“Mahalnya harga nafas ini”. Bunyi keluhan pesakit yg dah letih berjuang berhari2, mmg kerap kedengaran

Foto sekadar hiasan

Catatan perjalanan bekas pesakit C19 stage 4.

19 hari struggle sebagai pesakit C19 stage 4 bukanlah satu perjuangan yang mudah apabila sepanjang ujian tersebut dua orang meninggal dunia di wad 18B HKL.

Dan mata ini menyaksikan betapa gigihnya doktor dan misi berusaha sehabis daya untuk memastikan jantung pesakit yang tiba tiba berhenti, berdenyut semula.

Aku dapat saksikan betapa tingginya ikhtiar mereka.

Bersungguh sungguh pada saat cemas itu melakukan CPR dan menggunakan mesin rawatan elektrik yang berfungsi memberi kejutan elektrik kepada jantung pesakit agar terus berdegup.

Namun, hampir sejam berusaha, akhirnya kematian menjemput tak lambat sesaat atau tak cepat sesaat.

Mayat diselimutkan sehingga tim bilik jnazah sampai dengan keranda besi berwarna putih. Innalilla hiwainna ilaihirojiun.

Pesakit C19 stage 4, yang menggunakan bantuan alat pernafasan kena bersabar kerana rasa tidak selesa menyebabkan ada pesakit yang agak degil mencabut alat tersebut setiap kali nurse memasang.

Dan hanya terbaring tanpa kekuatan semangat seolah olah menunggu malaikat mavt datang mencabut nyawa mereka.

Pesakit digalakkan meniarap tapi bukan mudah sebenarnya dalam situasi memakai alat pernafasan.

Bunyi keluhan pesakit yang dah letih berjuang berhari hari di situ memang kerap kedengaran.

Bayangkan petugas yang tak ramai terpaksa melayan pesakit yang tak putus putus bertambah menyebabkan aku yang sakit agak stress dan berusaha membuat latihan pernafasan kerana ingin cepat keluar dari situ.

Pesakit di sebelah kanan katil dah 3 hari tak nak makan dan dimasukkan air serta disuapkan air susu.

Mereka memang betul betul lemah kerana faktor usia dan ada penyakit kronik lain seperti knser, kencing manis, drah tinggi dan lain lain.

Selain buang air kecil menggunakan tiub, kebanyakan pesakit C19 stage 4 memakai pampers.

Rasa malu dah hilang apabila aurat mereka dah tak dihiraukan asbab kesakitan fizikal dan mental yang tak tertanggung.

“Makin lama aku di sini, makin sakit jiwa raga aku….”

Lampu 24 jam terpasang dan setiap jam pasti ada misi yang datang mengambil drah untuk check gula. Bacaan gula memang tinggi hingga capai angka 11, walaupun aku bukan penghidap kencing manis.

Mengambil tekanan drah, menyuntik ubat dan pelbagai usaha untuk mematikan kuman C19.

Tahap 0ksigen pula, hendaklah melepasi 95 %. Mana mana yang tak maintain akan digantikan dengan alat pernafasan daripada saiz kecil kepada saiz yang lebih besar.

Aku melalui saat memakai alat pernafasan saiz kecil semasa di HATTM dan mulai memakai saiz besar di HKL dan akhirnya berjaya memakai saiz kecil semula apabila tahap 0ksigen semakin baik mencapai 97-98%.

Hakikatnya, rasa nak putus nyawa menggunakan bantuan alat pernafasan menjadikan rasa nak menangis kerana selama ini kita bernafas bebas dengan 0ksigen kurniaan Allah SWT tanpa peduli dengan nikmat 0ksigen kurniaan Allah SWT.

Namun, apabila diuji, betul betul hadir rasa pergantungan kepada Allah agar dapat meminjamkan lagi nyawa apabila mengenangkan suami dah semakin kritikal di wad ICU dan empat anak turut melalui ujian yang sama di rumah.

Nak beritahu jiran tetangga, risau dengan persepsi negatif mereka.

Namun, apabila diberitahu mereka begitu mengambil berat hal anak anak yang sakit dengan menghantar makanan setiap pagi dan petang tanpa gagal.

Terima kasih ya Allah kerana dikurniakan jiran tetangga yang sangat baik budi.

“Kenapa tak beritahu kami. Patutlah macam lama tak nampak…” kata jiran sebelah rumah.

“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya kau menguji sesuai dengan kapasiti tahap kesabaran kami. Namun, bantulah kami melepasi ujian ini. Panjangkanlah umur ayah kepada anak anakku ini .. ”

Doa tak putus aku panjatkan. Setiap saat berlalu aku dah sedia berwudu. Rasa bimbang melintas saat menyaksikan dua pesakit telah dijemput Allah SWT.

Di wad 18B, pesakit yang menjaga solat akan terus bersolat kerana hanya solat menjadikan jiwa kekal tenang berbanding mereka yang 24 jam melayan perasaan sakit.

Reaksi Warganet

Aidil Qaseh –
Baru melalui pengalaman sama. Positif c0vid dan mengandung 35w. Emergency czer esok tu juga. 10 hari kuarantin, dekat hospital..

Dalam 10 hari tu tak dapat tengok dan pegang baby sesaat pun. Kenal anak selepas 12 hari. Kena stage 2 pun siksa, sebab masih dalam pantang.

Puan Nurul –
Betul. Saya kehilangan husband kerana C19, pneum0nia stage 5 minggu lepas.

Suami cakap.. nak tulis message pun tak larat.

Bab cabut alat tu betul. Aruwah mencabutnya walaupun doktor pasang. Saya kira, husband dah penat berjuang. (3 hari aruwah di open bay sebelum dipindahkan ke wad dan spend masa 2 hari).

Saya juga turut terkesan dgn C19. Dan percaya lah.. Sakit dia lain macam. Hilang deria bau dan rasa. Ditangkapnya sakit dekat tempat epidural masa czer 3 kali. Jalan 5 minit akan rasa nak putus nyawa..

Saya edit sikit.

Husband cakap: “nanti i balik rumah” sebelum dia melangkah keluar menuju ke hospital.

Anak anak yang masih kecil dan saya hanya mampu babai tanpa dapat peluk dan salam.

Dan dia tidak pulang….

Elly Orly –
Lagi mahal harga sehela nafas kalau masa struggle berjuang tu pada hari lahir sendiri.

I feel it last two weeks. Betapa bernilainye pernafasan saya waktu tu sebab bila bukak 0xygen mask, saya terus lemah lutut tak bole nak jalan sebab saya kekurangan 0ksigen..

Even dari wheelchair naik ambulan pun cabut o0ksigen sekejap untuk tukar tank, menitik nitik air mata saya struggle untuk bernafas.

Masa saya celik mata dipagi hari jadi saya, saya di emergency room, dikelilingi dengan pesakit C19 pelbagai stage, dengan docs dan nurses berPPE rushing sana sini.

Masa tu saya rase sangat menghargai setiap nafas saya memandangkan pada waktu tu saya bergantung penuh pada 0xygen tank..

Sha Mohamad –
Tu pun masih ada yang duk kata ala demam biasa je makan makanan sunnah sembuh dah tak payah g hospital. Makan ubat untuk haiwan je takpe siap ajak jom ramai ramai makan ubat haiwan tu.

Nak ikhtiar cara sendiri ikot hampa laaaa. Tapi jangan hasut orang lain dan jangan menolak untuk dberikn rawatan hospital jika terkena C19.

Siap ada yang duk kata pesakit ditidurkn sebab doktor sebenarnya dah give up dengan pesakit dan takde jalan lain dah nak sembuhkan pesakit melainkan tidurkan dia.

Wahh wah. Kalau doc da give up jangan kata nak tidurkan, diar bior kan aje semua yang end stage ni terdampar tepi jalan mnunggu ajak. Tu bru betul give up.

Nur Hafizah –
Abah saya baru meninggal dunia 6 Jun 2021, asbab C19. Saya saksi derita ditanggung abah bertarung sakit dari rumah, ke wad biasa sampai ke ICU untuk ditidurkan kerana kesukaran bernafas.

Kami saksi sebab bervideo call dengan abah di wad sambil memakai alat bantuan bernafas. Bila abah di ICU, hari hari call wad bercakap dengan doktor result terkini abah.

Bertahan di ICU sampai hari kesepuluh. Dan 6 Jun 2021 dijemput Ilahi. Alfatihah buat abah tercinta.

Sekarang menjaga emak tersayang yang dah keluar dari wad 4 hari selepas abah pulang ke rahmatullah. Juga bekas pesakit C19 stage 4..

Pergi naik ambulan berdua. Tapi pulang seorang diri bersama seribu satu kedukaan. Kesakitan kesan C19 juga sakitnya kehilangan suami tercinta. Doakan mak saya kuat. C19 is real

Sumber – Azza (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Ramai diantara kita yang telah pergi asbab C19. Sama sama lah kita doakan agar roh mereka dicucuri rahmat, dilapangkan kubur kubur mereka, diampunkan segala dosanya dan ditempatkan dikalangan orang beriman

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *