Pelik rumah mertua. Bdn anak akan gtal2. Bekas njis kucing, dibiar tpi dapur. Anak mengadu, aku terkedu

Foto sekadar hiasan

Saya seorang wanita sederhana berasal dari kampung dan berkahwin dengan seorang lelaki bandar.

Sebelum berkahwin, saya pernah ke rumah bakal suami untuk berkenalan dengan ahli keluarganya. Alhamdulillah semua berjalan lancar dan tidak lama kemudian kami pun berkahwin.

Ketika datang ke rumah tersebut, saya lihat rumah mereka bersih dan kemas.

Selepas beberapa bulan berkahwin, lama kelamaan saya perasan keadaan rumah keluarga suami bertukar kepada bersepah dan tidak berkemas.

Sebagai contoh, baju kotor dibiarkan di celah celah tangga, alatan memasak ditinggalkan lama tidak berbasuh di dalam sinki, tandas berlumut dan kuning.

Yang paling saya terkejut, ulat ulat sampah bersepah dekat kawasan tong sampah kerana mereka tidak buang sampah selama beberapa hari.

Saya bertanya kepada suami, kenapa jadi sampai macam ni. Suami hanya diam dan tiada jawapan.

Untuk pengetahuan, saya tinggal berasingan dengan keluarga mertua tetapi rumah saya sangat dekat dengan mereka. Jadi, seminggu sekali saya dan suami akan datang melawat.

Pada awal nya, saya ambil inisiatif sendiri dengan tolong kemas ruang tamu, dapur dan cuci tandas. Malang nya, pagi saya kemas, petang sudah bersepah semula.

Lama kelamaan saya jadi stress dan bengang dengan ahli keluarga suami. Saya bukan lah terlalu pengemas dan pembersih, tapi cukup lah nampak sedap mata memandang.

Contoh nya, atas meja bersepah dengan botol air, pinggan kotor, majalah, plastik makanan yang telah kosong. Saya kemas dan susun sebelah pagi, petang mesti dah berselerak semula.

Kadang kadang, saya tolong lipat baju adik beradik suami, saya datang semula 2,3 hari baju masih lagi di tempat yang sama.

Paling saya tak tahan, salah seorang adik beradik suami ada membela kucing. Tetapi, dibiarkan tahi kucing sampai kering dan penuh bekas tahi kucing.

Boleh bayangkan bau tahi kucing tu macam mana. Ada dalam 15 ekor kucing di bela di luar rumah (dalam cage) dan 3 ekor kucing dalam rumah.

Paling saya tak tahan, dalam rumah bekas tahi kucing diletakkan di dapur sebelah tempat memasak. Bayangkan kita nak masak kat dapur, sebelah ada bekas tahi kucing yang penuh dengan tahi. Siksa nya saya Allah yang tahu. Dan tak ada siapa yang tegur.

Saya jadi buntu fikir, tak ada ke orang dalam rumah ni yang bau tahi kucing ni?

Awal awal, saya tak tahan saya tolong buang tahi kucing tapi lama kelamaan saya tengok mereka seperti buat tak kisah.

Jadi saya ambil keputusan untuk biar kan saje. Jika masuk ke bilik masing masing, saya hanya akan istighfar dalam hati. Bulan berganti bulan, tahun berganti tahun, perkara ini masih belum selesai.

Kini saya sudah pon mempunyai 2 orang cahaya mata. Saya selalu mengajar anak anak untuk menjaga kebersihan diri dan tempat tinggal.

Pernah anak saya yang sulung bertanya kepada saya, “mama kenapa rumah nenek bersepah dan busuk? Kakak tak selesa mama”. Saya diam dan hanya memberi senyuman nipis kepada nya.

Jawapan apa yang saya nak berikan kerana apa yang saya ajar, tak sama dengan apa yang dia lihat di rumah nenek nya?

Saya pernah menegur suami tentang keadaan rumah keluarga nya, tapi jawapan suami adalah mereka dah terbiasa hidup begitu.

Tetapi apa yang manghairan kan saya, apabila keluar rumah, masing masing nampak sangat bergaya dan kemas. Langsung tidak mencerminkan diri mereka apabila dirumah.

Setiap kali suami ajak datang ke sana saya jadi dilema dan stress. Stress sebab saya kena hadap bau dan suasana rumah yang kotor dan bersepah.

Belum cerita lagi anak anak akan kena gatal gatal bila balik dari sana. Keluarga mertua saya sangat baik terhadap saya dan anak anak.

Saya cuma buntu dan tertekan dengan masalah kebersihan dan perangai buat tak tahu mereka. Apa yang patut saya buat?

Reaksi Warganet

Faten Fadhlil Amin –
Pada pendapat saya, untuk menghilangkan rasa stress dan serabut tu, TT kena terima yang ada orang hidup dah biasa macam tu and dah susah untuk kita ubah.

Jadinya kalau TT nak tolong kemas, tolong jelah. Tapi buat setara yang mampu. Jangan stress2 pening hal orang kalau orang tu sendiri taknak ubah.

Untuk hal anak tu, teruskan saja didik anak jadi pembersih. And ajar juga anak, biarlah orang lain nak kotor pun, yang penting kita jaga tempat kita. And kita nasihat mana boleh je ok.

Alhamdulillah keluarga mertua TT baik layanan, jadi jangan stress lebih lebih. Fokus kepada baik mereka daripada kekurangan mereka.

Zulhilmi Jol Hassan –
Hi confessor. Dulu masa saya kecik, balik kampung mandi sungai kan, sungai tu cetek jer, saya dengan adik buat macam tembok pasir untuk bagi air sungai bertakung supaya jadi dalam. Tapi bertahan sekejap saja sebab aliran sungai tu akan tetap runtuhkan tembok pasir tu.

Sama juga dengan situasi awak. Awak boleh tolong kemaskan rumah mak mentua, tapi akan tetap bersepah juga kemudian. Sebab apa? Usaha awak kemas ibarat tembok pasir yang di bina, perangai pengotor mereka pula adalah aliran sungai yang runtuh tembok pasir tu.

Jadinya kalau keluarga mentua tak nak ubah diri mereka ke arah lebih baik, suami pula diam seribu batu tak nak nasihat keluarga sendiri, selagi tu mereka akan teruskan buruk mereka. Mereka dah selesa jadi pengotor agaknya. Kita akan jadi stress apabila kita tak boleh ubah perkara di luar kawalan kita.

Jadi, my advice to you, kalau awak stress sangat cakap dengan suami supaya nasihatkan lah keluarga. Jika tak jalan juga, awak kurangkan balik ke rumah mentua, mungkin sebulan 2 kali instead of seminggu sekali.

Ini untuk kurangkan stress awak, takdalah hadap benda yang stress kan awak setiap minggu. Mungkin suami adalah terdetik,

“kesian bini aku stress setiap minggu, takpelah aku nasihatkan keluarga aku, takpelah aku tolong kemaskan rumah mak ni Sementara aku dah balik ni, takpelah kurangkan balik pun okay agaknya, musim c0vid19 pun tak reda, 2025 baru reda kutttt, risiko kena pikir jugak ni”. Haha.

Terpulang ya confessor, moga dipermudahkan.

Fazidah Abdul Kadir –
1. Buat tak nampak je.

2. Singgah kejap kejap

3. Buatkan tempat lepak kat luar, kalau pergi rumah diorg duduk dekat luar macam berkelah. Tak payah masuk dalam.

Belikan air Dan makanan siap siap. Boleh jugak bawak bekas sendiri dari rumah Dan kemas bawak balik basuh di rumah sendiri

Nuru Izyan Abdul Hamid –
Memandangkan tak dok sekali, so takda issue sangat la. Susah nak ubah mentaliti pengotor ni, depa dah terbiasa.

Tiap2kali balik tu, buat taktau sudah (pejamkan mata dan lihat saja semua kekotoron tu). Buat bdoh sudah. Tak payah nak jadi menantu baik sangat nak tolong cuci dan kemas semua tu.

Asalkan rumah sendiri terjaga sudah. Didiklah anak anak untuk kemas dan pembersih. Tu paling penting

Cik Puan –
Saya pernah kemas rumah family mentua (kemas bahagian dapur). Kebetulan masa tu saya dan suami cuti, biasa lepas blik kg saya kami akan bermalam sehari dua kat rumah family in law sebelum balik ke rumah sendiri (tak jauh, dalam 40 minit perjalanan dari rumah mentua).

Even tak bersepah sangat coz yang stay kat rumah tu hanya FIL dan MIL (aruwah) tapi saya rimas tengok kabinet dapur yang berhabuk dan penuh dengan bekas/ubat ubat dan makanan kering tak tersusun.

Sehari suntuk saya kemas. Kalau tak silap masa tu FIL/MIL takde kat rumah pergi kenduri. So saya ambil kesempatan tu untuk mengemas apa yang patut sementelah saya menantu perempuan tunggal dalam family in law. Kakak ipar dan adik ipar stay asing coz kerja jauh dari rumah family dia orang.

Beria saya kemas, betul betul buat macam rumah sendiri. End up lepas MIL balik, dia terkejut tengok dapur dia dah kemas dan bersih tapi yang saya tak sangka MIL cakap tak payah susah susah kemas. Siap tanya saya alih kan ke tak kedudukan asal barang2 atas kabinet tu?

Saya cakap, barang barang tu still ada kat tempat yang sama. Cuma saya alih kan kejap sebab nak lap habuk dab najis tikus kat blkg kabinet tu. Tapi nampak lah riak wajah MIL macam tak selesa coz saya ‘rajin’ kemas dapur dia.

Dalam hati saya masa tu..”ni kalau mama aku, mau senyum seminggu bila aku rajin nak kemas rumah especially kitchen area. Ingat ramai ke nak volunteer kemas dapur yg bersepah siap mop lantai dapur lagi”..

Kalau takde mood dab takde kerajinan mmg tak lah nak susah payah kemas benda renyah macam tu (kat rumah orang) then tu 1st dan last sy kemas beria dekat rumah family in law.

Malas nak memandai dan terlebih rajin kat rumah orang kalau orang tak suruh.

Sumber – Shima (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *