Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum. Nama aku Kesum. Malam ni aku tak boleh nak tidur jadi aku terasa nak kongsi 1 cerita zaman aku belajar dulu.
Beberapa belas tahun yang lampau, aku seorang pelajar di sebuah matrikulasi. Aku tinggal di asrama yang ada 4 pelajar dalam 1 bilik.
Adat kita belajar di kolej, kita boleh jumpa kawan daripada pelbagai latar belakang keluarga.
Dalam bilik asrama aku ni, aku dengan Lemuni kira daripada golongan sederhana. Keluarga kami tak kaya tapi Alhamdulillah, cukup makan pakai.
2 orang lagi roommate aku, Kantan dengan Serai daripada keluarga yang agak susah. Adik beradik ramai dan ayah diorang cuma buat kerja kerja kampung dan jadi buruh. Gaji hari, ada kerja adalah duit. Begitulah keadaannya.
Tapi kami semua berkawan baik, tak adalah nak pandang rendah ke apa. Aku respect ayah diorang yang kerja kuat dan dapat hantar anak sambung belajar walaupun hidup susah.
Hari ni aku nak cerita pasal Kantan. Kantan ni anak sulung daripada 5 beradik. Dia seorang kakak dan anak yang baik.
Sebelum Kantan masuk matrikulasi, dia kerja di kedai jadi tukang angkat tong gas. Kuat Kantan ni. Otot besi urat dawai gamaknya. Dengan duit upah kerja situlah, Kantan simpan duit untuk sambung belajar.
Masa belajar kat matriks, kitorang dapat elaun setiap bulan. Itulah duit makan, itulah duit nak fotostat nota kuliah dan sebagainya.
Adakalanya Kantan hantar separuh duit elaun tu pada keluarga dia. Pernah aku tanya,
“kenapa kau hantar duit?. Kau kat sini nak makan pun berkira kira”.
Tapi Kantan kata, dia tak tergamaklah dengar adik adik dia makan nasi dengan kicap saja. Duit yang dia hantar tu, bolehlah diorang beli telur.
Suatu hari, lepas aku balik dari kuliah, Lemuni bagitau aku yang dia tak nampak Kantan makan apa apa dalam 3 hari. Minum air kosong saja.
Aku pun tanya la balik, mana kau tahu? Iyalah, mungkin dia dah makan sebelum balik bilik.
Tapi Lemuni kata, ada seorang kawan kelas Kantan bagitau dia yang Kantan memang tak makan apa apa masa rehat.
Bila kawan dia ajak makan, Kantan kata dia tak nak. Makanya si Lemuni syak yang Kantan tak ada duit sebab kitorang 1 bilik tahu keluarga Kantan ni susah.
Tapi walaupun dia susah, dia tak pernah meminta minta dengan orang lain. Kalau kita tanya dia pun, dia takkan mengaku yang dia tak ada duit.
Tak fikir panjang, aku pun ambil duit dalam dompet dan letak bawah bantal Kantan.
Malam tu, bila Kantan nak tidur dia pun angkat dan tepuk tepuk bantal dia. Nampaklah duit yang aku letak tu.
Muka terkejut dan bersinar sinar mata Kantan sambil tanya kitorang siapa yang letak duit tu. “Eh, tu katil kau, bantal kau… manalah kitorang tahu.”
Kantan mulanya berkeras minta kitorang cakap siapa yang letak duit tu tapi kitorang semua sepakat buat tak dengar ja.
Akhirnya terkeluar dari mulut Kantan,
“Dah 3 hari aku selongkar tempat aku, memang tak ada duit.”
“Rezeki kau la tu”, balas aku.
Benarlah telahan Lemuni.
Sejak dari hari tu, aku selalu beli roti banyak banyak dan letak dekat bilik. Aku kata, “siapa nak makan, makan ja la”.
Bila Kantan tak ada duit, dia akan makan roti yang aku beli. Dari saat itu, tak ada lagi hari yang kitorang nampak Kantan tak makan.
Alhamdulillah. Setakat ini saja cerita aku. Apa yang aku nak sampaikan ialah ada orang di sekeliling kita yang susah tapi dia bukan jenis meminta. Dengan sedikit kepekaan, kita boleh nampak kesusahan dia.
Tolong dia dan pada masa yang sama, lakukan dengan cara yang tidak membuatkan orang tu rasa malu atau boleh menjatuhkan maruah dia.
Tolong dengan ikhlas semata mata mengharapkan keredaan daripada Allah s.wt.
Tambah lagi dalam keadaan sekarang, makin ramai yang tersepit demi mencari sesuap nasi termasuklah aku yang tengah bergelut nak cari kerja tetap waktu PKP ni.
Doakan aku, ya.
Reaksi Warganet
Masitah Zainuddin –
Anak saya sebilik dengan ank orang susah. Tapi badan sado sebab biasa kerja berat. Nak bayar yuran pun dia kena kerja masa semester break.
Saya belikan tv, rice cooker, makanan ringan untuk anak saya dan budak budak tu. Tiap tiap hari minggu, mak saya masak sedap sedap dan kami hantar pada ank saya, share makan ramai2. Sebak tengok dia orang makan. Alhamdulilah dia orang ni baik baik budaknya.
Syamsiah Rahmat –
Ya dik.. Orang yang susah ada yang tak pandai meminta, tak pandai nak luahkan pada sesiapa. Kalau dah biasa susah dari dulu, tak terkejut.
Yang tiba tiba jadi susah roda hidup berpusing 360 darjah. Mereka jadi stress dan hilang kewarasan berfikir. Mereka bukan orang tak solat.
Tapi tak tahu nak uruskan tekanan. Akhirnya syaiitan berbisik menghasut dan kemudian tepuk tangan.
Aisya Humaira –
Alhamdulillah dapat roomate macam TT. Zaman saya belajar dulu, roomate memang jenis keluarga yang berkemampuan tapi suka makan orang lain punya makanan.
Tak kisah nak makan kalau tanya sape punya makanan. Tapi ni selamba aje makan tanpa tanya. Dan buat buat tak dengar bila orang tanya sape yang amik mknan.
Sejak dari tu, roomate lain semua sorok makanan, haha. Yang lain elok je nak share tapi kalau orang yang takda ADAB ni, sape jela nak share makanan kan.
Cik Puan –
Pengalaman saya sendiri.. Pernah jugak terpaksa ‘catu’ makan masa zaman study dekat kolej dulu semata mata tak nak susah kan parents dan family coz saya study dekat IPTS.
Even parents saya mampu support saya masa tu. Tapi saya ambil inisiatif untuk berjimat coz terpaksa bayar private (cash) dekat pihak kolej separuh daripada yuran pengajian, total RM24k.
Saya hanya dapat half loan PTPTN. Tu belum termasuk duit belanja makan, rumah sewa, pengangkutan (fyi.. parents suruh saya bawa kereta tapi saya tak nak dan lebih selesa naik public transport je untuk ke mana mana, pergi balik kolej saya jalan kaki je coz rumah sewa dekat sebelah kolej), buku buku yang semua kena beli sendiri, assignment, final project.
Setiap kali parents call tanya ada duit ke tak? Saya bagitau ada je. Memang ada duit tapi saja nak belajar hidup susah.
Nasib baik saya jenis tak kisah bab makan. Dalam seminggu, 2-3 kali je saya makan nasi (tapau) dan setiap hari saya memang standby roti fan telur.
So roti tu saya akan buat sandwich. Makan 2 set roti sandwich (brunch), kenyang sampai ke malam hihi..
Sebab kan kesederhanaan saya bab makan tu, pernah terdengar housemates (junior) berbincang sesama dia orang, nak kumpul duit untuk tolong saya.
Dia orang kata kesian dekat saya. Asyik makan roti je dan sangka maybe saya bukan anak orang senang.
Pernah dia orang tanya depan depan kot saya nak pinjam duit dulu ke? Saya senyum je lah masa tu. Just cakap takpe, saya ok je macam tu.
Lagipun weekends (time takde class) saya dan kawan kawan 1 course akan join group under student kolej kami yang buat part time kerja kat hotel (banquet service).
So daripada tak buat apa untuk 2 hari tu, dapat jugak kami tambah duit poket + pengalaman kerja dalam bidang berkaitan.
Btw, sampai hari ni ex housemates saya tak tahu background saya dan family saya. Yang dia orang tahu, saya bukan anak orang senang yang further study (full time) kat IPTS masa umur dah pertengahan 20an, bukan macam dia org. Lepas SPM terus further study.
Sumber – Kesum (Bukan nama sebenar) via IIUMC