Dah kahwin, duit hantaran abis. Rantai gelang digadaikan. Anak dah masuk 5, begini pula aku hadap

Foto sekadar hiasan

Cerita ni tersemat sejak 20 tahun lepas. Bermula kisah perkenalan sepasang kekasih. Berkenalan selama 5 bulan, saya dibuang dengan alasan dia jahat kerana cvrang dengan saya dan telah berjumpa perempuan lain.

Nak dijadikan cerita 3 tahun kemudian, dia kembali menghubungi saya dengan alasan keluarganya tidak menyukai perempuan itu dan inginkan saya semula.

Saya terima dia semula kerana sejujurnya saya masih sayangkan dia walaupun ketika itu saya sudah pun ada kekasih hati dan saya tinggalkan kekasih saya demi dia. Saya bdoh, saya kejam!!

2 tahun kemudian kami pun grad tapi dari IPTA berbeza memandangkn umur kami hampir sebaya. Selepas itu saya dapat rezeki bekerja di ibu kota dan kebetulan dia pun dapat pekerjaan tidak jauh dari tempat kerja saya.

Selepas 2 bulan kami di ibu kota, terkantoi dari handphonenya dia berhubung dengan adik angkatnya sewaktu di universiti dulu. Selepas peristiwa itu dia berjanji tak akan berhubung lagi. Saya terima.

2 bulan selepas itu terkantoi pula dia contact roomate juga merangkap officemate saya. Malam tu kami perang besar di telefon dan jujur dia beritahu mengambil nombor telefon itu dari contact list handphone saya. Dia berjanji tidak akan ulangi lagi. Saya terima.

Selepas itu dia bersungguh ajak berkahwin dan petang itu juga ibunya ada menghubungi ibu saya berbincang pasal pertunangan kami. Saya terima.

3 hari sebelum melangsungkan majlis, kami berjumpa kerana dia mengajak saya pergi melihat rumah sewa yang bakal kami duduki nanti.

Sewaktu tu terkantoi di telefon dia ada berhubung dengan bekas kekasihnya dulu. Dengan message memberitahu kekasihnya, ‘dia terpaksa berkahwin dengan saya’.

Malam tu juga saya kena bertolak ke kampung untuk majlis perkahwinan kami. Hanya airmata menemani saya sepanjang perjalanan ke kampung.

Dalam hati meronta ronta, nak putus tunang!! Tapi malu, kad semua dah edar, khemah, pelamin sume dah ready di kampung. Saya terpaksa terima dia lagi.

Hari pernikahan tiada riaksi lagi di muka saya. Muka saya kelihatan sugul di hari ‘indah’ kami.

Selepas beberapa bulan berkahwin, hidup kami susah. Duit hantaran yang ibu bekalkan pada saya habis begitu sahaja. Gelang rantai juga juga telah selamat kami gadaikan. Segala susah saya hulurkan bantuan kononnya susah sama sama.

Dia menyatakan hasrat ingin bekerja sambilan pada waktu malam untuk tambah pendapatan. Saya terima.

Pada 1 malam, saya tidak sedap hati. Saya ke tempat kerjanya dan terkantoi lagi dia ada berkenalan lagi dengan seorang perempuan dengan memasing berkongsi gambar.

Alasannya dia hanya nak melepaskan bosan dia sepanjang bekerja. Saya cuba menahan amarah dan terus berlalu.

Saya tidak pulang ke rumah malam tu hanya tidur di dalam kereta. Dia langsung tidak mencari saya.

Esok pagi saya teramat penat dan pulang ke rumah. Saya menangis sepuasnya kerana ini kali pertama dia buat perangai lama selepas berkahwin. Dia berjanji takkan ulangi lagi. Saya terpaksa terima.

Hampir setahun berkahwin saya dapat peluang kerja kerajaan dan kami pun bersama sama hijrah kembali ke bandar. Dia masih kerja ‘biasa biasa’ di sekitar bandar itu.

Selepas itu, saya agak selesa. Saya mula mengorak langkah dan terus membeli kereta dan rumah. Saya lega!

Beberapa tahun selepas itu, rezeki miliknya, dia juga dapat tawaran kerja kerajaan dan saya sangat teruja kerana terbayangkan kehidupan kami bertambah selesa dan indah bahgia bersama anak anak.

Rupanya saya silap!! Dia semakin leka, leka dengan duit. Tidak hiraukan nafkah, rumah yang sepatutnya dia kena sediakan, kereta pun hanya pakai kereta saya. Saya bukan nak mengungkit tapi seolah tiada rasa tanggungjawab sebagai lelaki dan suami.

Bila pulang ke kampung, belanja di kampungnya saya juga yang keluarkan.

Tiba hari raya, barang barang keperluan di kampungnya, duit raya untuk anak anak buahnya juga saya yang keluarkan. Alasan nanti dia ganti tapi tahun berganti tahun tak pernah berganti.

Kadang kadang duit bulanan pada ibunya pun saya yang kena keluarkan. Saya tak nak susahkan hati ibunya.

Kadang kadang saya sedih, saya ada anak anak. Saya bekerja dengan niat nak bahgiakn anak anak, tapi anak anak saya selalu tak dapat apa yang mereka nak kerana duit saya habis padanya. Saya kesian pada mereka.

Sehinggalah tahun lepas saya mengandung anak ke5. Dari awal mengandung sehelai baju, peralatan baby, barang berpantang sikit pun dia tak beli. Sehingga saya bersalin pun urusan berpantang, mengurut, sesen pun tidak dihulurnya.

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini saya tengok kehidupannya semakin teruk. Saya hairan duitnya selalu tak cukup, gajinya selalu habis. Dia seolah olah hidup bertuhankan duit. Duit adalah segala gala baginya.

Pinjaman demi pinjaman dibuat tanpa pengetahuan saya. Sehinggalah pada satu hari die mengadu duitnya tiada lagi.

Baki gajinya hanya tinggal RM600 selepas semua habis dipotong dengan pinjaman peribadi. Ditambah lagi, RM600 tu pun masih tidak mencukupi kerana dia ada buat pinjaman wang berlesen (ahlong) sebanyak RM1200 sebulan.

Bukan setakat saya nak kena bayar belanja sekolah anak, pengasuh anak, rumah, kereta, belanja makan minum, susu pampers anak anak, minyak tol pergi kerja lagi. Duit cukup cukup untuk saya tanggung 1 keluarga ni. Semua keperluan atas bahu saya.

Tidak cukup dengan itu, dia pula terpaksa saya tanggung dengan duit ahlong lagi saya kena tolong bayar.

Bila dihitung, saya tiada duit lagi untuk diberi pada ibu ayah saya dikampung. Apatah lagi ingin membeli baju pakai untuk saya dan anak anak.

Saya cuba berani bertanya untuk apa duit pinjaman selama ni dan dia beritahu kononnya nak memulakan bisness tapi akhirnya habis begitu sahaja.

Duit tu juga dia join pelaburan pelaburan online tapi tidak dapat apa pulangan juga dengan harapan dia nak ubah kehidupan keluarga kami.

Saya tak boleh terima semua tu sebab saya tengok dia tak pernah berduit. Baju seluar koyak lusuh, kasut pun koyak bertampal gam, nak makan sendiri pun berkira, apatah lagi nak belanja kami sekeluarga.

Ada satu sikap baiknya. Dia sangat ringan tulang membantu saya dirumah dari mengemas, memasak, dan menjaga anak anak tiada masalah baginya. Dia cakap itu saja dia boleh bagi.

Sejak kebelakangan ini, saya tidak dapat menjadi isteri yang baik. Saya selalu berkasar, saya selalu menjerit. Emosi saya kadang ok kadang murung. Sejujurnya, saya makan hati. Saya sedih dengan nasib menimpa saya sejak dulu. ‘Tiada luck’ untuk bahgia.

Tiada lagi tempat mengadu, saya tertekan dan buntu apa saya dan dia perlu buat sekarang. Hanya coretan ini dapat membuka kusut didada. Selepas solat, saya selalu minta Allah kuatkan hati saya.

Reaksi Warganet

Bonda Aiman –
Innalillahi wainna ilayhi rojiuun. Sesak dada membaca confession Puan. Seperti menonton drama. Menonton sehingga akhir dan hanya anggap itu rekaan penulis.

Saya pernah temui manusia seperti suami Puan
Dipendekkan cerita. Apabila Allah sudah beri signal saya tidak perlu lagi untuk teruskan kehidupan bersamanya walaupun sempat beranak 2.

Prinsip saya, berpisah dengannya bukan untuk kejar hidup jadi kaya. Paling tidak, jangan sampai papa kedana.

Saya hanya mahukan kelapangan hati ketenangan jiwa untuk membesarkan anak anak dan menyediakan kehidupan di sana.

Moga Puan dan anak anak sentiasa dalam peliharaan perlindungan dan jagaan Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin Ya Waliyy.

Zurina Zulkefli –
Ku baca juga la sampai habis ingat ke ada tindakan balas terhadap suami. Tau tau beranak dah lima.

Puan cakap, semua bende puan tanggung walaupun sedang berpantang. Pada masa yang sama puan cerita kebaikan suami puan adalah ringan tulang dan mudah menolong jaga anak anak. Macamne tu puan???

Leyna Suhaimi –
Tiada siapa boleh paksa kita buat sesuatu yg kita tak suka atau tak nak buat. Tak ssuka tau tak rela, tak senang jangan buat.

Sayang, cinta pada manusia ni bila bila masa boleh hilang. Tambah tambah kalau tak ingat tuhan. Perasaan tu tak kekal. Nfsu je yg kekal.

Kalau buat semuanya paksarela berpotensi tinggi untuk mengungkit ngungkit dikemudian hari dan akan jadi b0m yang tunggu masa meletup berkecai semuanya. Sayang diri sendiri sebelum sayang orang lain, sister.

Syazanna Hadenan –
Walaupun akak dah tersilap langkah, tersalah pilihan. Saya hanya mampu doakan yang terbaik untuk akak. Semoga Allah permudahkan perjalanan akak dan anak anak selepas ini.

Mencari jalan untuk hilangkan sakit di jiwa. Benda dah 20tahun lepas salah langkah kenapa nak gelak kan, nak di ejek lagi. Nasi dah jadi bubur. Anak dah 5 pun.

Semoga akak diberi kekuatan untuk melepaskan diri dari segala yg membelenggu. Sampai masa, akak kena sayang diri dan anak anak dulu. Hugss

Radiah Hamdi –
Salam puan yang baikhati. Bahagiakan diri puan dahulu puan barulah puan dapat membahagiakan anak anak.

Puan mampu keluar daripada persekitaran ini puan demi masa depan anak anak. Untuk pendapatan mungkin puan boleh mohon pihak AKPK untuk bantu puan atur semua kewangan dan gaji puan.

Allah ada untuk puan. Pohon kekuatan demi sesuap nasi anak anak demi masadepan anak anak puan. Istiharah keputusan yang terbaik. Timbangtara selama ini kehidupan puan dan dia banyak beri manafaat atau mudharat pada puan.

Sudah sampai masanya puan wajib tegas dalam kehidupan puan. Big hugs for you puan.

Sumber – Jieta (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *