Kahwin dah 3 tahun. Isteri tak rjin masak, lipat baju malas. Berkepit je dengan phone sampai pagi

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum semua, nama aku Hariz (bukan nama sebenar) aku hanya nak luah kan apa yang aku rasa. Dah lama aku pendam mungkin aku perlu luah kan demi kesihatan mental aku.

Aku berumur hampir 30 tahun, berkahwin nak masuk dekat tiga tahun. Aku dan isteri belum ada rezeki nak ada anak.

Aku bukan lah suami yang baik sangat, solat tu on off kadang kadang tidak, mungkin ini lah salah satu punca masalah aku.

Aku dan isteri bekerja, dah hampir tiga bulan work from home. Kalau tidak work from home setiap hari aku akan hantar dan jemput isteri balik kerja.

Bab nafkah, alhamdulilah aku mampu bagi isteri aku elaun bulanan dua ratus sebulan (setakat ni aku rasa banyak tu aku mampu bagi), grocery setiap bulan memang semua aku yang beli.

Kadang ayam ikan dan daging dalam freezer tu boleh tahan dua tiga bulan jugak lah. Rumah on me,

Boleh kata kan semua aku bayar daripada wifi, Netflix, maintenance fee and other expense kecuali bil elektrik dengan kereta isteri aku which is dia yang bayar.

Aku suruh dia bayar bil elektrik bukan sebab aku tak mampu tapi nak bagi dia sense of responsibility.

Bab gaji dia aku tak pernah usik pun dan aku tak nak ambil tahu apa yang dia buat dengan gaji dia.

Okay settle yang tu. Aku ada a few problem dengan isteri aku.

First dia tak rajin nak masak kat rumah, even kalau weekend pun susah nak masak, aku pun tak pasti sebab apa.

Kalau rajin aku akan masak, kalau tak memang order grab food or beli kat restaurant lah which is on me.

Second dia kurang rajin nak lipat baju. For the record, last year aku boleh kira berapa kali dia lipat baju. Last year baju tu tu either aku lipat atau aku upah orang lain aku datang rumah suruh tolong lipat kan.

Third aku tak selesa dia sibuk dengan handphone dia. Nak nak sekarang ni sampai pukul satu dua pagi baru tidur sebab dengan handphone.

Awal tahun baru hari tu aku ada discuss benda ni dengan dia sebab dah almost dua tahun kan macam ni. So aku decide nak tegur juga.

Alhamdulilah dia berubah tapi itulah tiga bulan pertama saja then jadi macam biasa.

Lepas tu ada aku tegur tapi tak direct lah which is kadang aku macam perli and bagi hint dekat dia macam tu. Tapi tu lah macam tak berapa berkesan.

Aku bukan apa malas nak marah marah so kadang kadang tu berdiam lebih baik kan.

Mungkin work from home ni buat aku burn out otaku dah macam dah tak boleh tahan.

Macam aku cakap mungkin sebab masalah ni sebab aku solat on off kot.

Sekarang apa yang aku rasa adalah aku nak bagitahu dia aku nak berpisah secara baik dengan dia. Tapi patut tak aku buat macam tu ya?

To be honest, apart from the said problem, aku dan dia tiada masalah lain pun. Semua memang okay tapi itu lah.

Kita berkahwin nak saling melengkapi dan give and take kan. Sampai bila aku nak macam ni.

Should i face this for the rest of my life just to save this marriage atau ada apa apa solutions lain. Serious aku dilemma sangat.

Please bagi pendapat dekat aku, maaf kalau ada yang rasa aku tak sepatutnya share story ni. Sekarang memang apa yang ada dalam kepala otak aku adalah berpisah secara baik.

Korang rasa macam mana, tolong bagi pendapat.

Bukan suami yang baik, Hariz

Reaksi Warganet

Nurul Ain Suraji –
Cepat sangat nak pisah. Aku rasa ko bosan je kot sebab dok rumah lama sangat.

1st sekali betulkan solat tu dulu. Ajak sekali isteri berjemaah. Yang lain akan menyusul. Solat tak boleh on off. Kena sentiasa on je. Issue ko kecikkk sangat sampai nak berpisah. Lek luu

Normila Saat –
Don’t be a weak man. Masalah yang sebenarnya bukan masalah. Since WFH, bab masak ni, mula mulaa ajak la masak sama sama.

Lepas tu, lepas kan pada dia sikit sikit. Kerja kerja rumah yg lain pun sama juga. Kain baju yang tak berlipat, stop hiring orang lipatkan kain baju. Jangan manjakan dia. Biar dia nampak kain baju menimbun tak berlipat.

Solat of course jgn sesekali on off. Jaga hak Allah, InsyaAllah Allah jaga rumah tangga awak dik. Ini hanya pandangan mak cik yang juga seorang isteri bekerjaya.

Siti Mariah –
Solution: Discuss semeja dan explain apa ko tak suka tentang dia. Dia pon boleh discuss juga apa yang dia boleh atau tak boleh improve.

1. Malas masak, dia boleh improve kot. Lagipon takde anak lagi. Takde masalah nak masak. Try la follow che nom kat youtube. Macam macam resepi yang boleh try buat sama sama dengn suami. Elakkan buat aktiviti sorang sorang. Buat sama sama syiokkk..

2. Lipat baju. Aku pon malas lipat baju. Haha. Solutionnya aku suh laki aku diy penyangkut baju. Jadi la daripada sepah2 kan. Semua sangkut sangkut je tak perlu lipat dah.

3. Suka main fon. Disebabkn takde interest nak bersembang sama sama. Since takde anak, bela la kucing. Create spark, create happiness yang sama sama boleh rasa dua dua. Bagi surprise ke. Elakkan buat hal sendiri2.

Selagi ada solution, try dlu. Jangan mudah sebut tentang cerrai.

Raja Norkhairani –
“Aku suruh dia bayar bil elektrik bukan sebab aku tak mampu tapi nak bagi dia sense of responsibility.”

Suami TAK BOLEH kata pada isteri, “Yang ni awak bayar”. Hukumnya HARAM.

Kerana tanggungjawab belanja nafkah harian adalah atas suami. Melainkan Isteri kata, “Oleh kerana awak tak ada duit, biar saya yang bayar”. Ini baru boleh.

Ramai suami suami yang memperbdohkan isterinya dengan menyuruh isteri bayar itu bayar ini. “Yang ni awak bayar, yang tu saya bayar”.

Ingat, hukumnya HARAM kerana setiap sen untuk belanja nafkah adalah tanggungjawab suami, kecuali isterinya halalkan baru boleh.

Macamana dengan duit isteri yang suami guna selama ini? Jawabnya, duit isteri yang telah suami guna untuk buat belanja, akan menjadi beban HUTANG yang suami WAJIB bayar balik pada isteri, kecuali isteri halalkan.

Atikah Jamaluddin –
Suami isteri ni patut macam kawan. Kawan yang paling rapat dan paling baik.

Komunikasi penting sangat sangat. Dapat isteri pendiam, suami mulakan berborak. Dapat suami pendiam isteri yang mulakan borak. Bila banyak borak, kurang la masa dengan fon. Kalauu kurang borak, tu yang buat tangan nak melekat dengan fon…

Pasal isteri tak rajin masak. Suami tanya isteri harini sayang nak masak apa? Teringin nak makan sekian sekian. Nak abang tolong tak?

Isteri malas lipat baju? Ajak dia lipat baju sama sama. Tebar baju tengah tengah rumah, haa.. Sayangg, jom lipat baju sama sama.

Gitu…. Jangan buat sorang. Libatkan isteri dalam kerjaan tuan.

Pendek kata kalau ada yang terpendam penat ke, tak suka ke, suarakan. Jangan pendam. Sebab pendam tu yang buat jadi burn out dan fikir bukan bukan. Kita kan manusia biasa…

Pencerraian tu tak semestinya jalan terbaik. Tetap teguh insyaAllah minta Allah kuatkan hati dalam solat. Hidup ni tak lama tuan. Jangan tinggal solat.

Sumber – Hariz (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *