Dari luar, terdgr bayi aku nangis melalak. Mertua dah kecut. Selak rambut anak, terus aku meraung

Foto sekadar hiasan

Untuk part 1, klik link dibawah

Dgn rmbut ditarik, abg heret. Dpn mak dan adik2, abg humban aku ats sofa. Mak cpt2 lari masuk bilik

Untuk part 2, klik link dibawah

Balik nikah di Siam, kami brlakon ‘single’. Lps 1 thun, kami nekad. Mertua minta knduri, kami kaget

Masa setahun aku tak contact mak tu, rupa rupanya mak kawin lagi. Adik aku kata lelaki ni memang hitam legam. Dasyat betul mak aku. Tapi sama jugak, jodoh tak panjang sebab lelaki tu mengongkong mak tak bagi jumpa anak anak. Entahlah, itu apa yang adik aku cerita. Aku malas nak ambik port sangat sebab aku dah tak mahu pedulikan kisah orang.

Mak aku ingat aku tak tahu dia kawin sampai 2x selepas abah. Sebab aku tak pernah sebut pun depan dia. Tapi, aku nak jadikan modal untuk aku perli dia kalau dia buat yang bukan bukan lagi dan aku memang betul betul ugut yang aku tak kan balik lagi dah. Kalau dah tak balik, of course dia tak dapat duit belanja kan?

Mak aku menjadi sangat behave tau lepas semua kejadian tu. Semua sebab DUIT. Tapi aku tahu, dia dengan maksu aku tu suka mengutuk orang termasuklah kami adik beradik.

Mungkin anda semua tak percaya kan mak sendiri mengutuk anak? Itu lah yang terjadi dalam hidup aku. Tak kan aku tak boleh merasa sedih? Macam mana aku tahu? adik aku terdengar dan dia rekod.

Baru part mak aku. Kan aku kata cerita aku banyak bahagian dan melibatkan ramai orang. Jadi, aku perlukan masa untuk menulis. Lepas selesai menulis aku kena pastikan pula cerita aku difahami.

Nanti kalau tunggang terbalik, mesti ramai yang akan bagi komen negatif. Tapi aku kena cerita juga apa yang berlaku supaya di akhir nanti, anda semua boleh menilai salah aku kah?

Ok sekarang aku masuk part aku pula. Lepas enam bulan buat kenduri, setahun setengah selepas kami nikah, aku pregnant. Masa ni hubungan aku dengan keluarga N so so saja. Tak terlalu baik tapi tak buruk pun. Sebab apa aku kata macam ni? Sebab sekali lagi aku kena hadap masalah pilih kasih ni.

Tiap hujung minggu pasti N akan ajak aku balik rumah mak dia untuk makan makan. Aku masak di rumah aku dan bawa ke rumah mak N. Kami makan sama sama. Kadang kadang kakak N ada, tapi jarang lah dia nak ada. Mungkin dia tak suka tengok aku kut. Lantak lah, asalkan N ada dengan aku.

Kakak N ni ada 5 orang anak. Semua anak anak dia, mak N yang jaga dari kecik. Aku tak rasa dia mampu nak bagi pengasuh sebab dia saja yang kerja. Suami dia goyang telur saja. Tu pun kalau ada telur.

Ada la buat part time sikit sikit. Tapi tak bersungguh. Abang N pulak baru ada seorang anak. Isteri abang N, iaitu biras aku ni kecil molek orangnya. Putih pun putih.

Aku dari awal lagi nampak sangat yang mak N ni memang sayang lebih dekat abang N, biras aku dan anak mereka. Aku nampak juga perbezaan layanan mak N dengan anak anak dan cucu cucu lain yang ketara. Mak N tak pernah marah anak abang N tapi selalu sangat aku tengok anak-anak kakak N kena marah.

Aku memang cuba sedaya upaya untuk jadi menantu yang baik. Walaupun aku tahu perbuatan aku dan N mungkin sukar untuk keluarga N terima, tapi aku tak putus berdoa agar aku diterima dan diraikan seperti keluarga sendiri. Tapi takdir tak menyebelahi aku.

Perbuatan mak N makin menyakitkan hati. Di mulut mak N, biras aku saja yang dipuji. Abang N duduk di Selangor. Mereka selalu juga balik dan mak N selalu ke sana menaiki bas. Mulanya aku biasa biasa saja. Tak ada pun perasaan. Tapi lama lama siapa yang tak terasa?

Bila aku ajak mak N datang rumah kami, nak tahu apa mak N kata?

“Ummmm, Selangor tu gagah la mak p” mak N jawab begitu sambal mencebik mulut tanda tak mahu.

Aku senyum kelat. N pulak diam membatu sebab sebelum tu aku dah cakap pada N yang mak dia ni pilih kasih. N tahu aku f0bia dengan orang sebegini. Selangor tu boleh pergi tapi rumah aku yang tak sampai sejam ni dia boleh ummmmmmm kan saja? Aku mengandung waktu tu. Serius aku sedih. Tapi N pujuk.

Tup tup nak raya. Sehari sebelum raya aku berikan hadiah hadiah yang aku beli untuk mak N. Aku beli kasut raya, handbag dan kuih muih semua hand made. Aku buat kek juga. Aku suka memasak. Memang aku rajin. Pada waktu yang sama, biras aku juga belikan mak N handbag.

Tapi mak N dapat dulu handbag yang biras aku beli. Masa tu kebetulan jiran sebelah mak N datang. Dia tengok handbag biras aku belikan tu dia terus kata, boleh la nak pinjam nanti. Mak N balas, mana boleh limited edition tu. Aku dengar sambil senyum.

Usai berbuka puasa, aku keluarkan hadiah hadiah aku. Masa aku bagi handbag yang aku belikan pula, mak N ambil. Dia angkat dia pusing pusingkan beg tu.

“Hurmm ni boleh la Cik Non pinjam. Mak boleh bawak p market jugak ni”. (Market tu maksudnya pasar, tak kisah lah pasar pagi, tani, malam).

Beg yang biras aku bagi dia kata limited edition dan dia tak bagi cik non tu pinjam tapi beg yang aku bagi yang boleh kata macam tu? Sumpah balik rumah dalam kereta aku menangis.

N tetap pujuk aku. Beg aku belikan lagi mahal daripada beg yang biras aku beli. Aku tahu sebab aku nampak beg yang sama di The Store.

Seminggu lepas raya, aku dan N singgah lagi rumah mak N. N kata dia teringin kek. N tanya mak dia mana kek yang aku buat. Mak N tanpa rasa bersalah menjawab kek tu dah naik kulat. Linda (anak kakak N) la tak simpan dalam peti ais, dia sambung. Aku buat moist chocolate cake tu. Aku buat dua bekas yang agak besar.

Mak N salahkan Linda yang umurnya waktu tu baru 5 tahun. Masa malam raya yang aku bagi beg pada mak N, aku dengar mak N marah anak anak kakak N sebab tak simpan elok elok kuih raya yang biras aku bagi. Lepas marah, dia ambil bekas bekas kuih raya tersebut dan simpan di atas almari.

Kemas dan rapi! Tapi kek aku? Dia biarkan berkulat? Dua bekas weh! Penat aku buat. Sekali lagi aku menangis dalam kereta sampai rumah. N buat apa? Dia diam membisu.

Tak lama lepas tu, aku lahirkan anak sulung aku. Lupa aku nak beritahu, masa tu kakak N mengandung juga anak yang ke enam. Kakak N bersalin awal tiga minggu daripada aku. Anak kakak N keluar putih. Anak aku pulak ikut kulit aku. Masa ni hebat juga dugaan aku. Mestilah mak N lebihkan cucu yang berkulit putih kan.

Anak aku tak habis habis dia kata, “ummmmm tu ikut mak dia la.. hitamm..” Allah! Aku menangis. Hitam macam mana pun, tetap anak aku. Tapi tak lah hitam mana. Gelap sikit saja dari cucu putih dia. Boleh nampak la, yang dia pegang, dia gendong, dia dodoi cuma cucu putih dia saja. Cucu hitam ni dia pegang gitu gitu saja.

Aku habis pantang, aku kena masuk kerja. Aku dengan N buntu. Kami belum dapat pengasuh yang sesuai. N cadangkan suruh mak N jaga sekejap. Aku mulanya tak setuju sebab entah la. Aku betul betul terasa dengan mak N. N tahu tu tapi nak buat macam mana, urgent sangat masa tu. Aku kena berulang hampir sejam untuk hantar anak aku dekat mak N.

Aku pun pergi kerja macam biasa. Aku sediakan semua dalam satu bakul termasuk susu, air suam, botol, pampers. Senang mak N nak ambil. Aku cakap la, aku habis kerja pkul 3.30. Tapi hari tu, kami semua dibenarkan pulang awal. Aku sampai depan rumah mak N pukul 2.30 petang.

Aku sampai depan rumah terus aku matikan enjin. Itu style aku. Aku keluar dari kereta, masuk kawasan rumah mak N. Tapi, dari dalam kereta lagi aku dengar anak aku melalak teruk. Bukan menangis biasa tapi melalak.

Baby umur 3 bulan menangis umpama di pkul. Makin aku mendekati pintu rumah, aku dengar suara mak N membebel. Aku tak dengar jelas tapi aku yakin suara dia selari dengan suara anak aku menangis. Aku terus ketuk pintu.

Mak N buka pintu. Dia terkejut tengok aku. Dia tengah pegang anak aku yang melalak teruk tu.

“Mak tak tau pasai pa dia nangih laguni”, mak N cuba beritahu aku. Nampak sangat mak N macam takut takut.

Aku kata tak apa lah, aku bawak balik dulu. Aku masa tu kejar masa nak balik rumah. Aku tak ingat kenapa.. dah berbelas tahun berlalu. Dalam perjalanan, anak aku menangis tak berhenti. Aku call N suruh balik cepat.

Aku sampai saja rumah, N dah ada depan pintu pagar. Dia ambil anak aku dan dia pujuk pujuk. N tepuk, N dodoi, semua tak jalan. Aku dah menangis dah. N cadang nak bawa ke klinik saja. Takut apa apa kan. Tapi lepas tu anak aku tertidur. Aku rasa dia letih menangis.

N letak anak kami atas katil. Aku tak ada mood nak buat apa dah. Aku pun baring tepi anak aku. Mestilah aku menangis sebab pertama kali aku dengar anak aku melalak macam tu. Aku belai rambut anak aku. Masa aku selak selak rambut anak aku, tiba tiba aku nampak drah.

Bersama dengan drah, ada garisan yang macam terseret kena benda tajam/keras. Tepi ubun ubun anak aku. Aku terkejut terus panggil N. Aku memang menjerit panggil N sebab aku rasa marah yang meluap.

N yang entah dari mana berlari lari anak datang kearah aku. Aku tunjuk dekat N. N tengok sambil beristigfar. Patutlah anak aku menangis teruk. Rupanya dia sakit. Baby 3 bulan..bukan 3 tahun..ya Allah aku dah tak tahan.

Aku beritahu N apa yang berlaku bermula aku turun kereta sampai aku ambil anak aku di rumah mak N. kalau mak N benci aku sekalipun, kenapa buat anak aku macam tu? Anak aku ni cucu kandung dia!

Aku meraung semahu mahunya. Aku bukan menuduh, tapi aku begitu yakin, mak N membebel masa uruskan anak aku tu sebab aku! Sebab aku kawin dengan N macam tu! Anak aku yang jadi mngsa.

Aku maki N. Aku maki keluarga dia. Aku hamburkan kata kata kesat. Aku dah tak tahan dengan perbuatan mak N dan kakak N. Aku suruh N cerraikan aku masa tu jugak.

N melutut. N menangis. Aku tahu bukan salah N. N menjaga aku bagai menatang minyak yang penuh. Tapi, sampainya hati buat anak aku macam tu.

Sehari ja aku pergi kerja, lepas tu aku ambil cuti lagi 4 hari tu. Nasib la orang atasan aku faham. Aku bersungguh sungguh cari pengasuh yang ok. N pun sama. Dia ambil cuti. Tapi aku tak bercakap dengan N. N bersungguh minta maaf dekat aku.

Sebelum hantar pada mak N lagi aku dah berat hati sebab aku tahu mak N tak bersungguh pun nak jaga. Aku yakin, naluri aku sebagai ibu sangatlah yakin yang mak N tak suka dekat aku dan anak aku. Aku tak beritahu mak aku. Kalau aku beritahu sekalipun, mak aku tak boleh buat apa.

Allah baik sangat. Dia mendengar doa aku siang malam. Adik aku baru habis sekolah. Dia volunteer nak jaga anak aku. Aku menggeletar jugak lah sampai sebulan. Adik aku datang rumah aku dan jaga anak aku. Alhamdulillah. Aku bagi la duit mengasuh untuk adik aku.

Lepas tu, aku memang jarang aku pergi rumah mak N. N pun sama. Aku dah bertekad, apapun yang berlaku, aku lebih rela berpisah dengan N daripada nak hadap perkara yang menyakitkan hati.

Cukuplah aku merana dari kecil. Aku tak mampu nak terima kekecewaan lagi apatah lagi pilih kasih ni aku kena hadap dari kecik. Berbulan jugak aku tak pergi.

Kalau aku pergi rumah mak N pun mesti sejam lebih saja, N akan ajak aku balik cepat. N betul betul jaga hati aku. Dalam masa yang sama dia nak jaga hati mak dia juga. Kami pergi tu pun sebab mak N yang call suruh datang.

Nak harap dia pergi rumah aku, memang tak lah. Masa pergi sana pun, aku akan pastikan anak aku berada dekat dengan aku. Aku dah janji dengan diri aku, aku akan lindungi anak aku.

Tak lama lepas tu, biras aku nak lahirkan anak yang kedua. Due date biras aku nak bersalin lagi tiga minggu. Mak N dah tergedik suruh tempah tiket bas, nak pergi sana awal. Nak jaga biras aku dekat sana.

Waktu aku bersalin hari tu, haram dia nak jejak kaki tengok aku kat hospital walaupun jarak hospital yang aku bersalinkan anak aku dengan rumah dia tak sampai 20 minit.

Sekali lagi aku terluka. N diam ja. Sampai rumah pun N diam ja. Aku tak pernah tengok N macam tu. Ye, padan muka aku sebab pilih jalan macam tu. Aku terima saja. Selagi boleh aku tahan, aku tahan.

Entah la, aku rasa kalau N kawin dengan aku secara elok pun, aku tak rasa mak N akan layan aku elok macam dia layan biras aku. Kakak N punya suami pun mak N buat macam aku juga. Mungkin sebab biras aku ni cantik. Tak tahu lah nak kata cantik ke tak, sebab putih saja dan kecik. Aku ni hitam dan berisi.

Macam mak aku la, yang putih dipuji, yang hitam dikeji. Orang tua yang berfikiran macam orang kampung kut? Sebab kalau yang educated, aku tengok elok ja dia layan orang sama rata. Macam ketua di pejabat aku. Macam mak mak! Aku sayang ketua aku.

Aku fast forward lagi. Anak aku setahun enam bulan, aku disahkan pregnant lagi. Aku rasa aku dah betul betul protect. Ni kerja N la ni yakin sangat aku tak subur lagi.

Sekali haaa… amek kau. N kata rezeki. Aku pun ok saja sebab aku tak rasa susah pun. N sangatlah membantu aku. Kerja rumah dia tolong, anak lagilah dia jaga. N betul betul family man. Aku bahagia walaupun aku derita!

Langit tak selalunya cerah. Waktu kandungan aku 3 bulan, aku difitnah oleh kakak N! Guys, masa ni kemuncak segala galanya. Masa ni juga aku meletus. Mak N, kakak N, semua ahli keluarga N aku block. Aku haramkan terus mereka masuk dalam hidup aku.

Tapi aku tak boleh teruskan menaip. Aku akan habiskan penulisan aku di bahagian ke tiga. Aku janji bahagian ke tiga nanti, aku akan habiskan cerita aku. Aku akan beritahu kenapa aku tak boleh ambil masa yang lama untuk menaip.

Kalau anda semua masih setia membaca, like dan komen tau. Tak banyak respon, aku malas nak taip. Haha.

Sekali lagi aku nak bagitahu, ini bukan novel. Ini cerita aku.

Jumpa nanti.

Untuk part 4, klik link dibawah

Penat dgn keluarga mentua yg ‘maksum’, aku nekad ‘lari’ ke UK. 14 tahun berlalu, ini aku rasa

Sumber – Laila Atheerah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *