Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera semua pembaca. Terima kasih admin atas sebab sudi terbitkan luahan hati aku nie.
Aku tak tahu nak luah dekat mana dan dekat sape. Sebab benda nie umpama aku buka aib sendiri. Jadi biarlah aku luahkan dekat sini supaya takde sape yang tahu siapa aku sebenarnya.
Aku bahasakan nama aku Sara ye (bukan nama sebenar). Sara dah berkahwin 5 tahun dengan Mat (bukan nama sebenar), dan kami masih belum dikurniakan zuriat lagi.
Pernah mengandung tapi keguguran tak sampai 2 bulan, dan sekarang masih berusaha buat rawatan dekat sebuah hospital.
Kisah nie bukan berkaitan dengan keluarga mertua, biras or orang luar tapi kisah Sara dan Mommy sendiri.
Setengah orang bermasalah dengan keluarga mertua kan? Tapi mertua Sara sangat baik. Alhamdulillah.
Dan Mat pula jenis yang memang penyayang dan bertanggungjawab. Dia sangat suka kucing tapi disebabkan Sara jenis tak suka bela binatang so dia terpaksa abaikan. Huhu
Suatu haritu, ada sekor kucing beranak depan rumah kami. Dan Sara rasa sangat kesian, suruh Mat ambil bela sementara tunggu dia besar dan boleh survive. Nanti boleh lepas dekat luar jer.
Lepas tu, Sara cerita la dari A – Z dekat Mommy pasal Mat bela kucing. Bermula dekat situ la, tiap kali call mesti dia cakap,
“Bela kucing nie boleh buat kita mandul tau. Tu bukti Kiah (bukan nama sebenar) duk bela kucing mandul, Esah pun bela kucing mandul jugak. Selalu sangat sebut benda tu sampai la kucing Sara dah besar.”
Allahu, terasa seperti Mommy sendiri doakan anak dia mandul. Huhu yang paling Sara terasa hati bila dia cakap, “keturunan mommy takde yang mandul, taktau la kot keturunan Mat.” Ya Allah, sedih sangat bila mommy Sara sendiri yang ucap benda tu.
Sara ingat, bila kita luahkan dekat Mommy, mungkin dia mampu tenangkan hati kita sebab kami sama sama wanita dan Sara nie anak dia tapi ermm. Sampai dalam solat time sujud pun Sara boleh menangis, huhu
Sara pula jenis yang tak boleh nak membantah apa yang orang tua cakap. Memang jawab pun, just keluar “mana ada mommy, bukan semua yang bela kucing mandul” atau paling teruk Sara diam saja.
Bila Sara bagitau macam tu, dia akan tegaskan jugak mitos tu dan Sara hanya mampu diam sediamnya.
Cerita dekat Mat dan dia hanya pesan satu saja dekat Sara sambil senyum,
“Sayang kena ingat tau, benda tu mengarut dan syiirik. Rezeki kita belum sampai lagi, sabar ye. Lagipun Kucing binatang kesayangan Nabi Muhammad saw dan pembawa rezeki untuk kita insyaAllah”.
Itulah ayat Mat tiap kali Mommy cakap macam tu dekat Sara. Tapi Sara takde la sampai nak bergaduh dengan mommy, just buat cool depan dia walaupun dalam hati kecewa teruk.
Tak boleh nak lawan, nanti mommy sedih lagi Sara tak senang duduk. So makan diri jela huhu.
Terbalik pula dengan keluarga mertua, diorang selalu berdoa depan kami, “papa dan mama doakan semoga Sara Mat dapat zuriat insyaallah.”
Papa selalu cakap, “tiap hari bangun solat Tahajud dan Hajat, papa akan buat untuk korang juga”. Sebak dan Pelikkan?
Kadang Sara terfikir, Sara nie bukan anak Mommy dengan Ayah ke sampai macam tu sekali dia ucap. Kenapa diorang tak jadi macam mertua Sara, just doakan dan ucap yang baik baik saja untuk kami. Huhu.
So Korang doakan kami dan yang tengah menanti zuriat jugak ye, semoga Allah swt kurniakan kami zuriat yang baik dari sisinya.
Sara nak sangat buktikan kuasa Allah swt tu sangat hebat, bela kucing tak jadikan Sara mandul. Sara nak buktikan dekat Mommy, tak salahkan?
Kami nak bela kucing nie sampai hujung hayat, dah rasa sayang sangat dekat diorang.
Terima kasih banyak banyak sebab sudi baca luahan hati Sara. Taknak tulis panjang panjang, nanti korang bosan, hehe. Doakan kami disini. Assalamualaikum wbt.
Reaksi Warganet
Razeha Koderi –
Tu lah Sara tak diuji dengan mertua diuji dengan mak sendiri. Different people ada different ujian. Dan ujian tu yang bagi tu Allah. Dia maha tahu bila dan apa yang terbaik untuk kita. Walau kita kadang tak nampak apa hikmahnya lagi.
Kami semua doakan awak Sara. Mat pun baik orangnya. Rezeki tu sara. Tak mesti anak je kan. Semoga berbahagia ye Sara dan mat. Mudah mudahan Allah makbulkan doa korang timang cahaya mata soon.. Inshaa Allah
Hanie Mohd Yasin –
Allahu, apa punya emak laa pesen macam ni. Tak boleh ke doa yang baik baik untuk anak menantu. Tak tau ke dia kata kata dia tu sebagai ibu takde hijab.
Ishh, geram betul. Percaya dengan mende karut marut. Dik, jangan amik hatilaa. Tiap kali mak cakap macamtu, jawab je,
“daripada mak cakap macamtu, ada baiknya mak doakan Sara ni. Cepat cepat dapat anak. doa mak ni makbul..”
Tabahlaa ye. Rezeki belum ada. Lagipun Sara pernah pregnant jadi ada peluang lagi. Dan teruskan je rawatan dengan doktor demi kebaikan bersama.
Kalau mak dok cakap lagi perkara sama, doa je terus pada Allah supaya Allah tak makbulkan kata kata mak Sara tu..
Rezeki Sara punya emak macamtu tapi sebaliknya Allah bagi pula mertua yang baik. Kita pun tak tau doa siapa yg Allah makbulkan. Teruskan doa yang baik baik ya..
Rabiatul Adawiyah –
Allahu dik. Baru kawen 5 tahun, jauh lagi perjalanan tu. Dah boleh mula buat rawatan. Kalau BMI badan tak normal, dah boleh mula normalkan BMI badan tu.
Suami kalau merkok cuba cuba berhenti. Jangan stress, jangan sedih sedih. Happy happy je..
Pernah pregnant means awak tu sihat, cuma rezki belum ada..
Akak? Kahwin nak masuk 7 tahun, pregnant sekali pon belum pernah dik. Dah pernah buat rawatan. Doktor sahkan ada end0metri0sis stage IV. So pahamlah kenapa Tak pernah pregnant tu..
Kalau berbual dengan mak tu buat rasa sakit, boleh Cuba buat aktiviti lain. Mak tu orang tua. Cuba perlahan lahan untuk memahamkan mak..
Bisku Marie –
Makcik ni, dulu kawin dekat 2 tahun tak mengandung jugak. Family memang tak cakap apa, rezeki Allah yang bagi.
Nak mengubat kesunyian, kutip anak kucing dekat kedai makan, seekor kawan suami bagi sebab kesian anak kucing tu kena buli dengan anak dia. Seekor lagi ada kawan bagi sebab dia kutip kat kedai makan tapi wife dia tak suka.
3 ekor tu kami bela macam anak sendiri. Bawa pergi vet, bawa balik kampung, bawa pergi bercuti, sanggup sewa homestayje sebab hotel strict bab haiwan peliharaan sedangkan kami 2 laki bini je…
Bela diorang 6 bulan tiba tiba makcik lekat. Sejak makcik lekat, kucing kucing makcik memang akan ikut je mana pergi. Makcik pergi beli ikan, pergi jalan petang petang, pergi lepak umah jiran, semua mengikut.
Diorang memang behave, ikut tapi tak buat nakal, ikan terhidang dekat rumah jiran pun diorang tak sentuh. Pandang je….
Masa kandungan makcik 5 bulan, pakcik mengigau dan sepak perut makcik. Sakitnya yaallah. Esok tu sekor kucing makcik datang cium cium perut makcik dan pandang makcik sayu je. Masa tu kami dah siap nk pergi hospital. G hospital, baby ok walaupun “jatuh” sikit.
Balik tu kucing makcik kurang seekor. Puas cari. Rupanya dah keras dekat tepi rumah. Memang makcik nangis giila giila la. Tinggal 2 ekor….
Makcik ni ada kencing manis, so kena dok hospital. Bila makcik dok hospital anak makcik 2 ekor tu hari hari cari sampai pakcik kena call makcik buat loudspeaker bagi diorang dengar suara. (zaman tu 2005 lom ada video call. Hanfon pun 3310 je, huhu).
Sampai makcik bersalin awal tahun 2006, prematured, dan dok hospital sebulan jaga baby, balik je diorang sambut dulu. Sibuk nak cium baby, kalau makcik masak, diorang jaga baby, siap buai lagi (tarik tali buai tu).
Tapi tak lama tu, seekor mati jatuh pokok (jiran bagitau tapi makcik syak dia langgar) yang seekor lagi tu tiba tiba hilang. So… Makcik malas nak bela kucing dah. Serik kehilangan.
Ida Ramli –
Semoga dipermudahkan urusan untuk mendapat zuriat sendiri. Saya pun lepas 7tahun kawen, baru bergelar ibu. Sekarang anak bujang saya da 5 tahun umurnya.
Its not about kucing, not about kifarah, not about kita tak pernah sedekah dll yang selalu orang tak merasainya sangka.
Ia adalah kerana “Allah akan beri pada waktu dan masa yang terbaik”. Kerana Allah yang Maha Mengetahui pada masa hadapan kita.
Teruskan berusaha dan berdoa. Nanti, awak akan tahu kenapa Allah lambatkan soal rezeki anak untuk kita.
Sumber – Sara (Bukan nama sebenar) via IIUMC