orang beriman di syurga. Aaminn

Sumber – Es (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *