Atas alasan 2 anaknya aruwah, Kak Mai ‘kebal’. Haritu aku xtahan, mencicit HR lari bila aku ugvt

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Saya Tika. Sebenarnya saya menulis ni untuk meminta nasihat dan panduan daripada sesiapa yang sedang membaca.

Sebenarnya saya benar benar buntu dengan apa yang perlu saya lakukan terutamanya sampai sekarang saya rasa macam tak senang duduk dengan perkara yang sedang saya alami sekarang. Saya tak pasti sama ada saya memang str3ss ataupun ini mainan perasaan sahaja.

Saya start bekerja di GP (bukan nama sebentar) sejak 3 tahun yang lepas dan saya saya baru berhenti 2 bulan yang lepas. Sebelum ni, saya pernah bekerja sambil belajar di Perak selama 4 tahun lebih sebelum berhenti untuk pulang ke JB.

Berhenti di tempat kerja lama merupakan satu kehilangan besar sebab susah nak dapat bos yang baik, rakan sekerja yang sporting dan gaji saya pun masyuk. Saya pernah tak balik selama 1 tahun lebih sebab penting kan kerja dan enjoy hidup.

Tetapi perkara tu membuatkan nenek belah ibu saya kecik hati sebab saya tak balik dan rindukan saya. Nenek juga meninggal dan saya tak ada di sisinya. Sejak tu saya menyesal sangat. Wang boleh di cari tetapi keluarga tak boleh diganti.

Jadi saya berhenti untuk dekat dengan keluarga terutama nenek belah ayah pun dah sakit sakit semenjak 3 tahun lepas. Jadi saya menerima bekerja di syarikat GP selepas 2 bulan menganggur.

Saya dapat jawatan sebagai Supervisor Warehouse memandang kan saya pernah menjadi assistant manager di syarikat lama. Nak dijadikan cerita saya masuk sahaja, pangkat saya dah tinggi, gaji pun orang kata okay.

Di department saya ada 6 orang termasuk saya, 3 orang clerk (2 perempuan 1 Lelaki) dan 2 orang pekerja am di warehouse. Masalah yang saya hadapi ni berkaitan dengan Kak Mai (bukan nama sebentar), salah seorang clerk di situ.

Kalau ikut kan umurnya takdelah lanjut sangat, dalam akhir 30an sahaja. Di situlah bermulanya mimpi ngeri bagi saya. (dramatic benor)

Awal awal masuk, pekerja yang lain perkenalkan diri masing masing. Cuma Kak Mai saja tak. Dengan nada sindir, dia kata yang muda yang kena perkenalkan diri dulu.

Saya masa tu tak fikir apa apa, terus perkenalkan diri saya. Time tu saya nampak clerk yang lain Ita dan Rosli pandang saya dengan muka tak selesa.

Lama kelamaan saya nampak cara kerja dorang. Sikap saya dari dulu kalau nak bertanya, saya akan tunggu seseorang tu selesai kan kerja dia dulu, baru saya tanya.

Kalau Ita dan Rosli, saya rajin bertanya dan diorang pun senang nak jawab. Tapi kalau Kak Mai, dia terus jeling dan selalu ulang dia sibuk tanya orang lain yang tak banyak kerja.

Selalunya pada waktu rehat saya dan Ita akan keluar makan bersama tetapi Kak Mai selalu tolak sebab dia kata nak makan dekat rumah saja (rumah dekat).

Tetapi lain pula kata orang, bila tak sampai 3 bulan kerja, HR dah panggil tanya kenapa saya boikot Kak Mai.

Saya cuba bantah tapi dia kata kalau lunch selalu saya tak ajak Kak Mai. Terdiam saya. Saya tanya siapa yang buat cerita walaupun saya tahu siapa tapi HR just nasihat kan “JAGA HATI Kak Mai”.

Sejak tu saya try layan Kak Mai dengan baik, try ajak dia makan sama. Selalu jawapan nya,

“Akak ada suami dengan anak dekat rumah nak makan, lainla korang tak kawen lagi. Boleh joli”. Terdiam lagi saya. Tapi just selalu sedap kan hati sendiri.

Tetapi sejak tu saya sedar ada saja yang tak kena dengan kerja saya. Selalunya untuk tunggu kontena pindah masuk ke warehouse, borang kena ada sign persetujuan dari supervisor iaitu saya.

Tapi Kak Mai selalu suruh pihak store masukkan saja nanti saya jawab di meeting, maknanya dia langsung tak jumpa saya untuk minta sign.

Tiap tiap kali perkara ni berlaku saya kena jawab dekat meeting dan jawapan dari pihak management sama bila saya inform saya takde dapat surat dari Kak Mai.

Diorang nasihat “JAGA HATI Kak Mai”.

Sampai lah satu masa Ita beritahu sebenarnya Kak Mai ada 5 anak. 1 meninggal sebab lemas dan selang 2 bulan, hilang anak lagi sorang sebab kemalangan. Saya bersimpati dan sejak itu saya tak pernah bantah walaupun saya jadi mngsa keadaan.

Tetapi ada saja yang tak kena, saya tak sign borang OT la, saya tak contact supplier la… Macam macam dari Kak Mai. Saya mengadu pada management tapi apa yang saya dapat?

“JAGA HATI Kak Mai”.

Bila bulan ke-6 yang pencetus segala galanya. Rosli nak berhenti dengan alasan dapat kerja lain, gaji lagi tinggi. Tapi bila saya dan Ita bawa dia keluar untuk sambut perpisahan di luar waktu kerja, dia mengadu sebenarnya dia tak tahan dengan Kak Mai. Suka cari silap orang dan sebenarnya Kak Mai cuba nak api api kan diorang berdua dengan saya.

Kenapa?

Sebabnya Kak Mai tak puas hati saya jadi supervisor. Saya pun tanya lah kalau dia nak jawatan tu, minta jelah kat HR. HR kan kawan dia. Apa jawapan diorang? Kak Mai str3ss selepas anak anak dia meninggal, jadi dia taknak str3ss buat kerja.

Kesimpulannya bila ada masalah bahagian warehouse, kami bertiga yang selesai kan. Kak Mai lepas tangan suruh kami jawab sendiri.

Rosli dan Ita sebenarnya dah bekerja lagi lama dari Kak Mai. Rupa rupanya Kak Mai start kerja 9 bulan saja sebelum saya masuk. Laaaa ingatkan dah lama…

Selepas Rosli berhenti, kami ada ambil orang baru, Mira tapi tahan 1 bulan saja sebab asyik kena sindir dengan Kak Mai.

Budak tu puasa isnin sampai khamis pun Kak Mai pertikaikan sebab Kak Mai selalu puasa isnin dan khamis sahaja. Siap sindir,

“Dari mana mazhab budak Mira ni belajar. Tok guru dia ngajar celah kubur agaknya.”

Sungguh saya yang dengar pun malu. Dahlah depan orang ramai dia cakap macamtu. Dan kalau Mira terlupa atau tak faham tentang shipment, even baru 2 minggu dia masuk, Kak Mai kata belajar tinggi tinggi pun bodoh.

Last last dia nangis call kata dia tak mau masuk kerja, then terus tak datang esoknya. Bila saya inform HR, apa diorang jawab?

“JAGA HATI Kak Mai…”

Lepas tu Ita pula jadi sasaran, dia dah kumpul duit nak beli kereta dan baru nak dapat kereta. Kak Mai pertikaikan muda muda patut cari rumah bukan kereta. Ni duit membazir beli keta, rumah sewa macam rumah setinggan. Adui mulut dia.

Bila Ita punya Pinjaman diluluskan (sebab bank call HR untuk confirm kan), Kak Mai lagi sakit hati. Rupa rupanya Kak Mai pun minta Pinjaman Bank untuk belikan kereta untuk anak dia, tapi kena blacklist. Kena rayu lagi.

Jadi dia cakap yang Ita ni privilege banyak, mak bapak kayalah, mengampu orang Bank la. Amboiii…

Dan peristiwa paling hitam pun berlaku. Puncanya sebab waktu OT, office start 8am tapi Kak Mai selalu datang awal dalam pukul 7am walaupun HR kata tak boleh. Balik jam 6 PM tapi dia selalu balik jam 8 PM macamtu.

Untuk siapkan kerja yang memang tak siap siap. Ita siapkan report tak sampai jam 4 PM pun. Saya kena marah dengan HR juga sebab bagi Kak Mai OT. Jadi saya info Kak Mai lepas ni masuk jam 8 AM macam biasa.

Dia jawab,

“Kau jangan memandai mandai. Dulu aku OK saja OT awal waktu. Lainlah kau gaji tinggi tak payah OT bagai. Tanggungjawab kau pun takde lagi. Untung la duduk dengan mak bapak. Kau aja yang tak reti nak cakap pada HR”.

Dia cakap aje macam tu, saya minta HR masuk pejabat saya atau saya mengamuk dekat situ. Muka Kak Mai dah start mengelabah. Pada awalnya, HR taknak masuk. Tapi saya time tu macam dah hilang sabar. Siap ugut, “kalau kau tak ke sini, sorang sorang aku bnuh.”

Mencirit HR lari ke office saya.

Saya dah cakap kalau esok saya tak ditukarkan department, saya berambus. Saya dah beritahu Kak Mai tapi Kak Mai tak hormat saya sebagai supervisor. Bantah macam kilang ni dia punya. Jaga hati Kak Mai dah lapuk.

Kak Mai kata dia tak cakap pun apa apa. Saya sendiri marah marah. Saya cakap no problem. Esok saya nak surat tukar department, biar Kak Mai dengan Ita sendiri jaga store.

HR cuba pujuk saya sabar tapi memang tak tahan la. Time tu juga Kak Mai kata saya suka mengungkit. Dulu takde pun isu. Dengan dia saja saya tak puas hati.

Saya pun cakap OK saya suka mengungkit. Time tu supervisor department lain dah masuk ke office saya sebab kecoh dah department saya.

Management dengan HR pernah marah saya banyak kali time meeting. Dan selalunya diorang akan whatsapp saya untuk dapatkan surat tunjuk sebab saya tunjuk kat diorang. Semua silap dia.

Kalau kata Kak Mai orang baru, tapi saya lagi baru. Kalau hebat sangat, saya nak Kak Mai jadi supervisor. Esok saya jadi operator saja. Setel!

Reaksi Warganet

Nor Liyana Ramli –
Ya Allah Tika, i’m so proud of u. Huhu. Sebab berani. Geram pulak aku dengan HR yg sikit sikit jaga hati Kak Mai. Ewahhh, banyak cantik.

For me, walaupun tindakan mengamuk tu bukan sesuatu yang positif, tapi rasanya that is the best way untuk bagitau HR what actually happened memandangkan HR asyek suruh jaga hati Kak Mai.

Macam la Kak Mai sorang ja ada hati kannn. Cuma 1 je, cerita ni tak habis, sambung lagi please..

Syazwanie Khadzri –
Tika, main dengan masa Tika. Dengan orang macam ni semua bukti kena ada. Contoh la kalau buat report kan, tanya dia kalau report ni berapa lama boleh siap.

Kalau dia tak tahu, buat pilot test. Ambil stopwatch kira masa dia nak tulis berapa perenggan atau isi data tu berapa lama. Be particular.

Kalau dia tak siap tanya dia kenapa tak boleh siap walaupun bagi masa lebih. Everytime buat macam tu. Sekali sekala kau buat buat hilang akal kalau tak boleh handle. Haha

Job scope bagi clear. Catat bila ko bagi kerja tu. At least bila boss nak tengok u dah ada bukti. Amboii mentang mentang lagi muda ye nak buli pulak kan.

Suriana Sabar –
Orang macam Kak Mai ni sebenarnya sampah Dan menyedihkan Sangat. Guna Alasan anak 2 orang meninggal untuk raih simpati. Padahal anak dia hidup ke meninggal ke memang perangai Dia serupa sampah.

Lain Kali setiap kali kene bercakap dengan dia or sebut nama dia dalam perbualan. Rakam siap siap as bukti. Elok sekali dengan HR tu kena. Jaga hati kepala hotak kalau kerja serupa lahabau..

Setakat ni jela boleh komen sebab kalau Aku taip panjang lagi nanti jadi lain pulak. Aku memang berbulu betol dengan orang perangai gini. Muda ke tua Ke memang jahanam

Miza Norizan –
Aku bukan nak sebelahkan kak mai. Cuma aku pun pernah di treat macam ni masa aruwah suami aku meninggal dunia.

Boleh nampak dan rasa everyone around me walking on egg shells dan berhati hati nak deal dengan aku. Tapi aku takdela go around selling sob stories dekat management or HR, cuma nya aku boleh perasan yang bila aku buat mistake, aku tak kena marah.

Beberapa bulan jugak diorang layan aku camtu and aku appreciate sangat. Tapi last last diorang kembali ke asal dan aku pun lega jugak sebab at least aku tau diorang nampak aku dah stable kot baru diorang takde nak jaga hati aku lagi.

Amelia Fie –
Orang macam Kak Mai ni sebenarnya jiwa dia sakit, mental dia kosong. Logik ke nak guna kan Alasan Anak dia mati semata nak Jaga hati dia. Merepek lah.

Bila baca ayat, ” Kitab kubur mana puasa”. Dekat situ dah boleh agak dah yang mana hidup dia penuh dengan negative vibes. Semua Benda dia Rasa kan, “oh Aku dah hilang something berharga. Kena Jaga hati Aku “.

Kak Mai ni dia sendiri yang block mental dia dengan diri supaya tak lari landasan hidup ‘bawang’ dia Tu. So stupid tahu tak.

And one more sepatutnya HR Kena main kan peranan dalam HAL macam ni. HR tak boleh cakap ” Jaga hati “. Tak boleh sepatutnya HR Kena bagi semangat dekat dia, jangan always Ada negative vibes dalam hidup.

Seriously Aku cakap HR TU BDOH. And Kak Mai Tu pulak bebal. Orang macam Tu, sampai bila dia Akan nampak itu je Saja lah jalan dia. T0xic chemicals people memang susah nak ubah. Sebab otak dia dah set semua negative vibes.

Sumber – Tika (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *