Lps PJJ, suami kantoi lg. Curang dgn lelaki. Terkedu dgr alasannya. Time tidur aku tgk suami, kesian

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan hi semua. Saya Anne, berumur 30 tahun, seorang penjawat awam nun jauh di Borneo.

Tujuan saya menulis confession di sini untuk membaca komentar daripada pembaca sebenarnya (walaupun saya tahu bukan tindakan bijak).

Saya masih belum bersedia ceritakan masalah saya kepada keluarga atau kawan kawan saya.

Saya baru berkahwin 3 bulan. Tempoh perkenalan kami selama 2 tahun sebelum akad nikah.

Saya di approach suami yang merupakan senior saya di universiti. Suami nyatakan hasrat untuk berkahwin dengan saya dan perlukan dua tahun untuk kumpul duit belanja perkahwinan.

Selepas istikharah, saya bersetuju untuk tunggu suami selama 2 tahun di samping saya juga merasakan ini peluang untuk saya terus berkhidmat kepada ibu dan keluarga saya sebelum menamatkan zaman bujang.

Sepanjang perkenalan kami cuma berhubung melalui whatsapp. Perjumpaan kami selepas zaman universiti hanyalah semasa merisik, bertunang dan dalam tempoh persiapan perkahwinan.

Mimpi ngeri saya bermula 4 hari selepas nikah. Semasa memegang telefon bimbit suami, satu panggilan telefon dengan nama yang mencurigakan masuk, saya cuba angkat tapi tiba tiba suami jadi marah.

Tapi semasa kejadian itu, suami sedang sibuk bercakap telefon atas urusan kerja menggunakan telefon bimbit saya, dan meminta saya google maklumat menggunakan telefonnya.

Dengan berbekalkan skill FBI saya, dalam tempoh yang singkat itu saya buka aplikasi whatsapp suami dan dapati suami saya bahasakan diri Abang dan Sayang dengan nama yang mencurigakan itu.

Hati saya berdegup kencang, hampir luruh jantung saya. Suami saya bahasakan Abang Sayang dengan seorang LELAKI.

Hari yang sama saya bersemuka dengan suami saya, saya cakap dengan suami.”Rupanya sebelum saya, Abang dah bahasakan Abang Sayang dengan orang lain.”

Suami berlagak tenang dan cakap, itu aib dia dan Allah. Dia beritahu saya dia sudah bertaubat sebelum berkahwin dengan saya.

Dipendekkan cerita, tidak beberapa lama selepas berkahwin kami PJJ. Kami hanya berhubung melalui Whatsapp dan panggilan telefon.

Kadang kadang kami akan bergaduh kerana saya sudah tidak percaya kepada suami saya. Tetapi suami selalu beritahu saya dia sudah bertaubat.

Tempoh PJJ kami hanya 2 bulan kerana dengan takdir Allah saya dapat berpindah mengikut suami. Saya niatkan perpindahan saya semata mata kerana Allah demi menjadi isteri yang baik.

Namun, mimpi ngeri saya berulang sekali lagi. Baru beberapa hari tinggal bersama sama, suami saya curang lagi dengan lelaki.

Lebih dahsyat, suami mencari pasangan songsang melalui aplikasi dan mengajak lelaki asing untuk ‘have fun’ dengannya di rumah sewa kami semasa saya ke tempat kerja yang agak jauh dari rumah.

Untuk makluman pembaca sekalian, jadual kerja suami saya lebih fleksible. Dan bagaimana saya mengetahui kecurangan suami saya, biarlah rahsia (Walaupun saya tahu pembaca dapat meneka modus operandinya)

Suami saya sebenarnya mempunyai terlalu ramai kenalan lelaki yang dikenali melalui aplikasi songsang itu untuk memuaskan nfsu songsangnya.

Suami juga masih berhubungan dengan ex-nya. Suami saya tahu yang saya juga tahu dia masih berhubungan dengan ex-nya.

Dia katakan kepada saya itu “man’s nature” untuk terus berhubungan dengan ex-nya walaupun telah berpisah beribu batu.

Kadang kadang saya pandang suami saya semasa tidur, hati saya jadi kesian. Adakah suami saya sedang berperang dengan diri sendiri?

Ingat lagi semasa dalam tempoh perkenalan, saya ajukan soalan kepada suami. Kenapa dia pilih saya menjadi calon isteri, suami beritahu kerana dia ingin lebih dekat dengan Allah.

Namun perilaku suami sekarang tidak menggambarkan kata katanya. Bukan sekadar curang dengan saya, solat 5 waktu pun suami culas (tidak solat subuh dengan alasan belum mandi wajib), dan belum pernah sekali saya lihat dia membaca Al-Quran.

Namun bila saya ajak suami solat berjemaah, mahu pulak dia. Persoalannya sekali lagi, adakah suami sedang berperang dengan dirinya sendiri?

Sejujurnya hati saya telah tawar dengan suami.

Tetapi memikirkan yang hanya selepas 2 tahun baru dapat saya mohon pindah ke Semenanjung, saya berhasrat untuk meneruskan perkahwinan ini buat sementara waktu. Sekurang kurangnya selama 2 tahun ini.

Adakah saya bodoh?

Saya sedang berperang dengan diri sendiri dan iman saya. Inilah ujian terbesar yang Allah berikan sepanjang saya di dunia ini.

Baru saya tahu betapa lemahnya saya sebagai manusia. Saya ‘struggle’ untuk redho dengan ujian ini tanpa mempersoalkan dalam hati bahawa saya manusia, sudah semestinya saya layak untuk diuji.

Saya mencari redho dan syurga, dan dapati ujian kali ini besar sekali. Mungkin semahal harga syurga yang saya impikan itu.

Adakah ini jalan untuk saya ke syurga jika saya berjaya mengubah suami saya ke jalan yang Allah suka andai saya bersabar dan menjadi isteri yang taat?

Namun, hidayah itu milik Allah, siapalah saya untuk harapkan suami saya berubah? Adakah patut saya akhiri perkahwinan ini sekarang?

Patutkah saya beritahu keluarga saya masalah yang saya hadapi sekarang?

Patutkah saya berunding dengan pegawai agama?

Bantu saya pembaca.

Reaksi Warganet

Fathiah Razak –
Besar ujian awak. Maaf tak dapat memberi idea sangat tapi rasanya seeloknya rahsiakan dari keluarga sebab akan ada banyak implikasi.

Better awak berunding dengan kaunselor, dapatkan pendapat pegawai agama. Timbang tara nasihat mereka dan decide. Dalam pada tu, jauhkan dan jaga diri.

Zulhilmi Jol Hassan –
Hi confessor. Saya geli baca part “man’s nature”. Takde maknanya nak berbaik dengan ex yang dah beribu kilometer dengan mengatakan itu naluri lelaki.

Kena henti segala hubungan intim sebab takut takut suami ada s3xually transmitted diseases (STD).

Based on confession, awak seorang yang tabah, sebab awak boleh lagi pandang suami awak tido.

Kalau saya jadi awak, saya takkan tido lagi dengan pasangan saya atas katil yang sama selepas tahu dia curang. Katil tu jugak lokasi kejadian kecurangan tu. Haih. Rasa nak terbakar je hati, nak je bakar katil tu sekali.

Pada saya elok awak pergi dapatkan kaunseling pejabat agama. Ajak suami awak sekali. Kalau dia nak pergilah, biasanya lelaki ego tak nak ngaku dia ada masalah.

Kalau dia nak save relationship, better dia baiki diri, cara jalan penyelesaian masalah dan bertaubat. Kalau dia berkahwin dengan awak sekadar nak tutup aib dia, semata mata nak kaburi mata masyarakat, baik tak payah berkahwin.

Geram saya baca, Papapun, moga dipermudahkan urusan awak. Jangan putus asa tuntut keadilan rumahtangga.

Luqmanulhakim –
Kalau masih sayang,

1. Tolong dia, bantu dia kawal nfsu. Delete app2 yang tak elok tu. Kalau perlu, download family link untuk pantau phone suami. Kena tutup ruang dan pluang untuk buat dosa. Kena create obstacles supaya maksiiat jadi susah nak buat.

2. Banyakkan masa bersama. Kena ganti d0phamine jahat, dengan d0phamine baik macam olahraga, cucuk tanam, solat jemaah, dengar kuliah agama dsb.

3. Buat pemeriksaan kesihatan. Jumpa pakar psiktiari, check H.1.V dsb.

4. Doa banyak banyak, perbanyakkn solat hajat.

Kalau dah tak sayang, buat macam mana pon tak boleh,

1. Pi pejabat agama tuntut fasakh.

Wallahu a’lam.

Syahdu Mohd Shah –
Hmm. Jangan dah dapat penyakit kelamin baru nak tinggalkan laki songsang ni, sudah la. Takkan nak tunggu kena penyakit baru nak cerrai?

Kalau curang tak beraksi takpe. Ni dah bawak balik rumah. Tak kirela. Lelaki ke.. Pompuan ke.. Curang gak. Dah ada anak esok lagi pening ada baggage. Kalau saya selamat kan diri laju laju..

Tanggungjawab untuk berubah s3ksual tu jatuh atas suami. Bukan tanggungjawab awak. Awak dah buat yang terbaik.

Kalau dia nak berperang setakat dalam hati takpe. Ni masih bertindak ikut nfsu. Awak dalam bahaya dan terdedah pada penyakit kelamiin.

Sayang diri sendiri dulu ok? U can only control yourself. Moga TT kuat nak move on, dan Allah akan gantikan dengan yang lebih baik.

Leeya Marlia –
Kalau memilih untuk bertahan, maka siapkan diri dan mental. Siapkan diri dengan ilmu memikat, ilmu untuk membawa kembali suami menjadi lelaki sejati.

Emosi, kena pegang kuat hati. Abaikan perasaan sakit dan tawar hati, percaya dengan doa dan usaha, akan membuah hasil. Mesti sungguh sungguh kerana lillahitaala.

Jangan main main kuasa instinct ya, Allah jentik skit untuk beberapa hint bagi kita berfikir untuk meneruskan atau tinggal.

Kalau ambik jalan berpisah, tiada apa yang boleh diperkatakan. Ia keputusan yang terbaik bagi saya, demi menyelamatkan kesihatan diri dan mental puan juga.

Puan kena ingat, dia bukan saja curang sekali dengan puan, malahan siap buat lagi waktu puan bekerja. Tabah sungguh puan masih bersabar.

Kalau tanya saya, tidak ingin sekali saya meneruskan kerana sayangilah diri dan maruah diri.

Tapi sebelum puan buat keputusan, berilah beliau peluang terakhir, dan lihatla kesungguhannya. Jika masih sama dan janji hanya berulam najis maka ambillah keputusan bijak.! You know what to do.

Sumber – Anne (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *