Foto sekadar hiasan
Assalamualaikum wbt semua. Terima kasih admin kerana sudi siarkan confession saya. Semoga cerita ini dapat dijadikan pengajaran buat wanita wanita diluar sana. Maaf jika cerita ini panjang.
Sedikit pengenalan diri, namaku ‘Bunga Kertas’ (bukan nama sebenar). Seorang isteri, anak, menantu dan mummy kepada 3 orang cahaya mata. Juga bekerja dalam bidang professional.
Berkahwin dengan suami yang pada ketika itu sedang kecewa kerana ditinggalkan kekasih. Tak lama selepas itu kami berjumpa dan berkenalan.
Alhamdulillah ketika itu keluarga suami dapat terima aku sebagai menantu. Kata mereka, aku lebih baik daripada menantu tak jadi mereka.
Hehe Alhamdulillah, permulaan yang baik. Bagi aku, good move dan good prognosis untuk masuk dalam keluarga ini. Dengan layanan mereka padaku, nampak ikhlas dan penuh kelembutan dan kasih sayang.
Aku yakin ni pilihan terbaik dan mereka orang yang baik baik. Inilah kesilapan sulung aku, letak high expectation kepada keluarga mertua.
Selepas berkahwin, kami berjaya beli rumah namun rumah bakal siap dalam 1 tahun. Jadi suami buat keputusan untuk duduk di rumah keluargaku, selepas puas ibu ayahku memujuk.
Akhirnya kami setuju untuk temankan ibu ayah aku, memandangkan adik adik masih di asrama. Dan memandangkan dekat dengan tempat kerja aku.
Manakala di pihak keluarga mertua, mereka berharap untuk kami balik setiap hujung minggu untuk meluangkan masa dengan mereka pula.
Kata mereka, mereka hanya dapat 2 hari saja bersama kami sedangkan ibu ayahku 5 hari. Jarak rumah keluarga aku dan keluarga mertua dalam 200km.
Dalam hatiku, aku berdoa moga keluarga mertua belajar bersyukur. 5 hari bersama keluargaku tak terasa kerana kami sibuk bekerja.
Sedangkan 2 hari bersama keluarga mertua, kami habiskan masa bersama, bawa berjalan dan makan makan, semuanya untuk mengambil hati mereka.
Aku turutkan untuk balik ke rumah keluarga mertua setiap hujung minggu. Korbankan masa berdua bersama suami. Disaat pengantin baru enjoy moment moment honeymoon, aku dan suami pula sibuk mengambil hati keluarga mertua.
Kami tidak se sweet pasangan lain. Bagi aku, mungkin dengan cara berkorban macam ni, family mertua akan sayangkan aku dan rasa bahagia dan tak terasa kehilangan anak.
Tapi pulangan yang aku dapat, tak seperti yang aku gambarkan. Mereka masih rasa tak cukup dengan apa yang kami korbankan. Walau kami korban masa, tenaga, duit, mereka masih tak bahagia.
Kadang ada minggu yang tak dapat pulang ke rumah mertua kerana suami bekerja, kata ibu mertua dan adik ipar perempuanku, aku ikat kaki suami.
Fitnah, makian dan sindiran semakin jadi makananku. Jika kami tak dapat balik, mak ayah mertua hantar gambar mereka anak beranak, tanpa gambar menantu, dalam whatsap family.
Rasa tersindir dan tersinggung disitu. Rasanya macam perkahwinan ini telah memisahkan keluarga mereka. Rasanya macam aku yang pisahkan family mertua dengan suamiku. Dan rasanya, aku tidak dianggap anak..
Ujian terbesar aku bermula selepas suami diberhentikan kerja. Tinggallah aku menggalas segala tanggungjawab seorang diri.
Ada masa aku redha, ada masa aku rasa blur kenapa aku hadap semua benda ni dan ada masa aku koyak. Aku perasan suami mula berubah, mungkin down dan d3press.
Memandangkan suami tak kerja, aku berharap untuk dia jaga anak anak tapi akhirnya aku juga yang jaga, masak dan suapkan anak anak makan, tidurkan mereka dan buat segala rutin surirumah selepas habis waktu bekerja.
Aku juga manusia biasa, ada rasa penat dan sedih. Bila suami layan aku macam kuli. Aku luahkan pada mak mertua, dengan harapan mak mertua boleh nasihatkan suami tentang tanggungjawab dan nafkah.
Sebaliknya, aku dituduh sengaja mengaibkan anaknya. Dituduh materialistik kerana hanya sukakan suami ketika berduit. Bagiku, mak mertua terlalu memenangkan anaknya.
Kemuncaknya suami terkantoi ada hubungan sulit di belakang aku. Masa terluang di rumah rupanya digunakan ke jalan maksiiat.
Sekali lagi aku mengadu dengan mak mertua, untuk cari jalan penyelesaian. Dan malam tu juga aku minta seluruh ahli keluarga suami datang ke rumahku, dan boleh ambil semula anak mereka.
Mereka datang, tapi suami berkeras taknak tinggalkan aku. Berjanji tinggalkan kejahatan dulu dan bangkit semula untuk majukan diri dan keluarga. Walaupun tawar hati, aku cuba untuk beri peluang kedua.
Suami nampak semakin ok. Kalau dulu, suami berdiam diri bila aku dimaki dengan keluarganya, sekarang suami mula bertindak. Keluarkan aku dari group whatsapp family dia.
Aku fikirkan mungkin family mertua akan insaf dengan segala layanan buruk mereka sebelum ini selepas suami cvrang. Tapi mereka tetap sama. Tetap memenangkan anak dan salahkan aku atas semua yang terjadi. Tuduh aku tak jalankan tanggungjawab punca anaknya cvrang.
Ada aku terbaca di whatsap suamiku, mak mertua pesan padaku melalui suami, jangan cari dan mesej dia lagi.
Berat untuk aku terima suami dan family dia. Suami yang penipu dan didokong dan disokong oleh family dia.
Jika aku terima dan masih redha dengan segala yang family dia dah buat padaku, Aku rasa ada kemungkinan untuk suami cvrang lagi memandangkan aku jenis memaafkan dan terima dia serta keluarganya. Tapi maaf, tiada lagi kemaafan untuk family suami. Cukuplah.
Sempat aku pesan pada family mertua melalui adik iparku, sepertimana mak dia melarang aku mencari dia lagi, aku juga pesan jangan datang kerumah aku lagi. Memandangkan rumah atas namaku dan ditanggung sepenuhnya olehku seorang diri.
Selagi aku masih tawar hati dan tak terima mereka, jangan datang lagi dalam hidupku. Hanya masa yang mampu merawat. Sebab family mertua tak mungkin akan sedar kesilapan mereka, malah play viictim dan post di facebook tentang dosa anak derhaka.
Moga Allah tak hukum aku atas dosa derhaka aku. Aku dah tak mampu nak ‘fake’kan kesedihan dan terima mereka kembali.
Sehingga sekarang aku masih silent treatment dengan mereka, hampir setahun. Selamat hari raya maaf zahir batin mak ayah mertuaku, hanya doa aku titipkan setiap hari semoga aku tak dihukum derhaka.
Pengajaran untuk semua wanita, semoga kita satu hari nanti dapat terima dan sayang menantu seperti anak sendiri. Supaya sakit menantu, kita terasa dan mampu ada empati pada menantu.
Jika kita anggap menantu sebagai anak sendiri, tidaklah terasa seperti kehilangan anak lelaki kerana dirampas menantu, malah terasa bertambah anak.
Juga jangan terlalu menyanjung anak sehingga tutup mata kesilapan dan dosa anak sehingga membiarkan anak menganiaya anak orang lain. Nauzubillah.
Menantu juga ada hati dan perasaan. Dia mungkin mampu bersabar, atas dasar hormat mertua dan atas dasar cinta suami. Tapi dia tak mungkin boleh bertahan, jika tiada lagi hormat dan rasa cinta. Hargailah, sebelum terlambat.
Jika terdengar cerita sebelah pihak tentang menantu hantu, ketahuilah, there is always two side of the same coin!
Reaksi Warganet
Azniza Mat Ali –
Berdasarkan pengalaman jiran saudara belah makcik saya, saya nak berpesan. Tak perlu melebih lebihkan keluarga mertua.
Sebab selagi menantu, tetap akan dianggap orang luar. Buat baik macam mana pun, sikit silap awak buat, 7 keturunan diungkit. Lebih baik bahagiakan mak ayah sendiri dulu. Berhati hatilah dengan family t0ksik macam tu..
Syahirah Omar –
“Berkahwin dengan suami yang pada ketika itu sedang kecewa kerana ditinggalkan kekasih. Tak lama selepas itu kami berjumpa dan berkenalan. Alhamdulillah ketika itu keluarga suami dapat terima aku sebagai menantu, kata mereka, aku lebih baik daripada menantu tak jadi mereka,”
Sebenarnya,
Bila permulaan masuk je dalam keluarga mertua, kalau ayat begini yang keluar, bersiap sedialah dengan segala drama.
Kalau awak mula masuk pun mereka boleh burukkan orang lain, tak mustahil awak pula yang akan dibualkan.
Masyitah Al-Qadri –
Banyak kes mertua menantu sekarang ni. Rasanya bukan setakat bakal suami isteri kena pergi kursus kahwin, mertua pun sama awal awal majlis agama kena tarbiah dulu adab dengan menantu.
Ni kebanyakkan (bukan semua) mertua hentam menantu macam anak dia dah cukup hebat. Saya dah lalui, bercerrai sebabkan mertua.
Fatin Maysara –
Menantu dan mertua walau baik mana still orang luar dan masih ada gap. Tetap tak sama macam family sendiri. Tak boleh nak layan sama rata macam family sendiri.
Kena set in mind dia tetap anak orang, dia tetap parent orang lain. Kita boleh dengar, tapi nak percaya itu berpada pada.
Suami isteri kalau jadi apa apa kena backup each other. Walau salah yang tak seberapa ke apa. Sebab kita bawa pasangan masuk dalam family kita.
So, kena jaga dorang sebab pasangan itu sebahagian dari diri kita. Jangan tinggalkan pasangan sendiri.
Kalau jadi apa apa jangan mengadu dengan family mertua. Belum tentu dorang nak percaya cakap orang luar, walau dah kahwin lama. huhuhu… biar la dorang nak kata kita sombong ke apa, tapi kita lebih kepada jaga jaga.
Hafiz Aiman –
Semua adik beradik saya ambil jalan yang sama untuk mendirikan rumahtangga.
1. Menilai keperibadian
2. Berdoa
3. Buat solat sunat istikharah
4. Lakukan istisyarah bersama ahli keluarga
Bila adik beradik perempuan kami berkahwin baik buruk ipar kami itulah pilihan kami sekeluarga. Jadi tiada persoalan daripada kami kenapa dan kenapa terhadap perkara buruk daripada diri mereka.
Masa kami anak lelaki cari jodoh pula penekanan terhadap doa. Contoh dari umur saya 23 tahun hingga 33 tahun iaitu usia baru berkahwin. Setiap kali lepas solat saya akan utuskan doa untuk jodoh saya dan doa untuk keluarganya.
Jadi bila kami berkahwin kami dapat apa yang kami inginkan dalam rumahtangga. Tapi disebabkan hidup di dunia memang tempat untuk hadapi ujian. Jadi ada beberapa perkara yang Allah sediakan supaya dapat jadikannya sebagai ladang pahala.
Contoh abang sulong saya pakar bedah dan bini dia juga pakar bedah. Bila mereka sibuk mengakibatkan anak mereka terabai.
Dalam adik beradik saya 6 orang bekerja sebagai medical staff tapi saya dan kakak sulong saya sahaja bukan medical staff.
Bila abang sulong saya dan isterinya hadapi masalah. Jadi hasil perbincangan bersama. Kami bersepakat anak mereka 3 orang yang masih kecil. Seorang tinggal dengan saya dan 2 orang lagi tinggal dengan kakak saya.
Begitulah keluarga saya musyawarah antara setiap ahli keluarga itu perkara utama.
Sumber – Bunga Kertas (Bukan nama sebenar) via IIUMC