“Aku isteri org, tp single”. 3 bulan suami tinggalkan. Nikah dulu, ada lafaz taklik. Skrg aku tunggu

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum semua. Terima kasih andainya kisah saya disiarkan. Saya Sarah, seorang wanita bekerja yang telah berkahwin dengan pilihan sendiri.

Semasa kami dinikahkan, saya dan suami sama sama tidak mempunyai sumber pendapatan tetap kerana telah kehilangan kerja akibat pandemik, oleh itu tiada majlis sambutan diadakan. Kami cuma nikah di masjid saja.

Sebelum bernikah saya dan suami sepakat sekiranya saya tidak berjaya mendapatkan pekerjaan maka saya akan menetap bersamanya dahulu (tinggal bersama mertua sehingga kami mendapat kerja dan boleh mencari rumah sendiri).

Walaupun saya agak nervous kena tinggal dengan mertua saya setuju juga sebab menurut suami ia cuma sementara.

Tapi Alhamdulillah, dua minggu selepas bernikah saya telah mendapat panggilan pekerjaan di bandar.

Semasa itu suami telah kembali ke rumah ibu bapanya sementara saya perlu tinggal dikampung untuk menyelesaikan beberapa urusan. Saya meminta izin untuk menerima kerja tersebut dan dia mengizinkan.

Pada awalnya suami duduk dengan saya, berdasarkan perbincangan kami untuk sementara kami tinggal disini dulu dan suami pun akan mencari kerja sambilan sementara menunggu dipanggil semula bekerja oleh syarikat lama.

Tapi sepanjang lebih kurang 6 bulan kami duduk sebumbung, rasanya boleh dikira berapa kali saja saya lihat dia mencari kerja. Itu pun saya tak pasti macam mana dia cari. Yang saya tahu dia cuma keluar round round kawasan berdekatan.

Bila ditanya dia akan merajuk, katanya saya merendahkan dia dan tak nampak usaha dia. Sumpah saya tak ada niat. Cuma saya kesian tengok dia tertekan duduk di rumah.

Saya ada share dengan dia group telegram jawatan kosong, group FB Sebab saya ada follow group tu dan nampak dekat sana banyak kerja kosong. Kadang kadang ada juga forward iklan dekat dia tapi takde respon langsung.

So, saya tertanya tanya juga usaha dia sebenarnya apa. Grab dan foodpanda memang tak boleh buat sebab kereta suami kereta lama dan dia takde lesen motor.

Saya tak kisah sangat dia belum kerja. Sebab bagi saya dia ada dekat pun saya dah cukup senang hati. Sekurang kurangnya bila something happen at work, bila saya balik ada dia dirumah. Bila nak menangis ada bahu untuk bersandar. Bila cuti boleh buat aktiviti sama sama.

Cumanya sebab suami tak kerja kadang kadang dia stress, dan benda tu beri kesan terhadap hubungan kami. Sebab tu saya berusaha tolong dia cari kerja dan bagi dia semangat supaya tak putus asa.

Tapi lepas 6 bulan tiba tiba kata nak balik duduk dengan parents dia sebab katanya dekat sini susah cari kerja.

Alasan nak balik kononnya nak kerja kilang sebab ada saudara kerja dekat kilang boleh mintak tolong rekemen. Tapi dah 2 bulan dah dia balik sana masih takdak citer, masih duduk rumah juga.

Alasan kedua sebab nak sambung rawatan tir0id yang tertangguh sejak tahun lalu. Bila ditanya nanti boleh tak pindahkan rawatan tu ke hospital dekat dengan tempat saya kerja. Tapi dia tak nak sebab dia kata dekat sana lebih mudah untuk dia bergerak dan lebih selesa.

Alasan ketiga katanya sebab dia segan nanti keluarga saya mengata dia duduk dengan saya tapi tak kerja. Dia tak nak orang kata dia biawak hidup. Tapi so far mak ayah saya tak pernah tanya pun.

Alhamdulillah mereka faham sebab nampak sendiri abang sulung sampai sekarang masih struggle cari kerja selepas hilang punca pendapatan masa PKP dan dia ada 3 orang anak yang perlu disara.

Mak dan ayah cukup gembira masa suami pindah duduk dengan saya. Kata mak dia tak perlu risau lagi saya duduk jauh sorang sorang sebab dah ada orang jaga.

Parents saya tak pernah tanya pasal kerja pun. Tapi bila saya balik kampung tanpa suami sebelum PKP 3.0, mak tanya mana menantu dia. Saya jawab jujur suami balik rumah parents dia sebab nak sambung rawatan dan cari kerja.

Sampai sekarang asal call mak mesti akan tanya bila suami nak balik duduk dengan saya. Saya terpaksa tipu kata suami kerja sebab nak jaga air muka dia, padahal dia duduk dekat rumah tak buat apa pun.

Mak ada tanya dia tak balik ke jenguk isteri dia. Nasib baik sekarang tak boleh rentas daerah jadi ada jugak alasan saya untuk cover.

Tapi kalau boleh rentas daerah pun suami saya memang beribu alasan jugak pun even nak lawat saya. Macam mana saya tahu? Sebab sebelum ni pun macam tu. Hahaha.

Mak pesan dengan saya dah kahwin ni susah senang biarlah sama sama. Tak baik suami isteri duduk berjauhan lama lama apa lagi kami yang baru berkahwin.

Baru baru ni syarikat saya ada buat pengurangan gaji, untuk pekerja bukan pengurusan seperti saya gaji dipotong sampai hampir 50% sebab sebulan cuma datang kerja dalam 15 hari saja selebihnya cuti tanpa gaji.

Benda ni buat saya str3ss sangat sebab baki gaji tu cukup cukup untuk tanggung komitmen saya saja. Bayar sewa rumah dan loan kereta tinggal habuk. Saya apply moratarium tapi lulus pengurangan bayaran saja.

Dah kurang pun tetap sesak untuk saya survive. Sedangkan gaji full pun cukup cukup untuk lepas belanja sebulan saja, ini kan pulak bila dipotong. Sampaikan saya terpaksa tebalkan muka pinjam duit dengan adik untuk bayar sewa rumah.

Kadang kadang saya rasa marah tapi tak tahu saya marah pada situasi ni atau pada suami atau pada syarikat atau pada diri sendiri sebab lemah sangat.

Saya ada ceritakan pasal pemotongan gaji tu dengan suami dengan harapan dia faham saya struggle tapi dia cuma tanya sampai bila dan komen keadaan sekarang ni susah. Lepas tu saya diam dan tak jadi nak bagi tau dia yang saya tengah struggle.

Jika saya luah pada suami, kami akan bergaduh sebab dia akan ikut str3ss. Alasan dia stress sebab dia tak jalankan tanggungjawab dia dan dia rasa saya salahkan dia sebab dia tinggalkan saya sorang sorang dekat sini.

Kedua, dia pun tak nak kalah stress. Dia cerita balik struggle dia macam kitorang tengah buat pertandingan siapa paling stress.

Saya pernah terus terang dengan dia saya tak suka keadaan kami sekarang. Dia akan suruh saya resign dan duduk dengan dia. Gila ke nak resign lepas tu dua dua tak kerja. Habis tu hutang kereta dan PTPTN aku siapa nak bayar? Aku pun nak hidup bebas hutang. Haha.

Lagi pun saya tak nak duduk dengan family mertua. Memanglah mertua aku baik tapi nanti tak pasal pasal hubungan yang baik pun boleh jadi renggang kalau dah sebumbung. Lepas tu dekat rumah tu ada adik perempuan suami yang perangai dia aku tak berkenan sangat.

Umur dah 20 lebih tapi bangun bila matahari dah tegak atas kepala, lepas tu bangun saja makan. Dah kenyang masuk bilik main game. So cadangan resign dan tinggal dengan mertua memang saya tolak tepi tanpa dipertimbangkan langsung.

Bila ajak berbincang pun akan end up macam diatas juga. Saya pernah bagi tau suami yang saya tak kisah dia belum dapat kerja. Saya cuma harap dia ada disisi masa saya down. Tapi dia cakap saya selfish sebab tak fikir pasal mental health dia.

Tak, masalahnya saya bengang sebab dia balik sana tapi takde beza apa pun. Dia still duduk rumah jugak cuma bezanya dia tak rasa ego dia tercabar kot.

Dia ikutkan sangat perasaan takut orang mengata, tapi perasaan isteri sendiri tak fikir. Susah senang saya tanggung sendiri. Nafkah sesen pun takde, bab tu saya masih boleh tolak ansur. Kalau tak mampu bagi nafkah saya faham sebab keadaan susah dan saya takde pun tuntut apa apa.

Kalau tak mampu bagi nafkah sekurang kurangnya stay by my side bagi moral support saja pun dah cukup bermakna.

Kalau PJJ sebab kerja atau alasan lain yang tak dapat dielakkan sumpah saya tak kisah, tapi alasan dia nak PJJ tu korang nilailah sendiri sama ada apa yang saya rasa ni rasional atau tak.

Ye, saya boleh jaga diri sendiri tapi tipulah kalau saya tak rasa sedih setiap hari balik rumah yang kosong. Dah la sekarang PKP, nak buat apa pun tak boleh. Terkurung saja dalam rumah sorang sorang. Kalau PKP bersambung lagi agaknya boleh giila kot macam ni.

Nak ajak kawan lepak memang tak lah. Masing masing nak jaga diri takut terbagi atau terima ‘hadiah’ tanpa sedar. Yelah sekarang kan ramai saja yang asympt0matic so lebih baik berwaspada.

Hidup saya sekarang takde beza dengan hidup sebelum kahwin. Makan pakai tanggung sendiri, sewa rumah bayar sendiri. Sakit drive sendiri pergi klinik.

Bezanya cuma bila nak keluar kena mintak izin suami, sebelum tidur kena call dia. Buat apa apa kena lapor. Mula mula tu okay lagi, tapi sekarang saya buat sebab terpaksa dan tak ikhlas dah.

Kalau dia call pun saya jawab sepatah sepatah saja. Dia kata saya jahat sebab sengaja hukum dia macam tu. Saya tahu saya salah, tapi saya dah tawar hati. Saya sayang dia cuma saya terkilan sangat.

Dia perasan perubahan saya tapi dia tetap salahkan saya tak faham dia. Dia tanya saya adakah saya hormat dia sebagai suami atau tak? Saya jawab sepanjang kita kahwin apa tanggungjawab yang awak dah buat sebagai suami? Dia diam dan letak telefon.

Masa saya tertekan macam ni dia boleh pergi ikut kawan dia join volunteer buat kerja amal pulak. Katanya nak lupakan stress duduk rumah. Memanglah kerja amal tu mulia, tapi awak beramal dahulukan orang lain tapi kebajikan isteri sendiri hang tak pikiaq.

Tapi takpelah, sekarang ni saya tengah fokus nak jadi cantik dan happy saja. Suka hati dia lah nak buat apa. Harap harap PKP ni cepat habis. Aku nak balik kampung dan nak jalan jalan buat roadtrip.

Dah nak masuk 3 bulan dah ni nafkah takde, lepas tu dia tinggalkan aku tanpa kepastian sampai bila. Masa nikah ada lafaz taklik kan. So aku tunggu saja lah bulan ke 4 kalau masih macam ni aku suruh dia reflect balik makna taklik yang dia lafazkan tu.

Haihhh sorry lah merepek panjang sangat, saya tak tahu nak luah pada siapa. Nak luah dengan family atau kawan memang tak lah sebab walau macam mana pun saya masih hormat suami dan tak nak orang pandang serong pada dia. Saya luah kat sini pun sebab orang tak kenal siapa saya.

Terima kasih kepada yang sudi membaca, saya doakan urusan kita semua dipermudahkan.

Isteri yang single..

Reaksi Warganet

Razeha Koderi –
Nanti kalau dia tanya awak menyesal ke kawen dengan saya jawab je YE.

Saya ni menyusahkan awak ke? Jawab YE..

Saya ni lelaki dayus ke.. Jawab YE.

Takyah dah jaga sangat hati. Bagitau terus terang. Biar dia tahu langit tu tinggi ke rendah. Dari nak jaga mental health dia sis pulak kang mental.

Nasuha Mohd Amin –
Suami saya lepas hilang kerja waktu PKP satu dulu, dia buat part time JNT. Balik Perak dia cari kerja dapat jugak kerja dekat pam minyak. Saya jual baju bundle di live shopee.

Sambil sambil tu suami ambik balik lesen motor yang tertangguh, huhu. Lepastu sekarng ni dia buat food panda dan grab. Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan. Dimana ada kemalasan, disitu ada alasan

Ade setengah lelaki memang tak kisah nak kerja ape. Sebab tu kerja pam minyak pun suami saya sanggup. Dah la balik Perak ni balik kampung dia. So ramai la jumpe kawan kawan dia.

Tapi dia rilek je. Kawan kawan dia, cikgu dia jumpe dia macam terkjut dia kerja pam minyak. Sebab dia ade kelulusan. Dah la jage dekat luar pulak tu. Haha

Anak dah dua tak boleh nak pilih pilih kerja dah sis. Suami cakap asalkan ade duit masuk. Dulu suami saya pun technician kilang dekat Singapore.

Mujur kami ade simpanan. Keluarkan simpanan setelkan semua hutang. Hidup sederhana sekarang ni. Asalkan keperluan anak anak cukup.

Yusha Jordan –
Kene work hard lagi cari kerja. Macam my hubby, boleh kata since PKP dah tukar 5 kerja. Asal company cakap ada pengurangan gaji dia terus proposal company lain.

So dia akan dapat gaji baru yang full dan gaji lama even half. And semua kerja yang dia tukar akan ada penambahan 500-rm1500.. Pernah jugak short 3k sebulan sebab company lama tetiba bagi gaji sikit sangat lepas hantar notice berhenti bekerja.

Tapi tak pernah lagi la tak kerja. Kalau sebulan dapat bawah 3k memang akan sesak nak hidup.

My point here, kalau nak tu mesti usaha, tapi sampai dpt la. Kalau lambat response terus call. Macam husband i pernah dia terus contact bos company yang tak respond dia balik, memang berani. I pulak yang nervous lol.

Kalau company dah inform akan potong gaji, cari je lagi yang lain. Jangan stop mencari. Masa interview tu tackle la interviewers sebaik baik nya. Ada je interview by zoom meeting. Hahahah.. bagi husband u baca ni. Bab bercerrai tu I tak campur. Bye

Muzz Muslimah –
Please bertahan. Tu je. U Ade commitment n u ade kerja. Musim pandemic ni selagi masih Ade kerja dah bersyukur sangat.

Saya support sangat pendirian sis tak nak dok dengan mertua tu. Yes, u choose the best choice. Moga c0vid ni berakhir dengan segera dan keadaan kembali pulih seperti sediakala. Moga di permudahkan segala urusan sis n family..

Tia Mumtaz –
Awal kawen memang semua orang lalui masalah ni. Toleransi antara suami isteri tu macam tak de.

Ye, laki memag ada ego dia. Biasa sangat awal awal kawen dan gaduh. Suami kuat kerja pun gaduh, suami takde kerja pun gaduh. Sebab korang masih fasa adapt dalam rumahtangga

Bila dah PJJ, memang lagi teruk sebab susah nak bincang. Bagi saya kalau bab cari kerja ni memang stress. Lagi lagi kalau ada yang push. Pastu musim PKP ni lagi susah nak makan gaji sebab syarikat pun dah start buang pekerja dan kurangkan gaji kan

Buat masa sekarang, kena sokong apa minat yang dia nak buat. Kalau minat nak buat kerja amal, doakan supaya dengan segala kerja amal yang dia buat tu dapat memberi rezeki yang lebih besar buat family kecil korang.

Just support dia selalu dan nanti lama lama dia akan menipis ego dia tu. Kalau sebelum ni ada kerap perli, kalau boleh jangan buat dah. Sebab perli perli tu tak bagi manfaat.

Sekarang fikir solution sama sama, kalau si isteri rasa perlukan suami dekat, terus terang dengan suami yang kita perlukan dia. Bagitau awak sangat perlukan sokongan dia dan nak dekat dengan dia dan nak dia jaga awak kat sini, emosi awak perlu dijaga.

uruh dia datang balik kat awak, suami isteri memang tak elok duk berjauhan. Betul apa yang mak awak cakap tu..

Its ok kalau dia balik dekat awak dam dia duk rumah. Try suruh dia cebur bisnes online. Musim musim PKP ni bisnes online la sangat bagus sebab orang akan membeli online.

Tapi jangan la fikir kerja kau, tanggungjawab kau, kau fikir sendiri. Tak, cuba buat sama sama. Fikir sama sama untuk tingkatkan solution cari income keluarga sebab start up bisnes memang agak mencabar..

Saya masa awal kawen memang try hard cari kerja sampai saya keguguran tau. Cuma dekat sini kita tukar posisi la, suami kerja, saya tak kerja dan tengah struggle mencari kerja.

Saya sangat stress bab cari kerja sampai saya keguguran. Bab suami awak tu, maybe betul dia cakap kesihatan mental dia terjejas bab cari kerja.

Kejadian saya gugur tu masa tu kami dah 6 bulan kawen. So sebab saya gugur, saya tak cari kerja dah. Saya fokus berpantang dan tak lama tu saya preggy balik… So,suami takde push saya cari kerja dah. Saya tenang kejap.

Masa preggy dalam 5 bulan, saya rasa saya perlu cari income untuk family. Saya mulakan balik bisnes online yang saya selalu buat masa bujang dulu..

Alhamdulillah rezeki berganda ganda, untung bersih 3k sebulan. Sebelum tu suami saya memang kerja 8 pagi ~ 11 malam tiap hari. Sebab dia buat 2 kerja, saya sunyi. Saya cari income dari rumah supaya dia dapat berhenti kerja part time dia. Saya memang nak suami banyak masa dengan saya dan anak anak.

Cuba ajak dia duduk sama sama balik dan ikhtiar cari income sama sama. Sebab awak memang takkan berhenti kerja dan pergi dekat dia kan??. Kalau awak still nak dia kerja makan gaji, try sama sama edit resume dan mohon kerja untuk dia. Buat sama sama.

Tak pun ajar dia edit resume. Maybe dia tak tau, tapi dia tak nak bgtau. Laki kan ego, kita kena trust dekat dia, baru ego dia menurun dan support dia, cuba dulu.

Kita perempuan kalau ada terasa kena terus slow talk dengan suami supaya dia pun faham dan awak pun jangan pendam sorang sorang. Cuba untuk selalu slow talk dan bincang dengan tenang..

Untuk suami awak tu, sama ada dia kerja makan gaji, jadi cashier pun ok, kerja pasaraya pun ok, sambil sambil tu boleh apply kerja lain atau dia buat bisnes online,l. Sebab bisnes online tak terkesan sangat sepanjang lockdown ni..

Good luck, Semoga dimudahkan urusan awak dan suami. Korang boleh atasi masalah ni Insya’Allah..

Sumber – Sarah (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *