Sejak anak lahir, semuanya berubah. Aku cuba pgg tgn suami, dia lpskan. Tidur pula berasingan. Aku tersentap

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua, tujuan aku meluahkan adalah kerana inginkan nasihat dan dalam masa yang sama pembaca tidak tahu identiti aku.

Seperti tajuk di beri, masalah aku ialah berkaitan karakter suamiku seorang pendiam.

Mungkin kurang sesuai untuk menggunakan platform ini, tetapi aku rasa lebih baik dari KRT sebab risau rumusan yang aku bakal dapat dari pendapat pembaca di sana lebih banyak negatif dari positif.

Aku berumur awal 30-an dah berkahwin selama hampir empat tahun dan mempunyai seorang anak berumur tiga tahun. Kami berkahwin atas dasar suka sama suka dan tiada paksaan.

Tahun pertama perkahwinan semuanya tampak indah. Namun semenjak anak aku lahir, aku mula rasa kurang bahagia dengan suami mungkin di sebabkan faktor kurang komunikasi antara kami.

Sejujurnya, boleh di bilang dengan jari berapa kali sahaja kami akan bercakap sepanjang hari tu. Itu pun berkisarkan tentang nak masak apa? Nak makan apa?

Soalan yang sama akan di tanya untuk hari berikutnya. Sewaktu bercinta setiap malam dia akan call aku dan kami akan berborak sehingga sejam.

Macam macam cerita yang di kongsikan. Semuanya berubah selepas kami mendirikan rumah tangga dan mempunyai anak.

Semenjak aku kahwin, aku dah stop hang out dengan kawan. Life aku banyak habis di rumah disebabkan anak pun masih kecil.

Apabila aku stress dan perlukan teman untuk meluah tentang masalah kerja, pernah dia kata yang dia tak nak tahu dan sebetulnya dia tidak suka sebab baginya aku seperti merungut.

Terdiam aku waktu tu. Aku sangkakan suami boleh menjadi kawan baik sepanjang hidup untuk berkongsi suka duka, namun sangkaan ku meleset.

Suamiku kurang bercakap dan bercerita sehinggakan semasa awal perkahwinan aku tidak tahu apa jenis pekerjaan yang dia buat di office.

Weekend pula, dia akan menghabiskan masa dengan game, tengok movie atau handphone.

Selain dari tu, kami juga dah lama tidur berasingan. Bila ditanya, alasan katil tidak muat untuk kami bertiga. Semakin kurang sentuhan kami suami isteri.

Namun, tanggungjawab sebagai isteri aku buat seperti biasa apabila diminta.

Agaknya bagi lelaki, sentuhan yang di maksudkan berakhir dengan hubungan kelamin semata sedangkan bagi aku, pelukan biasa pun dah buatkan aku gembira.

Tapi itu lah, kadang kadang timbul rasa kurang ikhlas sebab dalam kepala aku, suami aku hanya akan perlukan aku apabila dia nak puaskan nfsunya sahaja. Ampunkan aku ya Allah.

Bila keluar pula, kami dah tidak berpegangan tangan. Aku cuba juga pegang tangan dia, tetapi tak lama lepastu dia akan lepaskan seolah seperti tidak suka. Tersentap juga lah aku waktu tu.

Aku pun dah lupa bila kali terakhir dia pegang tangan aku, boleh jadi tiga tahun lepas mungkin. Sejujurnya aku rindu sangat dan dahagakan perhatian dari dia.

Masalah aku bertambah buruk apabila banyaknya perbelanjaan rumah dari duit gaji aku. Aku cuba untuk bertolak ansur disebabkan gaji aku sememangnya lebih banyak berbanding dengan suami.

Jadi jika di timbang tara punca suami berubah sikap disebabkan faktor pening dengan komitmen dan tanggungjawab, aku rasa kurang munasabah.

Aku juga yakin dia tidak berkawan dengan perempuan lain.

Selain dari sikapnya yang kurang beri perhatian dan kasih sayang kepada isteri, dia masih seorang abah yang baik buat anak kami.

Dia tidak kekok untuk tolong uruskan anak, mandi dan suapkan anak makan. Anak pun memang rapat dengan dia.

Cumanya, apabila aku dilanda rasa sedih dengan sikap dingin suami, aku terasa seperti mahu berpisah.

Sebab aku tidak mahu menghabiskan masa tuaku sakit hati dengan seorang lelaki yang tidak menghargai kewujudan aku.

Adakah aku selfish?

Reaksi Warganet

Mimie Aqilah Mohd Amran –
Normal lelaki begitu kurang bercakap. Pernah cakap dekat suami, dia kata sebab dah dapat kan. Haha. Ni suami saya cakap sebab dia nampak saya sendiri banyak benda nak fikir tentang kerja dan anak anak.

So solution kalau sis rasa nak manja manja ke nk berbual bual kosong ke, buat je. Kadang kadang memang rasa terhegeh hegeh tapi biar dengan laki sendiri bukan laki orang.

Nur Hela –
Dah bagitau ke dekat dia ? Dia tahu tak yang awak ni tengah memendam rasa?

Rumahtangga kalau tak berkomunikasi memang hauk lah. Masa bercinta bole pulak bergayut sampai panas hp tu kan. Maksudnya laki awak boleh je berborak cuma entah sekarang kena angin melintang kot.

Kesimpulannya awak kena luah semua dekat dia. Cakap elok elok apa yang awak nak. Pastu tanya pulak apa yang dia nak.

Orked Ratna –
Mula mula masa ada baby, saya macam ni la. Rumah tangga macam hilang spark sebab dah ada komitmen lain.

Tapi saya duduk berbincang dengan suami untuk rancakkan balik rumahtangga kami. First, kami ajar baby tido dalam baby cot so malam malam ada ruang untuk borak before tido.

Kami ajar anak tido awal dalam kul 8 malam camtu. So memang ada our time untuk tengok movie, minum kopi, borak borak. Nampak simple kan tapi alhamdulillah hubungan makin pulih .

Hafiz Aiman –
Jom jadi seperti isteri saya..

Ketika saya sedang melayani anak saya main mainan. Datang isteri saya dekat saya dan dia akan memanggil saya dengan penuh kemanjaan.

Bila saya berpaling ke arahnya. Isteri saya akan hulurkan tangan dan berkata abang sayang minta maaf sepanjang menjadi isteri abang. Lalu berakhirnya dengan kami bersalaman. Ingatlah ketika isteri saya memohon maaf dia tak buat salah pun.

Untuk lebih mengharmonikan persekitaran depan anak anak saya. Saya balas dengan ucapan sayang terima kasih kerana sudi menjadi isteri abang. Lalu isteri saya pun akan memeluk saya.

Bila saya sibuk dengan komitmen hidup. Saya jadi mudah lupa dengan perkara subjektif. Contohnya tarikh lahir saya, isteri saya dan anak anak saya. Malah saya juga tak pernah ingat tarikh ulang tahun perkahwinan kami suami isteri. Jadi setiap tahun tiada ucapan dan kejutan daripada saya.

Tapi dalam hal ini isteri saya sentiasa bertindak untuk melengkapkan apa yang kurang daripada saya. Disebabkan dia juga tahu apa kebaikan suaminya jadi isteri saya bersyukur dan manfaatkan dengan seadanya.

Bila lagi seminggu hari ulang tahun perkahwinan kami. Isteri saya akan datang dekat saya untuk beritahu abang minggu depan hari ahad hari ulang tahun perkahwinan kita. Malah ketika itu isteri saya tidak datang dengan tangan kosong. Tapi dia datang dengan senarai bahan yang hendak dibeli. Supaya hari tersebut dapat diraikan bersama.

Bila isteri saya hulurkan kebaikan untuk saya lalu saya membalas juga dengan kebaikan. Kerana selepas saya menyemak senarai bahan yang hendak dibeli. Saya akan beri kad atm saya untuknya.

Jadi disitu sifat lupa saya ditampung oleh isteri saya. Maka terbentuklah kebahagiaan dalam rumahtangga.

Dalam hidup kami suami isteri walaupun isteri saya jarang ada dekat rumah. Kerana sibuk di hospital. Tapi kami berdua banyak berkomunikasi antara satu sama lain.

1. Selepas solat berjemaah isteri saya suka bermanja dengan saya. Habis sahaja doa kemudian selepas bersalaman isteri saya akan tidur atas paha saya. Lepas itu dia akan ajak saya menyembang dan suruh saya usai kepalanya.

2. Sebelum tidur isteri saya selalu ajak buat pillow talk menyembang tentang bagaimana nak bina rumahtangga yang bahagia.

Isteri saya usaha sendiri untuk bina kebahagiaan bersama saya. Alhamdulillah dikurniakan seorang isteri yang memiliki sifat kerendahan hati.

Sumber – Dinda (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *