Suamiku kacak. Muda 6 tahun. Tp jauh di Brunei. Setahun xjumpe, aku mula terpasang ‘anak ikan

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Sebelum tu, aku nak minta maaf andai coretan aku agak berterabur. Aku tak pandai menyusun ayat, tapi aku terdesak sekarang ni.

Aku kenalkan diri aku sebagai S (bukan nama sebenar). Berumur 35 tahun.

Aku nak buat satu pengakuan. Aku ada satu anak ikan atau dalam bahasa kasar, budak muda yang aku jadikan tempat pemuas nfsu.

Benda ni tak mudah untuk aku coretkan disini dan mungkin sesuatu yang agak berani aku buat sekarang ni kerana sekarang ni, aku dah ada suami!

Aku tahu apa aku buat ni pun memang berdosa tapi apa pilihan yang aku ada bila aku turutkan nfsu?

Aku mengaku aku tewas dalam permainan sy4itan ni Aku buat keputusan untuk kongsi sini untuk dapat sedikit respon dari pembaca untuk aku berubah.

Aku tak minta kecaman, tapi doakan aku untuk berubah. Semoga ada doa kalian yang diangkat agar aku sedar bertapa berdosanya aku!

Aku dan laki aku dah lama bersama, tapi suami aku, aku gelarkan P, orangnya memang kacak, daya tarikan prince charming dia kuat, muda 6 tahun dari aku, seorang yang sangat sibuk dan ada tanggungjawab yang besar.

Beliau sekarang di Brunei dan aku pula di ibu negara.

Seperti yang kita tahu perintah kawalan pergerakan yang dah berlanjutan lebih daripada setahun membataskan banyak perkara. Merentas negeri atau negara, bersocial semua disekat.

Aku pula seorang diri disini tanpa sesiapa. Ada kawan kawan pun sama je. Bukan boleh melepak.

Dan aku sendiri tanpa ada rezeki anak. Memang kami sentiasa berdua selama ni. Bila merentas negara dan negeri tak dibenarkan, aku buntu! Aku sunyi!

Kalau sekali dua on call, video call, boleh lagi. Tapi ini dah lebih setahun, hati aku tengah berperang sekarang ni.

Dan sebabkan itu, aku berkenalan secara tak sengaja dengan seorang anak ikan dari social media. Social media mana rasanya tak perlulah aku dedahkan.

Anak ikan, seperti semua tahu gelaran untuk budak yang dalam usia muda. Orang kata budak baru nak up lah. Budak ni aku gelarkan dia A.

Umur 22 tahun. Orangnya jambu, kacak, muka ala ala model yang sangat flawless. Bermula dengan chatting, kami rapat dan mula berbual lebih dari seorang kawan.

A tahu aku dah berkahwin tapi dia tak kisah. Jujur, beberapa kali hampir kami berjumpa dan terlanjur, tapi kerana musim sekatan ni, pergerakan sukar.

Tapi tak mustahil, lepas perintah kawalan pergerakan ni berakhir, kami rancang untuk berjumpa juga.

Sekarang ni, aku hubungi si A ni, lebih daripada suami sendiri. Tanya khabar, melayan video dia, sweet dengan dia lebih daripada suami sendiri.

Salah satu sebabnya mungkin adalah kerana dia dekat banding dengan suami sendiri diluar negara.

Dan si A ni pun rajin sangat hubungi aku selalu. Dia pandai sweet talk aku. Aku pun pandai melayan dia. Kira masing masing tahu apa yang masing masing nak.

Aku banyak kali juga terfikir yang benda ni salah. Boleh mendatangkan fitnah dan sebagainya, tapi aku tewas. Tewas dalam nfsu aku sendiri. Bukan sekali, tapi sangat dah banyak kali!

Pada yang ingat aku tak fikir sehabis dalam, percayalah! Aku dah buat!

Pada yang fikir kenapa aku masih melayan dengan status aku sebagai isteri orang! Percayalah! Aku dah cuba tak melayan! Tapi aku kalah sebabkan kesunyian melampau yang aku rasa!

Sekarang ni, aku sampai dah buntu, tak tahu apa nak dibuat kalau aku keluarkan A dari hidup aku! Macam dah tak boleh!

Aku sampai berdoa, janganlah pandermik C19 ni diangkat dari muka bumi ni, sebab aku takut kalau anak ikan aku si A tu tunaikan janji dia nak datang jumpa aku. Satu negeri pulak tu.

Semoga aku dijauhkan dari dosa z1na, dosa curang, menipu, derhaka pada suami dan lain lain. Aku manusia, kelemahan tu of couse ada.

Kalau aku suka buat dosa, aku takkan coretkan kisah aku disini asal aku bahagia dengan anak ikan aku.

Anak ikan aku tu, aku juga berdoa dalam hati agar dia lupakan aku, tolak aku, jangan layani aku, supaya aku sedar tempat aku yang sebetulnya disisi suami.

Reaksi Warganet

Miz At0m –
Saya terkesima membaca story confessor, wowww sesangat! Umur kita tak jauh bezalah.

Cadangan saya, ada baiknya sis kahwin saja dgn anak ikan itu, sekurangnya perasaan dosa dan bersalah itu tiada, means bercerrai saja dengan suami.

Bab suami sis itu, serahkan kepada saya. Saya akan jaganya sebaik mungkin, for sure tiada sekelumit perasaan curang.

Do pm me now! Stok lelaki baik limited edition sekarang.

Izzuewana Darias –
Saya react dekat post ni bukan utk TT nye kisah ya, tapi untuk suami dia. Bayangkan la suami kerja tu cari nafkah kot, suami TT buat pengorbanan kat situ, janganlah balas cara macam ni.

Kalau suami TT buat macam ni alasan sebab isteri jauh macam mana? Berbakul bakul makian kecaman dah sampai keturunan dia kena.

Saya respon macamm ni sebab TT takde sebut pun suami dia buruk dekat mana, kaki pkul ke, culas nafkah ke, kaki perempuan. Takde. Cuma suami dia keje jauh.

TT kalau belum pergi jauh (ziina) dengan anak ikan tu, buang la dia SEKARANG sebelum terlambat. Jangan rosakkan hubungan halal TT hanya nak jaga hubungan HARAM, nauzubillahiminzalik takut pulak baca confession ni.

You can’t have them both, choose wisely! Aight daaa. ohya, saya juga PJJ seriau baca beberapa confessions macam ni

Athyira Marshood –
Puan, jika buat masa ini puan rasa sangat kesunyian, saya cadangkan puan daftar jadi sukarelawan untuk menjaga pesakit C19 di Pusat Kuarantin atau di hospital.

InshaAllah disitu dapat terbit perasaan yang menginsafkan dan pastinya dapat membuatkan puan bersyukur atas nikmat kesihatan dan ‘masa’ yang Allah SWT berikan.

Semoga Allah SWT memberikan petunjuk kepada suami Puan tentang perbuatan puan disini. Amin ya Rabbal Alamin.

Nur Athirah Ahmad –
So, tunggu apa lagi. Completekan vksin, mohon pi duduk Brunei la. Tukaq no hp, apa semua. Kalau setakat dok minta orang doa, hmm. Takat tue jela.

Kalau tak takot dengan suami, takotla dengan Tuhan. Benda berlaku sebab izinNya. Tapi bukan bererti Allah redha.

Zrn Ibrahim –
Hmm speechless la. Memang taste budak muda rasanya sebab tu kwin pun dengan lelaki muda kan.

Kenapa otak tu asyik pikir pasal s@k$ dan nfsu saja. Adakah kawin hanya pasal tu??? Sunyi is another thing. Banyak benda leh elak dari cari keseronokan sementara. Join grup masak ka deco ka jahit ka. Ni nampak sangat alasan semata.

Dari cari anak ikan baik cari kawan kawan yang sama minat. Carila minat ka hobi isi masa terluang tu. Orang lain usaha doa bagi pandemik ni cepat berakhir tapi ko doakan bagi jangan berakhir, sangat selfish.

Jangan nampk desperate sangat hadap jantan. Maafla bahasa sedikit kasar tapi dosa itu kita yang pilih. Tiada alasan.

Rasa sunyi sangat pi jadi sukarelwan C19. INsha Allah tak sempat rasa sunyi aih.

Sumber – S (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *