Banglo 2M, aku beli bwh 1M. Murah sbb dulu 1 fmly mti dibnuh. Aku nekad beli, jam 1am tiba2 loceng berbunyi

Foto sekadar hiasan

Hi semua. Saya ada satu confession. Agak pelik tapi benar. Pada awal tahun 2020 (pre c0vid), saya telah membeli sebuah rumah.

Rumah ini bukan la rumah biasa. Ia terletak di tepi tasik. Ada beberapa rumah di sekeliling, boleh dikatakan kawasan elit disebabkan tanah “resort”.

Mengikut logik akal, saya tak mampu untuk membeli, hanya mampu tengok.

Pada mulanya, saya bercadang ingin membeli sebuah apartment dan settle down disitu. Oleh disebabkan saya seorang lelaki bujang, jadi saya tidak perlukan rumah yang besar untuk didiami.

Sedang saya mencari rumah, saya ada teringat yang saya ada kawan yang sama sama bersekolah dahulu yang kini bekerja sebagai agen hartanah.

Jadi saya mengambil keputusan untuk berhubung dengan nya. Dia la yang memberitahu saya ada sebuah rumah cantik, nak dijual pada harga below market. Sangat below market ya.

Saya tanya dia, “what’s the catch?” Dia kata rumah ini pernah menjadi saksi pembnuhan sekeluarga. Dia tidak la beritahu ada sebab pembnuhan, cuma dia beritahu saya berapa orang yang m4ti.

Rumah ini sangat cantik ya, design yang modern. Ada swimming pool, mini garden, ada office room dalam rumah, ada walkin wardrobe dan ada garaj yang boleh memuatkan 2 biji kereta. Memang cantik.

Rumah ini mempunyai 6 bilik tidur dan 6 bilik air, juga mempunyai dry and wet kitchen dan pantry/ laundry room.

Pada asalnya ini tanah kosong, tetapi keluarga tersebut membina rumah atas tanah ini dengan design mereka sendiri. Oleh sebab itu, memang cantik.

Mengikut logik akal, rumah ini tak kurang dari 2 juta ringgit. Tetapi saya dapat below market, kurang dari 2 juta. Dan kurang dari 1 juta.

Oleh disebabkan seluruh keluarga itu m4ti di rumah itu, yang menguruskan nya adalah abang kepada ketua keluarga tersebut.

Abang tu cakap pada saya, rumah ini dibina 2016. Pembnuhan berlaku 2018. Dari 2018 sehingga 2020, tiada orang duduk. Ada la perabot dan sebagainya, tetapi tiada penghuni.

Jadi ya, saya mengambil keputusan untuk beli. Bincang punya bincang, nego punya nego, saya dapat harga cantik. Dan saya beli.

Mungkin kalian bertanya, dimana semua mngsa m4ti? Baik. Mereka sekeluarga ada 5 orang. Ibu dan ayah dibnuh di master bedroom, atas katil.

Anak perempuan dibnuh di bahagian wet kitchen. Lagi 2 anak lelaki, seorang bnuh diri dengan menggantungkan diri di biliknya dan seorang lagi ditemui di ruang tamu dengan kesan kelar di tangan.

Ya, it’s too much kan? Mungkin korang anggap saya giila.

Saya ini bukan seorang yang terlampau obsessed dengan tahyul mahyul ini. Saya seorang yang sangat realistik.

Ya, saya tahu dan percaya syaiitan dan jin itu wujud. Dan ya, apa yang berlaku pada keluarga itu sangat tragik. Tapi that’s life. People live and people die everyday.

Saya tak fikirkan sangat pasal rumah ini ada sejarah pembnuhan ke apa ke, saya nampak opportunity dalam membeli rumah yang besar dan mewah sebegitu pada harga yang cantik.

Kawan saya (agen hartanah) ada berkata, banyak saja rumah second yang orang beli pernah ada kes dalam rumah itu,

Baik dari segi bnuh diri, dipecah masuk dan bnuh, rgol dan bnuh dan macam macam lagi la, tapi pembeli jarang tahu, sebab agen takkan cakap. Dan owner rumah juga takkan cakap.

Demi mengekalkan harga rumah. Dan sebab itu juga kalau korang pergi ke hotel yang pernah ada kes orang m4ti di bilik hotel, pihak hotel takkan kongsi info tu pada korang.

Kadang korang baring atas katil bekas orang m4ti dibnuh pun korang tak tahu. Itu adalah normal.

Sekarang sudah genap 2 tahun saya mendiami rumah ini. Oleh sebab saya pindah masuk pada May 2018.

Ketika C19, dan ada restrictions untuk berjalan, ahli keluarga saya tak pernah ke rumah saya ini. Dan ketika selepas PKP 1.0 pun saya tak ada buat open house atau doa selamat.

Keluarga saya tak tahu pasal ni. Pasal sejarah rumah ini. Saya hanya memberitahu mereka saya ada membeli rumah. Itu saja.

Mungkin bila keadaan reda dan boleh merentas negeri, saya akan jemput mereka ke sini.

Untuk makluman, saya tidak mengeluarkan sebarang kos untuk renovate, rumah ini dah complete semua.

Rumah ini dijual sekali bersama perabot dan appliances. Bagi saya sangat berbaloi. Ya, saya ada keluar duit sikit, itu pun hanya upah cat rumah luar dan dalam sahaja. Selain itu, tiada.

Katil tempat berlaku nya pembnuhan itu tetap saya gunakan. Saya panggil orang datang basuh katil dan saya letak cadar saya yang baharu sahaja.

Mungkin korang tertanya tanya, tak rasa takut ke? Tidak. Saya tak rasa takut. Ada gangguan ke? Ya, ada. Tapi saya buat tak tahu.

Rasa sentiasa diperhatikan ke? Ya, saya rasa. Oleh disebabkan saya tinggal di master bedroom, dan saya tinggal seorang. Ada balance lagi 5 bilik tak digunakan.

Tapi saya selalu saja kadang kadang bertukar tukar bilik setiap malam untuk tidur.

Saya bercadang nak convert salah satu bilik untuk jadikan gaming room/ gym room/ home theater room. Tapi itu akan datang la.

Di sini setiap 2 minggu sekali akan ada pengemas rumah datang untuk kemas rumah. Saya upah. Jadi rumah sentiasa bersih.

Untuk makluman juga, di sini memang ada rumah rumah lain yang berdekatan kompaun rumah saya, tetapi hanya ada sedikit sahaja yang betul betul ada orang tinggal. Selebihnya, jadi rumah getaway/ weekend house.

Jadi malam memang sunyi disini, tiada kenderaan lalu lalang dan sebagainya. Kalau saya di rumah, saya buka movie di ruang tamu dengan volume yang kuat pun, takda jiran yang akan complain. Ya ibarat sunyi macam itulah.

Setiap malam saya tidur, akan ada bunyi ketukan pintu bilik. Saya tahu memang ada yang nak mengacau. Tapi saya buat tak endah, lama lama annoying jugak la rasa.

Tapi one thing saya nak cakap, you control you mind, never let your mind control you.

Stand your ground, you are the owner of the house, yang datang mengganggu tu hanya penumpang sahaja. Kenapa owner nak takut pada penumpang pula.

Saya juga lihat masyarakat kini terlalu obses dan terlampau takut. Mungkin sebab influence dari cerita cerita hantu dan sebagainya.

But don’t be afraid. Stand your ground, and show your dominance. Itu mentaliti yang saya pegang sehingga sekarang.

Dan ya, sekarang tiada lagi gangguan dan apa pun, mungkin benda yang menganggu tu pun bosan saya tak layan mereka, haha entahlah.

Mungkin pembaca yang membaca ini anggap saya bongkak dan cakap besar, tak ada apa yang perlu saya bongkak. Saya tak takutkan mereka, saya takutkan manusia.

Kerana manusia la, rumah ini pernah jadi kes bnuh. Yang membnuh, mergol dan sebagainya, manusia. Bukan hantu hantu ini. Jadi ya, saya lebih takutkan manusia dari hantu.

Sebelum saya akhiri confession ini, saya nak berkongsi. Baru 2 hari lepas.. waktu malam.. ada orang tekan loceng rumah,

Oleh disebabkan rumah rumah disini berkonsepkan open gate dan tiada gate, jadi sesiapa yang tekan loceng tu, memang betul betul ada depan pintu masuk rumah la.

Nak jadikan cerita, ada bunyi loceng seingat saya jam 1.15 pagi macam tu, saya sedang membuat kerja di laptop.

Saya bergegas ke pintu depan, ada seorang makcik tua membawa bungkusan plastik menjual kuih. Menjual kuih pada jam 1 pagi.

Ya, makcik tu hanya menundukkan diri dan tak pandang saya pun. Saya tahu apa maksudnya, saya beri salam. Dia tak jawab, saya tutup pintu terus. Dan lepas tu dia tekan loceng lagi, saya buat tak tahu saja. Saya pasang earphone, buka lagu.

Pesan saya pada mereka yang lemah semangat, tak ada siapa boleh bantu awak melainkan diri awak. Kalau awak let the fear control diri awak, sampai ke sudah la awak jadi lemah semangat,

Nasihat saya.. beranikan diri. Pada mulanya.. susah. Tapi sekali awak dah biasakan diri, awak boleh duduk dekat hutan sorang sorang tanpa rasa takut.

Kita manusia dekat bumi ni khalifah, kita superior dari makhluk lain. Kenapa nak takut kan benda yang dibawah kita? Cuba fikirkan.

Betul, kalau ada pontianak depan mata kita, gigil kita. Tapi sekali awak approach dan unlock inner strength awak, trust me. No ghost can do harm to you.

Jangan risaukan hantu sangat,

Risaukan manusia.

Awak duduk rumah kunci grill pagar sebab taknak hantu masuk atau taknak perompak masuk?

Thanks.

God bless.

Reaksi Warganet

Ann Fardan –
Nanti dah tamat musim C19, panggil orang orang berilmu untuk keluarkan ‘penghuni’ dalam rumah awak…

‘Bersihkan’ rumah dengan cara yang betol. Esok lusa family nak datang. Awak pun akan berkahwin ada anak anak..

Kalau tak pindahkan ‘penghuni’ tu lama lama akan merosakkan kebahagiaan hidup awak. Jin syaiitan juga makhluk Allah tapi tak sesuai hidup bersama sama kita…

Wan Cu Wani –
Saya nak bagitahu pada yang tak tahu, selain menakut nakut kan manusia, jin juga mergol manusia.

Tidak kira wanita, lelaki atau kanak kanak, mereka juga meliiiwat, bole buat manusia sakit, boleh buat manusia giila, suka suki menumpang dalam badan.

Mereka juga seperti manusia, ada baik ada jahat ada yahvdi ada hindu ada keluarga dll, jadi semua itu diluar kawalan kita sebagai manusia. Sebaik baiknya mohonlah perlindungan kepada Allah daripada kejahatan dari golongan jin dan manusia.

Naqiv Mokhtar –
Dulu masa sekolah aku penakut, rumah pulak memang ade bende tu.

Then masuk u, paham paham jelah gangguan tu common bagi student, orang sebelah lah (sebelah badan je), kak ponti dok atas gerobok lah, main ketuk ketuk pintu bagai, mimpi mimpi pelik.

Roommate aku pulak macam biskut kejap ade kejap takde, habis exam terus balik. Aku pulak jenis balik lambat sebab tggu member habis exam ride dri utara ke selatan.

4 tahun dok inasis lama lama biase dah. Lantaklah nak buat apa apa. Rumah pulak bende tu memang suke selak selak langsir, mengendap bagai.

Dont let them smell your fear, dont let fear control your mind. Mula mula susah nak adapt, lama lama benda jadi macam biasa.

Seorang pekebun –
Sama macam bapak aku. Hantu pun takut dengan dia. Jin yang ajak berkawan punyalah ramai..
Yang menumpang dekat rumahmh pun ada.

Bapak aku sentiasa pesan, Kita ni Khalifah. Kita adalah tuan rumah. Kenan betol dengan bapak aku yek..

Bapak aku dari muda makan Tak bersendawa, kentut tak pernah dengar, makan jarang bertambah sekadar alas perut. Tiap malam tahajud, qiamulail. Puasa berbulan bulan. Tak suka ngeteh atau borak boraj kosong..

Tu pasal hantu takut. Jin yang ajak kawan semua janji dunia milik dia..
(Diceritakan oleh abang abang aku. Generasi 50an) sebab aku ni generasi bawah.. dia tak buka cerita ni.

Zayani Zikriah –
Ya saya setuju dengan awak. Saya bukanlah berani sangat tapi terpaksa berani.

2019 bos saya ada sewakan satu rumah untuk staf bujang ni, rumah tu dah lama orang tak duduk. Masa hari pertama masuk habuk memang tebal, lepas tu kertas sembahyang orang cina bersepah dekat tiap pintu ada lekat dengan siap pakej taburan beras kuning.

Saya tak fikir apa cuma aura rumah tu agak kelam. Lepas dah cuci semua saya pindah masuk dengan colleague. Yang buat seram bila jiran sebelah warning jaga jaga duduk rumah tu semua orang tak tahan katanya.

Alhamdulillah 2 tahun juga kitaorang bertahan kadang kadang dia ketuk dinding la berlari dekat tangga lah. Kitaorang buat konsep buatlah apa kau nak buat janji jangan kacau kitaorg dah la.

Ada sekali memang kerap bunyi bunyi tu so saya minta colleague chinese datang sembahyang dekat rumah tu oh ya kat rumah tu ada tempat sembahyang buddha owner rumah punya. Lepas tu ok kejap.

Awal tahun haritu kitaorg dah keluar daripada rumah tu sebab owner dah jual. Yang kelakarnya owner baru pun dah psang iklan nak jual rumah tu. Tak tahan kot.

Sumber – Im (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *