Dgn modal air liur, 8k lebur. Rupanya Amirul suami org. Haritu aku nekad berdepan dengan isteri nya

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Terima kasih andai corten saya disiarkan. Terlebih dahulu saya nak mintak maaf andai tulisan saya berterabur.

Saya Alin berusia awal 30 an. Berkerja sendiri. Kisah malang dalam hidup aku bermula hujung tahun lepas. Perkenalan singkat aku dengan seorang lelaki, aku gelarkan dia Amirul.

Amirul berkerja disektor swasta dengan gaji basic minimum. Orangnya tinggi lampai, berambut spike, sedap mata memandang.

Awal perkenalan kami semuanya indah indah. Amirul seorang lelaki yang sangat sangat baik, bercakap pun lembut, sopan, senang cakap nampak sempurna dimata aku waktu itu.

Ku sangkakan panas hingga ke petang rupenya Tsvnami melanda dalam hubungan kami.

Dipendekkan cerita, Amirul kantoi dengan aku, Amirul adalah SUAMI ORANG. Aku tidak tahu pun, Amirul ini suami orang sebab dia mengaku dia ‘Bujang’. So aku pun percayalah cakap dia bulat bulat.

Aku beranikan diri cari isteri Amirul, Isteri mana tak marah, tak mengamuk. Aku terduduk dan isteri dia jugak terduduk. Aku gelarkan isteri Amirul, Ika. Ika nampak berperwatakan lembut, sopan, manis, lawa.

Bermulalah sesi berdebat antara Amirul dan Ika depan aku. Amirul salahkan Ika 100% dalam hal ini, tapi dalam hati aku, Amirul yang salah!

Amirul yang curang tapi kesian Ika yang dipersalahkan sebab terlalu sibuk dengan kerja sampai tiada masa untuk Amirul. Aku pulak macam tunggul hadapan mereka.

Aku kesian tengok Ika yang hancur sehancurnya depan mata aku.

Ya Allah kenapa kejam sangat Amirul pada Isteri dia.

Selesai Amirul dan Ika bertikam lidah depan aku, mereka beralih kepada aku. Aku dengan berani cakap,

‘SAYA TAK TAHU AMIRUL SUAMI ORANG, AMIRUL MENGAKU DIA BUJANG’. Ika maki aku macam macam. Aku tahan. Aku diam.

Urusan aku, Amirul dan Ika tidak habis disitu sahaja. Sebab sepanjang aku berkawan dengan Amirul, dia pinjam duit dengan aku dekat 8k.

Ianya atas alasan nak renew roadtax kereta, nak bawak keluar adik dari lokap, nak tukar tayar kereta, nak bayar duit kereta, nak bawak mak balik kampung, dan macam macam lagi.

Kesemua duit aku, Ika yang selesaikan. Punyalah Ika sayangkan Amirul, sanggup berhutang sana sini semata mata untuk selesaikan hutang aku.

Ika beri Amirul peluang untuk berubah, tapi sayang Amirul tidak pernah berubah. Amirul simpan perempuan lain (Aku gelarkan Ina).

Ina, cari Ika dan cerita semua pada Ika, Ika naik angin, dan tuntut cerrai dengan Amirul.

Ika masej aku maklumkan Amirul curang lagi sekali dengan perempuan lain siap bagi nombor perempuan itu. Aku hanya diamkan diri sebab itu bukan urusan aku dah.

Nasib aku dan Ina hampir sama, Kami dipergunakan untuk kepentingan Amirul. Masalah utama Amirul hanyalah duit.

Modus operandi Amirul adalah sama. Nak pakai duit untuk jamin adik dari lokap, nak bayar duit kereta, nak bagi mak duit belanja, dan macam macam alasan yang sama.

Selepas tahu Amirul ini suami orang aku jadi benci, meluat. Tapi Amirul ini jenis tak tahu malu, masej aku nak mintak pinjam duit. Hanya untuk duit sahaja aku dicari. Lepas itu, Amirul akan menghilang.

Bahasa Amirul agak kasar kalau aku tak bagi dia pinjam duit. Kau ingat aku heran dengan “Biawak hidup” macam kau, memang tidak.

Selama ini Amirul hidup mewah dengan harta isteri. Sekarang kesian, semua kemewahan yang Amirul ada dirampas isteri dia. Termasuk kereta kesayangan Amirul.

Percayalah ‘kata kata itu doa’. Amirul beria sumpah mengaku dia bujang. Last last Allah makbulkan doa dia jadi ‘bujang duda’.

Aku kesian dengan Ika, sedih aku baca posting posting Ika, tapi ape yang aku mampu hanya berdoa.

Doakan terbaik untuk Ika. Ika lalui fasa yang sangat sangat perit dalam hidup dia. Ditipu dan dikhianati.

Semoga Allah gantikan semua kesakitan kau dengan kebahagian didunia dan akhirat. Aamiin.

Buat gadis gadis luar sana, berhati hati lah dengan ‘dating apps’. Ramai yang pura pura bujang, mencari mngsa baru untuk keseronokan.

Berhati hati bila berkawan dengan ‘stranger’ jangan mudah percaya, jangan mudah kesian, jangan mudah terperangkap dengan kata kata,

“Abang nak datang jumpa mak sayang,” itu semua drama sahaja.

Jaga diri, jaga maruah kita sebagai perempuan.

Akhir kata Amirul selalu cakap, “saya tak bahagia dengan isteri saya sebab itulah saya cari awak”. Haha!

Konsep bahagia itu bukan datang dengan percarian, bahagia itu adalah hargai apa yang ada didepan mata. Berhentilah pergunakan orang. Ubah sebelum terlambat. Sekian.

Reaksi Warganet

Masitah MH –
Huh… sempat jugak amirul dapat 8k pakai air liur je janji nak jumpa mak..

*wahai gadis, bacalah banyak banyak ayatul qursi. Kalau jumpa makhluk camni, pastu hembus dekat dia, mana tau terus terbakar.

Wanie Talib –
Tak kiralah lelaki ke, perempuan ke, kalau awal awal je dah nak pinjam duit… Larikkk lahhh. Kecuali dia ada pertalian drah dengan kau, adik beradik jauh ke, mungkin dia sesak.

Sekarang ni ramai yang nak duit mudah, dosa letak dalam peti dulu. Dah tua baru nak taubat katanya! Kalau single, tak perlu lah termakan puji dan rayuan, kata cantik lah, ayu lah, sila sedar diri..

Pandai pandailah selidik FB dia sampai ke akar umbi, kau akan jumpa kecurangan dia!

Summer Darl –
Saya kedekut. Bab bab duit ni sorry la nak baik sangat. Dulu dulu (dah lama) suka juga bagi orang pinjam. Sekali dah asyik terkena orang tak bayar.

Saya pon buat monthly commitment dekat ASB dan investment lain. Jadi takde duit lebih tiap tiap bulan.

Bila orang nak pinjam duit, jawab je takde duit. Dah memang betul takde duit lebih, tak tipu. Sebab tiap tiap bulan duit dah kena auto deduct. Settle masalah jadi pemurah tu.

Hanie Zain –
Kalau bab duit, saya memang berkira. Susah nak bagi orang pinjam melainkan family. Lagipun saya dah lalui susah payah struggle cari duit.

Saya pun takde meminjam duit orang. Kalau takde duit pun, tetap akan minta pertolongan Allah. In shaa Allah.. Allah akan hantar bantuan pada saat yang tepat.

Baru kenal dah bagi pinjam sampai 8k. Awak tak perlu terdesak sangat nak cari jodoh sampai install apps cari jodoh tu semua.

Jodoh ni rahsia Allah tau. Chill chill aja.. bila tiba masanya, tentu awak akan berjumpa dengan lelaki yang tepat.

Cik Ros –
Bab duit ni. Kalau awal awal nampak pasal duit. Elok blah je. Tak kisah la dia pinjam ke, suruh derma ke, apa ke. Selagi dia sebut DUIT dia memang ciri utama biawak. Biawak biasa makan duit cara haram, menipu status bujang tu benda kecik je bagi dia.

Korang jangan tak tahu sekarang modus operandi lelaki biawak bukan pinjam direct.
Tapi ada yang pura pura kutip derma atau dana.

Kononnya keluarga dia terlibat dengan yayasan sekian sekian nak buat kebajikan. Tapi try korang transfer rm5 jer. Kalau nombor akaun personal mak ke bapa ke dia sendiri ke. Tu adalah scammer. Walaupun dia bercinta dengan kau. Family dia pun boleh bersengkongkol sekali tau.

Part isteri. Dia pandai pusing dekat bini dia yang naif. Nanti akan dikatakan kau yang tergiila giilakan dia dekat bini dia. Padahal belakang bini dia yang merayu perempuan2.

Tak semua pmpuan hadap suami orang. Tapi tu la kadang kadang tak dapat detect tu suami orang. Jenis pulak bini nerd percaya 100% laki dia. Hp tak pernah check. Laki outstation percaya. Malam laki masih wasap/call tak curiga langsung. Sah sah bini kena tipu tu urusan kerja.

Zaman sekarang nak kenal lelaki. Bukan setakat kena tau family dia. Sebab family kadang kadang bersengkongkol. Mak pun sanggup tipu anak dia masih bujang lagi.

Tapi kena tanya juga jiran jiran dia, rakan sekerja yang tak rapat dengan dia. Dan seberapa banyak sumber. Baru boleh dapat maklumat yang betul. Dunia tipu tipu ni kadang kadang menakutkan.

Sumber – Alin (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *