Foto sekadar hiasan
Hari ini aku ingin menceritakan kisah Perempuan Paling Malang, iaitu ibuku.
Sejak ibu aku kecil, hingga kini, kehidupan ibuku seolah olah perempuan yang paling malang dalam dunia ini.
Dulu aku sangat percaya watak itu berdasarkan kisah kehidupanya sedari kecil hinggalah kini. Aku berharap bila aku dewasa aku akan berjaya dan aku akan buat ibu untuk jadi perempuan yang paling bahagia.
Sedari kecil aku diperlakukan tak ubah seperti sebuah anak patung yang hanya cuma mampu bernafas. Segala galanya berkaitan hidup aku dari sebesar besar hingga sekecil kecil adalah berdasarkan kemahuan ibu.
Apa sahaja yang aku inginkan dan buat aku gembira, ibu akan cantas. Sebab bagi ibu, orang yang berjaya tak boleh gembira.
Itu adalah philosophy dia yang aku masih tak faham sampai sekarang. Yang menghairankan aku, apa benda yang aku tak suka, itu lah benda yang ibu akan paksa aku lakukan dengan alasan, “she know everything, and I know nothing”.
Sejak dari kecil, aku tak boleh buat segala benda yang aku inginkan kerana ibu aku lebih suka meletakkan aku dalam keadaan miserable itu.
Tamat belajar di universiti, ibu merasakan segala benda turn out to be disaster. Sewaktu belajar, dia boleh aturkan semua benda.
Aku merupakan pelajar yang cemerlang. Jadi ibu boleh pilih sekolah mana aku nak pergi, universiti mana aku dapat. Tapi kehidupan selepas tamat belajar jauh berbeza walau aku grad 1st class.
Aku dapat kerja yang bagus. Gaji pon aku capai lebih RM5000 dalam masa 2 tahun selepas grad.
Tapi ibu tak gembira. Ibu nak control hidup aku dari sebesar besar hingga sekecil kecil. Ibu nak aku bekerja di organisasi tertentu, pekerjaan tertentu, di lokasi tertentu, hingga tahap bangunan tertentu.
Tapi alam pekerjaan tak sama macam alam belajar. Ibu aku kata dia malu dengan pekerjaan aku, sedangkan aku mempunyai kerja yang baik.
Hanya sebab pekerjaan aku bukan apa yang dia rancangkan. Dia juga mempunyai expectation yang melampau, kenapa gaji aku RM5000 je? Kenapa gaji aku bukan RM15000?
Pernah tak kau orang ada ibu yang angkat tangan berdoa, dan dengan bangga mendoakan kerjaya anak sendiri hancur?
Ibu aku bangga buat begitu dan ceritakan kepada semua. Sebab bagi ibu, bila kerjaya aku hancur, somehow magically aku akan dapat kerja yang dia nak.
Jujur, aku gembira sangat dengan pekerjaan aku. Tapi ibu aku susah hati. Dia nak aku kerja, kerja yang aku tak suka, dan aku benci. Kenapa? Aku sendiri pon tak faham.
Adakah pekerjaan yang dia inginkan tu mempunyai bayaran atau career ladder yang lebih baik? Tidak. Tapi dia tahu aku benci pekerjaan itu, jadi dia akan sokong apa je yang aku benci. Dari kecil memang sebegitu.
Bukan sahaja dari sudut pekerjaan. Hidup aku dirancang oleh ibu to every minor detail. Umur berapa perlu berkahwin, suami yang macam mana, berapa orang anak aku perlu ada dan jantina apa.
Dan bila aku tak dapat capai, dia melihat aku sebagai seorang failure. A big LOSER. Sebab dia ada target aku perlu jadi macamni, aku perlu jadi macamtu. Tapi aku turn out to be different.
Adakah aku tidak mempunyai pasangan? Hingga saat ini aku dah ada beberapa orang teman lelaki, semua nya orang yang sangat cemerlang, dan berjaya.
Tapi ibu aku akan tengok satu keburukan laki tu dan abaikan semua kebaikkan. Seperti yang dia lakukan pada aku. Dan dia bantah kesemuanya.
Yang aneh nya, ibu aku berangan angan untuk aku berkawan dengan lelaki yang yang biasa biasa. Sedangkan semua ex aku hebat hebat, semua minimum ada degree. Semua ada kerjaya yang baik, but they never be good enough.
Ibu pula sebok nak suruh aku berkenalan dengan laki tak ada apa apa, asalkan berkahwin. Kenapa lelaki yang successful berjaya, tapi dia reject ye? Aku sendiri tak faham.
Pada mulanya, aku ingatkan ibu benci aku.
Namun baru baru ini, aku ambil keputusan untuk reflect kehidupan ibu. Aku musykil dengan watak yang dia mainkan, Perempuan Paling Malang.
Aku percaya dengan watak yang dia mainkan. Namun selepas aku analisa satu persatu, apa yang dia ceritakan bertentangan dengan apa yang sebenarnya berlaku.
Ibu aku bukan seorang yang perempuan Malang. Dia diberi pelbagai nikmat dunia. Dia capai pelbagai perkara dalam hidup. Tapi sampai saat aku menulis, dia masih percaya, dia adalah perempuan yang sangat Malang.
Sebenarnya, semua ini adalah perception dia seorang. Dia tak mampu nak melihat kebaikkan dan hanya mampu melihat keburukkan. Dia takut nak bahagia.
Bila dia bahagia, dia akan sabotage diri sendiri dan orang keliling. Sebab dia tak familiar dengan keadaan bahagia itu. Jadi aku membesar penuh dengan maki hamun setiap hari.
Dia akan maki hamun sesuka hati. Ada sahaja tak puas hati. Setiap hari ada sahaja doa buruk buruk untuk anak anak sendiri dan orang keliling.
Dia sangat kecewa dengan dunia ini, sebab dia mahukan semuanya mengikut kehendaknya. Jadi setiap hari ada sahaja benda yang dia tak puas hati.
Sewaktu muda, dia juga ada beberapa orang bf yang berjaya. Sorang engineer balik dari luar negara, sorang engineer, dan sorang saintis. Tapi ibu aku memilih ayah aku yang kerja biasa biasa je. Kenapa?
Aku sendiri merasakan ini adalah tindakan ibu yang sabotage diri sendiri. Adakah dia buat benda yang sama pada aku adalah kerana dia nak aku ikut jejak langkahnya? Atau kerana dia takut aku bahagia?
Di saat usia tua nya, dia dah capai banyak perkara. Ibu aku selalu pergi ke luar negara termasuk western countries.
Ibu aku diberi pelbagai nikmat dalam bentuk kesihatan, dalam bentuk anak yang cemerlang, dalam bentuk kewangan, dalam bentuk harta. Terlampau banyak nikmat dunia yang dia capai.
Tapi ibu aku tak mampu bersyukur. Bila aku tanya, ibu, kenapa ibu tak cuba bersyukur.
Dia katakan pada aku. “Dia tak ada apa. Macamana orang macam dia boleh bersyukur.” Itulah yang aku dengar dari kecil. Setiap hari, dia la kononya manusia paling malang, paling kesian, paling tak ada apa.
Sebenarnya ibu bukan tak ada apa. Dia ada banyak sangat nikmat. Tapi dia tak mampu nak bersyukur. Kerana banyak melihat keburukkan dari menghargai kebaikkan.
Aku sendiri struggle. Aku jadi macam apa yang dia nak kononya one day dia akan approve aku. Let me tell you something. Up till now. I’m a failure project to her.
Terutama bila lepas belajar, dia tak mampu nak control hidup aku sebagaimana dia buat waktu aku belajar. Waktu aku belajar, dia pastikan aku tak ada kawan.
Dia sendiri sanggup pastikan aku tak mempunyai kawan, s3rang kawan kawan aku, kerana bagi dia kawan kawan ni semua akan buat aku tak berjaya. Tapi kawan kawan aku semua orang yang berjaya. Aku sendiri pelajar cemerlang, punyai rakan rakan yang cemerlang.
Jadi apa yang aku dapat simpulkan di sini, hanya kita anak perempuan yang ada ibu t0ksik, akan faham. Orang luar takkan mampu faham. Dan keputusan aku ialah untuk aku belajar bersyukur, gembira. Walaupon ibu takkan bersyukur dan gembira dengan aku.
Its not our responsibility that they are not happy. That is their choices. Tak ada apa yang mampu mengembirakan hati ibu. Gaji aku naik agak cepat, sampai aku mampu beri dia lebih kurang RM5000 sebulan.
Bukan je dia tak cakap terima kasih, dia juga masih memainkan watak perempuan paling malang apabila dia menceritakan dekat kawan kawan dia bertapa aku ni seorang anak derhaka.
Ibu sampai mendoakan anak anak nya mati sebab katanya kami ni failure. Sebab bagi ibu, kami ni loser. Aku sampai cakap dekat ibu, jangan esok dia terpaksa kapankan kami anak anak sebelum dia.
Jiwa yang tak mampu bersyukur. Apa lagi kami sebagai anak dapat lakukan? Cubalah macamana pon, kami sentiasa “not good enough”. Alhamdulillah atas segala apa yang Allah beri. Tapi ibu masih tak mampu untuk bersyukur.
Jadi kesimpulan disini, buat anak anak perempuan yang mempunyai ibu yang t0ksik seperti aku. Lupakan. Kau buat je tanggungjawab sebagai anak. Tapi lupakan keinginan kau untuk dapatkan “approval” yang takkan kunjung tiba.
Lupakan keinginan kau untuk melihat ibu kau layan kau dengan baik bila kau dah berjaya. Lupakan, kau sentiasa failure di mata dia. Lupakan keinginan kau nak buat dia bahagia. Dia tak mampu bahagia.
Mereka tak mampu gapai bahagia, dan itu adalah mereka. Kau adalah kau. Jadi stop berharap mereka akan berubah. Sebab mereka takkan berubah kecuali mereka yang ingin ubah diri mereka sendiri.
Aku dah struggle dari kecil hingga dewasa, nothing change. Tak ada apa yang kau capai, akan ubah apa apa. Sebab tu dalam pemikiran mereka, dalam jiwa mereka. Mereka tak mampu untuk gembira, mereka tak mampu untuk bersyukur.
Kenapa? Aku sendiri tak pasti. Aku sendiri berharap aku tak repeat the same cycle.
Dari kecil, aku strive hard, nak buat ibu bahagia. Dapat nombor satu, dapat straight A, dapat grad first class, dapat kerjaya yang baik. Seorang yang cemerlang dimana rakan rakan sering mencemburui ku.
Orang keliling termasuk boss, pensyarah sentiasa puji aku. Rakan rakan selalu kagum katanya macamana aku ni seorang yang sangat berjaya. Aku bukan sahaja cemerlang di peringkat Malaysia, malah hingga ke luar negara.
Rahsia nya, I push hard to be the best daughter ever. Tapi nothing change. Do you know up till now she happy when I’m miserable?
Because she is miserable. This is the comfort that only she know. Sebab tu dia tak boleh tengok kau happy. Sebab dia tak familiar dengan happiness.
Dan sayangku, there nothing wrong with you. To those who struggle the same thing like me, just know that you need to let go.
Mungkin kau pon boleh buat seperti aku, ko tak perlu reflect diri kau. Tapi kau cuba reflect diri ibumu. Dan kau nampak satu jiwa yang sangat miserable.
Dan itu adalah closure yang kita mampu dapat. I just want you to know, there nothing wrong with us. Lets break this t0xic cycle okay?
Aku tahu ibu sayang aku. Tapi itu adalah diri dia. Sampai kiamat pon takkan ada yang berubah kalau bukan dia sendiri nak berubah.
Aku berdoa dia akan capai kebahagian, dari kecil aku sentiasa doakan. Bukan kebahagian tu tak ada. Tapi dia yang memilih untuk mainkan watak perempuan paling malang itu.
Reaksi Warganet
Nina Nuar –
Ibu tu ciri narsistic. Memang ada ibu yang jeles tengok anak sendiri lebih dari dia. sape yang alami memang boleh faham.
Contoh anak nak belajar mnjahit. Macam macam dikondem sebab risau dia tak reti jahit nanti kalah dengan anak. Anak pandai masak siap amik tempahan, dikutuk kutuk masakan semua tak sedap, tak hebat macam dia, walhal jualan semua laku. banyak lagi contoh.
Ibu jenis ni memang dia rasa jeles walaupun dengan anak sendiri. Memang takkan puji anak yang dia rasa mencabar dia. Dia risau patut dia dipuji, tetiba orang puji anak dia pulak.
Norlaila Mohd Din –
Hmmm kalo ibu suka u miserable act like one. Contoh you ada boyfriend yang bagus, kerja bagus, bagitau ibu itu lah boyfriend yang buat u rasa miserable. Boyfriend ni terlalu biasa biasa.
Sedangkan u nak yang luar biasa sesuai dengan bakat u tu. Kalo ibu tak suka kerja u tu n u suka, u cakap kerja ni sangat menyiksa u, u derita..
Rasanya saya pun pernah jumpa insan begitu. Hidupnya terlalu malang sehingga dia mental block utk bahagia.
So if u cannot fight her, join her. Be smart, be yourselve
Izzi Hadzri –
Tq confessor. Sekarang baru faham apa yang mak jenis macam ni fikir. Orang yang tak rase, mungkin rase anak memburuk burukkan mak dan tak percaya ada mak macam nih.
Selalunya mak macam ni hanya anggap anak tu macam trophy untuk dibangga bangga ( of course dekat belakang anak, bile depan depan tak pernah puji and puas hati) dengan her relatives and friends.
Datang pulak circle mak pun sama macam dia, tak pasal pasal anak tu jadik mngsa cemburu dan dengki berjemaah. Lebih parah kalau dihasut pula anak anak lain untuk gap/ jangan rapat dengan si anak tu. Sebab anak lain dia rase biasa biasa, anak tu yang berjaya sikit.
Semacam ada sakit hati tengok anak bahagia. Selalunya orang macam ni ada history yang sama. Upbringing dengan mak dia sendiri dan adik beradik tapi she failed to break a cycle and unfortunately choose to repeat it.
Kisah mak lebih lebih kan ank yang berjaya tu is common, tapi yang macam ni mmg rare.
Semoga confessor dan mereka yg mengalami situasi ini tabah.
Betapa bergelutnya perasaan seorang anak tu, sedih, kasihan, marah, takut derhaka bersilih ganti. Memang menyedihkan.
Abidatul Akmaliah –
To confessor, bab jodoh doa dekat Allah banyak banyak. Doa supaya diberkan seorang suami yang baik dan bertanggungjawab terhadap keluarganya.
Buat solat istikharah banyak banyak dan kalau dah jumpa, discuss dengan bapak confessor sebab beliau adalah wali tt.
Bagusla tt ambik pendekatan untuk bersyukur. You are the one who responsible to yourself and you are the one who is responsible for your life. Parents kita takkan dapat control kita sampai bila bila dan kita pun takkan dapat control kehidupan anak anak kita.
Semoga TT dapat break the cycle dan doakan yang baik baik untuk bakal zuriat TT nanti. Actually maybe mak TT ada masalah mental cuma seems mak TT takkan sedar dan mungkin TT yang kena bawak emak TT ke counselor atau pschiatrist. Hmmm doa banyak banyak ya tt.
Sumber– Sisyphus (Bukan nama sebenar) via IIUMC