Suami ada H1V, aku terima. Bila tarmus nye aku buang, suami tiba2 mengamuk. Aku mula menyesal

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum. Saya baru berkahwin sebelum puasa. Sekarang menetap bersama suami. Saya seorang pendendam dan sukar nak maafkan. Sekali tercalar, ambil masa lama untuk pulih.

Sebelum berkahwin, saya tahu sejarah suami saya. Dia ada penyakit H1V tapi bukan salah dia. Dia mngsa keadaan.

Lama saya berfikir, saya jumpa kaunselor. Saya pergi kaunseling dengan doktor pakar, saya minta nasihat daripada yang pakar mengenai H1V. Ya, mereka benarkan kami berkahwin. Saya buat istikharah. Saya percaya keputusan saya adalah betul.

Kenapa saya terima dia? Pada mata saya, dia seorang yang sangat baik. Saya melihat cara dia melayan adik beradiknya. Saya melihat cara dia bergaul dengan adik beradik saya. Sikap dia bila dengan saya, semua sangat ok. Kami tiada mak ayah sejak kecil.

Saya akui, saya takut nak bersuami. Saya dilahirkan dalam keluarga yang besar. Dan saya yang bongsu. Dari kecil tinggal pindah randah bersama kakak atau abang yang sudah berkahwin.

Dari situ, saya nampak macam mana abang atau abang ipar saya melayan isteri dan anak mereka. Serius saya takut nak masuk alam rumahtangga.

Nafkah, tanggungjawab, semua ke laut walaupun solat kat masjid. Bukan terhadap isteri saja, nafkah tanggungjawab terhadap anak pun tak terjaga.

Ada yang pentingkan mak lebih dari anak bini. Ada yang panas baran, habis anak bini kena sepak terajang. Itu pun, isteri masih bertahan.

Ada yang isteri bela biawak hidup. Ada yang isteri berniaga bersama suami, tapi gaji isteri tak ada. Ada yang rasa bila isteri bekerja, nafkah dah tak perlu bagi. Saya jadi takut kalau bakal suami saya bersikap begini.

Tapi dia menunjukkan sikap sebaliknya. Saya sangat terpikat dengan sikapnya. Dia sangat baik, jaga solat, tak kedekut, tak pernah tinggi suara, sangat sabar melayan kerenah saya, tak berkira soal duit, selalu beli hadiah atau makanan untuk saya.

Dia pandai ambil hati saya. Dia pandai ambil hati adik beradik saya. Dengan adik beradik dia yang susah juga dia lakukan yang sama.

Usia perkahwinan masih sangat baru. Tapi, sikit sikit dia dah tunjukkan perangainya yang sebenar.

Kelmarin, paling saya terkedu, dia mengamuk. Saya tak rasa salah saya tapi dia mengamuk macamlah saya yang salah. Puncanya, saya buang tarmus yang saya beli untuk dia, siap ada nama lagi. Saya buang sebab saya sedih, kecewa.

Dia minta saya sediakan bekal untuk dia sebab takut kantin masih cuti. Saya sediakan ikut apa yang dia minta. Cumanya saya tambah kopi panas dan seketul ayam goreng. Itu sahaja. Bekas pun saya letak asing.

Bila dia tengok, dia marah. Dia tukar balik bekas yang dia selalu bawa. Saya baru berkahwin dengan dia, mana saya tahu bekas apa yang dia selalu guna. Ini pun jadi isu.

Saya naik bilik untuk solat. Bila turun, dia dah pergi kerja tapi bekalnya langsung tak bawak. Kecewanya saya rasa. Sebabkan bekas dan tarmus saja dia marah saya tak tentu pasal.

Bila dia balik, dia moody dengan saya. Saya lagilah moody sebab bukan salah saya kan. Dah lah usaha saya dia tak hargai langsung, tiba tiba saja nak melenting.

Esok paginya, dia tanya pasal tarmus tu. Saya cakap saya dah buang. Berkali kali dia tanya sebab tak percaya langsung kat saya.

Sampai satu tahap, dia amik ayam yang dah diperap kat dapur, dia campak ke lantai. Dia amik pulak kuih raya atas meja, dibaling ke bawah. Segala apa yang ada di sekeliling, habis dia campak ke lantai.

Saya terkejut sangat dengan tindakan dia sampaikan saya demam. Sekarang ni, dia suka memaksa saya untuk ikut apa yang dia suruh.

Saya nak tunggu isyak pun, dia paksa turun bawah. Saya nak tido awal sebab demam, dia paksa saya untuk tengok tv dengan dia. Dia langsung tak faham saya dah.

Dah berapa hari dah saya demam dan tak ada selera nak makan. Saya sedih kenapa dia bertindak di luar kawalan. Tapi dia buat tak kisah saja. Siap arah buat tu buat ni. Macam la selama ni saya tak buat langsung.

Sekarang, saya rasa dia bukan suami yang baik untuk saya. Saya tahu saya pun ada salahnya juga tapi tindakan dia sangat melampau. Dia selalu ugut nak mencderakan saya atau dirinya.

Saya dah rasa sangat menyesal sekarang ni. Saya ingatkan, sikap dia sebelum kahwin sama saja dengan selepas kahwin, rupanya tak. Itu semua lakonan.

Saya berkorban kehidupan saya untuk dia. Saya pilih dia untuk jadi suami saya walaupun dia ada H1V sebab saya yakin dia boleh jadi suami yang sangat baik. Banyak benda saya berkorban untuk dia. Dia tak nampak dah semua tu. Asyik asyik dia cakap dia sakit. Konon tagih simpati.

Ntah la. Saya rasa saya takut nak hidup dengan dia. Jantung saya berdegup laju 3 hari dah. Demam pun tak kebah lagi. Saya takut dia naik tangan pulak lepas ni sebab dah pernah ugutkan.

Saya tak redha dia jadi suami saya. Saya tahu saya dosa. Saya rasa nak lari saja sekarang ni. Tapi saya tak kerja, tak cukup duit. Tapi sampai bila saya nak hadap sikap suami yang macam tu? Saya takut. Sangat takut.

Setiap hari dia memaksa, setiap hari dia ugut saya. Saya rasa saya ni dah bukan isteri dia lagi dah sebaliknya hamba yang dia boleh perlakukan apa sahaja.

Menyesal saya pilih dia yang tak pandai nak hargai isteri. Saya saja yang bdoh sanggup berkorban untuk dia tapi dia??

Maaf, saya tak ada tempat meluah. Saya rasa sangat lemah sekarang.

Orang yang di sangka baik, lemah lembut budi pekerti, rupanya sangat panas baran. Sikap yang berjaya dia sembunyikan dari pengetahuan saya dan keluarga. Keluargaku sangat memuji dia. Memang tak nampak langsung sikap kurang elok dalam diri dia.

Saya redha apa nak jadi lepas ni. Saya tak berdaya nak melawan. Saya hanya isteri yang di mata suami, tak ada nilai pun. Susah payah saya sediakan makan minum dia, jaga rumah, jaga aib dia, tapi tak ada makna pun untuk dia.

Pengorbanan saya yang sanggup bersuamikan dia, seorang pesakit H1V, sangat sia sia. Saya bdoh sebab risikokan diri sendiri semata mata untuk dia. Hilang terus rasa sayang dalam diri ni. Yang ada hanya rasa takut apa yang akan dia lakukan selepas ni.

Lepas ni mesti ada yang kecam sebab saya pilih suami H1V kan. Ye, saya tahu saya bdoh. Tak apa lah. Saya redha. Keputusan dah dibuat. Saya pula harus cari jalan untuk keluar dari perkahwinan ni. Saya tak nak hancurkan diri saya lagi.

Doakan ye semoga ada jalan untukku.

Reaksi Warganet

Azlina Abd Wahab –
Fikirla dik elok elok. Kita taknak lagi jadi macam kes isteri yang masuk ICU sebab kena dera dengan suami sampai tempurung kepala kena buang. Tulang belakang cedera. Tulang rusuk cedera. Dah la tengah mengandung.

Kalau dah sampai tahap tu nanti, dah terlewat dik. Sedih tau seorang ayah datang melawat anaknya di ICU dalam keadaan macam tu. Masa serah anak tu dalam keadaan elok.

Hazriena Mohamad –
Kenapa lelaki mesti baran dan mengamuk pada perkara perkara remeh yang tak sepatutnya? Saya dari dulu tak faham juga sebab saya dibesarkan dalam persekitaran sebegitu juga.

Adakah lelaki sekadar nak tunjuk kekuasaan atau authority nya? Sebelum jadi lebih parah, saya berpendapat lebih baik Puan confessor angkat kaki…

Song Onim Circle –
Laki marah,kau pulak pergi tambah bara. Dok buang barang segala. Makin buruk lah keadaan.

Sepatutnya bila sorang marah, sorang relaks kejap. Kalau dua dua nak jadi naga, hangus la semua benda. Aku tak kata laki kau baik, sebab sikap dia memang buruk bagi aku. Tak reti nak kawal emosi.

Tapi kau pun selevel aje dengan dia. Agak sepadan lah korang bagi aku. Huhu.

Apa pun keputusan di tangan kau. Sepatutnya daru awal lagi dah fikir habis habis sebelum kahwin dengan dia. Bukannya dah kahwin baru fikir…

Nurul Izzah –
Adik, adakah awak ni seorang introvert? kalian baru sangat berkahwin. Umur perkahwinan macam ni, biasanya asal tersentuh je terus “sayang”.

Awak kena berkomunikasi, dan hentikan berkorban diri. Ada beza antara berkorban dan berbakti. Jangan biarkan suami teka teka pasal awak dan awak pun berteka pasal dia. Mesti ada sebab dia sayang gila gila dekat termos tu.

Cuba minta maaf, sembang dan belikan yang baru. Kalau tiada perubahan, dia pun tak menyesal, go to next plan.

Syazwani Hamdan –
Jangkitan H1V ada pelbagai cara. Kalau mngsa keadaan, contohnya dapat bl00d transfusion di hospital yang tercemar atau tidak detect vrus semasa di tapis.

Selain itu ada ddah dan hubungan s3ksual. Tetapi betul betul mngsa keadaan ke kategori ini?

Jika suami tersebut terlibat dengan ddah, ada risiko dia ada penyakit pskiatri. Contoh biasa, schiz0phrenia. Halusinasi, dengar itu ini dan rasa macam orang tak suka dia dan nak kutuk, ancam dia.

1. Jika ddah, kena settlekan isu ketagihan dan psikatri

2. Jangan bertindak ikut perasaan, perlu komunikasi berbincang secara tenang. Tunggu sejuk dulu dan audit semula berdua, apa berlaku dan apa cara boleh settle kalau jadi lagi masa depan.

Kalau dah cuba cara di atas, atau mula ada kena pukul. I don’t think men who hits a wife ever deserves any second chance.

If he can’t control that, there’s so many other possible things he can’t control as well.

Nauzubillah may Allah protect us all.

Sumber – Isteri Layu (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *