Foto sekadar hiasan
Dua minggu di Jabatan Kecemasan di sebuah hospital di Lembah Klang.
Penat emosi, tenaga dan mental.
3 hari berturut turut ada patient LO (meninggal dunia). Umur baya baya mak dekat kampung yang dah berbulan bulan tak jumpa. Huhuhu.
Pesakit pertama,
Masuk kecemasan jam 1 pagi, masih dalam sedar, masih boleh bercerita.
Cuma bacaan 0xygen kurang cukup. Hanya 78%. Terpaksa pakai bantuan topeng 0xygen. Masuk branula pun masih boleh responds.
Makcik 70an muallaf, baru discharge daripada ward pembedahan dua hari lepas. Knser usus dan dah ada stoma bag. Datang sebab susah nak bernafas.
Bacaan drah makin teruk.
Bacaan vitals dah mula drop.
Team bahagian pembedahan sudah diinform. Suami dan ahli keluarga pesakit sudah di jelaskan keadaan pesakit.
Hanya kuasa Allah yang mampu mengubah.
Pagi tu, team bahagian pembedahan, Dr H datang sambil ajar patient mengucap.
Nasib menyebelahi sebab patient tengah tak ramai. Ada masa untuk berada di sebelah pesakit.
Ada masa ED tengah pecah, tak termampu untuk melihat pesakit setiap saat.
6 jam selepas tu, nyawa ditarik.
6 jam tempoh yang sekejap. Menyaksikan progression patient sampai ke nafas terakhir. Cukup sekejap. Baru aku berbual dengan dia tapi sekarang dah terbujur kaku.
Pesakit kedua,
Makcik 70-an berkain batik, dibawa masuk sudah tidak sedarkan diri. Pertama kali menyaksikan kes Brought in Dead (BID), CPR dimulakan namun peluang sangat tipis.
Akhirnya kematian menjemput.
Bila ditanya history dari waris, rupanya beliau pesakit C19 yang tengah home quarantine. Bacaan 0xygen dah mula rendah dari semalam.
Dah call ambulance semalam tapi setelah diasses 0xygen masih stabil. Hari ni 0xygen drop trus sampai 20%.
Pesakit ketiga,
Time tu shift oncall. Patient 80an – upgrade dari zon kuning ke zon merah.
Banyak c0morbidities dan bukan calon sesuai untuk diintubate (ditidurkan). Issue Death in Line dan Non active Resuscitation (DILNAR) dah dipersutujui oleh keluarga atas nasihat pakar.
Hanya menunggu masa, Patient tu C19, tiada keluarga yang dapat menemani.
Sebelum aku balik pagi tu, tengok makcik tengah tercungap cungap. Sedih dalam hati. Pergi dekat telinga ajar makcik mngucap sambil doakan kematian yang terbaik.
Trace dari member yang kerja shift pagi, patient meninggal tengahari tu tapi sempat buat video call dengan anak anak.
Apakah perasaan anak anak waktu itu?
Kematian sangat dekat, Tapi apa bekalku yang dah dibuat?
Dulu masa kecik, aku pernah pikir. Takpelah nanti time aku nak meninggal aku ucaplah shahadah. Nanti boleh masuk syurga terus. Kanak kanak betul pemikiran.
Sebab at the end kemampuan bersyahadah itu bukan pilihan kita.
Hidup kan diri dengan syahadah kerana ia bukan sekadar perkataan tapi adalah satu kesaksian yang dibuktikan dengan amal perbuatan.
Moga Allah memberi kan kematian terbaik untuk kita semua.
Moga Allah menjaga mak ayah di kampung sana.
Moga Allah sentiasa memberi peluang membuktikan syahadah kita.
Moga kematian kita kematian yang menghidupkan.
Muhasabah di Hari Asyura. Ayyash
Reaksi Warganet
Imah Imah –
Walaupun saya tidak berdepan pesakit C19, dulu selalu jugak berdepan dengan pesakit yang berakhir kematian didepan mata. Cukup menginsafkn.
Bila malaikat maut dah bertugas, rasa mnusia ni sangat lemah tiada upaya. Yang mencipta kita ni sangat berkuasa.. Wallahualam
Peah Peah –
Itulahkan sentiasa doa yang paling utama, mati dalam iman, mati dalam Islam supaya pengakhiran direzekikan dengan syahadah.
Lafaz syahadah Bukan semudah yang difikirkan, ianya berdasarkan amalan semasa hidup. Maksudnya cara mati kita itu berdasarkan kepada amalan harian kita.
Suhaila Jaafar Sidik –
15 Hari dok dalam wad sebab C19. Banyak menyaksikn kematian depan mate. Allahu..
Hari pertama kad wad sementara pesakit depan katil meninggal. Dah dapat masuk wad sorang lagi pesakit meninggal. Sayu sangat rase Hati Bile tengok keadaan mak aruwah tu.. Arwah sorg OKU, positif C19..
Mak nye menangis hampir pengsan dekat kaunter doktor sebab tak dapat uruskan jenazah anak nye. Saya yang tengok pon nangis sekali.
Mase saya di masukkan dalam ICU untuk pakai topeng oksigen, doktor cakap kalau bacaan 0ksigen saya tak cantik mungkn akan di intubate.
Mase ni rase kematian tu dah dekat sangat. Mengigil 1 badan. Dengan keadaan diri yang dah berapa Hari tak solat.. Allahuakhbar.. Dalam ICU pun sorang pesakit C19 yang di tidurkn meninggal pada Hari Raya haji yang prtama..
Ayzafaeeza Malik –
2 tahun ni menyaksikan kematian demi kematian. Syukur alhamdulillah, kerjaya saya membolehkan saya menyantuni pesakit yang sihat, sedang sakit, tenat dan sedang menunggu sakaratul maut.
Saya gembira bila pesakit saya kembali sembuh dan dibenarkan pulang ke rumah. Tapi untuk yang tenat adakala kami tak sempat nak ajar syahadah pada yang muslim sebab malaikat maut tak pernah datang lewat dan sentiasa bersedia menjalankan tugasnya.
Terkadang sebak sehingga mengalir airmata disebalik PPE yg disarung. Kami bukan nak anda rakyat jelata sanjung kami. Cuma kami minta tolonglah jaga kesihatan anda dan keluarga dan ikutlah saranan kerajaan..
Dysyzarinah Mohd Yusof –
Terkesan sangat. Insaf dalam diri. Nanti cerita lah lagi. C19 is real.
Selalu saya berbdoa. Ya Allah bimbing aku ke jalanmu. Hidupkan dan matikn aku dalam Islam. Jangan bolak balikan imanku..
Sumber – Ayyash (Bukan nama sebenar) via IIUMC