Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum semua. Aku baru saja baca confess ‘abang berkahwin, mak terbeban’ (klik link dibawah).
Just nak share kisah aku. Aku berumur 30-an dan ada seorang anak. Ini tahun ke-enam aku berkahwin dan aku masih tinggal dengan mertua dan ipar duai.
Husband aku anak sulung, ada 2 orang adik perempuan (aku gelarkan A dan B) dan 2 orang adik lelaki (aku gelarkan C dan D).
Disebabkan husband aku sambung belajar dari master sampai sekarang PhD pula, mak mertua aku minta aku duduk dengan mereka.
Awalnya, sangat kekok. Tambah pula aku tak bekerja pada awal perkahwinan.
Paling menakutkan, aku selalu dengar isu isu keluarga yang bermasam muka bila duduk duduk dekat ni.
Dan aku takut juga adik adik ipar aku macam adik ‘abang berkahwin mak terbeban’ tu. Tapi atas kekangan kekangan tertentu, aku terpaksa akur dengan keputusan suami.
Alhamdulillah, selepas berkahwin, aku seolah olah seperti dapat kawan baik baru yang mendengar luahan perasaan aku dan yang sama sama dapat buat kerja rumah.
Bila aku basuh baju (bukan aku basuh pun mesin yang basuh), mama yang akan jemur. B akan angkat. Dan kadang kadang bila hujung minggu, suami aku yang akan tolong lipat baju.
The best part of this house is, mama tak merajakan lelaki dalam rumah ni. Bab kerja rumah, ada bahagian masing masing.
B dan D selalu tolong buang sampah, A dan C selalu basuh toilet dan bilik mandi. Mereka semua juga selalu tolong bersihkan foyer, vacuum rumah, tukang sarung kusyen, langsir.
Bab dapur saja dorang tak usik dan menjadi tanggungjawab aku dan mama. Tapi tak susah mana pun nak urus sebab just tinggal masak dan susun atur dapur. Pinggan mangkuk adik adik dah basuh sendiri.
Oh, keluarga mertua aku ni normal saja macam keluarga yang lain. Macam keluarga aku juga. Ada juga datang malasnya dorang nak buat keje rumah. Tapi bila mama bebel sikit saja, sepantas kilat masing masing jadi rajin.
Bila balik pasar, mama akan siang barang basah. Manakala aku akan kemas sayur sayur dan prepare untuk masak. Dulu, susah nak synchronize kerja. Tapi sekarang, aku dan mama dah ada chemistry dekat dapur tu.
Oh ye, aku banyak sangat belajar masak dengan mama, termasuk makanan favourite husband. This is priceless value bagi aku.
Keluarga husband aku ni tak berkira. A dan C da bekerja. Setiap bulan, C akan belanja makan sekeluarga.
Biasanya makanan kegemaran dia, KFC. Kitaorang jugak ada kumpul duit, RM200 sorang dan akan bagi RM400 dekat ayah dan lagi RM400 dekat mama.
Bab belanja isi rumah, kitorang bahagi bahagi kan. Aku akan bayar coway dan netflix, suami aku bayar wifi dan beli barang basah, C bayar air, dan A bayar elektrik dan barang barang kering dapur. Rumah da settle loan bank, sebelum ni ayah yang bayar.
Aku ada tambah lagi RM250 bagi dekat mama dan RM100 bagi kat B sebab tolong jaga anak aku masa aku keluar kerja.
Aku sangat sangat bersyukur. Hasil jagaan dan didikan mereka, walaupun anak aku baru berusia 2 tahun 7 bulan, Tapi anak aku dah kenal huruf A-Z. Dah tau nombor 1-20, dah pandai baca surah Al-Fatihah, doa makan, doa tidur dan speaking dengan kitaorang (makcik dia ajar speaking).
Aku fikir, kalau aku tak akur dengan keputusan suami aku dulu, mungkin aku meroyan jaga anak sorang sorang (sebab suami aku selalu balik lambat).
Alhamdulillah, dekat sini ramai yang melayan anak aku. Yela, first cucu, dia sorang pulak tu. Mama cakap tak ada dia, sunyi rumah ni (aku pernah 1 keluarga balik kampung aku beberapa minggu).
Disebabkan pandemik ni tak boleh rentas negeri, tak boleh balik jumpa mak ayah aku, aku bersyukur sebab at least aku masih ada family husband aku di sini. Masih dapat beraya dengan mereka.
Boleh pakat pakat dengan ipar nak beli apa. Ko beli kambing perap, aku beli sate, ko beli ketupat, aku tempah nasi minyak. Haa, gituu..
Kat sini jugak ada geng nak solat jemaah. Husband kan selalu balik lambat, so aku jemaah la dengan mertua aku.
Setiap hari aku selalu minta mama doakan aku. Setiap kali sebelum pergi kerja, aku akan salam mama dan minta mama doakan aku dan suami aku.
Aku tak pernah rasa aku orang luar dalam keluarga ni. Sebab bukan mama saja baik, adik beradik mama pun sama.
Bila bulan puasa, adik mama akan bagi hadiah baju raya sedondon dekat kami sekeluarga. Dan aku pun boleh dapat sekali. Konpius aku.
Aku pernah tanya mama. Kenapa mama sangat baik dengan aku. Mama jawab, ‘sebab dulu mama bukan menantu pilihan’. Terkedu aku.
Oh ye, awal tahun depan aku da duduk sendiri. Husband da beli rumah. Sedih pulak rasa. Berat mama nak lepaskan kami. Macam macam alasan mama bagi.
Tapi nak buat macam mana kan, perlu juga pindah untuk kami create suasana family sendiri. Tambah pula kami plan for 2nd child.
Dan nanti, kalau family aku datang nak jenguk aku dekat sini, at least tak perlu lagi mereka sewa homestay.
Apa apa pun, banyak yang aku belajar dari mama, dari keluarga suami aku. Dari segi urus rumah tangga, komunikasi dengan pasangan, cara handle problem, cara asuh anak, menu menu masak, banyak sangat la.
Dan sungguh, aku tersangat la bahagia bersama mereka. Doakan kami bahagia sampi syurga ye. Dan doakan juga urusan pengajian suamiku dipermudahkan.
Reaksi Warganet
Elle Kay –
Alhamdulillah, tahniah awak. Suka dengar dan baca. Sebab mama awak bukan menantu pilihan la dia faham macam mana rasanya kalau dibeza bezakan.
Dia belajar dari pengalaman. Siapa yang untung? Awak yang paling beruntung. Orang yang baik, dia tak akan inflict pain yang dia penah rasa dekat orang lain. Dia akan pastikan orang lain tak rasa apa yang dia penah rasa.
Seri Cahaya Delima –
Sebab kau pun baik, ringan tulang dan boleh berkerjasama dalam urusan rumah dengan keluarga mertua.
Bukan jenis menantu terperap dalam bilik je time makan terhidang baru keluar bilik. Mertua dan ipar pun akan jadi senang hati dan tak berkira. Semoga dipermudahkan urusan untuk TT..
Ilya Syazni –
Saya antara menantu yang duduk dengan mertua dan kak ipaq. Alhamdulillah dapat mertua dan ipaq yang baik.
Kawan kawan selalu tanya, “boleh noh Ang duk dengan mertua. Macam Mana Ang duk”
Kunci utama dia tolak ansur. Contoh macam mak mertua masak, Kita basuh la baju lipat Kain. Jangan la duk saja. Sama sama buat keja. Jangan berkira.
Sampai Pak mertua kata dekat saya. Ayah kadang konfius mana anak Ayah mana menantu. Sebab suami Saya selalu keja balik lewat
So jangan la anggap semua mertua tu garang. Ada yang baik InsyaAllah.
Yana Bahari –
Baguslah macam tu. Susah kalau harap sorang je nak bayar itu ini. Nak nak yang sorang tu je lah pak angguk. Jadi adik beradik lain amik kesempatan.
Kita bukan nak gaduh adik beradik. Tapi tanggungjawab tu biar sama sama. Tapi bila pak angguk mula tegas, adik beradik lain mulalah tuduh bini si pak angguk punya kerja hasut laki dia.
Apa pun hidup berkeluarga jangan suka amik kesempatan atas adik beradik. Nak nak adik beradik jenis tak banyak bunyi.
NuRaz Wan –
Saya fikir, untuk bahagia, cara paling mudah ialah jangan berkira dan sebarkan kasih sayang.
Saya pernah berjiran dengan orang yang keluarga dia pemurah dan tidak berkira. Bila ibu mereka uzur, mereka kumpul duit upah pengasuh. Setiap minggu bergilir gilir balik melihat ibu.
Bila seorang buat kenduri, yang lain hulurkan duit untuk support. Begitulah dalam apa hal pun, saling mmberi tanpa berkira. Yang susah beri sikit, tapi banyak bantu dari segi tenaga. Yang senang dan busy memanjang beri banyak duit…
Sdgkn kebanyakkan orang walau adik beradik nak hulurkn rm100 pun berat bila adik beradik buat knduri. Sedangkan masa lain, memang takkan menghulur langsung.
Entahlh.. Kadang hal hal kecil macam ni lah yang membuat orang akan sentiasa disebut sebut walau sudah pergi mninggalkan dunia nanti.
Sumber – Heureuse (Bukan nama sebenar) via IIUMC