Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Aku seorang ibu kepada 3 orang anak. Mempunyai kerjaya yang stabil. Juga punyai suami yang amat baik lagi bertanggungjawab.
Masalahnya ialah dengan ibu dan bapa mertua aku (yang terpaksa aku gelarkan sebagai atuk dan nenek dari neraka).
Sejak hari pertama perkahwinan lagi, aku dan suami sudah dipinta untuk tinggal bersama sama dengan ibu dan bapa mertua. Suami aku hanya mempunyai dua beradik dan adiknya pula tinggal jauh di bandar M.
Oleh kerana itu, ibu dan bapa mertua mendesak kami untuk tinggal bersama atas alasan rumah mereka sunyi dan terlalu besar untuk mereka berdua.
Untuk info ibu dan bapa mertua tinggal di sebuah rumah semi D yang mempunyai 6 bilik tidur dan 5 bilik air. Oleh kerana itu aku terpaksa bersetuju walaupun hatiku amat berat sebenarnya.
Pada mulanya kehidupan kami baik baik sahaja. Tapi hari demi hari berlalu. Perangai sebenar ibu dan bapa mertua mula terserlah. Mereka sangat suka mendesak kami mengikuti setiap cara mereka.
Mereka juga sangat kuat mengongkong dan tidak menghormati privacy kami suami isteri.
Bayangkan, ada satu hari tu aku baru lepas mandi. Tiba tiba tanpa ketuk pintu, dengan selamba ibu mertua masuk dalam bilik aku dan boleh tengok jer aku berkemban tanpa rasa bersalah. Korang rasa??!!
Selain itu ibu mertua sangat memandang pada rupa. Aku harus akui, kulitku sedikit gelap dan tidak secerah kakakku.
Pada hari perkahwinanku, selepas makan beradap jiran jiran ibu mertuaku terus datang bersalaman dengan aku. Salah seorang dari jiran itu sempat memujiku dan berkata, ‘cantiknya pengantin’.
Cuba teka apa jawapan ibu mertuaku? Dengan selamba dia berkata, ‘alah cantik lagi kakak pengantin ni’. Bayangkan apa perasaan aku tika itu.
Aku sedar kakak aku lagi cantik dariku tapi tak payahlah canangkan kuat kuat begitu di depan orang ramai. Aku sudah mula kecil hati waktu itu tapi aku pendamkan saja dalam hati.
Ibu mertua aku juga sangat kuat cemburu. Dia langsung tak boleh terima kalau suami sku membelikan barang untukku.
Walhal suami tak pernah melupakan ibu mertuaku malah dia pernah membelikan barang kemas untuk ibu mertuaku juga.
Ada sekali tu suami membelikan aku gelang emas. Bila ibu mertua dapat tahu, terus dia menyindir aku selama berhari hari. Ibu mertua siap berkata, ‘mak ni barang kemas seurat pun abah kau tak pernah belikan, semuanya mak beli sendiri’.
Untuk info bapa mertua aku seorang yang agak berada. Punyai banyak hartanah (rumah/tanah).
Cuma yang aku perasan bapa mertua sangat berkira dengan ibu mertuaku. Mungkin sebab itu ibu mertuaku jadi kuat cemburu agaknya.
Yang pelik, ibu mertuaku bukan setakat sakit hati kalau suami membelikan ku barang. Dia juga sakit hati kalau aku membelikan barang untuk ibu bapaku.
Walhal aku pakai duit sendiri kot. Bukan minta duit suami aku. Untuk info ibu bapa aku jenis yang susah. Bukannya jenis kaya raya macam ibu dan bapa mertua.
Pernah sekali dia tarik muka berhari hari bila dapat tahu aku belikan sofa untuk ibu bapaku. Walhal suamiku dah membelikan sofa yang lagi besar untuk dia.
Satu lagi yang buat aku selalu terasa hati ialah ibu mertuaku suka mengutuk aku di belakang. Aku tahu pun sebab aku pernah terdengar sendiri dia memperlekehkan tentang pakaian aku yang tak trendy di depan adik ipar.
Masalah lebih besar mula timbul bila kami dah ada anak. Ibu dan bapa mertua mula mendesak anak anak kami untuk belajar 24 jam sehari. Langsung tak boleh nak bawa kawan kawan datang rumah.
Aku rasa sedih bila anak pempuan aku mengadu yang kawannya di usir di depan rumah. Walhal kawan anak aku (perempuan ya) datang sekejap untuk pulangkan buku dan hanya bersembang sekejap.
Tapi bapa mertua terus berkata, ‘eh pergi balik, pergi balik!’. Anak anak mula rasa tertekan dan tidak seronok berada di rumah.
Sebenarnya dulu anak pertama dan anak kedua, dijaga oleh ibu bapa aku. Anak anak berkata yang mereka lebih suka dijaga oleh ibu bapa aku kerana ibu bapa aku jenis penyayang dan tidak mengongkong.
Bila ibu dan bapa mertuaku pencen, mereka mendesak untuk menjaga anak kami. Kami terpaksa akur.
Apabila aku melahirkan anak ketiga, aku tak nak menyusahkan ibu mertuaku. Maka aku mengupah seorang pengasuh untuk datang ke rumah.
Bila usia anak ketiga aku mencecah 8 bulan, ibu mertua mengarahkan pengasuhku untuk berhenti. Ibu mertua siap suruh pengasuh bagitahu aku yang dia yang nak berhenti, bukan disuruh oleh ibu mertua aku.
Aku cuma tahu beberapa bulan kemudian selepas pengasuh memaklumkan padaku dan minta maaf. Aku pun bingung. Kenapa ibu mertua aku sanggup berbohong sampai macam ni sekali?
Aku dapat rasakan dia nak anak ketigaku lebih manja dengannya. Sebab anak pertama dan keduaku lebih manja dengan ibu bapa aku.
Kemuncak pada kisah ini akhirnya berlaku.
Oleh kerana PKP tempohari, aku memang bekerja dari rumah.
Ibu dan bapa mertua agak tidak berpuas hati kerana anak anak sentiasa berkepit dengan aku. Biasalah kan, kalau dah ibu ada di rumah, pastilah mereka akan melekap dengan aku.
Pagi itu aku, suami dan anak anak keluar hingga ke petang untuk membeli barang sekolah. Kami sampai di rumah kira kira pukul 6 petang.
Anak lelaki aku baru saja nak pegang telefonnya apabila tiba tiba bapa mertua datang dan mengherdik dia. Aku terus memanggil anakku masuk ke dalam bilik kami.
Suamiku yang berada dalam bilik kami pelik mendengar bapa mertuaku bising bising di luar. Aku memaklumkan pada suami apa yang telah berlaku.
Suamiku terus bersemuka dengan ibu mertuaku dan mempertikaikan tindakan bapa mertuaku.
Malam itu aku dan suami turun ke bawah. Suami terus menegur bapa mertuaku dengan lembut, ‘abah nak makan apa apa ke? kami nak keluar beli makanan ni’. Tiba tiba bapa mertua melenting dan terus mengherdik aku. Dia mengatakan aku tiada hak untuk mempertahankan anak aku sendiri. Korang rasa??
Kemudian suami aku membela aku. Inilah kemuncak segala kemuncak. Bapa mertua menerpa dan cuba memukul aku!! Mujur suami cepat cepat menarikku ke belakang badannya.
Kemudian bapa mertua beria ria menghalauku dari rumah. Ibu mertua juga beria ria supaya kami pindah agar emosi anak kami tidak terganggu.
Aku sangat terkejut. Bapa aku sendiri tidak pernah angkat tangan begitu padaku. Bapa aku juga sekali pun tak pernah memukul ibuku. Ini, bapa mertuaku pula cuba memukul aku??
Untuk info bapa mertuaku memang selalu memukul ibu mertuaku. Bapa mertua juga jenis yang baran.
Selepas kejadian itu aku dan suami berbincang dan mengambil keputusan untuk keluar dari situ. Tapi….tiba tiba ibu mertuaku menghalang. Ibu mertuaku siap cakap, ‘alah malam tu benda kecik jer, abah cuma bagi nasihat jer’.
Kalau sampai nak pukul tu dia cakap benda kecik, korang rasa??? Suamiku bertegas juga mahu keluar tapi ibu mertua terus mengugut.
Kalau kami nak keluar, dia pun nak keluar dan jual rumah itu dan langsung tak nak jaga anak kami sebab ibu dan bapa mertua tak nak maruah mereka tercalar.
Tiba tiba pula aku dapat memo dari pejabat yang mengarahkan untuk kembali bekerja seperti biasa. Untuk mencari pengasuh dalam waktu terdekat memang tak sempat. Makanya kami sekeluarga terpaksa bertahan duduk di sini dulu.
Ibu mertua juga mendesak untuk aku memaafkan bapa mertuaku dan kembali mesra macam biasa sebab pada ibu mertua, perbuatan bapa mertuaku tu benda kecil saja.
Aku berkata pada suamiku, maaf, buat masa ni hati aku masih terluka dan sukar untuk aku memaafkan perbuatan bapa mertua.
Korang doakanlah agar aku, suami dan anak anak diberikan jalan yang terbaik untuk menghadapi kesulitan ini. Aamiin2 yra.
Reaksi Warganet
Farhana Een –
Kita sendiri kena apa pun boleh sabaq lagi tapi kalau dah sampai anak anak pun kena, tertekan…. keluar je terus. Pindah senyap senyap masa diorang takde kat rumah.
Pasal anak, sama ada korang suami isteri ambil cuti untuk jaga atau hantar ke taska transit atau minta tolong kawan ke saudara ke apa ke…. janji korang keluar.
Nak tunggu sampai mak dengan anak makan pelempang ke baru nak bertindak? Geram pulak aku
Dhuha Imani –
Pindah je kak. Dia nak jual rumah ke nak wakaf ke ke tu kan hak dia. Tak payah kita sibuk sibuk nak fikir rugi ke apa. Bukan hak kita.
Lagi 1 anak dah sampai terkesan kita nak tunggu apa lagi. Pasal tak ada orang nak jaga anak tu, teruskan mencari, bila dah jumpa orang pindah terus. Jangan beralasan lagi. Dah lama kak menumpang kat sana. Anak pun dah masuk 3. Tiba masa bina hidup sendiri. Biar kita dan anak selesa.
Lagi satu suami beli kan apa apa jangan update wasap ke IG ke. Diam je. Tak siapa akan tahu. Pesan kat suami sama. Kalau nk beli apa apa jangan canang kat mak ayah dia.
Awak pun sama, jangan gatal gatal mulut bagi tahu awak ada beli barang dekat mak ayah sendiri. Elak kan perasaan cemburu dan hasad ibu bapa mentua.
Sue Safiyyah –
Anak sendiri kenapa sibuk sangat harap orang lain jaga. Masalah ni biasa sangat la. Ada anak jaga sendiri.. Taska tu berlambak lambak. Jangan letak masalah perangai orang lain tu sebagai masalah.
Dan yang pasti masalah ni takkan selesaipun kalau setakat buat confession cakap orang tu dari neraka. Unless u dah decide nak stay or nak keluar. Kalau boleh stay lagi accept la each other sebab saling memerlukan kan.
Zaini Za –
Keluar je dari rumah tu. Biar la mereka nak jual rumah tu pun. Rumah tu rumah mereka sendiri kan. Biar mereka buat keputusan hidup mereka. Awak dan suami buat keputusan untuk hidup keluarga kecil awak.
Usahakan untuk cari bantuan lain bagi jaga anak-anak. Mungkin ada pilihan seperti pusat transit dan sebagainya.
Faridah Yusof –
Pindah je lah keluar. Hantar anak pada parents or minta mak datang jaga anak di rumah baru sementara awak jumpa cari pengasuh or pusat transit.
Bertindak segera. Minta parents doakan moga dipermudahkan. Kesian anak anak tu. Biarkan saja drama mertua. Nak halang, nak bising, nak ugut jual rumah, juallah. Awak dan suami masing masing kerja. Tunjukkan awak tak kisah harta orang.
Duduklah asing. Dan nanti baliklah menjenguk dua minggu sekali. Bawak anak anak supaya hubungan tidak keruh. Nanti kena kata menghasut anak anak benci atuk nenek pula.
All the best confessor
Sumber – Menantu Tak Sempurna (Bukan nama sebenar) via IIUMC