Suami meninggal kemlangan. Si isteri mula terkapai2. No pin ATM dan hp suami, isteri tak tahu. Ipar mula bertanyakan harta

Foto sekadar hiasan

Saya nak kongsi cerita ex klien rakan. Mana yang boleh ambil pengajaran tu, ambil sebagai teladan.

Hari ni wife pada ex klien saya call. Dia nak tanya pasal claim insurans polisi suami (ex klien) dia.

Rupanya suami dia baru 5 hari meninggal. Accident motor besar. Meninggal di tempat kejadian, cedera dekat bahagian kepala.

Apa yang wife dia cerita, wallet dan phone aruwah ada dijumpa. Tapi duit cash dalam wallet takda langsung. Kemungkinan ada orang ambil kesempatan mencuri dalam keadaan sibuk masa nak tolong aruwah accident.

Sebab aruwah suami dia meninggal accident, maka polis ambil jnazah hantar ke hospital untuk post mortem.

Wife dia ralat sangat sebab tak dapat unlock phone aruwah. Sebab tak tahu pincode phone arwah. Jadi dia tak dapat nak bagitau kawan kawan aruwah yang dalam contact phone.

Memburukkan keadaan si wife, bukan setakat tak tahu pincode telefon aruwah. Malah wife tak tahu no pin kad-kad ATM aruwah untuk keluarkan duit bagi belanja mengejut urus jnazah balik ke kampung aruwah suami.

Mujur bantuan sedekah keluarga yang ada dapat bantu sementara urusan kewangan.

Hari ni dah 5 hari aruwah meninggal, abang aruwah dah mula bertanya pasal rumah dan harta peninggalan aruwah (Kwsp).

Si wife betul betul sangat takut kalau rumah yang dia duduk jadi rebutan adik beradik aruwah. Sebab wifenya dah takde tempat lain nak pergi kalau kena keluar dari rumah.

Berbalik pada punca asal wife aruwah call saya, bertitik daripada wifenya jumpa sijil takaful dengan businesscard saya pada kulit sijil. Dia sangat berharap ada berita baik yang boleh dia dengar daripada buku sijil takaful yang dia jumpa.

Pahit untuk diterima, saya terus terang bagitau yang tak boleh claim apa apa langsung. Sebab sijil takaful aruwah dah hampir setahun lapse.

Dan saya masih ingat punca lapse sijil aruwah, dia nak stop sebab rasa rugi duk bayar. Maka dia stop bayar sampai la jadi lapse.

Saya ada remind aruwah sebelum lapse pasal hilang coverage lepas lapse. Tapi dia bagi saya bluetick aja.

Seperti yang saya jangkakan, wife aruwah macam tak dapat terima jawapan saya. Sampaikan dia cakap,

“kenapa cik tak inform saya yang dia tak bayar.”

Lepas saya cool kan dia, baru suara dia seperti pasrah. Saya bagi dia beberapa cadangan untuk bantu dia

1. Pergi KWSP buat tuntutan KWSP aruwah

2. Call socso semak apa yang boleh tuntut

3. Kumpul dokumen buku simpanan pelaburan, kad bank

Dan saya dengar jawapan yang tak berapa best…

“Saya tak pandai drive kereta. Nak pergi ke sana dengan 2 anak kecil susah. Saya kalau boleh nak setelkan cepat tapi tu la…”

Saya betul betul tak tau nak cakap ape dah lagi. Rupanya wife arwah tak bekerja. Semua urusan selama ni aruwah suami dia yang buat.

Hampir 15 minit cakap, call ditamatkan dengan si wife seperti pasrah dengan musibah yang menimpa.

Saya nak pesan kat korang,

1. Kita semua akan mati. Cuma tak tau bila. Datangnya mengejut.

2. Pincode phone, pin ATM sepatutnya diketahui ahli keluarga terdekat.

3. Ahli keluarga perlu tahu dekat mana simpanan dokumen dokumen penting kita.

4. Kalau ada buat takaful, bagitau ahli keluarga.

5. Kalau dah stop takaful, pun perlu bagitau ahli keluarga.

6. Ada masalah bayaran takaful, bagitau agent. Kalau tinggalkan bluetick aja tak selesai masalah.

7. Para isteri perlu sedia untuk kehilangan suami. Certain perkara isteri perlu belajar berdikari contoh driving.

Mati datang bila bila. Apa persediaan kita?

Reaksi warganet

Zurina Razak –
Kalau ada pin no pun sebelum pihak bank tahu. Kalau dah tahu bank kena freze akaun. Sebenarnya bila dah berlaku kematian walau ada pin no pihak waris tak boleh ambik keluar. Harta simati dah jadi harta pusaka. TAKUT TERMAKAN HARTA BATIL.

Siti Aminah –
Sedih!!! Jadi orang pompuan kena banyak amik tau. Jangan semua serah bulat bulat dekat laki. Kalau tak tau kena bertanya.
Semoga isteri aruwah dpermudahkan segala urusan.

Ina Azmi –
Bab memandu tu saya memang setuju. Kalau anak sakit ke suami sakit ke, isteri lah yang paling dekat.

Sebab tu penting ajar anak anak perempuan supaya berdikari. Nak harap kan orang kene bayar pula. Pengalaman saya suami sakit masa kluar berniaga, syukur sangat tahu memandu.

Tiz Aisya –
Ini yang saya selalu tekankan pada keluarga, kawan kawan serta pekerja saya. Tak tahu bole diajar, dibentuk dah tahu berdikarii.

Ingatt mati itu pasti hanye lambat atau cepat. Sediakan payung sebelum hujan. Tak perlu mengharap suami semata mata. Kene juga berdikarii.

Orang cakap ape, tak usah peduli. Sebab bukan mereka yang mengalami

Norshaliza Rashid –Setuju dengan cadangan En Ahmad Adnan lebih lebih lagi kalau harta sepencarian. Sebab kalau dah jadi macam nie si isteri dan anak anak juga susah.

Lebih baik bubuh nama anak dan isteri awal awal sebagai penama, bukan apa takut jadi macam nielah.

Dan kadang kadang jika si suami banyak harta lagi susah. Lebih lebih lagi bila keluarga sebelah suami masuk cmpur….

Shan Martinez –
Ermm, penting juga driving ni. Aduii.. dah la aku ni penakut. Pin kad bank aku, hanya aku saja yang tau. Sebab on off isinya di dalam.

Yang ni aku tak gentar lagi. Kalau tak dapat claim apa apa. Boleh lagi terima dan bleh mula kan hidup dari 0.

Tapi yang sedih kalau mati tinggalkn hutang. Ni yang perlu settle betul betul. Mati tu pasti tapi tak tau bila..

Siti Rahmah –
Sedih kan bila jadi macam ni. Saya sempat minta aruwah suami tulis pin no. Berapa bank yang ada.

Lepas sebulan tu dia meninggal mengejut. Semua urusan mudah. Pergi saja dekat Perkeso insyaa allah. Saya dah lakukan semuanya. KWSP pun ada khariat kematian. 2500, Perkeso 1500.

Puan usaha sedikit pergi ke sana. Demi kehidupan puan. Yang penting jangan dengar sangat cakap orang. Kadang kadang banyak yang tak betol.

Kita tanya sendiri semua ni. Sungguh, sebenarnya mudah je berurusan. Kalau kena dengan cara nya. Tapi puan kena usaha untuk puan dapat.

Sekurang kurangnya, socso untuk seumur hidup puan. Anak anak puan yabg dibawah 21 taun akan dapat socso. Setiap bulan puan dapat gaji. Yang penting bawa surat mati, dan sijil kawin. Kalau ada salinan ic aruwah suami, bawa sekali..

Takziah dari saya ya. Saya doa kan agar puan tabah dan sabar menghadapi dugaan. Alfatihah buat aruwah suami puan.

Kredit to Mohd Helmi

Perkongsian diatas pernah tular beberapa tahun lepas di laman Facebook. Tidak dapat kami pastikan samada ianya berdasarkan kisah sebenar atau tidak

Namun, kita jadikan ia sebagai tauladan dan peringatan buat kita semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *