Bila suami tempik, Ali cepat2 lari tutup mulut aku. Ali baru 3 tahun, dah terpaksa saksikan semua ini

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum. Nama aku Kina berusia akhir 20an. Sudah berkahwin dan mempunyai 2 orang anak (Ali dan Ahmad).

Aku dan suami berkenalan di tempat kerja lepas grad dan melangsungkan perkahwinan selepas 1 tahun berkenalan.

Kami berdua bekerja dalam bidang profesional dan Alhamdulillah kedua dua nya tidak terjejas dalam musim PKP ni. Syukur atas rezeki yang Allah bagi.

Dalam usia hampir 4 tahun perkahwinan ni banyak pasang surutnya.

Ramai kenalan yang nampak kami sebagai pasangan yang cukup serba serbi. Kami mempunyai rumah, kereta, anak anak yang baik dan keluarga mertua yang baik.

Namun aku sebenarnya banyak pendam rasa berkaitan dengan sifat suami ku yang agak panas baran.

Suamiku (Kamal) seorang yang baik dan juga rapat dengan anak anak tapi bila dia marah seakan sukar untuk dikawal.

Aku masih ingat lagi seminggu selepas kahwin Kamal memarahiku di rumah mertua sampai campak phone dan tengking dengan kuat. Puncanya aku minta dia teman aku masak di dapur.

Ya memang nampak macam mengada ngada permintaan aku tapi waktu tu baru kahwin jadi aku saja nak kan perhatian.

Ketika itu mertua aku tiada di rumah dan aku pertama kali masak untuk mereka. Jadi untuk elak rasa kekok aku panggil Kamal untuk teman kan aku masak.

Akhirnya kena jerkah sampai pecah phone Kamal.

Oh ya aku bukan tinggal di rumah mertua ya, tapi balik kampung untuk kenduri kahwin kami. Lepas kejadian tu aku jadi seakan trauma. Tak sangka Kamal yang aku kenal boleh jadi agresif macam tu sekali.

Peristiwa kedua yang masih lekat di ingatan aku apabila Kamal mengamuk dalam bilik ketika aku pantang melahirkan Ali.

Masa itu Ali meragam tak mahu tidur dan asyik menangis. Aku pula dalam keadaan sakit dan tak cukup tidur minta tolong Kamal untuk jagakan anak sebentar.

Dan mungkin dia pun penat terus mengamuk tengking tengking sambil campak barang. Anakku yang tengah menangis pun boleh terdiam sebab terkejut. Kesian sangat tengok Ali masa tu.

Walau baru seminggu hidup tapi nampak dia terkejut dengan jeritan kuat sampai terdiam. Aku sangat kecewa dan menangis teresak esak. Nasib baik aku berjaya kawal emosi dan tidak meroyan.

Ada waktu kami bergaduh Kamal pecahkan komputer hingga hancur. Dan semua tu terjadi depan mata Ali. Aku boleh hadap perangai Kamal tapi aku tak sanggup biar Ali nampak semua itu.

Aku takut akan menjejaskan kesihatan mental Ali. Sudah berkali kali aku pesan pada Kamal jangan kita suami isteri bergaduh depan anak. Tapi entahla perkara sama kerap berulang.

Dan yang terakhir semalam Kamal mengamuk lagi sampai tumbuk pintu hingga pecah. Puncanya Ahmad terhantuk ketika bermain dengan Kamal dan dia menyalahkan bantal penghadang yang nipis punca Ahmad terhantuk.

Aku nafikan benda tu dan tiba tiba Kamal tinggikan suara pada aku.

Ya aku mengaku salah aku bila dia marah aku pun jadi tinggi suara balik sebab tak puas hati kenapa dia marah aku. Dan Kamal terus menjerit dengan kuat sambil tumbuk pintu.

Pernah beberapa kali Ahmad terjatuh di bawah jagaan aku dan setiap kali berlaku kejadian tersebut Kamal akan memarahiku dengan teruk. Dia sanggup marah aku dulu daripada pujuk anak yang tengah menangis.

Selepas Kamal tengking aku dengan kuat semalam, Ali yang tengah tengok TV berlari sambil tutup mulut aku.

Dia kata, “Ibu jangan cakap nanti Ayah marah ibu”. Suara Ali menggigil kerana takut dan air mata dia berlinang. Aku menangis kecewa sebab anak aku saksikan semua kejadian buruk ni.

Kesian Ali. Selalu jadi mngsa ibu ayah gaduh. Ali peluk aku dan cakap, “Ibu jangan nangis ya, Ali ada. Ali sayang ibu. Ibu jangan cakap ya. Nanti ayah marah ibu”.

Sampai sekarang aku kesal kenapa Kamal sanggup marah tanpa kawal diri dan biar anak anak tengok. Dan aku sedih Ali yang baru berumur 3 tahun faham perasaan ibunya. Maafkan ibu, Ali. Maafkan ibu.

Secara jujur aku memang sangat tawar hati dengan apa yang berlaku.

Buat pengetahuan pembaca, sepanjang kahwin aku tidak pernah menceritakan masalah rumahtangga pada sesiapa. Aku akan pendam sendiri dan pura pura tiada apa yang berlaku.

Jauh di sudut hati semua nya masih tersimpan kemas dalam memori aku.

Dan kejadian semalam buatkan hati aku berkecai dan putuskan untuk luahkan di sini dengan harapan dapat nasihat dari pembaca sekalian.

Aku sayang Kamal dan anak anak tetapi tak tahu apa keputusan yang perlu aku ambil. Perlukah aku bercerrai? Atau teruskan perkahwinan ini?

Kamal seorang suami yang baik dan ayah yang cukup rapat dengan anak anak.

Kalau kami berpisah bagaimana dengan Ali dan Ahmad yang perlukan kasih sayang seorang ayah?

Dan kalau aku teruskan, adakah benda ni akan sentiasa berulang dan anak anakku membesar dalam persekitaran yang t0ksik?

Dari segi kewangan, InsyaAllah aku mampu uruskan anak seorang diri. Tapi aku pun tak pasti apakah yang terbaik untuk anak anak.

Aku harap dengan confession ni aku dapat jumpa jawapan pada persoalan yang aku cari. Apa perkara terbaik untuk kami semua.

InsyaAllah aku akan baca dan terima segala pendapat pembaca sekalian sama ada positif atau negatif dengan lapang dada.

Terima kasih banyak kerana sudi baca coretan aku ini. Assalamualaikum.

Reaksi Warganet

Rose Mimie –
Kenapa awak berbalas gaduh dengan suami awak??. Cuba awak ubah tindak balas mengamuk suami awak dengan awak sendiri berlari bersama anak anak ke bilkk air.

Bila dia tanya kau nak pegi mana. Kata pergi ambik wuduk. Buat solat sunat 2 rakaat. Duduk sebentar di sejadah terus istighfar, zikir. Dalam 20 minit untuk sejuk kan hati awak sendiri dan anak anak.

Tinggal kan suami awak sebab dia tengah lupa Allah melihat perbuatan dia yang berkasar dengan isteri. Didik anak anak banyak istighfar selawat bila dapat apa juga tekanan kesusahan.

Suami awak boleh fikir sendiri jika masih ada iman. Rugi juga awak tinggalkan dia. Sebab dia bukan kaki perempuan, hisap ddah dan penjnayah.

Miera Wahab –
Bercerrai tak semestinya anak anak perlu berpisah terus daripada ayah mereka. Anak anak masih boleh terus berjumpa ayah selang 2-3 hari sekali atau mungkin seminggu sekali.

Perkembangan emosi dan mental anak anak SANGAT PENTING pada waktu usia anak begitu. Tak guna juga kalau ayah sentiasa ada di sisi anak tapi emosi anak calar balar. Baiklah jumpa ayah sesekali supaya tak nampak ‘perubahan’ ayahnya.

Tolonglah. Bertahan dalam perkahwinan sebegitu takkan beri manfaat malah lebih beri mudarat kepada puan dan anak anak yang masih kecil.

Siti Noorliza –
Saya kasihan dan simpati pada pada puan dan anak anak. Lebih kasihan dekat anak anak sebab persekitaran macam tu tak bagus untuk mental mereka.

Pada saya pencerraian bukan jalan terbaik.. Tapi cuba usahakan dapatkan rawatan kesihatan untuk suami, rujuk Pejabat agama, kaunselor.. Semoga dipermudahkan urusan puan dan anak anak

NurAz Wan –
Dapatkn bantuan profesional puan. Puan patut tunggu suami dah hilang marah dan bertenang.

Beritahu dia.. “Saya nak cakap dan awak tolong dengar. Apa pun awak jangan sebut, kalau nak marah pun tunggu saya habis cakap.”

Lepas tu puan suarakan kebimbangn puan.. Katakan puan sudah tak mampu bertolak ansur lagi dengan sikp baran dan menengking nengking dia. Puan tak mahu anak anak travma dan berikan dia masa untuk berubah.

Kalau perlu dapatkan pertolongan, dia patut pergi dapatkan. Katakn puan sudah sampai tahap memikirkan perpisahan adalah jalan keluar masalah ini.

Kalau dia tidak berubah, itulah satu satu jaln yang puan nampak. Dan beritahu dia.. Dia mungkin berfikir boleh kahwin lagi.. Tapi masalh ini akan berulang, jika dia masih tidak berubah. Mahu atau tidak dia perlu berubah.

Elok puan cuba rakam masa masa dia sedang mngamok dan tunjuk semula pada dia bila dia tenang dan tanya kalau kalau dia rasa semua itu tidak memalukan, dia memang layak duduk seorng diri saje..

Kalau gagal untuk bercakap, mungkin puan boleh type saje dan hantar msg saje. Hanya binatang yang tidak berakal akan mengamuk bila marah, sebab mereka memang tidak ada akal. Itu beza manusia dengan hewan..

Shikin Ilyas –
Macam mana dia boleh gamak tengking bini baru kahwin dan bini yang sedang pantang. Mana pergi rasa hormat dan kasih pada isteri.

Puan pulak, lepas dah asyik kena tengking, mampu ke terus taat dan hormat pada suami tu. Dalam keadaan puan ada kerjaya sendiri, cerrai tu memang possible, tapi patut jadi jalan terakhir..

Pernah bincang? adakah dia boleh diajak berkomunikasi? adakah dia sedar dia silap? adakah ego dia terlalu tinggi dan tak pernah rasa salah? Semua benda ni perlu diambil kira.

Kalau memang dia sendiri struggle nak kawal amarah, masih boleh dibimbing. Kalau dia tak pernah rasa salah, mungkin boleh pergi kaunseling. Boleh bincang dengan ibu bapa masing masing. Kalau masih sama, teruskan dengan pencerraian.

Anak anak pun pasti tak sanggup tengok puan kena mental t0rture. Silap silap anak akan ikut perbuatan bapak dia pulak. Rumah tangga dibina dengan rasa hormat dan kasih sayang. Buat apa pertahankan benda yang dah tak ada.

Sumber – Kina (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *