Mak tiri beranak tiap thn. Ibu tukang uruskan madunya. Bila cerrai, aku pilih ayah. Tp aku silap

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum para pembaca semua. Terima kasih kiranya admin sudi menyiarkan luahan aku ini.

Aku gelarkan diriku Tipah. Aku mempunyai 5 adik beradik dan aku anak kedua. Umurku sudah pun menghampiri 40-an. Mempunyai 3 orang anak yang amatku sayangi. 2 perempuan, 1 lelaki.

Apa yang aku nak ceritakan adalah tentang kehidupan aku dari kecil hingga dewasa.

Ayah dan ibu ditakdirkan bercerrai ketika aku berumur 16 tahun. Ayah berkahwin 2.

Awal perkahwinan ayah dan mak (mak tiri) , ibu aku mampu bertahan hinggalah kemuncaknya kerana ayah sangat tidak adil. Setelah ayah kahwin baru, mak tiap tahun mengandung.

Dari awal mengandung hingga habis pantang, ibu aku yang menguruskan madunya itu. Bawa ke klinik untuk check up, jaga ketika berpantang dan bermacam macam lagi. Tapi mak tiri langsung tak berterima kasih.

Kisahnya, sebelum berkahwin baru, ayah ada membina rumah kononnya untuk kami sekeluarga tinggal. Namun selepas mak muncul, ayah terus lupa dengan janjinya.

Rumah baru tersebut di beri kepada mak untuk tinggal bersama anak anaknya sedangkan kami 5 beradik dan ibu tinggal di rumah sempit yang buruk. Itulah kemuncak kesabaran ibuku.

Ibuku minta ayah mencerraikanya dan ibu pulang ke kampung negeri kelahiran ibu di utara.

Masih aku ingat malam itu, nenek dan tokwan datang menjemput ibu. Menangis nangis kami adik beradik minta ibu jangan tinggalkan kami. Ibu menangis dan memeluk kami, dia minta kami bersabar dan berjanji akan mengambil kami semula.

Manakala ayah ketika itu menghalang kami semua yang sedang mengejar kereta nenek dan tokwan yang sudah berlalu pergi.

Umur ku ketika itu 16 tahun, masih bersekolah menengah. Abang sudah tamat SPM dan bekerja di bengkel motorsikal. Adik ku masing masing berumur 15, 14 dan 11 tahun.

Bermula dari situ, aku menggantikan ibu dalam menguruskan kerja rumah. Ayahku hanya berulang alik dari rumah mak tiri dan rumah kami untuk menghantar barang dapur. Datang pun sekejap sekejap saja, bermalam di situ lagi lah tidak.

Kasihan aku lihat adik adik yang hilang tempat bermanja. Ada ayah pun jarang luangkan masa. Keadaan seperti ini tidak lama kerana ibu kembali dan ingin membawa kami tinggal di kampung ibu.

Maka bermulalah babak babak perebutan anak antara ibu dan ayah. Ayah menangis minta anaknya tidak meninggalkan ayah.

Sungguh, aku mahu ikut ibu, tapi hati aku terlalu kasihan pada ayah. Adik adikku masing masing mahu tinggal bersama ibu. Ibu mengajak aku ikut ibu pulang ke kampung, ayah merayu dan menangis.

Masih aku ingat bait bait yang ayah ucapkan, “Angah, jangan tinggal ayah. Adik semua tinggal ayah, angah tak kesian ayah ke?”.

Dan kerana ayah berkata begitu lah aku jatuh simpati pada ayah dan membuat keputusan untuk tidak ikut ibu balik kampung. Malam itu, aku hanya mampu menangis sambil melihat kereta yang membawa ibu dan adik adikku pergi.

Ibu berpesan pada ku Abang sememangnya tidak ikut ibu kerana abang sudah ada kerja di sini, lagi pula abang dah besar.

Tapi, aku terasa telah buat kesilapan yang besar. Ayah membawa aku tinggal di rumah baru bersama mak tiri dan adik adik yang masih kecil. Manakala abang tinggal di rumah Atok dan nenek (sebelah ayah).

Ku kira ayah akan menjaga dan melayan aku sebaiknya, tapi rupanya hanyalah harapan sahaja.

Aku tinggal di rumah itu tapi tempat tidurku hanya di ruang tamu. Bayangkan aku seorang perempuan yang sedang meningkat remaja dibiarkan tidur di ruang tamu. Almari pakaian di bilik stor, nak tukar baju pun perlu tukar di bilik air.

Ayah bukanlah jahat, cuma ayah seperti kurang ambil berat. Mak tiri aku baik ke jahat? Jawapan aku adalah jahat.

Sejak aku tinggal di situ, aku lah yang jagakan adik adik tiri aku. Aku yang buat kan kerja rumah, mak tiri hanya tahu mengandung saja.

Selepas SPM, aku berpeluang melanjutkan pelajaran ke universiti. Namun mak tiri menghasut ayah agar tidak benarkan kerana kekurangan duit. Ayah minta aku bekerja saja. Aku terpaksa mengikut saja kata kata ayah dan bekerja kilang.

Apabila dah ada duit sendiri, aku berikan juga pada ayah. Aku minta ayah tolong bina 1 bilik untuk aku dengan duit aku bekerja.

Kata ayah perlu beberapa bulan baru cukup duit untuk bina bilik. Seronoknya aku bila tahu akan ada bilik sendiri. Hari hari aku bekerja lebih masa nak bagi duit cukup.

Tapi bulan ke bulan, langsung tak nampak tanda tanda ayah nak buat bilik untuk aku. Yang aku nampak, ayah belanja makan yang sedap sedap di rumah. Beli baju baru untuk mak tiri, beli set sofa baru.

Aku cuba bersangka baik, mungkin itu duit ayah sendiri. Aku mula bertanya tentang bilik aku, sedihnya tak tahu nak cakap bila ayah cakap dia perlu guna untuk perkara yang lebih mustahak.

Beli set sofa lebih penting ke? Dari bina bilik untuk anak daranya sendiri. Lagi pun duit aku sendiri juga. Mak tiri tersenyum sinis selepas lihat aku menangis lepas bergaduh dengan ayah.

Bermula dari itu, aku berazam untuk segera keluar dari rumah ayah. Dan satu satunya cara untuk keluar rumah adalah berkahwin.

Ketika itu umurku 21 tahun. Di kilang tempatku berkerja, ada seorang senior yang suka mengusikku. Aku tanpa banyak berfikir, bertanya sekiranya dia suka pada aku. Dan jika suka, aku minta dia masuk meminang terus.

Dan dalam beberapa bulan selepas itu, aku pun menjadi isteri kepada M.

Terkejut ayah aku bila aku cakap aku nak kahwin, ayah minta aku fikir sehabis baik, dan apa yang aku fikir yang terbaik adalah keluar dari rumah ayah. Itu yang ada di fikiran aku.

Segalanya berjalan lancar selepas berkahwin. M sudah ada rumah sendiri dan aku terus berpindah ke rumah M.

Namun langit tak sentiasa cerah, selepas melahirkan anak ke tiga dalam usia perkahwinan 6 tahun, M mempunyai perempuan lain di belakangku.

Terimbau memori tentang ibu dan ayah. Anak anak menjadi mngsa. Sungguh aku takut anak anak aku akan jadi seperti itu.

Aku minta M berubah. Sama ada lupakan perempuan itu atau aku akan bawa anak anak jauh dari M.

M yang sangat sayang anak anaknya berjanji takkan menghubungi perempuan itu lagi. Namun makin lama, M makin kurang bertanggungjawab pada kami.

M bekerja sendiri, manakala aku sudah dinaikkan pangkat di tempat kerja lama ku. Oleh kerana pendapatanku lebih banyak, jadi semua belanja dapur dan anak anak, aku yang uruskan. M hanya bayarkan bayaran bulanan rumah dan bil-bil.

Tahun demi tahun, hubungan ku dengan M semakin hambar. Seolah perkahwinan kami hanya bertahan kerana anak anak.

Hingga hari ini, aku masih bertahan. Mungkin selamanya begini. Asalkan ada anak anak aku.

Ibuku dan adik adik aku yang tinggal di utara, selalu saja aku dan anak anak pergi melawat apabila cuti sekolah. Aku cemburu lihat adik adik aku yang sangat manja dengan ibu. Tapi bila aku cuba untuk bermanja, aku sendiri terasa kekok.

Aku selalu berkata kalaulah malam itu aku ikut ibu dan adik adikku pulang ke kampung, mungkin keadaan ku lebih baik. Mungkin aku tak perlu kahwin seawal umur 21 hanya kerana nak keluar dari rumah ayah. Mungkin aku dapat sambung belajar.

Bukanlah aku tidak menerima takdir, cuma terkadang perkara ni terlintas dalam fikiran.

Maaf sekiranya luahan aku terlalu panjang. Terima kasih sudi membaca.

Assalamualaikum. Tipah

Reaksi Warganet

Pari Pari –
Benda dah lepas. Tapi peliknya kenapa pilih ayah. Ayah ada bini dan anak anak yang lain, dan ko memang patut pilih ibu.

Belom habis baca kisah ko ni pon sis dah boleh agak ko akan jadi bibik dekat rumah tuu..

Kalau dia boleh kuli kan dan tak hargai jasa jasa mak ko, lagi mudah dia buat benda yang sama dekat ko..

Dan pelik gak, kenapa tak balik jer dekat emak ko tuk sambung belajar.. Tah laa..

Ibtisam Notes –
Tahniah confessor kerana anda seorang yang berani menghadapi cabaran hidup dan kental hati.

Kerana itulah anda diberikan rezeki yang selayaknya oleh Allah. Dpt berkahwin diusia muda, dpt ank, dpt naik pangkat. Alhamdulillah jugak sebab ibu dan ayah masih hidup sehingga kini.

Saya tak ada apa yang awak ada. Saya percaya, jika awak diuji lagi dengan ujian yang lebih berat kelak, awak akan lebih kuat dan rasa tenang melangkah.

Perjalanan hidup awak terselit pengajaran yang baik untuk semua. Semoga ada hikmah untuk semua ujian yang awak lepasi. Semoga anak anak awak menjadi anak yang soleh dan solehah untuk awak.

Farah Nabilah –
Jadikan yang lepas sebagai pengajaran dan pengalaman hidup. Allah uji sebab Allah sayang awak. Saya pon ada ujian hidup saya. Allah takkan uji kalau hamba nya tak mampu, sebab Allah tahu awak kuat dan mampu.

Hidup ni sementara, nanti kita akan dijemput ke alam yang kekal abadi, jadi dekat dunia ni lah tempat untuk kumpul pahala banyak untuk dibawa bekal ke alam abadi nanti.

Anggap la apa yang awak dah lalui sebelum dengan dapat ganjaran pahala yang banyak.. jd apa yg awk dah lalui ni anggap la sbgai ujian utk lbh dekat pd Allah..

Masih tak terlambat untuk bermanja dengan mak awak, nanti dah habis PKP, bawak lah mak shopping ke, pergi bercuti ke.

Pasal suami tu, kalau masih boleh bersabar, brsabar la. Letak kn Allah yang pertama, lakukn kerana Allah apa je keje yang awak buat. Tapi jangan smpai menzalimi diri sndiri.

Kalau dah melampau lebih banyak mendatang kn mudarat tak salah untuk bercerrai, anak anak akan selamat selagi dibawah jagaan awak kalau bercerrai selagi awak tak kawen lain..

Cik Puan –
Saya tumpang simpati dengan confessor. Lebih kurang kisah kawan 1 sekolah dengan saya dulu (kami berlainan kelas tapi rapat sebab 1 dorm hostel).

At least confessor still stay dengan ayah lepas parents bercerrai tapi kawan saya 3 beradik terpaksa berpisah dengan ibu dia (masa tu ibu dia memang tak nak bawa mereka bersama) waktu parents dia bercerrai masa dia tadika.

Kawan saya cerita ni masa kami form 5 coz saya pernah ikut dia balik kampung (rumah atok dan nenek tempat mereka 3 beradik dibesarkan).

So daripada kecil sampai dewasa, dia 3 beradik dibesarkan oleh atok dan nenek sementelah ayah dia dah kahwin lain setahun lepas bercerrai dan ibu dia senyap tanpa khabar berita sampai waktu tu dia nak exam SPM.. Ibu dia tak pernah cari atau jumpa dia 3 beradik.

Ayah dia? Sibuk dengan keluarga baru dan pindah menetap di ibu kota malah mak tiri siap hasut ayah dia supaya jangan bawa dia dan adik beradik stay dengan mereka.

So setiap bulan ayah dia akan kirim duit belanja untuk 3 beradik tu survive hidup berdikari dan hanya akan jenguk dia 3 beradik kat kampung setahun 2-3 kali (tu pun ayah dia akan balik kg sorang dan paling lama stay kat kg..sehari semalam je).

Kawan sy, kakak dan adik lelaki dia (bongsu) jadi matang daripada usia asbab ujian daripada kisah percerraian parents.

Yang buat saya terharu sebab terlalu dahagakan kasih sayang daripada parents, dia 3 beradik buat keputusan untuk panggil atok dan nenek dengan panggilan ‘ayah dan mak’.

Masa tu kakak dia dah kerja dekat ibu kota tapi still jarang jumpa dengan ayah sendiri (faham faham lah kenapa, mak tiri punya pasal). Yang best, kakak dia sering kirim barang barang untuk kawan saya dan adik dia (ye lah..budak sekolah zaman kami waktu tu mana ada duit sangat nak beli ‘kehendak’).

So bila kakak peduli, secara tak langsung bagi semangat dekat adik adik dia untuk terus belajar dan kuat semangat even tanpa sokongan ibu ayah yang masih hidup tapi ibarat tak wujud.

Kawan saya beruntung coz dia masih punya atok, nenek dan adik beradik yang sentiasa support antara 1 sama lain. Saya dah lost contact dengan kawan tu, harap hidup dia sekarang bahagia dengan suami, anak anak dan family mentua yang akan layan dia macam anak sendiri.

Sama macam confessor. Masih beruntung di beri peluang untuk membesar depan mata seorang ayah walaupun hadap macam macam ujian dalam kehidupan. Pengalaman hidup akan mematangkan kita..

Sumber – Tipah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *