“Aku nurse, suami anti v4ksin”. Pelik, sejak ku di ccuk suami tk sentuh. 4 bulan. Bila berkwn dgn geng2 tu, trus jd mcm xbetul

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya muallaf umur 25 tahun. Dah berkahwin dengan duda anak 1 (perempuan umur 9 tahun). Saya juga seorang frontliner under KKM kerja dalam ward c0vid. So memang diwajibkan untuk ambil v4ksin.

Pihak pengurusan siap bagi tarikh awal untuk family frontliner yang jaga c0vid ambil v4ksin awal tapi suami refuse. Dia bila dah berkawan dengan kumpulan anti-v4ksin ni terus jadi macam tak betul.

Hari hari update pasal teori k0nspirasi, fakta fakta konon yang semua ni tipu. Semua ni mainan dunia. Siap perli saya cakap saya ni ikut saja ape orang suruh.

Percaya sangat kawan kawan yang cuci otaknya kononnya v4ksin ni penipu ada cip kecil la ape la. Hari hari duk baca dan tengok video pasal v4ksin siap ada group lagi di whatsapp dan telegram.

Sekarang ni dah 4 bulan saya tak dapat nafkah batin. Tak tau la sebab saya dah v4ksin ke ape ke tapi suami tak nak sentuh pun. Bukan tak cantik ke ape sebab ramai kenalan suami semua kata ‘untunglah dapat bini cantik’, ‘bini orang Korea/ Jepun ke?’

Tapi tu la suami pula sampai 4 bulan tak sentuh. Dah pernah saya terus terang ‘nak’ pun masih tak dilayan. Sebab hasutan kawan antiv4x dia ke ape ke tak tahu la.

Sekarang suami ada join business ni team punya la. So selalu meeting. Ada seorang team dia ni dah v4ksin 2 dos. So dia orang pergi meeting dekat rumah sorang antiv4x ni.

Pastu selang beberapa hari kononnya bini antiv4x tu ada alergic kulit katanya punca dari yang v4ksin tu datang rumah. Kononnya yang dah v4ksin ni jangkit virus dekat orang lain.

Laki ada suruh saya pergi tengok bini kawannya tu pergi lawat katanya, saya setepek cakap ‘tak payah la nanti ape ape jadi nanti saya disalahkan sebab saya dah v4ksin’. Lantak lahai.

Sekarang ni ada kawan kawan antivax dia bagi air ape benda konon kalau minum fungsinya macam det0x kuman semua. Disuruhnya saya minum sekali memang tak la. Air ape benda pun saya tak tau.

Sekarang ni memang 24 jam dia layan phone saja pasal v4ksin semua ni.

Saya bukan tak nak hormat suami tapi saya kerja hospital khas jaga pesakit c0vid. Saya tau la betapa bahaya v1rus ni. Saya medical staff kot. Takkan sewenang wenang nak saya percaya k0nspirasi semua tu.

Kadang terpikir juga kenapa suami macam hilang n4fsu dekat saya. Mungkin ke sebab saya dah v4ksin? Sebab hasutan kawan antiv4x dia ke?

Bila tanya dia kata dia banyak berfikir bagi masa dekat dia sikit. Masalahnya dah 4 bulan kot.

Saya dah dapatkan tarikh v4ksin awal dah, sebab pengurusan uruskan untuk family frontliner. Tapi tak dihargai langsung. Siap ikut cakap bulat bulat kawan antiv4x dia.

Reaksi Warganet

Shezz Fawaz –
Lepas ni selain tak nak kaki politik, nak pilih pasangan kena tanya juga antiv4ksin ke tak, kaki teori k0nspirasi ke tak, geng bumi rata segala.

Kesian TT. Boleh bayangkan stress dan sedih, letih. Hari hari tengok mngsa c0vid di hospital. Balik rumah kena pulak hadap suami gini. Semoga Allah beri ganjaran besar di akhirat kepada TT, beri penyelesaian terbaik untuk kebahagiaan TT di dunia.

Madamme Que –
Buat aduan dekat pejabat kadi sis. Melampau betul taasub sampai mengabaikan hak isteri.

Sis, u cakap dekat dia, kalau dia abaikan hak u, sila terus terang dekat u sebab ramai beratur nakkan u, sementelah takde anak lagi. Jangan layan u macam sampah. Sila cari pasangan sama sama sehati sejiwa antiv4ks, senang.

Kalau suami u sorang sorang dia nak layan teori teori tu tapi tak mengabaikan wife, takpe lagi. Ni sampai buat wife camtu, dahla u mualaf. Betul betul contoh yang buruk. U bukan buat dosa besar pun nak dilayan macamtu.

Edit: ok insaf jap. Saya delete la perenggan last tadi.. Tak jadi la doakan u jumpa doktor hensem dan soleh. Takpe sis. U tunggu je.. Berapa lama dia nak layan u macamtu. Doakan Allah tunjukkan hidayah dekat suami u. Mana tau Allah takdirkan terjadi ssuatu pada dia untuk dia insaf, kan. Or.. Sampai masanya u dah tak mampu nak hadap, u minta bantuan dari pejabat agama. Islam tak kejam pada kita wanita.

Elly Orly –
Husband saya dulu pun masa awal awal macam ni jugak la, Tak mahu v4ksin.. Saya senyap senyap daftarkan v4ksin dia. Saya fikir nanti bila tiba hari v4ksin terpulang pada dia la nak v4ksin atau tak.. Dah dua tiga bulan saya register nama dia, dia tanya saya,

“awak ade daftar v4ksin untuk saya ke?”, saya tanya kenapa tetiba nak tahu pulak. Rupanye, mostly kawan kawan dia yang kemain canang kata v4ksin tak bagus, dah dapat date v4ksin dan ade yang dah pi v4ksin, masing masing anak atau isteri yang daftarkan.. Saya gelak gelak dulu, baru saya jawab saya dah registerkan.

Nak jadikan cerita lagi tragis, after a week dia lengkap second dose, kami suami isteri positive c0vid.. Alhamdulillah, dia kuarantin di rumah dan dalam stage 1, saya pulak dapat tau positive sehari sebelum tarikh first dose saya.

Nak jdkn cerita, 3 hari kuarantin rumah saya sesak nafas. Saya kene warded, rupanye da masuk stage 4.. Saya cakap dekat husband, “alhamdulillah, nasib baik Allah bukakan hati abang untuk v4ksin, keadaan abang tak seteruk saya, abg masih boleh kuarantin rumah sampi abih tempoh, walaupun abang golongan berisiko tingggi sebab abang warga emas..”…

La ni husband tak komplen dah pasal v4ksin sebab depan mata sendiri dia tengok keadaan saya yang sangat teruk masa tu..

Sulaim Sya –
Keadaan kita sama tapi takdelah sampai suami tak nak sentuh. Suami aku bukanlah anti semua v4ksin sebab dia dari kecik mak mertua aku cucuk je sampai elok hidup membesar. Lately ni je tiba tiba anti v4ksin sebab terpengaruh dengan pakar penkonspirashit. Hari hari nak cakap pasal ciplah, bluetut la, agen dajjaal la sebijik la macam laki TT ni..

Awal awal kami gaduh giila2 bila suami tak nak v4ksinkan baby baru lahir kami. Aku just bagi dia choices “u nak pilih nyawa anak or prinsip u, nak pilih prinsip u leave us alone becoz i yang bayar insurans anak ni”..

Dah setahun ni dia slow down sikit bila aku bertegas. Aku dah malas nak gaduh sampai baling barang. Kitorang seboleh boleh tak cakap pasal ni. Kalau laki aku open issue ni pun aku dengar tapi macam masuk telinga kiri kuar kanan..

Aku dah complete v4ksin c0v19 and husband masih tolak. Pilihan masing masing. If 1 day either of us kena c0vid sendiri tanggung. I dun care, numb enough to care. Aku cuma harap Allah lindungi baby aku dan cepat cepatt lulus v4ksin c0v19 untuk kanak kanak. Geng2 konspirashit ni makin dilayan makin bertambah giila..buang masa layan..

Sumber – Mrs. (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *