Kakak OKU mata. Abg ipar, pkul tendang. Duit disonglap, dihalau nya keluar rumah. Kami nekad

Foto sekadar hiasan

Salam semua. Untuk entri ni, aku nak cerita tentang ujian rumahtangga kakak aku yang ada OKU penglihatan.

Kakak aku bukan 100% buta. Boleh melihat lagi, boleh menaip lagi, boleh jaga anak lagi. Cuma slow sikit buat tu semua sebab mata blur betul, macam nampak asap gitu. Dia ada penyakit Retina Pigment0sa (boleh try la google tengok cemana penyakit ni).

Kakak aku dah berumahtangga 10 tahun gitu lah, dah ada 3 orang anak. 2 lelaki, 1 perempuan. Alhamdulillah, anak cecomel macam muka Korea.

Doc cakap kalau bersalin ni, boleh tambah risiko pada penglihatan kakak aku lah, kiranya akan lagi teruk. So first anak dulu, mata still boleh jelas nampak. Sekarang anak depan mata pun kadang terlanggar.

Dulu kakak aku nurse, lepas kahwin berhenti. Aku tak suka nak panggil abang ipar, so aku cakap suami dia lah. Sebab belum cerrai lagi kan.

Suami dia ni kerja kerajaan. Dulu kerja nurse, kakak aku beli kereta. So lepas kahwin, kereta dah disambung bayar oleh suami dia lah. Tapi kekadang guna duit kakak aku juga. Kakak aku tak bekerja tapi bebulan dapat duit OKU, dalam RM450 gitu.

Time Anak pertama, okay. Anak kedua, family aku dah mula perasan suami dia panggil kakak aku (kau-aku). Dah tak ada nama, tak ada saya-awak, etc. Tegur atau marah pun direct je depan family.

Kitaorang tak port sangat lah, diam saja sebab tak berani campur urusan orang dah kahwin ni kan. Kakak aku pun tak pernah nak luahkan pape. Kitaorang anggap benda tu normal la bagi dorang ke apa. Pepandai setel nanti rumahtangga sendiri.

Kes mula, bila satu hari. Time aku tengah kerja, kakak aku whatsapp. Dia kata suami dia halau keluar rumah.

Aku baca whatsapp tu, then aku inform mak aku, kakak aku. Memang aku inform lah, dah tu kakak aku, dengan OKU penglihatan, dengan kena halau, nak suruh kakak aku sabau ke?

So that time juga aku minta half day dekat boss, aku gerak pergi ambil kakak aku dan anak anak dia. Dah halau kakak aku, siap msg aku jangan campur urusan. Perangai macam apa.

Sampai rumah dia, aku terus angkat saja barang kakak dan anak anak dia dalam kete. Aku tak cakap banyak, sebab aku hangin tindakan suami dia,.

Tapi adik ipar suami kakak aku dan ayah aku minta suruh sabar dulu. Ajak suaminya datang dan bincang sekali sebab dia suspek suami kakak aku kena sihir.

Aku cakap, dah tak guna bincang. Sebab dia dah halau. Papepun balik dulu, setel nanti saja. Tak guna stay lelama bincang. Time tu dah kul 4pm. Macam kakak aku ni toy saja kau buat.

Sementara tu, dorang bercerita lah. Adik ipar suami ni cakap, dorang pun pernah kena sihir. Oh jap, kesian korang ek. Aku tak cerita kenapa dia kata macam kena sihir. Sebelum ni, pernah kakak aku cerita…

Suami dia bila balik rumah, dia kata rumah busuk bau bangkai. Dia benci tengok kakak aku, dia tak makan masakan kakak aku.

Kalau aku datang rumah dia, kakak aku selalu gak tanya if ada bau pape. Aku memang tak ada bau pape. Anak anak dia pun dia tanya, tak ada bau pape kata bebudak tu. Dia cerita dekat aku, before suami dia balik kerja, dia mop and sapu dulu rumah. Tapi sama juga kata bau busuk.

Cerita punya cerita, setelah bawa kakak aku dan anak anak dia balik rumah. Malam tu, mak bapak suami dia datang dengan suaminya nak ambil anak anak. Mak dia pun boleh tahan beriya. Kakak aku cakap siap tengking dekat kakak aku, cakap kat pintu, “Boleh tahan kau ni ye.”

Dia tak tahu anak dia halau kakak aku dari rumah. Belum lagi aku cerita part kakak aku kena sepak kat muka, kena tendang sampai terjatuh. Time mengandung anak ketiga kena tolak sampai bleeding, eh banyakk. Kang bawah sikit aku cerita.

Aku baru tau benda ni sebab kakak aku baru nak cerita time kena halau ni lah. Manalah aku family tau, kakak aku ni jenis pendam. If tahu lama, dah lama aku report polis!

So malam tu dia dapat bawa balik anak dia 2 orang. Lagi sorang yang bongsu, kakak aku bawa masuk bilik. Budak tu baru 2tahun, memang kakak aku ambil la, kecik lagi. Dah le halau kakak aku, pastu beriya nak ambil anak balik.

Yang kelakar, bukan dia jaga pun bebudak tu. Dia kan kerja kan? Dia suruh kakak dia jaga. Anak anak kakak aku ni, dah banyak kali mengadu, cakap kena pkul dengan bebudak dekat rumah kakak suami ni.

Dah tu dok hantar lagi bebudak dekat situ. Aku kesian, tapi nak buat cemana kan? Suaminya meseg aku kata jangan campur urusan dorang. Lol, mak bapak dia campur urusan dorang boleh pula haih didih aku.

Ok, beberapa hari pastu, mak aku datang rumah kakaknya. Nak ambil bebudak tu. Bagilah kakak aku jaga. Dah tentu kakak aku, mak kepada bebudak tu. Nak pisahkan adik beradik, kesian weh.

Kakak dia pula beriya tak ada adab, siap tunjuk tunjuk tangan kat mak aku, cakap “Mak Cik tak tahu ke apa anak mak cik buat?” Lol, rancak.

Mak aku tanya dia balik, “Eh, awak tahu ke?” Terus dia cakap tak tahu. Cakap gebang. Adik awak tendang pukul kakak kita yang OKU ni, lagi tanya apa anak mak cik buat.

Dia perempuan ke apa? Tak ada hati perut weh. Mak aku fikirkan bebudak tu saja. Bukannya nak rampas pun. Risau nauuu weh. Family aku pun bukan jenis burukkan dia dekat bebudak ni.

Dia burukkan kakak aku kat anak pertama dia. Aku perasan anak pertama dia macam tak suka peluk kakak aku lagi dah. Time jumpa, tak nak peluk kuat. Macam terpaksa.

Then aku ajak anak dia borak (ni masa dia pujuk kakak aku balik sebab aku rasa dia tak larat nak jaga/ kakak dia tak boleh nak jaga, sebab tengok ayat bukan pujuk balik sebab nak bebaik. Macam terpaksa saja).

Aku cakap kat anak dia, “tak sayang ibu ke”. Anak dia geleng kepala. Aku cakap kenapa. Dia kata, “ayah cakap ibu tak sayang Hud”. Wah, berderau drah aku.

Kakak aku punyalah nangis tiap hari lepas terpisah aritu, dia boleh batu api dekat anak dia cakap macam itu. Aku apelagi, aku cakap la.

“Ibu sayang. Tapi Hud duduk rumah tu, Hud tengok ayah sayang ibu ke?. Ayah pernah pkul tendang ibu kan? Hud rasa tu betul ke? Hud dah besar, jangan buat perempuan camtu. Kalau tahu, aunty report polis.

Ibu nangis tau tak dapat jumpa Hud. Ayah yang tak bagi Hud datang kat sini, ibu pujuk ayah suruh hantar Hud. Tapi ayah tak nak.” Budak tu diam.

Ok aku fast forward sikit. Sebab cerita ni panjang. Family aku bawa kakak aku pergi berubat. 3 tempat. First perubatan, kakak ni datang rumah kitaorang.

Dah duduk kat hall, dia cerita. Dia baru saja masuk rumah, dia dah nampak kelibat benda hitam dalam rumah. Tapi benda tu lari masuk dapur.

Then time kakak aku datang kat hall duduk, memang aku perasan dia tak pandang kakak aku sangat. 2-3 kali saja. Tanya pun tunduk.

Dah cerita semua, dia kata, dia minta maaf sebab tak pandang kakak aku sangat. Sebab belakang kakak aku, ada benda yang busuk, bernanah, berdrah, berb0gel, dan benda tu punya anu dekat kepala kakak aku. Dengan lendir semua.

Bau busuk sangat, dia tengok pun dia tak sanggup. Dia kata family suami dia yang hantar. Sebab tu suami dia bau busuk, tak suka tengok kakak aku. Tak makan masakan kakak aku, etc.

And orang sana ada hantar juga sekor untuk jaga rumah ni. Dia offer untuk pagar rumah, tapi kitaorang bincang dulu dengan family.

Few days after, pergi berubat dengan ustaz ni. Ustaznya datang rumah. Ustaznya kata ada 3 ekor. So dia masukkan semua dalam botol dan minta buang ke laut dalam plastik hitam.

Yang ketiga pula berubat dengan ustazah, darussyifa. Orang darussyifa takan bagitau, tapi dia macam bagi hint sikit lah. Cumanya family kitaorang ni tanak terus judge la ya. So kitaorang diam jelah. Just ikhlas hati tuk ubat kakak aku. Bagi mandi, minum semua.

Pendek cerita…

Kakak aku balik rumah dia balik time kena pujuk tu. Balik DEMI anak anak sahaja ye! Sebab memula memang kakak aku tanak balik. Takut kena pkul tendang, kena maki hamun semua.

Tapi sebabkan anak dia yang perempuan nangis, sampai muntah muntah ajak balik, dia balik juga. Dan…

Sebulan dua, balik semula rumah mak aku, sebab…

Aritu, mak ayah aku otw rumah kakak aku. Sebab dah 2 minggu lebih tak dapat contact phone. Dorang risau, sebab bila whatsapp suami dia tanya, tak balas. Dua kali whatsapp katanya phone kakak aku rosak.

So dorang datang rumah kakak aku, bawa makanan untuk anak anak dia. Time datang tu, suami dia ada. Tak singgah lama lah, then dorang balik.

Tiba tiba ayah aku dapat call dari suami kakak aku, suruh datang ambil kakak aku. Dorang patah balik ambil anak ketiga dan kedua sekali ikut. Yang pertama tanak ikut. Sampai rumah kakak aku cerita..

Lepas mak aku balik tu, kakak aku bawa semua makanan masuk dapur. Buka lah makanan tu kan. Suami dia ni punya biadap, dia cakap “sampah apa mak kau bawa ni?”. Kakak aku bising lah. Dah sampai mak aku kena pulak apahal.

Mak aku bagi makanan kat bebudak, kau tanak makan dah lah, tak ada siapa ajak kau makan pun. Beriya cakap mak aku bagi sampah.

Kakak aku menangis keluar rumah nak panggil mak aku takleh sebab dah gerak. Dia takut jiran dengar sebab kakak aku dah nangis, dia pun call suruh parents aku datang ambil.

Dah 2x kan benda ni kan? Sebelum ni orang keliling suruh kakak aku stay. Bertahan demi anak anak. Anak anak kecik lagi, kesian bagai apesemua.

Aku dengan kakak aku pula fikir, sampai bila ek? Suami dia pula tak minta cerrai. Kitaorang tau dia takut sebab anak anak akan dapat kat kakak aku.

Lepastu maybe dia fikir nanti nak kena bagi duit nafkah etc, proses mahkamah lagi semua. Kau dah tak suka kakak aku, nak gantung kakak aku tak bertali pula.

Dah la orang tu OKU, tak bekerja, duit kakak aku pula, haa ni aku nak spill lagi. Kakak aku bebulan kan dapat duit OKU RM450 kan.

Selama ni kad bank dia, dia bagi suami dia pegang. Sebab kakak aku ni SUSAH SANGAT nak keluar rumah beli barang, apatah lagi baju. Suami dia ni memang jarang la nak bawa kakak aku keluar. Kakak aku dah lama tak beli baju, seluar, pakaian dalam etc semua ye.

Sebabkan kad dia, suami dia pegang, bebulan dia kadang minta lah duit dia tuk keluarkan. Kadang dapat kadang suami dia tak bagi, suruh simpan. Aleee, bukan dia simpan pun, dia guna duit kakak aku.

Haritu, duit KWSP kakak aku apply 10k. Kakak aku suh dia keluarkan duit. Dia bagi kakak aku 1k. Dia tak cakap duit masuk 5k time tu. So balance 4k tu, kakak aku check dengan bank, hari yang sama dikeluarkan duit tu 2x sampai habis.

Kakak aku tak tahu suami dia buat apa dengan duit tu. Kakak aku cuma dapat pegang 1k dia saja. Now kad bank tu dah dapat kat kakak aku. Mak aku pegang. Baru berbuah duit dalam tu.

Insurans, dia buat tuk anak anak saja. Tuk kakak aku tak ada insurans. Duit nafkah lagi lah, kim salam la tak ada bagi dah lama. Pakaian semua pun tak ada belikan. Time raya saja belikan. Kereta pula dah jadi nama dia. Sebab tukar nama dulu, letak nama dia.

Syok la dia, kereta kakak aku, dia guna sekarang. Kakak aku tak kerja, OKU, kena tendang sepak maki hamun, tak ada nafkah, duit dia kau pakai, halau kakak aku lagi, so aku dengan kakak aku decide tuk bawa pergi mahkamah saja.

Aku tau ada yang akan cakap suruh kakak aku sabar. Tapi kakak aku OKU, mak bapak aku dah tua umur 60 lebih, kitaorang semua dah berumahtangga ada anak.

Kalau biarkan saja kakak aku hidup dengan dia sampai mampuih, nanti anak anak kakak aku hidup dalam family camtu, yang susah nanti kitaorang.

So daripada susah kemudian bila mak bapak tak ada, susah bila anak anak dia jadi teruk tak terjaga dengan baik adik beradik, baik kitaorang suggest yang terbaik tuk dia.

Kitaorang cari lawyer untuk minta uruskan proses. Tak kisah la proses lambat ke cepat ke, lelagi PKP ni kan. Janji nanti one day setel.

Aku doa sangat family aku dihindarkan dari benda benda tak elok ni semua. Kalau kawan korang, family korang yang ada isu camni, bagi semangat. Tayah la suruh stay demi anak anak, kalau dah melampau sangat gayanya. Sekarang mungkin kau suruh stay.

Nanti korang tengok kemudian hari, anak anak terbiar perasaan dorang, hidup dalam family yang maki hamun bertengkar setiap hari, tak ada kasih sayang, memasing makan hati, korang rasa time tu nanti korang sempat tak nak selamatkan atau tolong?

Ni POV aku, aku support kakak aku. Sebab once laki dah bagi kaki, maki hamun, guna duit kakak aku yang OKU, cukup dah buat aku benci.

Untung kau ada mata boleh lihat. Kakak aku dengan mata camtu, OKU, tak cukup tendang sepak tampar maki hamun, kau pisahkan lagi dia dengan anak anak, tak bagi nafkah. Dah la kantoi layan perempuan. Jadah dia.

Moga urusan kakak aku dipermudahkan, moga mahkamah berpihak pada kakak aku. Bukti simpan kemas rapi. Allah tu Maha Adil.

Reaksi Warganet

NuRaz Wan –
Sedihnya.. Tetap beranak satu demi satu, walau akibatnya, mata makin tak nampak.

Orang perempuan, janganlah korbankan segalanya. Sayang diri sendiri dulu. Sebab, bila awak dah cacat, orang akan buang macam sampah.

Dah lah sendiri tak upaya kerja, anak anak teraniaya. Bapak dia tu, kalau kahwin lain, tentu tak hiraukn anak anak lagi. Sedangkan kalau bapak yang dapat anak tu pun, belum tentu akan elok terjaga. Jadi tolak-campur.. Memang pegorbann yang tidak berbaloi..

Norsilawati Jaminam –
Terbaik TT, teruskan bantu kakak tu. Jangan biarkan dia dianiaya suami tak guna camtu. Ambik kesempatan, duit OKU bini sendiri pun dia makan. Memang dia kawen sebab nak harta kakak ko je gaknya. Dah la tak bagi nafkah tapi bagi sepak terajang pulak..

Pasal bab sihir tu no komen. Kalau betul ada, cukup sekadar berubat dan tak perlu amik tau sape yang hantar. Full stop kan terus..

Aza Yati –
1) sis tahniah.. Hebat sis kuat pertahankan akak sis. Jangan pernah tinggalkan akak sis, ingatlah masa korang membesar sama sama. Setelkan sampai anak anak dapat kat akak sis.

Jangan dipisahkan, simpan bukti elok elok. pasnih boleh dapat bantuan ibu tunggal inshaAllah..

2) To all women, one maki hamun atau sepak terajang is the maximum.. please walk away.. we are born not to be treat as dirt by anyone..

3) harap dapat berubat untuk buang sihir tuh..

4) buat repot polis pasal suami curi duit and keep her card without her consent.. untuk tmbah garam masa dekat court nanti..

5) when a man choose a child over the wife sight, it is a red flag already.. sepatutnya BTL dah..

Farah Aziz –
Aku pun sekarang OKU cacat pendengaran… Bukan la tak dengar. Cuma tak berapa jelas bila orang cakap perlahan. Kesan dari penyakit vertig0 die kacau telinga…

Bila kita dah kekurangan, memang partner kita tak kan hargai kita..

Ada sekali tu aku tak berapa dengar.. Depan mak aku dia cakap.. “Susahnya cakap dengan orang yang pekak ni! “….terdiam mak aku….

Guys tolong doakan urusan penceraian aku di permudahkan… Asbab PKP semua jadi tergendala….

12 tahun perkahwinan hancur bila pasangan kita dah mula berubah!

Sumber – Lawyer (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *