Ibu hanya digunakan. Malah ibu turut jadi mngsa anak2 tiri. Jika jiran tak jerit, mti dah ibu masa tu

Foto sekadar hiasan.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kisah aku ini agak panjang. Kalau diringkaskan aku tak puas, izinkan aku lepaskan semua yang terbuku. Yang kusimpan berpuluh tahun, yang aku “fake” kan selama ini dibalik wajah yang ceria, sifat yang kelakor dan penampilanku yang menarik.

Aku lahir dalam keluarga yang caca marba. Ayah aku kahwin dengan ibu sebab nak orang jaga anak anak dia lepas isteri yang dicintainya sepenuh jiwa meninggal. Aku dan adik beradik yang lain tak tahu macam mana boleh ada, itu persoalan aku dari kecil lagi

Ibu tak pernah dilayan selayaknya seorang isteri. Dikasari bukan secara fizikal, tetapi mental. Dihina, dicaci, dijerkah setiap hari kesannya lebih hebat dari pend3raan fizikal.

Ibu yang kulihat dalam gambar gambar lamanya seorang wanita manis, bergaya dengan tubuh kecil molek 200% berbeza sungguh dengan ibu yang ku lihat dari kecil hingga sekarang.

Berbaju lusuh tiada segram emas pun di badan, tudung diikat sahaja, berwajah lesu dengan sepasang mata yang sentiasa berair. Walhal ayahku pegawai kerajaan. Dirinya sentiasa kemas berbaju kolar jenama Crocodile, D’urban dan sebagainya

Didikan ayah pada kami ni lain benar. walhal kami tinggal di bandar. Background bukan teruk sangat. Tapi perlu melalui kehidupan yang cukup payah, sentiasa kesempitan wang. Untuk makan hari hari pun sekadarnya sahaja.

Kami dapat makan berat sekali sehari. Makan sejenis lauk saja, kami akan makan dengan banyaknya untuk hari itu seolah kami tidak akan makan lagi kerana esok entah jam berapa kami dapat makan lagi.

Dulu aku selalu merenung gambar makanan sambil membayangkan aku memakannya hingga tertidur.

Bila adik adik lapar, aku cari biskut lalu ditumbuk dan dicampur dengan susu pekat manis. Dulu waktu adik adikku masih bayi semua minum susu pekat manis sampai kami pelik bila tengok susu tepung sepupu kami. Walhal ayah kami pegawai kerajaan.

Aku yang sulung, masih sekolah rendah lagi tapi ayah layan aku seperti orang dewasa. Aku keliling kawasan perumahan mencari pucuk ubi, belimbing untuk dimakan bila sesak tiada lauk mencari barang lusuh untuk dijual.

Aku disuruh ke kedai beli barang atau berhutang barang. Ke pasar jalan kaki seorang diri atau dengan adik melintas jalan utama yang sesak. Allah jualah yang menjaga kami selama ini.

Kalau keperluan asas pun tak cukup apatah lagi kehendak lain. Baju tak pernah berganti, mengharapkan ihsan orang.

Bila ada orang bagi baju, kami lah yang paling gembira memungggah baju seolah mendapat baju baharu. Walhal yang kami dapat selalu baju fesyen lama, dah koyak sikit, luntur warna, besar sangat.

Bila koyak jahitlah sampai aku yang sekolah rendah dah pandai menjahit sebab pakaian selalu koyak sampai reput dan rabak kami pakai juga.

Dikala rakan lain berbangga dengan baju cantik ditayang semasa hari terbuka di sekolah, aku diejek kerana berbaju lusuh, lama dan berbau hapak. Bedak baby pun kami tiada apatah lagi wangian. Sedihnya ketika itu, aku pujuk diri sendiri. Walhal ayah pegawai kerajaan.

Di sekolah aku murid yang selalu dipinggirkan. Tiada keyakinan diri kerana sedar keadaan diri yang miskin hina. Bila jamuan, tiada makanan yang boleh dibawa. Aku jamah sikit makanan sebab perit telinga diejek kawan, tapi pekakkan telinga tapau makan untuk adik adik kat rumah.

Bila sesi tukar hadiah aku jadi nervous sebab aku selalu terpaksa bagi barang terpakai sampai kawan rasa macam sumpahan kalau dapat hadiah dari aku. Boleh nangislah masa tu juga.

I’m sorry! Walaupun luarannya miskin tapi aku tak layak dapat bantuan SPBT kerana ketika itu hanya yang bergaji rendah sahaja yang dapat. Aku sering dimarahi cikgu kerana tak siap homework, macam mana nak siap buku teks takde.

Yuran dulu kena bayar tapi selalu kena marah sebab tak bayar. Malu bila kawan kawan ejek. Rasanya mesti ramai cikgu yang tolong bayarkan, moga Allah jua membalas jasa mereka. Cikgu payah nak terima sebab ayah kan pegawai kerajaan tengok slip gaji boleh tahan banyak gajinya.

Kawan yang ayahnya kerja Alam Flora angkat sampah duduk rumah flat 1 bilik pun boleh bayar yuran on time. Aku tak layak RMT tapi selalu kelaparan hingga cikgu beri peluang aku jadi pengganti.

Kawan complaint makanan tak sedap aku tak reti nak cerewet bagiku dapat makan dah best sangat. Ayah pegawai kerajaan tak seharusnya aku begitu

Mengenai ayah, seorang duda beranak lima sebelum kahwin dengan ibu. Anak anaknya semua tunggang langgang, kerana kecewa isteri meninggal muda ayah tak move on. Biarkan anak anak dia tak tentu hala membesar tanpa bimbingan. Semua tak jadi orang.

Awal punca memang ayah salah tapi dah besar tua bangka masing masing boleh fikir baik buruk kot. Ibu adalah watak terbalik dalam drama cliche ibu tiri. Ibu akulah mngsa d3ra anak anak ayah.

Habis emas ibu digadai termasuk pusaka keluarga ibu untuk menyekolahkan anak anak tiri. Tapi dibalas dengan sikap kurang ajar, keluar masuk penjara dan hampir memusnah hidup kami. Semua dengan sikap yang sama saja menyusahkan ibu.

Masih segar di ingatan, ibu hampir dibaling batu bata. Jika jiran tak jerit, mti dah ibu masa tu. Dibaling helmet ketika ibu mengandung adik, dilempar kerusi, diludah, dicaci, dimaki dan pelbagai lagi peristiwa yang cuba aku padamkan tapi makin kuat ia mencengkam hati ini.

Pedih hati ini melihat air mata ibu mengalir deras setiap kali dirinya disakiti sambil menjerit meminta aku menyelamatkan adik adik. Aku dukung adik adik masuk bilik, kunci dan menangis teresak esak sambil memeluk mereka yang bingung tak mengerti. Aku rasa useless tak dapat protect ibu masa tu.

Semua perbuatan jahat ini dilakukan oleh semua anak anak tiri lahanat tu. Semua kurang ajar dan biadap! Ayah? Aku tak tahu siapa ibu pada dia.

Aku gadis kecil yang memaksa diri membesar, terpaksa menjadi matang dan punya alam kanak kanak yang penuh peristiwa hitam.

Tidak seperti terlihat di luaran, kecik kecik dah lawo orang kata. Wajah unik ‘gifted’ yang boleh buat orang toleh dua kali bila terpandang sikit pun aku tak rasa bertuah lebih pada rasa macam bala.

Aku yang masih kecil menjadi mngsa ped0filia. Sang pelaku adalah lahanat abang tiri dan 2 orang pakcik aku. Orang yang sepatutnya melindungi aku mengambil kesempatan atas sikap sambil lewa ayah dan kesibukan ibu uruskan keluarga.

Aku cepat mengerti itu perbuatan terkutuk, lantas aku rangka strategi melindungi diri dan adik perempuanku. Bila abang tiri pulang atau pakcik datang melawat aku jadi gelisah.

Aku ekori adik aku kemana sahaja. Aku asingkan mereka, bila tiba malam aku jadi burung hantu. Aku kunci pintu, letak barang berat depan pintu dan jadi jaga. Demi adikku aku tak mahu ada lagi yang jadi mngsa. Hingga kini aku benci betul ped0filia.

Ingin aku tegaskan menurut American Phyc0logy Association (APA), ped0filia ialah sejenis penyakit mental. Tak patut hidup dalam kalangan manusia normal. Selayaknya mereka dihumban ke dalam api hidup hidup.

Kesan psikologi atas segala peristiwa itu aku menjadi seorang gadis yang terlalu berhati hati dengan lelaki. Tiada boyfriend, rendah diri walaupun ada saja lelaki yang ingin ‘mengorat’, tapi panas baran, kuat memberontak dan terlalu berdikari.

Istilah ‘gifted’ memang sesuai benar untuk menggambarkan diri aku. Yang aku anggap bala, tapi adalah kurniaan Allah yang amat menyayangiku. Bayangkan, aku kan miskin, ayah tak peduli pasal education, ibu letih uruskan keluarga.

Basically tiada galakan belajar. Aku tak pergi tuisyen macam orang lain. Harap pergi kelas NADI percuma jalan kaki soran,g balik rumah jam 10malam. Buku teks pun tak cukup apatah lagi buku tambahan yang cikgu suruh beli. Orang lain dah separuh buku digunakan, aku baru mampu beli. Selalu jadi mngsa amukan cikgu, dek kerana selalu ponteng, takde buku.

Seingat aku kamus lusuh belacan english-melayu-cina lama milik salah sorang abang tiri (dia tak pernah pakai pun rasanya) yang banyak bantu aku belajar meskipun orang lain pakai kamus oxford fajar edisi terkini.

Allah saja tau betapa strugglenya aku ketika itu. Tapi sebenarnya Allah tengah lorongkan aku ke arah jalan yang bakal mengubah hidup aku. Dalam hal ini, melalui cikgu cikgu yang paling kuat mengamuk kat aku tadi. Sebenarnya disitulah kunci pada kejayaan aku hari ini

Entah macam mana, aku jadi pelajar cemerlang, 5A UPSR, masuk sekolah kluster antara terbaik di Malaysia. Sekelip mata pandangan jelek rakan bertukar. Yang sombong dari darjah satu tiba tiba mesra. Semua guru kagum aku terpilih ke sekolah berprestij tu.

Kisah aku menjadi sejarah di sekolah itu dan buah mulut selama beberapa tahun. Manakala yang galak menghinaku tak kemana. Hingga ke hari ini segan sendiri kalau bertembung denganku. Aku melangkah bergaya keluar dari alam sekolah rendah

Fast forward life sekolah menengah masih struggle. Tapi peluang ke sekolah elit kluster telah membuka minda dan perspektif terhadap masa depan, berubah lebih optimis.

Rakan rakan di sana bukan kaleng kaleng, anak dato, tan sri, yang tiada gelaran pun kaya raya, balik dijemput driver tapi tidak sombong atau berlagak. Masih santun pada guru dan tak pilih kawan. Tapi dek kerana rasa rendah diri yang masih tebal aku kekalkan sempadan persahabatan.

Aku masih dihimpit tekanan, masih menerima gangguan sek sual dan miang dari abang tiri dan kawan ayah. Tapi aku bijak dan lincah mengelak. Sehingga suatu hari aku terleka, aku hampir dirgol abang tiri yang mabuk. Aku diselamatkan oleh seorang lelaki yang akhirnya mengubah seluruh hidupku

Selepas peristiwa hitam tu aku tak menoleh lagi. Aku nekad mahu lari sejauhnya dari keluargaku. Ayah tidak akan membelaku. Nasibku hanya aku yang mampu ubah.

Aku belajar kuat kuat hingga tak balik rumah, tidur rumah kawan. Waktu cuti sekolah aku kerja tapi duit aku bagi ayah sebab kesian adik adik tak cukup makan. Tapi ayah fitnah aku pada guru aku, dia kata aku liar, selalu lari rumah.

Aku teruk dimarahi guru hingga tak tertelan nasi depan mata. Malu pada rakan yang tak tahu cerita sebenar. Sekali lagi aku ‘diselamatkan’ seorang guru. Namaku jernih semula

Aku berjaya dalam SPM, dapat tawaran menjadi guru. Ayahku yang berfikiran sempit marah marah sebab katanya cikgu tak masyuk, tak glemer macam mana nak bagi dia duit bila dah kerja.

Aku tak peduli pun masa tu, minat jadi cikgu tak pernah ada pun. Yang aku tahu yuran masuk cuma RM300, tiap tiap bulan ada elaun, ok boleh survive.

Aku yang degil ni minta ayah hantarkan ke maktab. Ayah ungkit segala belanja dia untuk aku. Walhal dia keluar duit tak sampai RM500 or maybe lebih sikit sebab aku tak kira duit minyak dan tol

Satu hal yang masih terkesan dalam hati, waktu aku mula daftar maktab, mereka minta ‘penjamin’ untuk tandatangan borang perjanjian. Syaratnya pegawai kerajaan gred A. Tidak lain tidak bukan, makcik ku berpangkat besar itu.

Namun kecil hati sungguh aku bila dia kata dia tak boleh dan statement dia memang mengguris hati aku, “kalau kamu langgar perjanjian dan dibuang kolej nanti kena bayar RM150k tau sebab aku penjamin”. Apa teruk sangat ke aku ni sampai boleh kena buang?

Ayah jerit jerit pulangkan borang perjanjian kosong dan kata aku menyusahkan dia. Lalu aku bawa borang tu pada sorang hamba Allah yang takde pertalian drah pun dengan aku dan ditanda tangan tanpa sepatah pun alasan. Alhamdulillah, takkan ku lupa jasa beliau

Aku jalani kehidupan di maktab dengan penuh warna warni suka dan duka. Bertemu sahabat sahabat sejati. Ayah aku 2 kali je muncul di maktab sepanjang pengajian aku. Masa hantar aku daftar dan masa pulangkan borang tu.

Segala wang dia keluarkan aku dah bayar melalui wang sagu hati pelajar cemerlang yang diberikan kerajaan negeri. Semua aku bagi dia sebab malas dengar dia ungkit. Sebab aku kan bijak dah expect aku kena survive sendiri sebabtu aku pilih belajar di maktab tapi elaun selalu masuk lambat pulak.

Disini takdir Allah selalu menyebelahiku. Lelaki yang menyelamatkanku masa zaman sekolah pernah cuba aku hindari. Tapi dah jodoh kot, boleh pulak tempat kerja si dia berhampiran dengan maktab.

Sejak itu, kehidupan aku menjadi semakin mudah dengan kehadiran si dia yang sentiasa mengambil berat kebajikanku. Tiada masalah wang saku, malah dengan elaun ini aku mampu beri wang belanja pada ibu dan menghantar adik aku belajar. Subhanallah tiada dayaku melainkan dengan izinNya

Fast forward lagi memang takde can lelaki lain nak masuk jarum dah aku berkepit je dengan si dia. Habis belajar kami kahwin tanpa restu ayah. Ayah menentang keras sebab si dia biasa biasa je.

Aku kan rebellious, rebel is my middle name. Dari kecik aku fight untuk hidup aku dan I will keep fighting for my life. Ibu beri restu, itu yang paling utama

Panjang betul kan cerita aku? Aku hargai orang yang sudi baca.

Ayah aku jatuh sakit beberapa tahun lepas pencen. Hilang upaya kekal, tapi mulut kekal bisa. Masih memaki ibu tanpa sedar hanya ibulah yang masih sudi melayaninya.

Disini aku melihat kifarah Allah pada dia dan betapa mahalnya hidayahNya. Bersambung…

Untuk Part 2, klik link dibawah :

Atas dosanya, ayah mula terima kifarah. Derita yang kami hadap dulu, mula terubat. Mentari muncul lagi

Aku melihat wang pencen dan gratuti bernilai puluhan ribu ringgit hangus..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *