Aku nekad cari ‘Maya’. Sebaik pintu dikuak aku terkedu. Mana mungkin. Aku melutut. Mulut ustaz terkumat kamit bacakan sesuatu

Sambungan dari Part 1

Untuk Part 1, klik link dibawah :

“Kalau Maya dah mti, siapa yg hantar ‘belaan’ nih”. Lps Maya dirgol kwn2, aku lari. Aku tergamam sebaik kisah sbenar didedahkan

Aku private message dengan Nabilah. Jawapan yang aku dah duga, Nabilah kenal dengan Maya. Tapi kata Nabilah, Maya yang dia kenal tu merupakan anak yatim piatu. Yang dia jumpa semasa program anak angkat anjuran sekolahnya dulu.

Dia sering telefon Nabilah, dan Nabilah pon senang dengan dia. Aku decide nak jumpa si Maya junior ni melalui Nabilah. Aku sewa kereta Viva, terus shoot balik ke KL.

Sesampainya aku lebih kurang pukul 6 petang di kawasan rumah anak yatim itu, aku terus berjumpa dengan penjaga rumah itu, dan menanyakan tentang Maya. Beliau cuba cari, dan akhirnya dia kata Maya sudah dihantar ke rumah mak dan ayah angkat di area Mantin. Aku cuba dapatkan alamat dan nombor telefon, tapi seakan penjaga tu berkeras tak berikan kerjasama. Yelah sudah jadi amanah dia kan.

Aku minta Nabilah cuba hubungi Maya. Nabilah sendiri pelik, Maya tak pernah bagitahu dia dah tinggal dengan mak dan ayah angkat baru. Maya angkat call Nabilah, dan dia berikan alamat.

Yang aku dan Nabilah pelik, Maya siap cakap, “Akak datang dengan kawan laki kan? Dia yang nak cari Maya kan?”. Macam mana dia boleh tahu? Seram sejuk aku dengar. Aku rasa macam berat nak pergi. Macam ada sesuatu yang bakal terjadi di sini.

Aku masuk diperkarangan pagar rumah, terdapat satu rumah kayu, cantik, laman yang bersih, tetapi gelap. Lampu dekat bahagian bawah sahaja terbuka.

Kami memberi salam, keluar seorang gadis cantik, tidak bertudung, menyuruh kami masuk. Kami dihidangkan kopi dengan biskut kering. Perempuan tu kata nanti ayah turun. Aku cuit Nabilah, Jangan makan atau minum, aku rasa tak sedap hati, nasib Nabilah faham.

Bunyi tangga, seakan ada orang turun, kelibat orang tua, atuk dan nenek tersenyum melihat kami. Kami bersalam dan disuruhnya duduk. Belum sempat aku nak tanya pasal Maya, terus Haji Dolah berkata,

“Anak cari Maya kan? Tadi penjaga rumah anak yatim ada telefon pak cik, mereka bagitahu anak mencari Maya kan?”. Kami mengganguk. Terus nenek tu bersuara, “Perempuan tu dah lama tak tinggal kat sini. Menyusahkan orang, gatal macam orang kena rasuk”.

Aik, aku dah mula pelik. Aku cakap dekat mereka, “Maya yang bagi alamat rumah ni, bukan penjaga tu yang bagi. So dia masih tinggal kat sini lah kan atok?”. Atok dan nenek menggelengkan kepala, atok berkata,

“Dah dekat 9 bulan dia tinggalkan kami. Setelah dia guna gunakan menantu kami supaya bercerrai dengan anak kami, aku halau dia keluar dari sini”. Subhanallah, mengurut dada aku sekejap. Konflik Maya ni semakin menjadi jadi.

Lepas tu, atok berkata lagi, “Eh, sapa yang hidang air untuk korang ni? Yang tinggal dekat rumah ni kami berdua je”. Perghh lagi berderau jantung aku. Nabilah dah pucat lesi. Kami ceritakan susuk tubuh perempuan tu, tiba tiba nenek menangis.

Nenek cakap karakter yang aku ceritakan tadi macam aruwh anak perempuan dia yang mti bnuh diri selepas suami dia cerraikan dia. Aku tak fikir banyak, terus minta diri, tapi dihalang oleh mereka. Mereka suruh kami bermalam di rumahnya dahulu, sebab malam dah semakin kelam. Aku mengganguk lemah, sama seperti Nabilah.

Aku baru nak lelapkan mata, ada orang ketuk bilik aku. Nabilah menangis. “Eh kau ni kenapa?”, tanya aku. Dia tunjuk mesej Maya, ‘Sekarang kau pon dah terjebak sama dengan Rin, kau akan mti dengan dia’. Aku dengar terus tersandar dekat dinding, aku tak tahu dosa aku yang dekat 13 tahun dulu masih menghantui hidup aku sampai sekarang.

Aku dengar sesuatu dari bilik sebelah aku, bunyi seakan ada orang memuji mantera. Perlahan lahan aku hampiri bilik itu. Nabilah dah pegang hujung baju aku.

Bamm! Bunyi kuat dalam bilik tu. Atok keluar dari biliknya dan tanya aku nak buat apa pergi ke bilik tu. Bilik tu atok dah pagarkan supaya tiada sapa boleh masuk, sebab itu bilik Maya dahulunya.

Pagi pagi aku dah minta izin atok dan nenek keluar awal untuk melawat kawasan perumahan aku dahulu. Terus aku pergi jumpa dengan anak Mak Leha, untuk bertanyakan tentang Fahmi.

Azim cakap Fahmi ni satu kampung cakap dia giila. Mak ayah dah tiada, meraih simpati di kedai kedai makan untuk bagi makan minum dia. Tiba tiba seminggu sebelum dia meninggal, dia sering lalu lalang depan rumah aku, dan dialog dia suka sebut macam ni, “Aku kena bagitahu Rin”. Banyak kali dia sebut. Itu pasal si Azim ni tak bagi no telefon aku. Rupanya si Fahmi ni dah gila.

Perkara yang paling aku terkejut ialah, bila Azim cakap, tahun 1999 setahun selepas aku pergi tu, kampung kita masuk suratkhabar. 4 orang myat rakan baik dijumpai di dalam pasu besar yang ditanam di bawah rumah Pak Ramli. Weiii, sumpah aku tersembur nescafe dekat muka Azim.

“Biar betul weii, masa mak kau meninggal, Pak Ramli ada siap tegur aku. Si Din pon ada lepak dengan aku dekat bangku depan tu haa”, kataku. Azim cakap, “lepas mak aku meninggal, banyak peristiwa aneh jadi. Contohnya, aku tak panaskan air. Tiba tiba cerek berbunyi”.

Aku tanya kepada Azim akan perihal rumah Pak Ramli yang terbakar tu. Azim cakap, “Yelah, satu kampung ingat Pak Ramli sekeluarga mental. Ada satu malam aku dengar orang kecoh kecoh. Rupa rupanya rumah Pak Ramli terbakar. Yang terk0rban Pak Ramli dengan bini dia, dan anak dia yang sebaya kau tu”, perghh aku terkelu nak cakap apa. Habis kalau Maya dah mti, siapa yang hantar belaan untuk kacau aku nih?

Terus aku tanya Azim, “Wei, Maya ada adik ke?”. Azim cakap ada. Masa aku berhijrah dulu, mak si Maya ni tengah mengandungkan adik Maya. Luluh jantung aku, perasaan bersalah sangat sangat aku rasakan. Walaupon aku tahu mungkin kesudahan cerita aku dan Maya ni, kemungkinan aku akan mti, tapi apa yang aku dah pernah lakukan pada dia dulu, sangat sangat perit untuk ditelan oleh Maya.

Aku minta Azim bawakan kami ke kubur mereka. Aku menangis dan sedekahkan Al-Fatihah untuk Maya sekeluarga. Azim cakap adik Maya selamat sebab masa tu adik dia masih bayi dan dikuarantinkan di hospital disebabkan ada simptom penyakit. Penyakit apa pon aku tak tahu.

Aku jadi buntu, aku tak tahu mana tempat aku mahu pergi lagi. Nabilah dah mula curiga dengan sikap aku. Aku drive balik ke Utara petang tu jugak. Dalam kereta, Nabilah bertalu talu tanya pasal misteri si Maya ni.

Aku ceritakan dari A-Z apa yang terjadi antara aku dan Maya. Tak pasal pasal aku kena sepak, Nabilah cakap aku bdoh, pentingkan diri sendiri. Aku diam, aku menangis dalam tak sedar, aku rasa aku bersalah sangat. Kalaulah Maya masih hidup, memang aku nak sangat tebus balik silap aku tu.

Highway Taiping sungguh sunyi malam tu. Aku rasa selalu aku turun ke terowong menora tu mesti banyak kereta, tak pun lori, ini sebijik pon tak ada. Aku senyap, aku tengok Nabilah dah sedap tidur.

Tiba tiba dari jauh aku nampak macam ada myat lengkap dengan kain kapan, macam pocong, baring tengah tengah jalan. Aku perlahankan kereta, aku kejut Nabilah untuk pastikan aku tak mengantuk dan apa yang aku nampak tu betul. Nabilah dah start menjerit jerit, macam orang kena rasuk.

Aku park kereta dekat bahu jalan. Dalam masa yang sama pocong tu entah bila masa dah bangun tegak berdiri depan kereta aku.

Nabilah menjerit macam orang giila, aku jadi buntu. Terus masuk gear 1, aku langgar pocong tu, tembus kereta! Aik, ahh janji aku tak apa apa, Nabilah masih meronta ronta, tiba tiba dia senyap. Masa tu aku drive dah sampai area Bukit Merah.

Nabilah pandang aku, dia bersuara, “Awak rindu saya tak?”. Pergh dengan buat gaya macam Maya. Aku senyap pandang ke jalan, sambil drive laju ke tempat yang terang. Aku berulang kali cakap,

“Naafkan aku Maya. Aku tahu aku pernah aniaya akak kau Maya, tapi tuhan dah hukum aku. Aku sampai ke hari ini tak pernah tenang. Tolong bukakan hati kau untuk maafkan perbuatan aku”. Nabilah senyap, tiba tiba dia cakap ‘Cari aku’.

Aku park kereta selepas Tol Juru, aku turun kereta kejutkan Nabilah. Dia sedar, tapi dia kata dia pening sangat sangat, dan tanya aku apa yang dah jadi? Aku senyumkan je. Aku pening, macam mana aku nak cari Maya. Aku jujur dulu aku memang jahil, tak pernah terfikir soal ustaz ustaz ni. Tak pernah fikir nak pergi pusat perubatan islam.

Aku call member aku, “Wan, kau masih ada simpan nombor ustaz yang tempoh hari kita pergi tu?”. Syukur wan kata ada. Sebelum ni aku pernah pergi jumpa ustaz tu, sebab ada kes dekat kolej aku ada budak kena hysteria, aku tolong temankan wan. Sebab dia ni MPP university aku, so dia kena lah concern kes kes macam ni.

Aku terus call Ustaz Zain. Ustaz cakap masa aku datang tempoh hari memang dia perasan ada someone ikut aku, tapi dia ingatkan budak yang hysteria tu punya saka. Tapi bila dia dah buang, benda tu masih ada diluar. Ada ke patut ustaz tu cakap dia ingat memang aku membela, haha.

Aku ceritakan masalah aku terus ke Ustaz, sambil aku masih di tol Juru, nak drive pon macam tak larat lepas apa yang jadi. Ustaz cakap dia boleh berkomunikasi dengan benda tu dari jauh, perghh power sungguh ustaz ni, walaupun muda. Dia suruh aku cari hotel di Penang dahulu, dia akan jumpa aku tengah hari esok di sana. Ustaz cakap, orang yang menghantar tu ada tinggal di Baling, Kedah, dan dia ajak berjumpa.

Keesokannya, kami berjumpa ustaz. Ustaz bagi air penawar bagi kuatkan balik semangat kami. Ustaz kata kejap lagi semangat tu perlu, macam macam akan jadi. Aku angguk tanda setuju. Nabilah kena ikut sekali kerana Maya pernah ugvt untuk bnuh dia sekali. Ustaz ada panggil beberapa orang ustaz lagi tolong kami. 3 kereta pergi ke Baling. Seakan tahu hari bakal menjadi satu pengalaman yang dahsyat, hujan lebat mula membanjiri di sekitar Baling.

Kami sampai di suatu rumah usang, terletak di hujung kampung. Berlari kami turun kereta dan terus pergi ke bawah rumah.

Assalamualaikumm, tiada orang menyahut. Tiba tiba kami dengar bunyi seakan loceng, dekat reban ayam rumah. Perlahan lahan kami melangkah. Alangkah terkejutnya kami melihat seorang lelaki dengan kaki yang terikat besi, dibiarkan basah dibelakang reban ayam. Kami nak bukak, tapi dihalang ustaz. Aku syak itu menantu Haji Dolah sebutkan hari tu, yang terkena guna guna Maya.

Bunyi tapak kaki berderap di atas, kami nantikannya penuh sabar. Pintu dikuak perlahan. Keluar seorang perempuan, berkain batik, berbaju t-shirt. Jantungku berdegup kuat, mukanya sebijik macam Maya! Maya menjerit, “Aku nak kau mti!”, sambil tunjuk jari ke arah aku.

Aku berlutut dan cakap, “aku minta maaf dekat kau Maya. Aku tahu apa yang aku buat dekat akak kau adalah satu perbuatan yang terkutuk sekali. Tolong ingat Allah, aku betul betul menyesal. Kalau aku mti sekalipon tak boleh nak kembalikan akak kau Maya!”. Maya terus masuk ke dalam rumah, bammm! Pintu ditutup kuat. Aku pandang ustaz, ustaz terkumat kamit membaca sesuatu.

Nabilah dari tadi senyap sahaja. Aku perhatikan tindak tanduk Nabilah macam ada yang tak kena. Dia berjalan perlahan lahan ke belakang rumah. Tiba tiba dia mencapai pisau yang terlekat di buah kelapa, terus menghunus perutnya. Gelabah kami terus pergi ke Nabilah, dan cepat cepat menghubungi ambulance.

Aku balut perut Nabilah dengan sweater aku sementara tunggu ambulance tiba. Kami cuba pecahkan pintu hadapan, tapi tak dapat. Ustaz kata dia dah pagar rumah ni, kedengaran suara Maya ketawa dari dalam rumah.

Ambulance sampai dan terus menguruskan Nabilah. Tiba tiba enjin ambulance mti sendiri, seakan Maya tidak merelakan van itu pergi, dan Nabilah akan mti perlahan lahan. Kejam sungguh Maya.

Ustaz Zain merapatkan diri ke pintu rumah, membaca sesuatu, dan tiba tiba pintu itu terbuka dengan sendrinya. Ustaz masuk keseorangan, bamm! Pintu itu tertutup kembali. Sunyi seketika, tiba tiba Nabilah bersuara,

“Rin, engkau sahaja boleh selesaikan masalah ni. Ikutlah ustaz, masuklah ke dalam”. Aku berjalan perlahan lahan, bamm! Pintu terbuka, aku berjalan masuk perlahan lahan, of course, pintu tertutup kembali.

Bulu romaku dah meremang tahap dewa, sunyi, gelap, aku perasan seperti aku duduk di tempat lain. Di hadapanku ada terdapat patung manusia, seakan bersila. Aku terasa bagai kawasan itu kemerah merahan. Aku berjalan lagi, aku dengar bunyi ‘hurmm’, rapat benar dengan aku. Aku pandang keliling, kosong.

Dalam hati rasa macam nak menangis, tapi macam mana sekalipun, kisah Maya ni mesti ada kesimpulannya. Aku capai telefon, aku pasang lampu, mti, telefon aku mti. Aku tarik nafas panjang, aku duduk bersila, aku berzikir, membaca 3 qul, ayatul kursi dan rukyah.

Aku pejam mata. Aku terasa panas, panas ya amat, tetapi aku tak berhenti berzikir. Tiba tiba ‘Rin bila kau masuk sini’. Aku dengar suara ustaz, aku buka mata perlahan lahan, kosong, mulut aku terkumat kamit tak berhenti berzikir. Dalam benakku, apa nak jadi, jadilah.

Tiba tiba, aku rasa lantai yang aku duduk, bergetar, makin lama, makin kuat. Seakan ada orang berlari ke arah aku. Korang nak tahu apa jadi? Zuppp, kepala Maya, tanpa badan menyeringai depan muka aku, sambil ketawa. Zikir aku terberhenti. Aku blank, seakan lidah terkelu. Maya pandang tepat ke mata aku, dia berhenti ketawa, ‘kau takut?’.

Aku tak boleh nak bersuara langsung. “Aku adik Maya, Maya suruh aku bnuh kau”. Aku gugup, entah macam mana aku dapat tenaga, aku bangun, “Maya dah mti, kau syaiitan! Bukan aku yang bnuh Maya, kenapa kau cari aku?”. Dia gelak, tiba tiba bammm! Aku nampak cahaya, seakan akan suara bergema, aku dengar kawanan manusia membaca al-quran. Maya mengilai menangis, gelap, aku pengsan.

Aku tersedar. Depan aku ada seorang hamba Allah dalam lingkungan 50-an, seakan ustaz. “Dah sedar pon, nah minum air ni”. Aku menuruti sahaja. Aku menoleh ke kanan, aku melihat ada 4 myat yang dah ditutupi kain putih, subhanallah. Aku takut, aku takut amat sangat, terasa macam aku dapat rasakan aku dah kehilangan seorang lagi kawan.

Aku buka satu persatu. Allah. Nabilah, Ustaz Zain, Munir (lelaki yang digari tadi) dan Maya. Aku menangis tak terhingga, aku tak sangka dosa yang aku buat ni sampai meng0rbankan banyak nyawa. Ustaz Halim memelukku dan bercakap, “telah tertulis apa yang jadi, setiap perkara ada hikmahnya. Adik masih muda, bertaubatlah, cari hidayah Allah”.

Selepas seminggu kejadian, kolej aku kecoh, ada polis datang. Aku kena tangkap, guess what? Semua yang aku pernah buat sebelum ni, Maya ada tulis di diarinya, dan disambung penulisannya oleh adik Maya.

Dua kali aku kena lempang dengan bapak aku. Aku tak salahkan dia, memang selayaknya aku kena. Umur tak sampai 10 tahun, perangai dah macam syaiitan. Tapi aku bersyukur, sebab masih dikurniakan nyawa. Aku sikitpon tak kisah orang herdik aku, hakikatnya, aku dah lama bertaubat.

Aku dipenjarakan setahun dan dikenakan denda. Disebabkan waktu itu berlaku aku masih dibawah umur, sepatutnya aku dihantar ke Henry Gurney, tapi umurku sekarang sudah menjangkau 20an.

Aku membuat permintaan pada polis untuk baca diari tu. Puas aku buat rayuan, dia kata bahan bukti tak akan diberikan kepada pesalah. Nasib baik, ada seorang pegawai ni saudara aku. Dia letak syarat, aku boleh tengok, tetapi hendaklah baca di balai, sambil dipantau oleh anggota. Aku setuju.

Aku baca dari awal hingga akhir, aku menangis. Bukan aku sebenarnya mngsa utama kerakusan belaan Maya tu, tetapi mangsa utamanya ialah Fahmi, budak psycho yang selalu kacau Maya masa zaman sekolah dulu.

Fahmi sering menghendap Maya mandi, dan sering kacau Maya setelah aku tinggalkan dia. Dan seperti yang aku sangka, Fahmi telah banyak kali mergol Maya dan mengvgutnya, jika Maya report pada siapa siapa pasal aktiviti dia, dia akan bagitahu satu kampung pasal ketelnjuran aku dan Maya, dan kes rgol Maya dengan kawan kawan aku.

Bdohnya lahai Maya, kenapalah kau masih back-up aku sedangkan aku dah tinggalkan kau. Aku menangis. Walaupun kawan kawan aku pernah buat salah dengan Maya, masing masing dah datang minta maaf kepada Maya, dan Maya terima kemaafan mereka.

Walaupun perangai kawan kawan aku macam syaiitan, tapi dorang suka menolong, walaupun aku masih tak setuju tentang apa yang pernah dia buat pada Maya.

Tertulis di diari Maya, kawan kawan aku pergi pukul Fahmi, dan ugvt Fahmi untuk diberitahu pada keluarganya. Fahmi yang umur baru berapa tahun tu, letak racun tikus dalam bekal makanan kawan kawan aku di sekolah. Projek ini dijayakan dengan pertolongan ayah si Fahmi, yang menjadi mastermind. Rupanya satu family psych0.

Kawan kawan aku ni suka makan bekal bila balik sekolah. Selalu time nak mandi sungai. Akhirnya pada hari tu, merupakan hari terakhir mereka makan bekalan ibu masing masing.

Ayah Fahmi ugvt Maya untuk tanam myat mereka dekat belakang rumah Maya. Pada masa yang sama Bapak Maya memberi upah untuk simen laman rumah kepada Ayah si Fahmi ni. Setelah ditanam, dan kemudiannya disimen, ini semua diceritakan oleh Maya, dan tak terkecuali, Maya turut menjadi mngsa kerakusan nfsu ayah Fahmi.

Ini semua terjadi sebab family Maya yang terlalu open minded dan tak selalu ada dirumah. Setakat itu yang aku baca, sebahagian diari penuh dengan drah kering, yang aku sendiri tak dapat nak baca.

Terpulang kepada anda semua, sama ada nak percaya atau tidak, tapi dulu kes ini pernah menggemparkan Malaysia. Aku jadi hilang arah, tapi bila aku dekatkan diri pada Allah, aku jadi tenang.

Sekarang mungkin disebabkan dosaku, aku masih tak berkahwin lagi. Tetapi apa yang penting, setiap apa yang berlaku mesti ada hikmahnya, dan aku bertaubat padamu ya Allah.

Sumber : Fiksyen Shasha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *