“Kisah di Sting Garden”. Bila nenek tua melintas, abah tarik kami. Aku toleh blkg. Cpt2 abg tarik telinga

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Saya nak kongsi kisah saya 20 tahun dahulu masa hidup susah. Kisah seram kami masa duduk di Sting Garden di pinggir bukit area Selangor.

Kisah 1, (Kampung Bunian)

Dulu masa umur 10 tahun saya selalu ikut abah masuk hutan. Sebab kami dulu pakai air dari air terjun kat atas bukit. Sebab abah nak jimat sebab kami dulu susah.

Abah beli paip panjang dan sambungkan dari air terjun di atas bukit sampai laa ke rumah.

Jarak air terjun ke rumah dalam 2km.

Setiap kali paip air tersumbat, abah akan naik ke bukit untuk cek paip yang tersumbat.

Saya dengan abang selalu jugak ikut abah. Tiap kali kami masuk hutan, mesti bau orang tengah masak. Kadang bau kari.. Kadang bau masakan yang sangat sedap. Macam masakan kenduri.

Kadang dengar macam ada orang ramai ramai tengah mandi dekat air terjun.. Bila saja jenguk dekat air terjun.. Tiada sesiapa pun.

Bila saya tanya abah.. “siapa yang masak tengah hutan ni abah? Sedapnye bau”.

Abah akan jawab.. “alaa orang kampung yang masak”.

Bila saya tanya sape yang mandi ramai ramai tu abah..??

Abah cuma jawab.. Orang kampung sini. Saya pon anggukkan kepala dalam kebingungan masa tu.. Sebab tertanya juga abah cakap orang kampung.. Tapi bayang orang pon tak nampak dekat situ..

Kisah 2, (Nenek Tua)

Ada sekali tu masa saya, abah dan abang naik ke air terjun untuk tengok paip tersumbat.. Kami terserempak dengan nenek tua yang bongkok, pakai baju kurung lusuh.. Dia berjalan nak turun dari air terjun.

Saya pula pergi tanya,

“Abah sape nenek tu?’

Abah cuma bagi isyarat tangan shhhuuhhh.. Shhhuhhhh. Suruh senyap.

Pastu abah tarik kami ke tepi bagi nenek tu lalu. Kami pon ke tepi. Lepas berapa minit saya toleh ke belakang saya tengok nenek tu dah takde.. Saya cakap dengan abang saya..

“Abang nenek tadi dah takde laaa..”

Abang saya tarik telinga saya. “Dia cakap ko diam boleh.. Aku flying kick ko kang.”

Sampai sekarang kami tak pasti tu bunian ke apa.

Kisah 3, (DRAGON BALL)

Masa tu bulan puasa. Dekat dengan perumahan sting garden kami ada kebun sayur dalam 3 ekar lebih.

Dulu saya perangai macam tomboy sikit. Saya suka ikut budak budak lelaki main meriam tanah. Malam tu kami semua dalam 7 orang main meriam tanah di kebun sayur milik cina apek..

Bila letupan kuat bunyi boomm. Kami bersorak seronok.

Bila letupan slow bunyi, Puss.. Puss.. Puss.. Kami gelak sebab bunyi macam kentut. Hahahaha.

Masa tengah gelak gelak tu tiba tiba ada satu bebola api dari arah hujung belah kanan kebun sayur.. Bola api tu melintas laju depan kami..

Dan jatuh di hujung belah kiri kebun sayur. Kami semua terdiam. Lepas 2 minit salah sorang dari kami cakap..

“Weh korang, aku rasa dragon ball laa yang jatuh tu.”

Kami semua apa lagi semangat laa nak pergi tengok Dragon Ball..

Dragon Ball kot sape yang taknak terlepas tengok yang real. Hahahaa.

Kami pun berlari ke arah hujung belah kiri kebun sayur.. Masa tengah lari tu kami dengar suara garau mengaum dari arah tempat bebola api tu jatuh..

Terkejut beruk kami dengar suara tu.. Apa lagi terus kami lari lintang pukang. Hahahaha.

Sejak malam tu kami taubat seminggu saja tak main meriam.. Lepas seminggu bertaubat kami sambung main balik meriam.. Hahahhaa.. Zaman budak budak mana pernah serik. Hahaha.

Kisah 4, (LANGSUIR)

Kisahnye dekat 3 hari rumah kami ada orang baling pasir dekat atas bumbung zink.

Bila saya tanya abah…

“Bunyi apa tu abah.. Macam orang baling pasir laa dekat atas bumbung.”

Abah jawab.. “Alaa air hujan tu..”

Saya pelik laa jugak.. Saya cuma diam.

Lepastu pukul 1 lebih atau 2 lebih ada orang ketuk pintu depan rumah. Kuat pulak tu.. Habis satu rumah bangun tidur.

Bila benda tu ketuk pintu depan (ruang tamu)..

Abah pergi bukak pintu belakang (dapur)..

Bila saya tanya kenapa abah bukak pintu belakang.

Abah jawab, “dia main mainkan kita, kita mainkan dia pulak. Sape suruh dia main main ketuk pintu tengah malam..”

Abah saya ni sajenis pendiam.. Tapi dalam diam ada lawaknya.. Tapi dalam diam dia pun mulut terkunat kamit berdoa dan zikir..

Nak dijadikan cerita macam mana kami boleh tahu tu langsuir.. Ada jiran kami yang selalu balik tengah malam.. Dia bagi tahu dia dah beberapa kali terserempak langsuir depan rumah kami..

Selepas beberapa hari.. Abah ada panggil kawan dia nama Haji Hashim.. Kami nampak Haji Hashim ada baca doa dekat depan rumah kami..

Sejak dari haritu kami dah tak dengar dah bunyi pasir jatuh di atas bumbung dan bunyi orang ketuk pintu.

Kisah 5, (Hantu KFC)

Hantu KFC saya laa tu. Hahaha.. Sebab saya suka makan ayam KFC masa abang saya habis SPM dia kerja KFC .

Masa tu dia tiada motor.. Dia ada basikal saja.. Dia pergi kerja naik basikal. Hari hari dia bawak balik ayam lebih untuk saya.. Sebab dia tahu saya suka makan ayam KFC..

Kebetulan pada satu malam.. Abang saya kena kerja sampai lewat malam.. Malam tu macam biasa dia bawak balik lebihan ayam KFC .. Dia sangkut ayam KFC tu dekat handle basikal dia.

Masa dia dalam perjalanan balik ke rumah dia lalu di jalan berbatu.. Jalan tersebut pula sebelah kiri kebun sayur dan sebelah kanan pokok kekabu..

Masa dia tengah kayuh basikal tu tiba tiba dia terdengar ada orang panggil nama dia. Dalam masa yang sama basikal dia jadi berat seolah macam ada yang menumpang.

Abang saya apa lagi. Dia tak toleh dah.. Dia tinggalkan basikal beserta ayam KFC tu lepas tu lari balik ke rumah Hahahhaa. Dekat 2 hari dia demam.

Itu laa kisah dari saya.. Maaf ya kalau ayat berterabur..

Sumber – Cik Durian (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *