Darjah 3, aku dic4bul abg Z. Malam tu, aku adu pada mak. Tapi mak hanya tersenyum

Sambungan dari Paet 1

Untuk Part 1, tekan link dibawah

Tgh mak sakit nk bersalin, ayah dari tido cpt2 pergi ke kebun. Anak dah 8, tp xpernah disentuh ayah

Oleh kerana ayah banyak menghabiskan hidup dengan tidur, anak anak ayah yang masih kecil akan sentiasa dipkul dan disepak oleh ayah. Sebab anak anak kecil yang bermain akan membuat bising dan banyak bergaduh.

Bila tidur ayah tergangggu, kaki ayah akan menjadi sangat ringan untuk menyepak anak anaknya termasuk aku. Kadang kadang kami dibaling dengan tin biskut, buku teks sekolah dan ada juga dicubit bahu sekuat kuat hati ayah.

Sedari kecil aku tiada tempat untuk mengadu. Mungkin sebab aku tiada kakak atau adik perempuan. Sakit demam aku tanggung sendiri, diam di dalam selimut hingga demam pulih sendiri. Kalau gigi tengah goyang, gigi itu aku cabut sendiri. Aku malas menyusahkan mak sebab mak terlalu banyak kerja.

Yang pasti, aku tak pernah lagi merasa pelukan dan ciuman daripada ayah mahupun mak walaupun sekali. Jangan cakap tak mungkin tiada langsung pelukan semasa kecil dari mak. Semasa bayi mungkin ada tapi aku tak ingat.

Sudahlah tidak merasa kasih sayang dari seorang ayah, dengan mak pun ibarat melukut di tepi gantang. Mak suka memalukan aku di hadapan orang ramai, terutama di hadapan jirannya atau sepupu aku sendiri. Aku ingat lagi sewaktu darjah 6, keputusan UPSR aku adalah 5A.

Semasa di kampung, riuh sepupu aku bertanya dan aku jawab dengan bangga dapat 5A sebab sepupu perempuan aku yang sama darjah 6 tidak mendapat sebarang A. Ramai kakak sepupu memuji aku sambil mengatakan mak beruntung ada anak perempuan yang cantik dan bijak.

Mak terus mengutuk aku, bijak buat apa kalau lembab di dapur sambil membuat muka menyampah. Aku ketika itu sedang mengemas pinggan mangkuk untuk dibawa ke sinki seterusnya dicuci. Keesokan harinya, sepupu lelaki aku mengatakan aku seorang remaja perempuan yang cantik.

Mak terus cakap cantik apa macam ni kalau muka pun hitam (aku berkulit putih asalnya tetapi sebab kerap berjalan kaki pergi balik sekolah mungkin dah jadi hitam).

Terkedu sepupu lelaki aku sebab aku dikutuk mak sendiri. Sudahnya malam itu aku berpura pura merajuk dengan mak. Aku ingat mak ingin memujuk sebab aku tak mahu makan malam.

Rupa rupanya mak mencari aku dan merotan aku sepuas puas hatinya di hadapan sepupu sepupu aku dan adik beradik aku sendiri. Hakikatnya aku dah berusia 12 tahun ketika itu.

Oleh sebab mak selalu mengutuk kulit aku gelap dan rupa paras biasa biasa, abang abang aku jadi terikut sekali dengan perangai mak. Sampai ke sudah aku dikatakan tidak cantik oleh keluarga sendiri. Aku tahu aku cantik bila dah masuk alam pekerjaan sudah sebab rakan sekerja selalu memuji.

Sampai sekarang aku memujuk diri sendiri dengan memikirkan mak sebenarnya tertekan dengan sikap ayah semasa berada di kampung dan aku dijadikan kambing hitam untuk mak lepaskan kemarahan.

Tidak semua anak perempuan tunggal boleh merasa hidup mewah. Aku jarang dibelikan pakaian. Sewaktu sekolah rendah, aku dapat merasa pakaian baru hanya setahun sekali apabila mak membelikan sepasang baju kurung untuk raya puasa dan raya haji. Baju sekolah aku adalah ‘recycle’ dari baju sekolah kakak sepupu.

Beg sekolah aku dari darjah 3 sampai 6 tidak pernah berganti. Hatta pakaian dalam aku semasa darjah 6 adalah ‘recycle’ dari pakaian dalam kakak sepupu aku juga. Pernah sekali aku mengamuk mahu ‘panties’ yang baru disebabkan ‘panties’ yang sedia ada berlubang lubang sudah tapi mak buat tak endah.

Bila dah besar macam ni aku memujuk diri sendiri dengan mengatakan mak tidak mempunyai wang untuk membelikan aku pakaian tetapi yang aku selalu fikirkan macam mana pula mak boleh belikan pakaian untuk adik beradik lelaki?

Setiap kali pulang ke kampung aku akan sedih melihat sepupu perempuan memakai ‘blouse’ dan t-shirt yang cantik cantik. Hakikatnya aku hanya mampu memakai seluar dan t-shirt lusuh abang abang aku dahulu.

Nasib aku baik sebab aku dapat biasiswa semasa di sekolah menengah. Bila ada lebihan selepas membeli buku, aku akan gunakan duit biasiswa untuk membeli t-shirt lengan panjang, selayaknya pakaian seorang remaja perempuan.

Semasa rehat aku banyak duduk dalam kelas sahaja, mengikat perut semata mata untuk membeli pakaian dan peralatan sekolah. Tapi adik beradik lelaki aku, mak akan membelikan pakaian lengkap dari baju melayu, songkok, selipar, t-shirt dan jeans setiap kali tibanya raya. Seluar sekolah dan kasut sekolah pun akan dibelikan yang baru setiap tahun.

Alasan mak sebab adik beradik lelaki tidak pandai menjaga kebersihan seluar dan kasut sekolah. Aku iyakan sahaja kata kata mak.

Bila dah bekerja, mak akan call aku setiap kali nak bertanya pasal duit sahaja. Atau untuk mengadu ada peralatan rumah yang rosak dan perlu diganti dengan yang baru. Bila bersembang pasal duit mak akan jadi gembira. Mak sangat tak suka bila aku mengadu pasal sakit atau masalah di tempat kerja, mak akan cakap aku perempuan yang lemah.

Mak akan cakap dia dulu tak pernah pun dapat penyakit macam aku. Mak akan menambah yang semua abang aku elok sahaja di tempat kerja. Selepas itu, mak akan menukar topik perbualan kepada duit semula.

Sekarang apa apa sakit atau masalah hidup aku hanya simpan sendiri. Nak mengadu kepada kawan jauh sekali sebab aku fikir mak sendiri pun tak nak ambil tahu. Tapi aku nekad hanya mengirimkan sejumlah wang yang tetap sahaja setiap bulan kepada mak dan ayah, yang lain aku tak ambil peduli sudah.

Sebab? Masa aku mengalami kesusahan tak ada keluarga yang mahu menolong jadi aku kena ada simpanan yang cukup untuk waktu kecemasan. Lagi pula, aku rasa tidak berbaloi menghabiskan duit untuk orang lain sedangkan aku yang berpenat lelah semasa bekerja.

Anak lelaki terutama yang sudah berkahwin, mak tidak mewajibkan mereka untuk mengirimkan wang setiap bulan. Kata mak, anak lelakinya perlu menanggung anak dan isteri masing masing.

Sudahnya, kebanyakan abang aku menjadi sangat culas untuk memberikan wang kepada mak dan ayah walaupun sekali sebulan. Mungkin setahun sekali itu ada terutama semasa hari raya. Hakikatnya, mereka semua berpangkat besar.

Dan setiap kali saudara mara atau jiran datang ke rumah, mak akan cakap semua anak lelakinya bagus bagus sebab setiap bulan sentiasa memberikannya wang. Dan mak takkan menyebut nama aku sebab aku kan anak perempuan.

Mak sangat suka memanjakan anak lelaki kecuali abang K (abang K ringan tulang dan berdikari semenjak kecil). Mak akan mencuci kasut sekolah mereka dari sekolah rendah sampai tingkatan 5. Aku diajar oleh mak untuk mencuci kasut sekolah sendiri dari darjah 2.

Anak lelaki mak tidak perlu membuat kerja rumah, makan dihidangkan. Selepas makan mak akan mengambil pinggan mereka seterusnya diletakkan di sinki.

Aku akan disuruh untuk mencuci pinggan mangkuk, mengelap meja makan, menyusun kerusi dan menyapu lantai. Kata mak, budak perempuan perlu tahu buat semua kerja rumah. Kalau aku membantah akan ada sebiji baldi hinggap di kepala aku.

Setiap kali hari raya, aku tidak boleh ke mana mana. Aku mesti melayan tetamu, ‘top up’ makanan yang dihidangkan di atas meja dan mencuci pinggan pinggan kotor. Hari raya aku dari dulu sampai sekarang banyak dihabiskan di hadapan sinki. Malam raya aku dapat tidur sekejap sebelum Subuh sahaja.

Mak akan menyuruh aku membantunya memasak juadah raya. Sudahnya pukul 4 pagi baru aku dapat tidur. Setelah Subuh aku mesti bangun kembali untuk menyeterika baju melayu semua adik beradik lelaki termasuk baju kurung mak sendiri. Begitulah rutin aku di hari raya sampai tahun lepas.

Abang yang sudah berkeluarga akan berada di bilik masing masing dengan anak isteri. Abang abang bujang dan adik lelaki selalu tidur sahaja selagi mak tidak mengejutkan mereka.

Bila jiran jiran datang beraya barulah mereka kelam kabut untuk mandi dan sebagainya. Selesai makan, masing masing akan meninggalkan sahaja pinggan pinggan kotor di meja makan.

Menjadi tugas aku untuk mengutip pinggan pinggan tersebut seterusnya dicuci. Belum sampai tengah hari, mereka akan masuk ke bilik masing masing untuk tidur, berehat atau bermain ‘game’. Tinggal aku terkulat kulat sendirian di dapur.

Semasa darjah 3, aku dic4bul oleh abang Z. Aku tak sedar aku menjadi mngsa c4bul ketika itu disebabkan masih mentah. Tapi aku masih ingat abang Z melarang aku memberitahu orang lain. Malam itu aku masuk ke bilik mak. Aku mengadu aku dic4bul oleh abang Z semasa mak keluar bekerja.

Walaupun masih kecil tapi aku berupaya ‘describe’ satu persatu apa yang abang Z buat kepada aku dengan harapan mak akan memarahi abang Z. Apa reaksi mak? Mak hanya tersenyum kepadaku sambil menyuruh aku kembali tidur.

Aku lupakan perkara ini sampai aku darjah 6. Bila dah faham diri ini sebenarnya telah dic4bul, aku jadi benci untuk melihat abang Z. Dan aku tak akan maafkan dia sampai aku mti !

Aku membesar menjadi wanita yang sangat keras kepala, mudah panik, suka melawan, suka fikir negatif, sentiasa ‘moody’, pentingkan diri sendiri, emosi yang sangat tidak stabil dan tersangat kurang keyakinan diri. Aku ada lesen dan kereta tapi aku tak mampu untuk memandu.

Bila di dalam kereta aku akan fikir kereta itu akan meletup, terbakar atau tiba tiba dilanggar kenderaan lain.

Bila di dalam bas, aku akan fikir bas itu tiba tiba melanggar belakang lori, atau tiba tiba jatuh ke dalam gaung.

Abang abang aku selalu cakap aku bengap dan penakut sebab tidak boleh memandu kereta.

Aku juga jadi lebih suka hidup sendiri. Aku sangat bahagia bila berada di rumah sewa seorang diri sebab aku tak perlu berhadapan dengan manusia lain.

Aku selalu diserang sesak nafas, selalu juga memikirkan pasal mati. Aku juga akan ‘trigger’ bila melihat pisau. Aku akan membayangkan aku sedang mengelar lengan atau leher sendiri sehingga drah keluar membuak buak.

Hidup aku sekarang memang tak ada ‘life’, macam myat hidup tiada perasaan pergi kerja dan balik kerja sahaja. Aku pergi balik kerja jalan kaki sahaja. Nasib aku baik sebab rumah sewa aku tersangat dekat dengan ‘office’.

Aku langsung tak merasa untuk berkahwin sebab bagi aku kebanyakan lelaki adalah seperti ayah. Aku tak sanggup menanggung beban hidup seperti mak disebabkan salah memilih suami. Aku rasa dengan keadaan aku yang senang stress ini boleh bertukar menjadi giila jika punya seorang suami seperti ayah.

Lagipun, aku kan dah tak suci. Kadang kadang bila tertekan disebabkan kepala yang selalu bising (otak sentiasa berfikir), aku akan menjerit sekuat hati walaupun di dalam ‘office’.

Ramai rakan sekerja fikir aku tak betul tapi aku dah tak kisah. Lagipun aku sangat suka menonton kisah Upin dan Ipin, jadi sangat tak ‘matured’ lagi untuk berkahwin.

Aku juga tak berapa suka suasana kenduri, tak kira majlis kenduri apa. Suasana bising, dengan mulut orang yang tak berhenti bercakap, aku rasa jantung aku bagai nak meletup letup ketika itu. ‘Anxiety’ aku menjadi jadi bila terpaksa berhadapan dengan orang ramai.

Raya tahun ini kalau boleh merentas negeri pun aku nekad tidak mahu pulang ke kampung. Aku sudah terlalu penat dikulikan oleh keluarga sendiri. Aku rasa kepulangan aku ke sana tidak dinantikan pun melainkan mereka akan susah hati kerana tiada orang yang akan melakukan pekerjaan cuci cuci.

Aku sangat tidak suka bila adik beradik lelaki berkumpul beramai ramai, sebab mereka akan mula mencari topik untuk membahan aku. Topik paling hangat adalah tentang anak dara tua yang tidak cantik tak boleh memandu. Mereka akan gelakkan aku sesungguh sungguh, kadang kadang mak akan menumpang sekaki.

Mereka akan mula membandingkan aku dengan isteri masing masing. Kononnya isteri mereka lah yang paling cantik, paling sedap memasak dan paling handal memandu. Dulu dulu aku menangis juga, tetapi sekarang aku dah lali.

Aku sekarang sudah merasa tiada tujuan untuk hidup. Aku dah selalu fikir yang mti itu mungkin lebih baik dari hidup. Mak akan gembira kalau aku mti sebab dia tidak mempunyai anak perempuan sudah.

Jadi mak tidak akan malu kalau orang kampung mengatakan aku anak dara tua sebab belum berkahwin di usia 27 tahun. Aku menunggu nunggu masa kematian aku yang entah bila akan berkunjung.

Dulu aku rajin beribadat. Aku akan membaca surah surah pilihan selepas solat Maghrib setiap hari. Aku juga akan membaca Al-Mathurat usai solat Subuh dan Asar. Bila sehari tidak dapat membaca al-Quran, aku akan menjadi resah dan tidak sedap hati.

Tetapi sejak 4 tahun yang lepas sehingga sekarang, aku berubah menjadi seorang yang jahil. Jarang sekali aku nak menyentuh al-Quran. Nak mengamalkan Al-Mathurat macam dulu adalah mimpi sama sekali. Yang pasti aku masih solat tanpa culas walaupun kebanyakan solat fikiran aku akan melayang entah ke mana mana.

Aku rasa ‘highway’ dalam otak aku bersimpang siur sebab itu aku jadi terlalu banyak berfikir. Dan aku hanya dapat berhenti berfikir bila tidur sahaja. Nak dapatkan tidur yang lena pun aku kena mengira kambing biri biri setiap malam dahulu.

Berbalik kepada kisah ayah, ayah mendapat ‘heart attack’ semasa umur 67 tahun. Usia ayah kini mencecah 70 tahun. Ayah sudah tak berdaya untuk keluar makan ke kedai. Ayah akan setia menunggu mak untuk memberinya makan.

Ayah mula pandai mengungkit bahawa anak anaknya tidak mengenang jasanya sebab anak anak tak dapat pulang ke kampung menjaga dia yang sakit.

Setiap hari ayah akan mengadu dengan orang yang datang melawat. Kononya dia bersedih sebab anak anak tidak pedulikan dia yang sakit. Kadang mak memujuk, kadang mak membiarkan.

Mak menasihati ayah supaya solat tapi ayah masih dengan sikap keras kepalanya. Ayah cakap manusia yang solat dan puasa pun belum tentu boleh masuk ke Syurga. Dan ayah juga cakap walaupun dia meninggalkan solat dan tak puasa dia takkan masuk neraka sebab dia ‘giila’.

Aku menulis di sini sebab aku ingin tahu adakah ayah orang lain di luar sana yang berperangai seperti ayah aku? Dan adakah aku mempunyai perangai yang buruk seperti yang dikatakan oleh keluarga sendiri disebabkan aku sentiasa moody, tidak pandai bergaul dan berkira dengan mak sendiri?

Dan kepada ibu ibu di luar sana, kenapa anda melahirkan anak perempuan kalau sudah tahu dari awal anda hanya mahukan anak lelaki? Kenapa tidak dibnuh saja anak perempuan selepas dilahirkan?

Apa apa pun aku harap pembaca semua boleh doakan supaya ayah aku akan berubah sebelum dia dipanggil pulang ke negeri cacing. Aamiin.

Reaksi Warganet

Radin Arishah –
Anak anak tak suka tapi mak redha je tu. Sebab tu walaupun dilayan begitu buruk, sampaikan nak bersalin pun kena pandai pandai sendiri, anak sakit pun tak dijeling, mak masih mau bersalin sampai 8 anak.

So, tentu ayah tu ada sisi baik dia. Sebab kalau ikut logik akal suami sebegitu hampeh, habih ramai 2 orang je bini sanggup beranak. Anak anak komplen pun tak de hasil bila maknya dah gitu.

Nuraz Wan –
Dulu masa baru kahwin saya pernah ikut suami duduk disatu kaw pendalamn kerana tugas.

Ada seorang ni, yang asyik bersalin hampir tiap tahun. Kaluy pergi klinik ibu dan anak, mesti nurse sindir sindir. Orang lain belum apa apa, dia dah kedepan.

Orang ini suaminya macam tak berapa betul. Isteri dalam pantang lari menyorok rumh orang dalam pkul 4am. Mungkin dia cuba nak s3ks ketika isteri dalam pntang.

Anak anak selekeh dengan gigi kuning tak bergosok. Ada orang berikan pakaian terpakai yang elok untuk anak anak mereka, tapi si suami mencincang baju baju itu. Sambil mengamuk tanya siapa yang beri.

Nasib baik orang yang beri tu kata ada orang suruh beri masa hantar tu. Kalau tidak, tak tahu laa.

Yang saya nak cerita, Memang ada orang macam ni. Dan memang ada perempuan yang tetap tunggu suami yang tak guna macam ni. Hmm.. Entahlh.. Susah nak fahm fikiran diorng..

Kloe Kloey –
Nak jawab soalan adik yang adakah bapa lain yg berperangai begitu. Ada, memang ada, tapi bukan bapak akak. Jauh bagai langit dengan bumi.

Yang akak nak cuba sampaikan ni ialah bapa baik, lelaki baik, penyayang anak isteri tu ada. Akak harap awak jumpa yang sesuai untuk bina hidup baru jauh dari mereka. Putuskan rantaian keturunan berperangai buruk macam ni.

Tunggu masa yang sesuai jangan terburu buru, jaga diri sendiri dulu. Nampak macam adik ni dah nak sakit. Tak perlu balik kepada mereka nak jadi kuli ja. Jgn rosakkan diri. Kalau jauhkan diri, awak akan lebih sihat. Tak perlu berharap kasih sayang yg takkan kunjung tiba. Anggaplah itu saja rezeki kasih awak dari mereka, cariklah rezeki yang lain.

Puan Zuera –
Sedihnya baca. Dapat ayah dan mak yang macam ni. Ayah abaikan tanggungjawab, tahu tidur je. Mak nak bersalin pun boleh buat tak tahu. Anak buat study group, pergi marah dan hina kawan anak, sampai anak tiada kawan..

Mak pun patut lindungi anak perempuan, jangan biar dia dinodai abang sendiri.. Adakah mak nya cemburu kecantikan anak perempuan, takut orang bagi perhatian pada anak perempuan sendiri?

Sebab tu biar anak perempuan simpan duit sendiri untuk beli pakaian.. Marah bila orang puji anak perempuan nya bijak dan cantik sebab dia tak dapat perhatian dari suami sendiri ke?

Semoga awak kuat, semoga dipermudahkan urusan..

Zizie Akhtar –
Dik, dapatkan bantuan dari doktor. Biar doktor bantu kalau ada d3pression atau anxiety dis0rder. Lelaki yang baik mmg wujud. Ayah yang baik pun wujud.

Berdoa, minta padaNya, berikan jodoh yang baik yang dapat menjaga Nita dengan baik.
Semoga diberi kan rezeki yang melimpah ruah, bertemu jodoh yang terbaik dan dipermudahkan setiap urusan Nita.

Take care..

Sumber – Nita (Bukan nama sebenar) via IIUMC

2 comments

  1. Awak kena carik kaunselor atau doktor…beritahu masalah awak.sekurang-kurangnya bebanan perasaan Yang awak alami berkurangan Dan nampak Cara keluar.
    Awak kena carik jln untuk bagi kegembiraan wujud dlm diri awak samada dengan membaca Al Quran , belajar sesuatu Yang baru seperti membuat biskut, kek, Kait mengait supaya fikiran awak lari Dari kenangan jahat.
    Awak kena berterus terang Di depan mak ayah Dan beradik
    awak walau pun nampak kurang ajar supaya bebanan perasaan hilang. Sekiranya mereka menyalahkan awak, Lepas Tu terpulanglah awak nak lari sekalipun.

  2. Memang tak dinafikan dik..ade ayah atau suami begitu..akak..sendiri diuji Allah.. suami pernah dipenjara dan terlibat dengan dadah…mulanya aku tak tahu..tp sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua..mase akak tahu tu satu je aku pikirkan..aakak SGT2 bersyukur Sebb akk merancang..10 tahun kwen ..akk hnye memiliki 2 org chyamata saja.. suami pernah meminta nk anak lg..tp naluri akk sebagai ibu menidak kan perkara tu..cuba bygkan Klau anak akk berderet.. suami kat dalam.. Allah rase akk tak kuat..akk tahu suami akk bukan suami baik..dia berpotensi untuk jd ayah y zalim.. disebabkan akk sgt membimbangkan Mase depan anak akk ..akk sendiri ambik insentif ..jd bila akk ditinggalkan akk masih bole jd ibu dan ayah tanpa anak2 akk rase kekurangan Sebb jumlah anak tak ramai..akak tak perlu kerja membabi buta Sebb kerja y ade mencukupi periuk nasi kami dan akk pon ade Mase dengan mereka..jd apa y akk nk smapaikan ialah bila kita rase suami kita mengambil sesuatu’,atau memang sesuatu dan tahu dia tk mampu jd ayah dan suami y baik..kita sebagai isteri bole sebenarnya mengambil insentif seperti merancang dan mengehadkan kuantiti anak..supaya anak2 kita dijamin masa depan.. esok 2 kku kita kena tinggal pon kita tk menggelupur Sebb selalu suami..CM nie memang jenis kuat main..tu yang tiap tahun kita org perempuan ni beranak Aje.. kdg2 kita tk nk pon tp dipaksa..jd kita ambil protection tuk diri.. sendiri..kali dia tnye ckp je Allah BLM bagi rezeki..ni cdgn akk y ade suami cmni.. supaya kita pon tk terganggu emosi bila anak ramai Sebb bnyk impak negatifnya juga bila anak ramai..anak jd mgsa kemarahan kita..anak2 rase tersisih bila kita sibuk berkerja..kita juga bole jd ibu y zalim..da LA ayahnya dan begitu kita plak pon begitu..apalah nasib anak-anak kita kelak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *