Balik nikah di Siam, kami brlakon ‘single’. Lps 1 thun, kami nekad. Mertua minta knduri, kami kaget

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum semua.. Ingat aku lagi tak? Laila Atheerah of course bukan nama sebenar. Jangan lah cari nama aku di FB ke IG ke mesti tak akan jumpa sebab ini nama samaran aku saja.

Untuk part 1, klik link dibawah

Dgn rmbut ditarik, abg heret. Dpn mak dan adik2, abg humban aku ats sofa. Mak cpt2 lari masuk bilik

Ramai juga yang baca kisah aku. Aku nak minta maaf sebab aku berhenti tiba tiba. Nanti di akhir kalam, aku cerita kenapa aku tak ada banyak masa untuk menulis confession aku. Aku nak ucapkan terima kasih juga sebab ramai yang bersimpati.

Tujuan aku suruh like banyak-banyak tu bukan aku nak jadi famous atau ‘batak like’ pun.

Aku cuma nak tahu sama ada orang baca ke tidak cerita aku. Nanti macam syok sendiri pulak confess benda yang entah apa apa. Bila aku baca komen anda semua dan aku tengok like yang aku dapat, ianya umpama memberi sokongan dan dorongan kepada aku untuk terus bercerita.

Ha gitu ye kawan kawan. Aku baca setiap komen tau. Gigih tak? Tapi aku happy. Masa aku menaip ni, like yang aku terima dah 2000. Terima kasih!

Ada yang kata aku berdrama. Aku kira yang cakap aku macam tu punyai ibu ayah yang baik dan keluarga yang sempurna. Ucapkan lah syukur dik. Allah tak uji adik dengan jalan berliku begini. Tapi ada juga punyai kisah yang sama atau hampir serupa dengan aku. Aku harap kita sama sama kuat untuk teruskan hidup di dunia yang penuh liku ini.

Yang kata aku mereka cerita tu, percayalah, aku bukan jenis yang buang masa untuk perkara yang tak dapat manfaat pun. Aku confess ni bukan dapat duit atau dibayar. Tapi aku nak hilangkan perasaan dendam dan marah aku ni sebab aku bukan jenis bercerita kisah aku pada orang walaupun kawan baik sendiri.

Sebab aku tahu manusia sekarang ramai yang bertopengkan manusia. Jadi, aku elakkan. Juga, aku tak mahu aib keluarga aku disebar sebarkan. Aku malu. Jadi, aku cerita di sini sebab tak ada siapa kenal aku.

Sebelum tu, tolong faham kronologi kisah hidup aku ni. Cerita aku di bahagian pertama tu bukan berlaku sekarang. Tapi 14 tahun yang lepas sewaktu umur aku 24 tahun. Sekarang umur aku 38 tahun. Jadi, cadangan anda semua untuk aku atur hidup aku seterusnya itu memang tak boleh aku nak ambil peduli sebab dah berlaku pun.

Sebelum aku mulakan, aku nak berikan penjelasan kepada yang tertanya. Eh, takkan 24 tahun dah ada master dan kerja 2 tahun? Ye betul. Aku habis master umur 22 tahun. Sebenarnya, aku masuk darjah 1 masa umur aku 6 tahun.

Aku tak pasti kenapa boleh masuk tapi yang aku pasti, kawan abah aku guru besar di sekolah rendah aku tu. Sebelum tu aku masuk tadika, waktu umur 4 dan 5 tahun. Mungkin abah aku rasa buang masa nak masuk tadika lama lama, dia masukkan aku ke sekolah rendah terus.

Jadi, aku ambil UPSR umur 11 tahun, PMR umur 14 tahun, SPM umur 16 tahun. Dulu walaupun tak cukup umur 17 tahun, masih dibenarkan untuk duduki SPM.

Sekarang KPM dah ketatkan. Umur 17 tahun baru boleh ambil SPM. Kalau lebih tak apa, kalau tak cukup umur tu, kena ulang la tingkatan 4 atau 5 sampai lah umur dah 17 tahun. Jangan persoalkan tentang perkara ini, tapi ini lah yang berlaku dalam hidup aku.

Lepas SPM pulak, aku dapat asasi setahun dan degree 3 tahun. Umur 21 tahun aku dah habis belajar tapi masa tu aku dapat tawaran untuk sambung master setahun. Peluang dah ada, apa lagi, terus aku melangkah. Ha sebab tu lah umur aku 22 tahun aku dah ada master dan lepas tu aku terus dapat kerja. Alhamdulillah, rezeki aku. Faham dah? Hehe

Sorry agak panjang muqadimah bahagian dua ni. Baik, sekarang aku sambung cerita aku. Ye, aku dan N pergi juga nikah di Siam. Sebelum aku meneruskan niat aku ni, aku dah pergi pejabat agama untuk dapatkan penjelasan dan pertolongan. Tapi prosesnya sangat rumit dan mengambil masa yang lama.

Anda rasa aku boleh tunggu ke dengan keadaan aku yang terumbang ambing? Stress yang aku dapat ni bukan baru tau tapi sejak aku kecil. Aku kira kalau aku tak bertemu N, aku dah dapat depression tahap teruk dan mungkin aku dah aruwah sebab bnuh diri.

Aku tak ada siapa siapa ye. Hanya adik adikku yang kesemuanya perempuan tak mampu untuk menolong kakak mereka ketika itu kecuali dengan sokongan. Dan, aku ada N.

Seawal 6 pagi kami berangkat menaiki kereta ke sempadan. Dari tempat aku nak ke sana ada lah dalam 3 jam. Alhamdulillah, dalam masa 2 hari, semuanya selesai dan aku sah menjadi isteri kepada N. Sambil sambil tu kami honeymoon di sana. Aku bahagia!

Balik dari Siam, aku dan N terus kemas kemas rumah yang aku beli tu untuk kami diami. Start dari situ, N mengambil tanggungjawab sebagai seorang suami dan dia sediakan semuanya termasuk membayar loan rumah seperti yang kami bincangkan sebelum ini.

Oh ya, jangan risau tentang pendaftaran di Malaysia. Walaupun aku tak boleh berfikir secara waras waktu tu, tapi aku belum betul betul bdoh. Aku dah cari peguam untuk tolong aku hadap proses mahkamah untuk daftarkan pernikahan kami di Malaysia.

Aku ambil private lawyer sebab aku malas nak turun naik mahkamah lama lama. Aku kena bayar 4 ribu lebih untuk perkhidmatan peguam ni. 14 tahun lalu, 4 ribu ringgit adalah jumlah yang banyak ye. Tapi N top up juga. Sorang separuh.

Walaupun dia baru saja kerja, simpanan biasiswa dia waktu belajar sangat banyak. Aku pun terkejut sebab first time jumpa manusia yang berjimat tahap dewa ni. Tapi, itulah N.

Dalam 3 ke 4 minggu saja aku dan N dah dapat surah nikah Malaysia. Peguam tu sangat membantu. Aku dah tak risau kalau termengandung.

Aku penjawat awam dan aku kena denda tapi N tak sebab dia bekerja di syarikat GLC. Tapi aku tak kisah sebab aku sekarang dah ada kawan menangis, kawan ketawa, kawan bercerita, kawan makan, kawan gaduh pun ya.

Biasalah, datang h0rmon wanita, tak boleh nak kawal emosi. Tapi, N tetap N. Dia sangat lah tenang dalam melayani aku. Lagi sekali aku cakap, aku bahagia!

Tiada siapa yang tahu aku dan N sudah bernikah kecuali jiran jiran kami dan adik adik aku. Aku beruntung sebab adik adik aku menyebelahi aku. Mereka selalu juga datang rumah aku jika berkelapangan. Macam biasa, memang kami akan elakkan untuk bercakap mengenai mak.

Aku juga masa tu masih marah tahap gunung berapi memuntahkan lava. Aku tak boleh dengar pun perkataan ‘mak’ dan ‘abang’ aku. Kalau tengok drama pun, pasti N akan tapis seboleh bolehnya untuk aku tidak terfikir tentang mereka ini.

Selepas setahun, kami bercadang untuk beritahu keluarga N. N ada mak, sorang kakak, sorang abang dan sorang adik. Aku tengok N rapat dengan kakak dia berbanding abang dan adik.

Selama setahun ni, kami berlakon seperti pasangan kekasih di depan keluarga N. N pun kerja di negeri yang sama dengan aku dan dia sebelum ni menyewa bersama rakan rakan.

Jadi, bila N dan aku di rumah kami, keluarga N tak pernah syak apa apa. Ye la, mak N ingat N duduk dengan kawan kawan dia. Rumah yang aku beli tu dekat dengan tempat aku bekerja. Pasal anak? Ye kami merancang. Kami sebolehnya tak mahu anak lagi sehingga semua orang tahu yang kami dah nikah.

Jangan marah kami. Kami nak beritahu awal dan aku sendiri mintak N beritahu mak dia sebelum kami bernikah. Tapi N cakap mak dia minta N kerja lebih lama lagi untuk kumpul duit sebelum mendirikan rumahtangga.

Aku rasa mungkin mak dia ingat anak dia tak ada duit lagi, macam mana nak jaga anak orang kan.

Takkan nak bagi makan pasir. N pulak tak pernah bercerita pasal kewangan dia dengan sesiapa pun termasuklah aku. Tapi aku kan isteri, mestilah aku korek korek sampai ke lubang cacing dan password akaun bank dia dan segala transaksi pun aku tahu. Well.

Ok, kami pun dah bersedia dan kami berterus terang. Kami berdua duduk depan mak N. Mak N agak terkejut dan macam tak percaya. Tapi dia tak marah. Dia cuma tanya kenapa jadi macam ni. Aku dan N cuma cerita pada mak N yang abah tak mahu jadi wali. Itu sahaja. Mak N tahu mak dan abah aku dah berpisah.

Tapi, peristiwa yang berlaku pada aku sejak aku kecil sehingga ke malam tu, aku kunci rapat dan aku tak izinkan N cerita pada keluarga dia. Aku memang tak mahu orang lain tahu aib keluarga aku.

Aku bersyukur jugak sebab mak N jenis yang menyimpan rahsia. Dia tak bagitahu pada sesiapa pun kecuali kakak N. Mak N nampak okay tapi yang tak okay adalah kakaknya. Amat jelas kelihatan kakak N benci dekat aku.

Bila aku datang rumah mak N dan kalau kakaknya ada sekali di rumah tu, memang dia menjeling jeling dekat aku. Aku nampak la kadang tu, aku ada saja depan mak dan kakak N, tapi mereka sembang berdua saja. Mak N mungkin pura pura okay sebab ye lah kami dah kawin kan.

Aku yang aku boleh buat? Padan muka aku kan? Gagah pergi kawin tanpa pengetahuan mak dan abah. Mungkin ramai yang akan cakap macam tu. Aku terima semuanya. Kalau aku ada keluarga yang elok, mana mungkin aku akan belakangkan mak dan abah dalam urusan kehidupan aku.

Malah aku cuba tanpa lelah untuk berbincang dengan abah. Tapi abah tak muncul. Aku ambil jalan short cut sebab aku dah nak tumbang. Aku memang sorang sorang. Aku tak ada sesiapa yang aku boleh rujuk waktu tu.

Ok, bagi aku teruskan cerita aku lagi sebab ini bukan lah main point aku dalam tajuk aku, salah aku kah?

Aku hadap saja apa saja tindakan mak N dan kakaknya. Mak N nak kata tak suka aku tu, tak pernah la dia marah atau jeling aku macam kakak N. Dia buat macam biasa dan aku pun buat macam biasa juga. Tak lama lepas kami beritahu, mak N cadangkan untuk kami buat kenduri sikit.

Ye la, nanti tiba tiba beritahu saudara mara yang lain kami ni suami isteri, mesti mereka akan bertanya, bila nikahnya? Tambah tambah lagi bila mak N ni rapat dengan jiran jiran. Of course, lah makcik makcik dikawasan sekitar akan tertanya tanya kan.

Masa ni kami kaget. Kalau nak buat kenduri, mesti lah dikedua belah pihak. Mak N tak tahu yang aku dengan mak dah setahun tak bertegur sapa. Kami cakap, kami nak berkira kira dulu bajet semua. Mak N kata okay.

Masa aku tengah hadapi masalah yang satu ni, aku memang minta sunggu -sungguh pada Allah supaya Allah mudahkan urusan aku. Nak tahu apa jadi? ni betul tau bukan aku reka cerita. Aku dapat call dari nombor yang aku tak save atau nombor yang baru aku lihat. Aku angkat call.

“Assalamualaikum, Lela.. mak ni”. Aku dengar suara yang aku memang kenal di hujung talian.

Aku terdiam. Aku tak tahu nak respond macam mana. Walaupun dia mak aku, tapi kami tak rapat macam mak dan anak. Aku tak kejam. Aku sambut panggilan mak aku dengan baik. Aku masih bercakap macam biasa. Aku tak rasa nak menangis pun. Sebab luka aku dalam sangat.

Mak mintak aku balik rumah dia. Walaupun dia yang salah, tapi tak pernah dia katakan maaf pada anak anak dia. Dia seorang mak yang sangat ego. Aku berani kata sebab pada dia, ibu tak boleh menyembah anak. Jadi ibu saja yang betul, anak akan terus disalahkan.

Aku anak dia, aku tahu baik buruk mak aku. Jadi, jangan cakap aku kejam sebab aku kata mak aku macam ni. Aku pun ego. Setahun aku tak contact mak. Tapi, ego aku bersebab.

Aku pun balik rumah mak aku dengan N. Aku terus beritahu mak yang kami dah kawin. Mak aku nampak tenang. Dia kata yang sudah tu sudah la. Dia nampak macam boleh terima. Mungkin dia tengok N handsome juga kut. Mak aku ni memang kalau nampak orang tu handsome/lawa dia akan jadi lembik lutut.

Bukan gatal ye, tapi lebih kepada lembut hati. Dalam hati aku terus aku bersyukur. Bersyukur sebab Allah mudahkan kerja aku satu dan bersyukur sebab N handsome. Bayangkan kalau N tak handsome? Apalah agaknya reaksi mak aku kan?

Kami pun buat kenduri. Kenduri kedua belah pihak. ALHAMDULILLAH, aku lega yang teramat. Aku dan N buat sujud syukur. Kami officially dah jadi suami isteri di mata orang. Ada juga adik beradik yang tanya bila nikah dan sebagainya.

Mak N dan mak aku kata, majlis nikah buat antara kami ja atas permintaan aku dan N. Lepas tu, semuanya kembali normal. Dah tak ada yang bertanya lagi.

Aku nak cerita dulu pasal mak aku. Mak aku buat baik dekat aku bersebab. Masa dia call aku hari tu kan, mak aku kata dia dah tak nak kerja. Dia dah tua dan dah penat. Mak aku ni kerja sebagai pengawal keselamatan di sekolah. Mak aku tak ada SPM sebab dia bagi peluang pada adik adik dia untuk sambung belajar.

Aku sebenarnya bersimpati dengan mak. Tapi apakan daya, perangai mak aku macam tu. Lepas tu dia kata, “kereta mak tak ada siapa nak bayar”.

Aku dah agak. Ada udang di sebalik batu. Tapi, apa yang boleh aku buat? Aku anak dia. Takkan aku nak kata padan muka mak? Aku pun cakap tak apa mak, lela tolong bayarkan.

Lepas tu, mak aku letak telefon. Aku kira dia berhora horey di sana. Sebab ni juga kut dia terpaksa terima aku dan N dah berkahwin. Kalau tak, tak dapat duit dari aku lah kan?

Mulai bulan tu juga, aku bayar kereta mak RM400 sebulan dan aku bagi duit poket RM350 tiap bulan dekat mak. Up RM50 dari sebelum tu. Tak apalah, sebab tiap tahun gaji aku naik. Aku bukan bdoh tak fikir apa yang mak dah buat. Tapi, buruk manapun dia tetap mak aku. Mak yang lahirkan aku.

Cuma, aku pernah beranikan diri cakap, aku takkan bagi muka lagi dah kalau orang buat aniaya dekat aku. Aku yakin dia terasa, dia nampak sangat menjaga kelakuan selepas kejadian itu dan aku jadi lebih tegas dengan mak. Tapi masa ni mak aku tak berhenti kerja lagi, dalam proses.

Kejap, aku nak cerita satu benda lagi. Anda semua nak tahu sebab apa aku boleh ajak N kawin di Siam? Aku mengambil ilham daripada mak aku jugak. Masa umur aku 20 tahun, aku sedang menyambung degree di IPTA. Aku dapat call daripada adik aku. Adik aku kata mak aku pergi kawin di siam.

Dia nampak sijil nikah siam mak aku dengan lelaki tua nak mampus tu. Aku panggil lelaki tua tu macam tu sebab adik aku kata dia pergunakan mak aku. Mak aku kan walaupun kerja pengawal, tapi gaji 2 ribu juga sebab dia kerja memang lama. Mak aku lah kena bayar itu ini dan kena bagi duit belanja sekali dekat dia.

Tapi, perkahwinan tu tahan selama beberapa bulan saja. Mak aku baru ada akal kut. Kan aku kata, dia kalau tengok lelaki handsome, jadi lembik lutut.

Bagi orang yang berumur, lelaki tu nampak kacak la kut. Entah la, aku tak pernah tengok sebab aku tak balik rumah masa belajar dulu. Aku kerja cari duit poket.

Masa setahun aku tak contact mak tu, rupa rupanya mak kawin lagi. Adik aku kata lelaki ni memang hitam legam.

Untuk part 3, klik link dibawah

Dari luar, terdgr bayi aku nangis melalak. Mertua dah kecut. Selak rambut anak, terus aku meraung

Sumber – Laila Atheerah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

One comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *