“Mak pantang dgr azan maghrib, mesti lompat lari ke ldg sawit”. Ternmpk laki tua suapkan sesuatu. Aku tempik

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua… Malam ini saya nak cerita serba sedikit kisah saya mengikuti Izham. Siapa yang follow kisah saya dari awal akan faham apa yang saya cuba ceritakan.

Saka keluarga… Makcik ini tidak pernah mengambil saka keluarga tetapi dia ada saka yang berdamping dengannya. Saka ini dia dapat melalui suaminya.

Saka yang dihantar oleh seseorang yang ada perasaan hasad dengki serta iri hati diatas kebaikan aruwah suaminya dulu.

Selepas kematian suaminya, saka yang tidak sempat dibuang itu memilih untuk berdamping dengannya. Mungkin itu perjanjian dia kerana tidak sanggup melihat suami tersiksa.

Awal pagi itu setelah saya, Izham dan Hisyam di jamu dengan sarapan pagi, anak anak makcik itu mula bercerita.

“Mak ni pantang dengar azan maghrib mesti akan melompat berlari ke dalam ladang kelapa sawit tu…”

Ujar anaknya sambil menunding jari ke arah ladang kelapa sawit yang berada di seberang jalan rumah itu.

“Bila mak berlari, salah seorang kami kena kejar. Kalau tak mesti mak akan hilang. Lepas subuh esok baru mak balik lepas itu tanya kenapa mak boleh berada di sana…”

“Sihat waktu tu jer… Lepas itu terbaring semula seperti yang kamu lihat ni lah…”

“Kami takut mak di baham rimau…”

“Aruwah ayah dah 7 tahun meninggal. Maka 7 tahun lah kami hadap benda yang sama…”

Cerita mereka empat beradik sambung menyambung.

“Nak tak nak bila dah masuk waktu maghrib kami akan ikat nenek dekat tiang tu… Takut nenek lari…”

Tiba tiba cucunya yang berusia 15 tahun tu menyampuk sambil tunjuk kearah tiang yang memang sengaja dibuat untuk mengikat sesuatu. Pada tiang tu ada kain panjang mungkin mengganti tali sebagai pengikat.

“Dah jenuh bawa mak berubat. Kejab jer elok lepas itu balik semula… Banyak dah duit habis berubat mak…”

Sambung anaknya lagi.

“Harap adik boleh lah tolong kami. Petang ni kalau mak buat hal jawabnya kita kena main kejar kejar lah lagi…”

Kata anaknya yang lain pula sambil ketawa seolah olah sudah menjadi rutin harian mereka.

“Macam ni lah… Kami cuba ikhtiar kan… Selebihnya biar Allah SWT yang tentukan…”

Ujar Hisyam perlahan.

Maghrib hampir tiba. Jantung saya berdegup laju kerana ini kali pertama saya mengikut Hisyam dan Izham mengubat orang. Perasaan takut mula menguasai diri.

Saya lihat mereka sudah bersiap sedia dengan parang panjang, lampu suluh dan kain. Makcik itu masih terbaring di pembaringan.

Bila lihat keadaan makcik itu rasanya seperti mengarut jika dia boleh berlari laju. Badannya yang kurus kering dan kelihatan sangat nazak itu menambah kan lagi keraguan saya.

Azan magrib mulai berkumandang…

Tiba tiba saya nampak ada seorang lelaki tua masuk melalui pintu dapur yang bertutup duduk bersimpuh di sisi makcik itu. Lelaki itu menyuap sesuatu seakan lendir hitam ke dalam mulut makcik yang sedang terbuka itu.

Sebaik sahaja lendir itu memasuki mulut makcik itu, lelaki tua itu turut sama hilang. Bagi mereka yang tidak boleh nampak apa yang saya nampak mungkin bagi mereka makcik itu sedang mencungap tidak cukup nafas.

“Cepat bagi mak pam semput tu… Mak semput…”

Jerit anaknya yang berusia lebih kurang 50 an Itu.

“Nanti…!!”

Tiba tiba saya menjerit. Mereka terdiam kaku.

“Makcik bukan semput tu. Ada orang tua suap sesuatu masuk dalam mulut dia..”

Kata saya sambil memandang Hisyam yang sedang membakar kemenyan.

Makcik yang terbaring seperti myat itu tadi tiba tiba bangun dan mencangkung bersedia untuk melarikan diri.

Anak anak lelaki nya cuba menghalang tetapi tenaga makcik itu sungguh kuat. 3 orang anak lelakinya terumbang ambing bila makcik mula meronta. Saya merenung wajah makcik itu.

Malangnya bukan makcik itu yang saya nampak tetapi sesosok tubuh lelaki tua yang sangat menyedihkan. Dia merenung saya seolah olah meminta dibebaskan. Rambutnya yang tidak terurus dengan pakaian yang lusuh jelas kelihatan.

“Siapa kau…?”

Soal Izham sambil memegang ibu jari kaki makcik itu.

….

Tiada jawapan.

“Dari mana kau datang..”

Soal Izham lagi.

Tiada jawapan.

“Kau nk keluar sendiri atau kami yang paksa…?”

Jerit Hisyam pula.

Lelaki tua itu terus merenung saya dengan lembut. Walaupun mukanya sangat menakutkan tetapi renungan dia sangat sayu buat mata yang memandang.

Tiba tiba ada asap hitam datang ke arah saya.

“Tolong perlakukan ya dengan lembut. Kasihan dia…”

Bisik hati saya. Ketika asap hitam itu mula berkumpul di sekeliling saya. Saya terus tidak sedarkan diri.

Apabila saya membuka mata, saya lihat makcik itu sudah terbaring lesu. Saya juga turut terbaring di riba Izham…

“Alhamdulillah dik… Dah dapat keluarkan ‘benda’ tu…”

Hisyam menunjukkan kepada saya botol kaca. Dalam botol kaca yang tertutup dengan gabus kayu itu kelihatan lendir hitam itu bergerak gerak untuk keluar.

Walaupun pada mereka ibarat kahak hitam seakan akan drah beku tetapi pada saya ia adalah benda yang bergerak.

“Dah malam, esok buangkan ke muara sungai… Ikat batu supaya tenggelam…”

Ujar Hisyam kepada anak lelaki makcik itu tadi.

“Along, angah, achik, andak, achu… Abah kau mana..?”

Makcik yang terbaring kaku tadi tiba tiba memanggil anak anaknya bertanyakan suaminya yang sudah meninggal dunia.

“Mak… Abah dah tak da…”

Jawab anaknya perlahan.

“Adaaa… Tadi dia ada kat sini… Baru suapkan mak makan…”

Katanya lagi.

“Mak merepek apa ni… Tak pernah pernah tanya abah… Harini tanya abah…”

Omel anaknya yang lain pula…

“Iyer Chik… Abah kau ada… Selama ni aku tak tanya sebab dia ada dengan aku. Mana kau bawa abah kau ni…? Allah… Abang… Ooo abang…”

Katanya sambil menjerit memanggil suaminya.

“Mak… Abah dah meninggal. 7 tahun dah mak… Mak bukan sedar… 7 tahun mak baring jer… Masa makan mak minta makan. Lepas tu tidur…”

Jelas anaknya lembut. Makcik itu terpinga pinga hairan.

“Ni siapa pula..?”

Soalnya sambil memandang kami bertiga.

“Ni adik, Hisyam dan Izham. Mereka ni yang ubatkan mak. Alhamdulillah mak dah kenal anak anak mak. Mak dah ingat kami. Kalau tak, yang mak tahu minta makan lepas itu terjun tangga lari ke ladang sawit depan tu..”

Jelas anaknya.

“Mak tahu tak achu sudah meninggal dua tahun lepas. Semput…”

Soal anak perempuan nya yang dari tadi tidak bersuara.

“Allahuakbar… Mak tak tahu… Allah anak aku…”

“Balik daripada kejar mak lah kat dalam ladang sana… Terus semput…”

Izham menepuk lembut bahu si anak supaya jangan bercerita lagi.

Saya tahu anak anak makcik itu banyak benda nak luahkan kepada emaknya. Banyak cerita yang ingin disampaikan kepada emaknya di sepanjang emak mereka sakit. Saya harap semuanya akan baik baik sahaja.

Kepada yang diluar sana… Jangan sesekali bermain dengan ilmu hitam ataupun sihir. Kesannya bukan hanya kita yang tanggung tetapi anak cucu cicit dan keturunan kita turus sama akan merasa tempiasnya…

Semoga sedikit kisah saya ini dapat membuka mata kalian. Jauhi perkara yang syiirik dan khurafat.

Jaga perbuatan, jaga kata kata dan jaga lah hati supaya tiada orang terguris dengan kita agar kita tidak dizalimi dengan sihir dan ilmu hitam. Kasihani diri dan keturunan kita semoga kita tergolong dalam golongan yang dikasihi Allah SWT…

Jangan PM saya untuk sebarang ritual atau pertanyaan pelik pelik kerana saya tidak lagi mengikut Hisyam dan Izham… Saya tidak mahu hidup dalam keadaan khurafat…

Sebenarnya ini adalah sebahagian sudut ‘baik’ mereka, in sha Allah jika ada kelapangan menulis saya akan cerita sebahagian lagi sudut yang sebaliknya.

Mungkin kelihatan seperti mereka ingin membantu. Tetapi apabila sudah mula meminta pertolongan selain daripada Allah SWT ia sudah tergolong dalam golongan orang yang syiirik… Nauzubillah…

Reaksi Warganet

Malissa Abu Bakar –
Teringat pulak mak cerita dekat kampung dia dulu ada sorang pakcik tu terbaring je. Kene sentiasa ada orang tengok dan jaga dia.

Kalau tak lesap. Lepas tu boleh jumpa dekat mane mane je. Bawah pokok, tepi sungai lah. Maybe kes yang sama jugak, saka..

Azfa Iznaa –
Dari pengalaman sendiri tanpa saya sedar dari kecik saka dah ada disamping saya. Sebelum kmatian aruwah ayah sempat buat dan meninggal dengan tenang.

Tapi saka tu mula cari tuan baru dan saya pula jadi mngsa. Sakit hanya Allah yang tau. Sakit sebab saka usaha nak msuk dalam badan tapi saya tak nak terima.

Alhamdulillah dengan izin Allah, saya dah pulih sepenuhnye. Carilah perubatan Islam yang betul untuk buang saka.

Ustaz yang akan baca ayat ruqyah. Lepas ustaz buang saka tu ustaz akan bagi sepotong ayat sebagai pelindung diri dari di ganggu lagi.

Ada perbezaan mengubati atau buang. Mengubati, saka tu boleh datang balik jika kita lalai. Jika buang terus InshaaAllah dengan izin Allah, diri akan bebas dari saka.

Mayang Sari –
Di nasihatkan.. Jika awal awal lagi dah tahu bakal pasangan atau keluarga mereka ada saka… Sebaik baiknya perlahan perlahan lah undur diri.

1. Saka yang sengaja di ambil…
Itu harus dijauhi. Jangan putuskan hubungan sebab perkara ini bimbang puan akan di ganggu.

Cari alasan yang logik. Perlahan lahan langkah kaki daripada nya. Bimbang anak cucu cicit keturunan kita akan menjadi mngsa. Berada dalam ketakutan…

2. Saka yang datang sendiri dan tidak dibela. Saka ini akan pergi bila orang yang dia suka bernikah atau bila dia berasa bosan.

Macam mana nak buat dia bosan..? Abaikan dia. Jangan sesekali minta pertolongan daripada dia. Dia nak tolong tu antara dia dengan Allah SWT…

Bagi kita jangan meminta walaupun bagaimana keadaan sekalipun. Berdoa pada Allah. Minta bantuan pada Allah…

3. Saka yang di hantar seperti dalam cerita di atas. Saka yang di hantar memang tak akan meninggalkan mngsa kecuali…

Bila ada yang sanggup menjadi pengganti. Itu dinamakan sihir ataupun ilmu hitam. Jalan penyelesaian yang terbaik adalah pergi mencari penawar. Perubatan Islam banyak.

Jangan sesekali berdendam. Contohnya saling balas membalas. Dah buang biarkan saje si pelakunya menerima balasan daripada Allah SWT.

Biasanya bila kita berjaya buang, saka akan balik kepada tuannya. Oleh kerana sudah lama tidak diberi makan (sebab pesakit tak jaga) dia akan makan tuan…

Benda ni tak kan habis. Saka diambil akan kembali jika di seru. Siapa yang seru. Mungkin anak kita, cucu kita, cicit kita… Sebab apa mereka seru…?

Sebab ada sebilangan manusia berasa bangga bila tahu nenek moyang mereka membela. Mereka rasa kuat apabila ada yang berasa gerun terhadapnya. Jadi jika mereka disakiti, tidak mustahil akan keluar perkataan…

“Tok tolong aku..”

Secara automatik dia telah menyeru…

Bila kita berjaya membuangnya, tapi sebenarnya kita tak berjaya menghapuskan nya, benda tu ada jer dan berkeliaran menanti ‘perumah’ yang baru. Maka yang lemah dan nipis imannya pasti akan terpesona ..

Moga dijauhkan lah..

Sumber – Adik… (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *