Hari2 suami p mancing, tp bwk blik ikan siakap. Esoknya diam2 aku intai sbb syak sesuatu tak kena

Foto sekadar hiasan

Salam dan salam sejahtera semua.

Hi admin. Saya nak mengadu sikit min. Suami saya kaki pancing. Setiap hari dikatakan memancing. Saya pon naik fed up la tengok diri dia yang asyik nak mancing.

Yang pelik nya dia kalau mancing sorang sorang je bila saya tanya nak mancing dekat mana dia cakap dekat sungai belakang tempat dia kerja.

Tapi tiap tiap hari dia bawak balik ikan siakap min. Ikan siakap ade ke dekat air tawar min? tu yang saya hairan tu.

Saya tanya dia mana dapat ikan ni? tak kan dapat ikan siakap je hari hari. Dia cakap dia mancing la.

Tapi saya perati je dulu. Tiap kali dia mancing telefon dia akan off. Itu yang saya syak yang dia bukan pergi mancing. Tapi pergi kemana pon tak tahu.

Saya sebagai isteri yang sayang kan suami saya juga perlu selidik dengan lebih teliti akan tingkah laku suami saya. Ye la hidup maati dengan dia. Tido sama makan sama.

Nak dijadikan cerita min pagi tu saya nak buat operasi besar besaran nak follow laki saya senyap sengap min betoi ke dia pergi mancing.

Pagi pagi lagi saya dah rancang nak follow dia dalam keadaan senyap senyap di belakang dia. Waktu dia nak pergi terus saya perhati kan dulu dalam 100 meter saya pon start motor min sanggup saya dalam keadaan hato berdebar debar follow laki saya redah hutan punya pasai.

Sampai je kat sungai betollah min laki saya btoi betoi mancing. Alhamdulillah saya rasa hati saya yang bedebar debar seakan akan terasa senang. Saya ada pantau juga keadaan sekeliling yela takut ada perempuan tunggu ke apa ke. Alhamdulillah takdak.

Saya nak balik je tapi tibe tiba tergerak hati min nak tunggu situ sampai laki saya habes mancing. Lama juga la tunggu dekat belakang pokok sawit nak ngintai laki punya pasal.

Nyamuk nyamuk jangan cakap la min abes badan digigit nyamuk kepala hitam. Nak ngintai laki punya pasai. Kalau korang dok dalam situasi aku pon mesti korang akan rasa dan akan buat macam tu.

Kan? tup tup dalam 3 jam juga laki aku berdiri dan batang pancing dia pendekkan menandakan yang dia dah tak nak pancing. Aku pon senyap senyap tengok dia pastu dia start moto aku pon follow je kemana dia pergi.

Masa aku ekori dia tibe tiba dia singgah dekat pasar aku terkejot rupa rupa nya ikan yang aku makan hari hari dia beli min dekat pasar tani. Bukan dari dia mancing ya Allah luluh hati aku. Sanggup dia tipu aku yang siakap dia dapat tu bukan nye dia mancing. Tapi dia beli min.

Terus aku beredar dari situ dengn perasaan kecewa min. Selama ni yang aku makan ikan siakap dia hari hari rupenye dia beli min.

Apa perlu ak buat min. Perlukah aku ambik batang mancing laki aku ketok dekat kepala dia? aku buntu min. Berharap coretan saya menjadi iktibar dimata kita semua.

Reaksi warganet :

Miyu Kenci :
Next time pergi mancing, kau pesan dekat dia selain beli siakap tolong beli ikan senohong, gelama ikan duri. Bercakap bohong lama lama mencuri. Pastu kau blah…

Kalau dia tanye, kau cakap sedap ikan siakap tu bang… ada 3 rasa kat kedai tuttt.. pastu diam je.. tak payah bgtau apa apa dah..

Tak rugi pun dapat ikan siakap.. kalau muak kau jual je.. boleh dapat duit.

Ainol Ain :
Ehh. Jangan patahkan kak. Sebenarnye memancing ni lepaskan stres die. Die nak cite dekat akak tu masalah tapi tak tau nak mule macam mane.

Ikan tu die beli sebab tak nak dengar akak marah. Kalau akak nak tengok laki akak dok umah n kurang memancing,, akak try borak borak dengan die, bagi die selesa nak luahkan ape ape dengan akak.

In sha allah kalau suami akak bercerita ngan akak in sha allah die sendiri yg gantung pancang. Tapi sesekali dia akan g mancing..

Jangan kacau dan marah minat dia, sebab tu pelepas stres die,

Suami saya pun kaki mancing, selalu suh dia mancing, dia pun selesa nak cite bab bab mancing, dapat tak dapat belakang cite.

Shafiqah Shari :
Husband aku pun kaki pancing. Setiap kali nak mancing mesti dia akan ajak aku. Kalau dia tak ajak, aku yang offer diri nak ikut walhal aku sendiri tak reti mancing. Tunggu je sampai dia habis pancing.

Mancing ni sebenarnya satu hobi. Kalau kita yang isteri ni suka shopping atas sebab untuk release stress, macam tu jugak dgn suami kita. Bukan setakat hobi je, mancing dalam keadaan tenang pun boleh buat si pemancing jadi relax.

Untuk TT, ikan siakap tu harganya mahal. Bersyukur lah awak boleh makan siakap hari hari sedangkan ada orang makan telur hari hari. Fikir, dia mancing tak dapat ikan, tapi dia sanggup beli siakap hanya untuk awak. Mungkin dia tak nak awak fikir bukan bukan.

Lagi satu, kalau rasa hati tak tenteram boleh join suami ikut mancing. Best sebenarnya tengok bila lama tunggu lepastu dapat ikan. Berbaloi walaupun tunggu lama.

Sumber : KRT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *