“Tak tido lagi ke?”. Bila masuk, tgk roomate semua tgh lena. Ah sudah, cpt2 aku amik bantal selimut cabut pergi

Foto sekadar hiasan

Hai korang. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Aku baru habis baca cerita seram dekat twitter dan tiba tiba rasa nak share juga la cerita seram tapi taknak orang tahu siapa aku, haha.

Aku nak cerita time aku duduk asrama dulu dari form 1 sampai form 5. Asrama aku ni terletak dekat satu bandar terpencil.

Adik beradik aku kata sekolah aku dalam hutan, haha. Sebab area situ baru diteroka time tu.

Waktu aku form 1, sekolah tu baru usia 5 tahun kot. Entah tak berapa ingat tapi kiranya sekolah baru la.

Dan seperti biasa, macam macam la kisah seram asrama yang korang biasa dengar kan? So kat sini aku share la kisah seram sejuk yang aku sendiri lalui.

Ada satu masa, dekat sekolah tu tiba tiba ramai giila budak perempuan kena histeria. Mula mula sorang saja tau menjerit, pastu nanti berjangkit pulak dekat orang orang lain.

Ada satu hari tu waktu zohor, azan saja tiba tiba ada yang start menjerit then berjangkit la dengan a few students yang maybe memang “benda” tu dah aim.

Pastu kalau malam, memang tiba tiba akan blackout then tak lama ada la yang kena rasuk.

Lama dan banyak kali juga la kejadian macam tu berlaku tapi atas usaha warden dan ustaz ustaz akhirnya semua pulih seperti sedia kala.

Katanya ada benda yang digantung dekat pintu pagar sekolah. Wallahualam.

Alhamdulillah aku tak pernah kena rasuk ataupon nampak apa apa yang menyeramkan tapi ada beberapa kejadian orang nampak aku tapi ianya bukan aku. Takut tak weh? Hahaha.

First, selalu pelajar perempuan yang period tak payah pergi masjid. Tunggu saja dekat dorm then maghrib turun bilik tv baca al mathurat.

Tapi aku pergi la masjid macam biasa sebab tak period. Then, malam tu time baca al mulk, budak dorm aku pelik tengok aku baca surah tu sebab dorang ingat aku period.

Dorang kata dorang siap sembang dengan aku kat dorm petang tadi tapi aku macam tak banyak cakap sangat.

Dorang pelik sebab aku memang sejenis banyak cakap. Padahal petang tu aku pergi masjid tau. So dorang sembang dengan siapa?

Dalam kes yang lain, adik dorm aku nampak aku pergi masjid dan siap tegur lagi tapi sebenarnya aku masih melepet kat dorm. Bila aku baru nak pergi, dia dah terpinga pinga.

Lepas tu ada satu malam tu, akak dorm aku nampak benda yang tak masuk akal which is orang iron baju dekat tengah tengah dataran aspuri tu. Dan dia kata dia nampak orang tu macam aku.

Aku elok saja weh tido lena kat dorm tu. Aku pon tak tahu nak react macam mana bila dok terima laporan laporan macam tu.

Dan tak lama lepas tu, aku demam teruk. Sampai kena balik kampung dan berubat.

Ada ustaz tu kata nasib baik datang awal sikit, sebab ada yang menumpang dalam badan. Tapi dalam bentuk angin. Kalau lambat, dia boleh block pernafasan. Again, wallahualam.

Satu kejadiaan seram yang aku lalui sendiri, time tu aku baru balik dari bilik study dalam pukul 1 pagi macam tu. So aku otw nak balik dorm la.

Tapi dari jauh aku dengar dorm aku tu macam meriah semacam. So aku suspek dorang tak tido lagi kot. Maybe ada la tu benda yang nak disembangkan.

Even time aku buka pintu siap ada suara menyambut, “haaa dah balik pon”.

So aku pon balas “tak tido lagi ke?”. Tapi bila aku masuk, tengok semua orang dah tidur lena. Selena lenanya.

Aku siap check tengok sorang sorang dekat katil. Ahhh sudah. Aku apalagi, ambil semua selimut bantal cabut la pergi dorm kawan aku yang lain, haha.

Dan kisah terakhir aku nak share ni paling seram dalam kesemua kisah seram yang ada.

Ada satu hari, budak dorm aku rasa dia kena raba time tidur. Mula mula dorm aku saja tapi lama lama budak budak dorm lain pon mengalami peristiwa yang sama.

Macam macam la kitaorang buat dari baca doa nabi Sulaiman, buat segala pendinding, gilir gilir berjaga malam.

To cut short akhirnya kantoi juga yang tu sebenarnya salah sorang pelajar lelaki yang menyelinap aspuri, lol.

Mula mula dia memang aim salah sorang budak dorm aku tu sebab dia bengang cinta kena reject tapi lama lama dah jadi addiiction pulak tu yang melarat.

Seperti saka, dia pon dibuang dari sekolah serta merta.

Sekian kisah yang agak panjang dari saya. Terima kasih untuk siapa yang sudi baca. Bangsa membaca, bangsa berjaya.

Reaksi Warganet

Bunga Sakura –
Pernah ada junior nampak saya tido dekat katil. Padahal time tu saya tengah tido dekat bilik kawan.

Hadoiii… Lrpas kejadian tu, tiap kalo nak tinggal katil, letak Al Quran. Haha… Baru tenang sikit

Nur Saliha –
Weiii yang budak aspura masuk aspuri tu memang lagi seram. Dulu masa form 2 lagi la famous, kes orang minyak. Dah la semua anak dara. Huhuhuhu.

Nur Farhah Ain –
Dulu masa dekat uni, ada 1 aktviti. Jadi kena kumpul dalam 730 pagi macam tu. Dari kolej ke tempat berkumpul ada dalam 30-40 minit berjalan.

Pagi tu kabus sebab hujan, lepastu ada sorang laki follow dari belakang, ciri ciri laki tu memang takut. So rasa takut dan nak cepat, kalau lari bahaya jugak, jadi jalan laju laju..

Tiba tiba muncul kawan dekat depan, pakaian dia bag dia semua memang sama, so aku tegur.. “eh tokmat awalnya hang”, lepastu laki belakang tu blah ikut jalan dewan kuliah.

Tokmat tu ada dekat depan sampaila dekat dengan tempat semua berkumpul. Tup tup tokmat tu xdak, and dia muncul balik pkul 815, pakaian dia cara dia bawa bag semua sama dengan yang jumpa pagi tadi.

Bila tanya dia. Dia kata yang aku jumpa tu memang bukan dia. Masa belajar di Sarawak dlu, setiap kali ada timbul rasa takut, mesti akan ada sesuatu yqng muncul tapi buatkan hati lega tak takut lagi.

Sumber – De Luna (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *