Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Hai.. jumpa lagi! Hehe.
Untuk Part 1, klik link dibawah;
Mlm lps nikah, baru nmpak suami bukan calang2 ‘lembut’. Mlm pertama, sangkaan aku meleset
Untuk Part 2, klik link dibawah;
“Part 2: Suamiku si lembut”. Tiap malam suami minta rapatkan badan ke badan. Aku dah pelik
Sebelum aku mulakan cerita, aku nak minta maaf sangat sangat pada abang kakak yang tegur tentang ‘rapat dada ke dada’ tu. Salah aku sebab aku tak terangkan lebih lanjut. Sebenarnya ianya tidaklah se’er0tik’ mana..
Contohnya macam hari tu.. Suami aku tengah layan Euro. Mata aku pulak dah berat sangat. Aku mintak izin tidur dulu. Dia angguk dan bangun dari sofa untuk rapat dada. Tapi matanya masih melekat dekat TV.
Acuh tak acuh saja kitorang buat. Memang betul betul cukupkan syarat saja.. huhu.. maaf sekali lagi ye abang kakak..
Ok, macam yang aku bagitau sebelum ni, aku nak cerita tentang pengalaman sebelum tahu mengandung.
Mungkin kali ni aku mulakan dulu kenapa aku perlu mengandung. Dengan kata lain, aku kena tunjukkan yang suami aku yang lembut ni boleh buat aku mengandung!
Macam ni ceritanya..
Masa tu raya 2018, beberapa bulan setelah kami kahwin. Adik beradik aku yang lain semua beraya dirumah mertua. So, aku ajak suami balik raya di kampung aku.
Suami bersetuju. Suami pun suka duduk kampung aku sebab dah lama tak merasa suasana kampung. Orang KL la katakan.
Dah adat family kitorang, bila raya rumah mak bapak aku yang akan kena serang dulu. Sebab bapak aku anak sulung. 5 keluarga adik beradik bapak aku akan konvoi ke rumah kitorang.
Bila raya biasalah.. ada yang tayang baju fesyen baru, tayang body baru sebab dah kurus, tayang kereta baru.
Aku? Aku mampu tayang suami baru aku saja la..
Kalau dulu diorang sibuk tanya aku bila nak kahwin, sekarang ni pulak, dah sibuk tanya,
“Dah ada apa apa ke?” Hmm.. aku mampu geleng sajalah. Masa tu riuh la makcik makcik aku bagi petua ‘mudah lekat’. Makan itu. Makan ini. Buat itu. Buat ini. Aku angguk angguk saja.. Dan segan pulak aku bila makcik aku kata,
“Laki kamu kenalah rajin menyemai benih!”
Adoiii.. dah masuk topik ‘halaman pertanian’ pulak dah.. haha
Tapi, dalam keriuhan tu, tiba tiba terdengar bisikan bisikan negatif daripada kelompok sepupu sepupu lelaki aku yang remaja.
“Lembutnye..”
“L.G.B.T”
“Nyah”
Dan bisikan bisikan negatif itu disambut dengan gelak ketawa yang menyakitkan hati. Mood happy aku terus hilang.
Emosi aku makin tak terkawal bila nampak sorang daripada budak budak tu menggayakan gaya lembut sambil minum. Aku dah rasa mata aku panas. Aku cepat cepat masuk ke bilik air.
Di situ aku lepaskan semuanya. Sedih betul aku rasa. Janganlah suami aku sedar yang budak budak tu tengah ejek dia. Kalau boleh aku nak dia happy saja dekat kampung aku.
Lebih kurang 10 minit jugak aku habiskan dalam bilik air. Bila dah rasa tenang sikit, aku keluar. Terserempak pulak dengan suami aku. Mata aku dah sah sah la nampak merah.
“Sayang kenapa?”
“Migrain.. Dah ok sikit..” itu saja alasan yang aku terfikir.
Tiba tiba dia pegang belakang kepala aku sebelum dia tarik dekat dengan badan dia dan dia cium dahi aku!
“Abang dah ubat! InsyaAllah lepas ni sembuh!” Katanya sebelum kembali melayan tetamu diluar.
Aku jadi bertambah sebak. Aku masuk bilik air sekali lagi.. Makin deras airmata aku. Tak tau kenapa aku jadi lagi sedih. Mungkin kesian dengan nasib suami aku. Hina sangat ke jadi lembut?
Malamnya, mak ayah aku ajak beraya ke rumah makcik pakcik aku. Aku bagi alasan letih. Cukuplah anak anak diorang dah hina suami aku siang tadi. Aku dah serik. Suami aku pun aku tak bagi ikut.
“Pengantin baru tu.. biarlah diorang tido awal sikit”
Bapak aku pulak menyampuk. Dah salah faham pulak orang tua ni. Ah! Biarlah..
Bila rumah dah sunyi, aku terus masuk bilik. Rasa nak rehat kejap. Berat betul kepala aku. Tak sampai beberapa minit letak kepala ke bantal, aku terlena.
Aku cuma terjaga bila suami aku buka pintu bilik. Aku toleh jam. Dah pukul 11 malam! Ingat nak tido kejap saja. Sampai 3 jam peginye. Aku duduk. Suami aku dah baring sebelah aku.
Tak tahu kenapa hari itu aku tak rasa nak becakap sangat. Mood aku masih swing. Mungkin jugak sebab aku kebetulan peri0d hari tu.
Bila teringat ada benda yang perlu aku kemaskan sebelum tidur, aku bangun. Tapi suami aku dah tarik tangan aku dan buat aku terduduk betul betul sebelah dia.
“Nak pegi mana?”
“Nak kemas dapur. Kang mak bising”
“Abang dah kemas”
“Ruang tamu pun sepah tadi..”
“Pun abang dah buat jugak..”
Aku dah tak jumpa alasan. Aku baring balik. Sikit pun aku tak bersuara lepas tu. Cuba cuba untuk sambung tidur. Tiba tiba saja suami aku kata..
“Dah la tu.. tak payah pikir sangat.. abang tau..”
“Tau apa?”
“Abang pun dengar tadi.. g4y la.. pondan la.. nyah la..”
Ya Allah! Dia tau?! Aku terus peluk suami aku. Automatik airmata aku mengalir lagi.
“Saya minta maaf tau.. family saya jahat!”
Suami aku gelak.
“Abang dah lali laa. Benda benda tu abang hadap sejak kecik. Dulu dulu memang la rasa jugak. Dalam family abang sendiri pun abang kena buli”
Masa tulah dia bukak cerita cerita dia kena buli. Yang aku paling ingat dia cerita tentang jiran dia yang dia panggil Milah. Bila gaduh saja, mesti Milah akan panggil dia P0ndan Chow Kit!
“Abih tu? Abang balas apa kat Milah?”
“Mula mula abang ok lagi.. tapi bila dah selalu sangat. Abang terus jerit kat dia.. “JANGAN SAMPAI AKU RGOL KO MALAM NI!” Mencicit dia lari! Tau pulak dia takut.. sampai sekarang dah tak berani jumpa abang.. takut kena rgol le tu!”
Aku yang dengar terus hilang sedih. Terbahak bahak aku tebayang si Milah kena sembur dengan si mamat lembut ni.
“Macamana abang boleh jadi lembut?”
Suami aku pun cerita yang dia masa kecik normal. Macam budak budak biasa. Mungkin sebab suami aku anak bongsu, ‘manja’ tu lebih. Pantang kena pkul, terus nak mengadu.. kawan kawan dia pulak ramai perempuan.
Suami aku takkan main yang ganas ganas, nak main pasir depan rumah pun mak dia tak bagi sebab takut dia jadi hitam legam. So, terperap la dia kat rumah dengan kakak kakak yang suka main mekap mekap.. main masak masak..
Bila dah remaja, bapak dia perasan kecenderungan suami ke arah ‘kewanitaan’. Lebih lebih bila berjumpa kawan kawan yang sejenis dekat universiti. Sebab tu habis saja belajar, bapak dia aturkan untuk kahwin. Dengan family jauh.
Masa tu, dia mengaku yang sedikit pun takde perasaan dekat perempuan.. Tapi sebab bapak dia garang.. dan mak dia betul betul pujuk dia.
“kahwin saja dulu.. nanti rasa tak sesuai boleh cerrai.. ”
Mak dia merayu nangis nangis masa tu. Suami pulak jenis tak sampai hati tengok mak dia merayu macam tu. Dia pun ikutkan.
Bila dah kahwin, dia cari jalan untuk dapat cerrai cepat!
“Jahat kan abang? ”
Aku angguk. Kesian pulak ex dia..
Suami aku pun cerita yang dia sengaja buat buat busy di malam pertama. Bila ex dia sedar yang dia memang tak nak ‘bersama’. Ex dia tidur di bilik lain. Sampailah hubungan tu jadi betul betul t0ksik. Hubungan di antara dua orang yang sangat asing.
Ada jugak suami cuba cuba untuk berbaik. Nak ajak ex dia makan luar. Nak ajak bincang. Tapi ex dia tak nak. Bagi alasan macam macam. Ex dia asyik berkurung saja dalam bilik.
“Masa tu abang rasa memang dia pun nak cerrai agaknya. Dia tak suka lelaki lembut macam abang kot..”
Lepas cerrai, dah tentulah kecoh. Tentang family ex dia aku tak boleh cerita lebih lebih.. Apa yang boleh aku bagitau, keluarga suami menanggung malu yang besar. Dikatakan ‘terdesak’ mengahwinkan anak yang ‘tak mampu’.
“Mak abang sampai jatuh sakit.. bapak abang yang garang tu jadi pendiam. Rasa bersalah agaknya. Adik beradik semua tunjuk simpati pada abang..”
“Masa tu abang salahkan diri. Salahkan diri yang lembut. Tak berusaha nak berubah”
Aku menangis! Setiap peristiwa yang diceritakan macam layar perak dimainkan di depan mata aku.
“Sebab tu abang mintak untuk dicarikan jodoh lagi. Abang nak buktikan kemampuan abang! Abang yakin abang boleh!”
“Bila dah kahwin dengan sayang, abang perlu masa untuk pupuk perasaan pada sayang. Bila tiap hari tidur sekatil.. asyik terpeluk saja..
Memang timbullah ‘rasa’ tu! Lepas tu baru abang sedar, seronok rupanya! Menyesal tak kahwin dari darjah 6!” Suami aku dah gelak macam giila.
“Kalau tak kahwin dengan saya, abang tau tak abang kahwin dengan sape?” Aku tanya dia sambil tahan gelak.
“Sape?” Berkerut dahi dia
“Milah!”
Kami pun bergelak ketawa sampailah mak bapak aku ketuk pintu rumah . Baru balik beraya. Pergh.. sampai pukul 12 malam. Sakan betul!
Ye.. begitulah.. kisah kenapa aku nak sangat mengandung. Sebelum tu mungkin aku tak kesah sangat pun. Yang penting hidup aku tak kacau orang.
Tapi bila kejantanan suami aku dicabar, aku sahut! Aku akan gunakan kabel paling besar! Allah! Aku akan doa sungguh sungguh! (Wahh.. berkobar kobar betul kan? Haha)
Oklah sampai sini dulu.. Cerita tentang usaha kitorang nak dapatkan seketul baby akan aku sambung minggu depan. InsyaAllah.. Itu pun kalau korang tak menyampah. Huhu.
Reaksi Warganet
Aslina Majid –
Yang ni aku suka. Aku rasa confessor ni boleh pegi jauh lagi dalam bidang penulisan camni. Taktau kenapa asal baca je mesti ikut tersenyum sama.
And yes, my husband pun agak lembut jugak. Tapi kitorang PJJ. Hahaha langsung rindu kat dia bila baca ni. Ada part of the story tu rasa macam baca cerita sendiri pulak. Haha
Buat novel pun okey jugak sis. Bosan baca novel jenis plot bukan berdasarkan kisah sebenar…
Effah Rizan –
Aruwah anak saudara saya ada sorang macam ni. Tapi tak lah selembut macam suami TT.
Dulu dulu saya suka ajak dia teman maksu masuk dapur. Masak sama sama, kemas sama sama. Dia memang rajin orangnya. Kawan kawan pun yang sepesen je dengan dia.
Tapi tak sempat nak kawin. Allah lagi sayang dia. Jaga penampilan dan kebersihan memang dia no 1. Doktor merangkap bos dia pun sayang denga dia. Sebab dia staff yang rajin. Alfatihah untuk anak sedara…
Sara Vee –
Orang ‘lembut’ ni penyayang, take care dia lain macam. Rajin mengemas dah tentu, pembersih sangat sangat.
Kalau ada anak, dia belek anak dia dari hujung rmbut sampai hujung kaki, paling bising kalau anak kotor.
Mulut memang bising sikit la, kalau melahar, cair taik telinga kau nyahhhh. Tapi watak memang kelakar, kelakar sampai nak pecah perut gelak kalau melawak. Saya taulah kawan baik saya pun lembut juga, huhu..
Zaiton Halil –
Tunggulah lepas bersalin nanti tak payah dah nak harap mak jaga dalam pantang, suami Lily yang jaga nanti.
Lepas tu pulak kalo dapat anak perempuan dia pulak uruskan anaknya sendiri, macam mandikan, pakaikan baju dan sikatkan rambut. Silap silap didandan lagi rambut tu bila anak dh besarlah.
Dayana Dainarlis –
Best cerite Pn Lily! Pada saya lelaki yang lembut ni unik. Biasanya diorang hensem, pentingkan kebersihan, cerewet, dan yup…mmg mulut diorang laser.
Tapi diorang tak simpan pun. Dah melaser, kejap lagi diorang ok. Kita yang kene laser ni yang luluh hati hihi.
Dan sila sambung crite ye. At least cerite Pn Lily beri inspirasi yang tak semua lelaki lembut tu songsang. Cuma cabaran dengan lelaki lembut ni berbeza dengan lelaki yang normal.
Saya baru baca part 2 yang pasal dada ke dada tu. Gelak guling guling saya. Tak pula saya terfikir bukan bukan ke ape.
Tapi macam saya kata dekat atas – lelaki lembut ni lain dari yang lain siket. But still… tu usaha dia nak harmonikan rumah tangga. Takde yang salah pun..
Sumber – Lily (Bukan nama sebenar) via IIUMC