“Part 4: Suamiku si lembut”. Lps tgk UPT, aku call mertua. Ayah mertua nangis, cpt2 aku matikan talian

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Terharu betul suami aku bila baca komen korang semua. Siap tanya lagi, ada komen baru ke tak? Dia pulak lebih, haha.

Ramai yang komen ‘macam novel’. Huhu.. Sebenarnya malu aku kalau penulis novel sebenar tau tulisan aku. Novel bahasanya indah, aku menulis hentam keromo.

Untuk Part 1, klik link dibawah;

Mlm lps nikah, baru nmpak suami bukan calang2 ‘lembut’. Mlm pertama, sangkaan aku meleset

Untuk Part 2, klik link dibawah;

“Part 2: Suamiku si lembut”. Tiap malam suami minta rapatkan badan ke badan. Aku dah pelik

Untuk Part 3, klik link dibawah;

“Part 3: Suamiku si lembut”. Di kg, suami jd sasaran. Mlm tu suami buka cerita. Aku hrp sangat hamil cpt

Anggap sajalah tulisan aku macam bercerita kepada kawan kawan. Sebab siapa yang kenal aku, macam ni lah cara aku bercerita. Penuh aksi dan perasaan! Haha.

Ok, seperti yang aku janjikan sebelum ni, aku nak cerita tentang usaha mendapatkan zuriat.

Selepas raya 2018 kami pun mula berusaha bersungguh sungguh.

Selepas beberapa bulan, peri0d aku tetap datang seperti biasa. Sikit pun tak lambat. Hanya isteri isteri yang dalam TTC (trying to conceive) tahu bagaimana rasanya kecewa bila tak berjaya ‘lekat’.

Bila dah macam tu, aku terasa perlu untuk jumpa doktor. Masa tu dah 2019. Genap setahun usia perkahwinan kami.

Mula mula suami aku tak nak. Dia rasa terlalu awal. Tapi aku tetap desak.

“Takkan nak tunggu 10 tahun”

Suami aku senyap. Tapi bila dia kata..

“Abang kot yang masalah.. ”

Aku jadi sebak. Aku pujuk dia, aku katakan yang sekarang perubatan moden. InsyaAllah semua benda ada ubatnya. Akhirnya, dia setuju.

“Kalau abang bermasalah.. kita terus buat rawatan tau! Tak payah takut!”

Chewahh.. yakin betul aku yang suami aku bermasalah kan?

Sampai saja klinik, ujian klinikal dibuat. Disitulah aku kenal ‘mulut itik’. Huhu.. Dulu aku cuma dengar daripada kawan kawan. Boleh tahan seram masa cek rahim.

Suami aku diminta beri sampel air m4ni. Selamba dia cakap dekat doktor..

“Isteri boleh tolong tak?”

Aku cubit peha dia. Segan betul aku dekat doktor tu.

Doktor cuma gelak dan angguk angguk. Dia kata buatlah macamana pun yang penting sampel keluar!

Dipendekkan cerita, selesailah semua. Keputusan dalam 2 minggu.

Bila keputusan keluar, ayat doktor yang aku tak boleh lupa..

“Suami normal. Sihat. Puan yang ada masalah sikit..”

Aku bermasalah? Sikit pun aku tak bersedia dengan jawapan doktor. Punyalah aku yakin yang aku subur.. Siap bagi kata kata semangat dekat suami sebelum ni. Huhu.. malunya.. rasa nak menyorok bawah meja.

Bila aku fikir fikir balik, dah tentulah suami aku sihat. Dah lah tak merkok. Jaga makan. Bersenam. Tak makan junk food. Mungkin aku judge dia sebab dia lembut saja.. huhu.. Sampai hati aku..

Masa tu doktor bagi aku ubat subur. Cl0mid. Doktor cakap yang cl0mid hanya boleh di ambil beberapa kali saja seumur hidup. Seram pulak dengar.

Tapi setelah beberapa cycle. Peri0d aku tetap datang macam biasa. Aku stop cl0mid. Badan aku naik berkilo kilo. Daripada 50kg, dah cecah 60kg. Huhu.. Mujur suami aku faham. Sebab doktor dah mention benda ni sejak awal.

Masa tu, keyakinan diri aku menurun. Aku jadi kurang ceria. Selalu saja marah marah. Suami aku jadi tempat aku lepaskan sedih. Bila peri0d saja aku akan menangis depan dia.

“Takpe.. kita cuba lagi. Biarlah takde anak lagi.. Best apa honeymoon!”

Aku tau dia nak sedapkan hati aku. Tapi aku masih tak boleh move on. Aku akan murung berhari hari.

Bila aku rasa sedih, mak mertua akan call aku.

“Jangan fikir sangat.. enjoy saja dulu. Mak dah ramai cucu. Mak lily pun dah ramai cucu. Tak perlu nak tergesa gesa sangat”

Rasa lega bila mak mertua sendiri pujuk aku macam tu. Suami aku sikit pun tak ungkit pasal anak. Tapi aku yang over mengharap.

Sampailah satu hari tu dia cakap dekat aku,

“Sayang dengar sini baik baik. Abang tak nak anak kalau terpaksa hilang sayang!”

“Tau tak.. selama sayang bersungguh nak anak.. Dah jarang sangat kita boleh gelak gelak macam dulu”

Ya Allah.. rupanya aku dah lama hanyut dalam emosi aku.

Mula hari tu aku ubah persepsi aku pada usaha nak anak. Aku pun langsung tak mengharap dah. Aku perlu cipta bahagia aku walaupun tanpa anak.

Sampailah Mei 2021, peri0d aku lewat beberapa hari!

Tapi, disebabkan aku malas nak fikir, aku abaikan. Aku hilangkan perasaan perasaan yang akan buat aku kecewa.

Selepas 5 hari, peri0d aku masih tak kunjung tiba. Masa ni, aku dah tak boleh tipu diri,

‘Ya Allah.. perdengarkan kami berita gembira.. ‘

Aku beli pregnancy tester secara online tanpa pengetahuan suami. 35sen sebatang. Aku belilah 10bijik terus. Yang nak jimat pegi beli kat shopee sekarang! Promosi 8.8. Hehe

Seminggu berlalu, pregnancy tester yang aku beli online pun sampai. Kebetulan suami aku keluar beli barang dapur.

Aku buat ujian. Aku guna 3 tester terus. Tapi aku biarkan tester2 di atas pam toilet. Saja aku tunggu beberapa minit sebelum aku nak pastikan aku mengandung ke tak. Aku keluar bilik air. Debar dada aku hanya tuhan tahu. Rasa macam nak terkeluar jantung.

Selang 2 minit, aku kuatkan diri.. aku pujuk diri aku. ‘Kalau takde, takpe.. nanti usaha lagi”

Aku masuk bilik air. Makin kuat debaran jantung. Aku pandang semua tester.

Ketiga tiganya double line!!

Ya Allah! Betul ke?? Aku capai salah satu tester. Aku dekatkan, lepas tu aku jauhkan pulak. Aku nak pastikan betul betul yang aku tak silap pandang.

Ya Allah.. janganlah ini mimpi..

Aku menangis sungguh sungguh sambil renung tester tu. Aku ingatkan diri. Jangan over sangat Lily. Bila bila masa Allah akan tarik nikmat ni. Berpada pada.

Aku keluar bilik air. Aku capai fon.

Orang pertama yang aku nak bagitau adalah.. mak mertua aku!

Aku call. Tak sambut.

Call sekali lagi. Masih belum ada yang menjawab.

Kali ketiga, aku call lagi..

“Lily.. mak keluar beli barang. Fon dia tinggal. Nanti ayah suruh dia call balik ye..”

Alamak. Bapak mertua aku yang sambut. Perlu ke aku cakap dekat dia dulu?

“Ayah..”

“Ye? Kamu ok ke? Ucu marah kamu lagi ke?”

“Tak..”

Ya Allah.. tuhan saja tahu betapa susah aku nak luah berita gembira ni.

“Ayah.. Lily mengandung”

Senyap. Aku syak mungkin line terputus. Atau coverage tak elok.

“Ayah.. ayah dengar ke.. hello..”

“Ye.. dengar.. ” dia menangis! Getar suaranya betul betul buat aku sebak.

Aku matikan talian. Aku jaga airmuka dia. Mungkin dia segan aku tau dia menangis.

Aku tau sangat perasaan dia. Dia yang berharap sangat dapat anak ‘lembut’ dia jadi lelaki sebenar. Dia yang paksa anak dia kawin mula mula dulu. Dia juga yang menanggung malu selepas anak dia cerraikan isteri pertama dulu.

Dan bila berita ni datang pada dia dulu.. mungkin satu hadiah terbesar untuk dia.

Tahniah ayah..

Lepas dah bertenang, aku beritahu seluruh keluarga aku. Aku buat video call. Mak bapak aku happy. Cuma tidaklah menangis. Aku faham sebab ini merupakan cucu ke-21 dalam keluarga aku. Adik beradik aku pun tumpang gembira.

Dan yang terakhir..

Suami aku.

Sengaja aku letakkan dia ditempat terakhir..

Save the best for last..

Aku siap google cara nak buat kejutan. Punyalah nak buat dramatik. Sampai aku lupa yang suami aku dah nak balik dari shopping.

Tiba tiba, aku dengar ketukan di pintu.. berdebar aku. Bercampur rasa tak sabar dan tak sedia. Ah! Bagitau sajalah! Tak payah nak buat surprise sangat.

Bila aku buka pintu, suami aku terus masuk dan kemas semua barang barang yang dia beli. Pelik. Biasanya dia akan suruh aku kemas.

“Abang.. ”

Dia cuma angkat kening pandang aku.

“Nak cakap sikit..”

“Jap jap.. ada call” suami aku tergesa gesa keluar rumah sambil jawab call.

Aku hairan. Aku tak dengar apa apa bunyi pun. Suami aku silent fon? Kenapa nak jawab call dekat luar rumah? Dia curang? Dengan siapa? Kawan sekerja? Habis tu.. anak ni? Siapa nak tanggungjawab?

Mata aku dah mula berkaca. Sedihnya aku. Di kala aku baru nak rasa bahagia untuk bergelar ibu.. aku terpaksa berfikir untuk menjadi seorang madu..

Dalam aku berteka teki, telefon aku pulak berdering kuat.

Aku lihat, ‘private number’. Aku tak angkat. Aku biarkan. Tapi bila berkali2 kali nombor tu memanggil, aku angkat juga..

“Sayang..”

Suara suami aku!

“Tahniah.. ”

Lepas tu baru dia masuk ke dalam rumah dan mukanya dah basah dengan airmata sebelum dia peluk aku erat. Kami sama sama menangis.

Sempat lagi dia nak prank aku. Rupanya dia dah tau dulu. Jahat!

“Sape bagitau abang?”

Suami aku cerita masa dia beratur nak bayar kat kaunter, mak dia call. Nak cakap dengan aku. Sebab cuba hubungi aku tak dapat. Aku rasa sebab aku video call dengan family aku masa tu.

Bila dapat tau, suami aku betul betul terkejut. Depan kaunter tu jugak dia menangis. Habis mask dia basah. Sempat dia pesan mak dia jangan call aku. Dia nak surprisekan aku dulu.

Yang kelakarnya, bila habis saja mak dia call. Baru dia perasan adik kaunter yang tengah kira jumlah barang dia pun rupanya ikut menangis. Haha.

“Abang tak curang kan?” Aku belum move on dengan emosi aku tadi. Mungkin ini antara simptom mengandung. Huhu.

“Belum..” suami aku jawab sambil gelak.

“Alaaaah… janganlaahhh!!!” Aku cuba cubit dia, tapi dia cepat tangkap tangan aku dan dia cium.

“Jaga anak abang baik baik ye.. ” sekali lagi airmata aku mengalir. Macam mimpi rasanya. Sambil taip cerita ni pun airmata aku mengalir lagi.. huhu..

Ya Allah.. peliharalah hubungan kami sampai syurga. Terima kasih atas kurniaan ini. Aku sedar semuanya pinjaman. Jangan biarkan kami leka dalam nikmatMu.. Aamiin..

Ye, begitulah kisahnya. Mungkin kisah korang lagi seronok. Nanti share la.. aku pun suka nak baca pengalaman TTC orang lain.

Sampai sini dulu ye. Kang tulis panjang panjang admin marah. Huhu..

Part 5, klik link dibawah

“Part 5: Suamiku si lembut”. Lps akad, tok kadi menyampuk, mic xttup. Riuh satu dewan. Mertua mengesat airmata

Reaksi Warganet

Siti Raeisha –
Ya Allah beriye meleleh air mata akak baca part berita gembira tu. Alhamdulillah tahniah Lily dan suami.

Akak dah tahun ke8 perkahwinan masih lagi berdua. Macam macam dugaan kami lalui.

Doktor tak kata pun kami tak boleh beranak tapi mulut orang takde insuran senang senang je kata kami tak boleh beranak. Sakitnya dengar ayat tu Allah je yang tau

Nora Rahman –
Sweet sangat cerita Lily. Tersenyum senyum akak baca. Teringat masa akak first time check pregnancy test double line. Cover perasaan excited, sebak semua.

Saja tinggal PT tu dekat toilet. Husband ternampak, lari keluar dia sambil nangis dan sujud syukur. 4 tahun TTC.

Lagi terkejut kami berdua bila doktor scan nampak 3 heartbeat. Alhamdulillah kini dah masuk 3 tahun triplet kami.

Semoga dipermudahkan urusan bersalin Lily . Nanti update pula cerita life as parents.

E Shopius –
3 pesanan saya pada Lily, sentiasa bersyukur pada Allah. Dapat suami yang baik dan dikurniakan rezeki dariNya.

Yang ke-2, jaga diri baik baik dan kandungan tu sebaiknya. Enjoy moment anak dalam perut 9 bulan.

Ke-3, jaga laki awak baik baik ye. Hormati dia sebaik baiknya, semoga rumahtangga kalian till jannah. Saya suka semua coretan awak, dari no.1 sampai la coretan ke-empat ni.

Yusnida Yusuf –
Masa saya berkawan rapat dengan suami saya dulu, kami lepak lepak semeja minum2 teh.. Kawan saya (lelaki) siap kutok kutok suami saya lembut la, aww laa. Saya tak pedulik, kawin jugak.

Sekarang dah tak nampak lembut lagi dah saya suruh dia simpan misai. Tambahan dia makin berisi. Semuanya ok cuma.

Satu je.. Kami belum ada rezki anak.. Takpe la biar Allah yang uruskan. Doakan kami

Sumber – Lily (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *