“Sekali je, please”. Surat murid darjah 5 ‘pancing’ budak drjah 6 buat si ibu menggeletar tangan

Emak Ayah Pastikan Anak Tak Tengok

Seorang ibu mesej saya gambar ini. Saat bercerita kepada saya, tangan beliau menggeletar. Hampir tidak percaya, anak lelakinya darjah 6 perolehi surat dari seorang kanak kanak perempuan, darjah 5.

“Kepada ……

Nama aku ….., Darjah 5. Tak apa kalau kau tak kenal aku. Aku nak berkenalan dengan kau. Aku nak tanya, kau pernah tak bersetubuh dengan perempuan?

Hmmm. Sebenarnya aku nak bersetubuh dengan kau. Sekali je, please. Kalau sekali tak keluar anak. I like you.”

Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiuun.

Ini kiriman surat budak perempuan berusia 11 tahun kepada pelajar lelaki 12 tahun tau. Kalau kita yang jadi mak bapak budak lelaki ni pun mesti berada dalam situasi puan berkenaan, menggeletar dan seolah olah tidak percaya.

Idea budak perempuan berkenaan ada. Ia serius. Bukan main main. Beliau maksudkan apa yang ditulis. Bersetubuh, sekali sahaja, tidak akan lahirkan anak.

Anak puan ini tak kenal siapakah gerangan budak perempuan berkenaan.

Ada beberapa faktor anak sekecil ini boleh jadi begitu.

1. Masih lagi tidur sebilik bersama mak bapak. Saya tak pelik hal ini boleh berlaku. Kerap kali adalam program bersama budak sekolah rendah, ada yang darjah 6 pun masih tidur satu bilik dengan parents.

Apa yang mak ayah begini fikirkan? Tak pernah ke terlintas di fikiran anak ini boleh mencuri pandang jimak yang dilakukan oleh mereka?

Expect anak dah tidur? Tak pernah ke sampai kepada mereka kisah gadis muda ketagih s3ks dek selalu tengok mak ayah berjimak depan mata dari kecil?

2. Ada juga budak sekolah jadi begini disebabkan pernah menonton ‘kandungan dewasa’. Samada akses sekali sekala atau sampai ketagih. Tak perlu saya huraikan aspek yang ini.

Masing masing dah tahu kesannya bilamana viral kes budak lelaki 12 tahun rgol kanak kanak perempuan 4 tahun setelah terangsang tengok video ‘dewasa’.

Tak cukup dengan tu, beberapa hari lepas keluar lagi isu yang lebih kurang. Seorang budak lelaki 11 tahun rgol kakak sepupu yang berusia 12 tahun. .

Puncanya sama. Terangsang tonton video ‘dewasa’ dari telefon bimbit.

3. Kawan kawan yang telah akses video ‘dewasa’ mengajar rakan rakannya yang lain di sekolah. Saya pernah kongsikan sebelum ni ada budak lelaki darjah 1 ajak kawan lelakinya ke tandas untuk main rgol rgol. Dan iya, budak ini maksudkan apa yang beliau katakan.

4. Yang paling saya takutkan sebab yang keempat ni. Kanak kanak ini menjadi mngsa pengantunan s3ksual (s3xual grooming) oleh individu yang dikenali atau tidak dikenali, samada di dunia nyata mahupun di alam maya.

Ada pihak yang tak bertanggungjawab seperti ayah, datuk, abang, sepupu, bapa sedara, abang ipar, anak pengasuh, pelajar transit, kawan kepada ayah atau individu yang ada akses dengannya telah membina trust dengan si kecil ini untuk tujuan s3ksual.

Walau budak ini telah menjadi mngsa cbul atau rgol/ liiwat (nauzubillah), tapi dia tak tahu yang dirinya mngsa. Pemngsa telah berjaya buatkan budak ini percaya perbuatan itu ok, normal dan menyeronokkan.

Lepas jadi mangsa, child s3x predat0r ini akan belanja makan, bagi hadiah atau lain lain ganjaran.

******

Kesan kepada 4 perkara ini, kanak kanak yang menjadi mangsa s3ksual akan anggap perbuatan s3ks itu normal. Beliau akan groom pula kawan kawannya di sekolah.

Dalam kes ini, mujurlah puan berkenaan selalu spotcheck beg sekolah anaknya. Kalau tak, sampai bila bila tak tahu yang anaknya terima ‘surat cinta’ ini.

Buat mak ayah di luar sana, ini cadangan saya,

1. Please ingatkan anak anak, jika mendengar perkataan yang tak elok kawan sebut di sekolah, kata kata keji, makian, ejekan, mencarut, lcah, terus bagi tahu mak ayah.

Parents pula kena terangkan pada anak kenapa perkataan itu tak elok atau terangkan definisinya seperti perkataan ziina, rgol, cbul, liiwat dan lain lain.

2. Mak ayah juga tolong pesan kepada anak anak jika dapat surat kiriman kawan kawan terus bagi tahu parents. Tak kisahlah walau ia cinta monyet sekalipun. Yang penting, mak ayah kena tahu. Tambah tambah, anak yang masih bersekolah rendah.

3. Jangan jemu jemu ingatkan pasal sentuhan selamat dan tidak selamat, beza antara sentuhan kasih sayang dan bersifat s3ksual.

Juga ajar tentang private part yang tak boleh disentuh, dipegang atau diraba (mulut, dada, kemalvan, punggung, paha). Jika ia berlaku, jerit kuat kuat, lari selamatkan diri dan mengadu atau beri tahu parents.

4. Paling penting, jangan kau pula jadi bdoh berjimak atau bercumbu cumbuan depan anak. Tak tahu malu ke?

Buat guru guru,

1. Inilah dia antara anak anak didik kalian hari ini. Bermula dari sekolah tadika lagi sudah ada budak melcah.

2. Jika cikgu dapat kes seperti ini, tolong bantu sebaik mungkin. Mereka adalah mngsa. Bukan saja saja buat macam tu. Sebab sebabnya saya dah nyatakan di atas.

3. Jika dapat aduan dari pelajar melibatkan kes kes s3ksual, jangan anggap mereka bergurau. Budak kecil jarang menipu bab bab begini. Ambil peduli dan refer kepada guru yang berkaitan.

4. Walau kalian bukan guru mengajar Pendidikan Kesihatan atau subjek Pendidikan Islam, jangan pernah jemu ingatkan anak didik pasal isu isu sebegini.

Lantaklah kalau ada ibu bapa atau rakan guru yang kata kita memandai mandai. Tak kena ke anak dia memang sedap cakap. Tugas kita bersama ni.

Saya harap post ini dibaca dan dikongsi sebanyaknya oleh kalian.

Mari sama-sama jadi masyarakat yang berperanan. Jangan jadi netizen yang tahu mengecam sahaja isu pembuangan bayi, s3ks bebas atau hamil luar nikah tanpa sedar punca permasalahan yang perlu dirawat.

Dan ia bermula dari rumah.

Reaksi Warganet

Eykien Nor –
Pernah 10 tahun lepas anak sulung lelaki saya menerima surat berdrah dari seorang murid perempuan darjah 4.

Meluahkan rasa cinta dan sayang padaa anak lelaki saya yang sekelas dengannya siap berpesan surat ni ditulis dengan drahnya sendiri dan kalau ada murid perempuan lain yang cuba mendekati anak saya dia mengugut akan membnuh diri.

Allahuakbar, tapi saya tak ambik pusing sangat sebab 2 minggu lepas tu dia berpindah sekolah.

Jason Chang –
Setuju sangat sangat artikel ini. Kalau di Taska, kanak kanak lelaki dan perempuan harus tidur berasingan.

Saya rasa masih ada sesetengah taska masih letak kanak kanak tidur beramai ramai tanpa pengasingan jantina. Tilam lelaki dan perempuan hanya ada jarak sejengkal. Alasan mereka, mereka kata budak masih kecil.

Zaman sekarang dah berubah. Fikiran kita harus maju mengikut pengedaran zaman, tidak dapat take for guaranted dengan cara lama.

Nik Yus –
Kalau saya jadi ibu pelajar ni, saya akan maklumkan pada kaunselor. Mak ayah budak perempuan tu kena tahu yang ank dia dah bole pikir smpai ke situ walaupn baru 11 tahun.

Budak pempuan tu kena tahu tulisan dia tu dah melampau. Memang bole trace dekat sekolh. Tindakan untuk mendidik bukan nk malukan dia..

Rabiya Adawiya –
Dari ayat anak ini,

1. Bersetubuh dengan perempuan
2. Aku nak bersetubuh dengan kau

3. Sekali je
4. Kalau sekali tak keluar anak

Ayat ayat ni jelas menunjukkan bukan saja dia nampak dengan mata. Tapi anak ni dah “rasa”. Ada orang buat pada dia

Tapi anak ni tak salah. Kita kene terima bi0logi badan manusia yang akan terangsang dan nakkan lagi perkara yang asyik tu. Sebab tu anak ni boleh minta pada orang lain.

Maybe kalau perjara ni dah jadi pada anak kita ( nauzubillah) terangkan perjara paling benar.

Contoh :
Kemalvan kita memang Allah cipta untuk ada rasa sedap. Tapi untuk budak 11 tahun tak patut ada rasa tu. Itu dah salah.

Kalau ade seseorang pegang kamu kene marah walaupun ibu yang pegang. Dan kamu boleh pegang kemalvan kamu masa nak cebok sahaja.

Kamu boleh bagitahu ibu jika kamu rasa apape pada kemalvan kamu ibu akan bantu kamu tapi kamu tak boleh buat tindakan sendiri. Apape kamu kene bagitahu ibu. Ibu takkan marah sikit pon sayang ibu akan bantu kamu.

Tindakan ibu :
Sebokkan anak, Gembirakan hatinya. Buat banyak aktiviti pergerakan badan yang aktif
Jangan sesekali biarkan dia sendirian
Untuk fasa pertama sentiasa perhatikan dia mandi dan setiap pergerakannnya jika pegang kemalvan terus tegur.

Ibu kene selalu tanya anak perkembangannya
Buat anak nak cerita semua sekali. Jangan fon. Sentiasa pesan tentang bahaya sentuhan tempat privasi

Jangan sedih apa pon masalah, Allah tu ada.
Bila ada kes macam macam ni naik di feed FB saya nampak luahan ibu bapa dan cikgu dengan situasi ni. Allahu, sedih

Sumber : Akhi Fairuz Al-Jengkawi

Posting di atas awalnya dikongsikan di laman FB Akhi Fairuz Al-Jengkawi pada 20 Aug 2019. Semoga menjadi iktibar dan dapat kita jadikan sebagai pengajaran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *