Pelik bila JPN xlepaskan utk tukar IC. Bila balik, aku cari kad nikah mak ayah. Barulah aku tahu

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum. Hi. Saya nak story sikit tentang diri saya. Maaf kalau cara saya menulis ni sedikit pelik. Hahahaha. Nervousss okay.

Saya anak luar nikah. Yes saya anak luar nikah. Saya tahu pun masa umur saya 2* tahun. Waktu tu nak tukar kad pengenalan di JPN ( first buat masa darjah 6 okay je lepas, bila nak tukar tu ni la jadi)

And then tiba tiba orang JPN cakap tak lepas nak tukar. Kena panggil mak ayah. Orang JPN tu siap suruh saya duduk jauh lagi sebab diorang taknak bagi saya dengar.

Lepas diorang berbincang tu diorang suruh balik. And then parents saya cakap saya terpaksa tukar nama sebab ada problem dengan sijil kelahiran saya.

Waktu tu saya dah rasa macam diorang sorok benda kan. Lepastu saya cari kad akuan nikah parents saya, baru saya tahu rupa rupanya diorang kahwin selepas saya lahir.

Waktu tu lah saya tahu saya anak luar nikah. Tapi diorang still tak tahu yang saya tahu sebab saya tak nak diorang tahu yang saya ni dah tahu. Saya takut diorang salahkan diri sendiri sebab benda ni. Bagi saya biarlah saya buat buat tak tahu.

Selepas itu, saya pergi JPN, pergi settle kad pengenalan baru. Dalam 3 bulan rasanya maka saya dapat la nama berbintikan 99 nama Allah.

Bagi saya biarlah nama saya berbintikan 99 nama Allah tapi in fact saya still anak parents saya walau nama bukan nama ayah saya. Oh lupa nak cakap, saya anak sulung.

Saya sayang parents saya. Bagi saya mereka tiada ganti, they are my everything. Saya tak nak salahkan mereka atas kesilapan mereka dulu. Setiap manusia lakukan kesilapan kan.

Saya dah cukup bersyukur mereka tak abaikan saya waktu tu, dan saya juga dilayan sama rata macam adik adik saya.

Bagi saya family adalah sebab kenapa saya kuat jalani semua ni. Sepanjang saya hidup dengan nama ayah saya, saya tak pernah terfikir yang saya ni anak luar nikah. Tak pernah terlintas pun di fikiran saya.

Perasaan benci lepas tahu saya anak luar nikah pun tak pernah ada. Bagi saya mereka the best parents in the world. Saya betul betul sayangkan parents saya. Moga syurga buat ibu ayahku.

Satu lagi saya nak tanya semua yang akan baca ni, rasanya okay tak kalau saya cakap saya ni anak angkat sebab tak berbintikan nama ayah,

Saya tak nak cakap sebab kena tukar nama, saya takut menjadi aib family saya, saya tak nak orang bercakap tentang family saya.

Atau okay tak kalau cakap yang kad pengenalan saya ada problem then sebab tu kena tukar nama binti?

Sebab saya dari sijil UPSR sampai diploma semua nama berbintikan ayah saya, lepas settle diploma baru saya tukar kad pengenalan sebab limit umur untuk tukar kan sampai 25 tahun.

Jadi masa nak tukar semua maklumat balik macam ada yang persoalkan kenapa apa semua kan dan kawan kawan pun tertanya jugak kenapa,

Awak awak rasa jawapan apa yang sesuai untuk diberikan tanpa saya bagitahu saya ni anak luar nikah.

Terima kasih semua yang sudi komen dan baca story yang tak seberapa dari saya. May Allah bless all of you.

Reaksi Warganet

Shikin Ilyas –
Nama orang dulu biasa tak kompleks. Cuba gabung nama awak dan nama ayah sekali then buat surat sumpah tukar nama.

Contoh macam saya, Shikin Ilyas. Bila tulis pendek macam ni kadang kadang ada yang tanya binti apa. Sebabb diorang ingat Ilyas tu sebahagian nama saya

So bila tulis nama tak payah lagi letak nama Allah tu seolah olah awak berbintikan nama ayah awak tapi sebenarnya tak

Edha Yadira –
Just nak share ada sesetengah kes, bukan anak luar nikah. Cuma pasangan tersebut kahwin ‘kampung’. Tak didaftarkan.

Untuk soalan tt, akak nasihatkan bagitahu je ada masalah dokumentasi. Complicated. Lepas tu kunci mulut. Biar la orang nak berteka teki ke apa. Adik berhak untuk simpan rahsia keluarga. I love you dik, terus sayangi parents adik

Aisyah Nur –
Tak dinafikan menjaga aib sangat penting. Tapi sampai bila nak bagitau dekat semua orang yang awak anak angkat?

Biasanya bila kita cakap sesuatu yang tak betul, lama lama akan kantoi atau terlepas cakap jugak. Sebaiknya mungkin hanya bole cakap pada yang bertanya, “biarlah rahsia yang tak dapat dijelaskan pada sesiapa.”

Lepas tu biarlah orang nak cakap apa. Betul atau tak orang itu yang akan menanggung dosa dan akibatnya. Moga dipermudahkan urusan awak dik. Awak anak yang baik

Nur Syafinaz Muhammad –
Terpanggil untuk bagi komen. Selama ni cuma pembaca dalam senyap.

Disebabkan confessor ni perempuan (rasanya, sebab nama lily), ada perkara lain yang perlu diambil kira dalam hubungan keluarga iaitu persoalan mahram.

Betulkan saya kalau tersilap. Daripada pemahaman saya, confessor dan ayah tetap dikira sebagai bukan mahram, bukan sedrah sedaging yang diiktiraf oleh islam.

So, bab aurat kena jaga, hukum batal air wudhu kalau bersentuhan, bab faraid harta dan sebagainyalah. Unless kalau ibu confessor dulu menyusu badan, itu dah jadi cerita lain.

Apa pun, confessor tak salah dalam hal ni dan saya yakin kedua ibu bapa confessor pun sudah menyesali kesilapan lampau mereka. Semoga terus gembira di dalam keluarga yang bahagia

Norizan Mamat –
Salam,

Makcik ada pengalaman ini, tetapi tidaklah serumit ini. Anak makcik yang sulung anak angkat yang namanya didaftar dengan nama sambungan suami makcik.

Bila dia dah faham dia siapa, makcik tanya samada dia dah bersedia berterus terang dengan adik beradik dia atau tidak. Katanya belum. Sampailah dia tamat SPM.

Bila dia dah tamat SPM, kami ceritakan siapa dia pada adik adik dia yang lain. Dan kami juga buat IC baru dengan nama dia berbinti bapa kandung dia. Tiada masalah. Tiada siapa nak tengok IC kita nak semak nama kita siapa.

Bila sambung belajar, tiada siapa bertanya apa apa. Dan tak perlu kita bercerita. IC kita simpan sendiri.

Dan makcik setuju jika mak ayah mengaku yang confessor ni anak angkat mereka kepada adik beradik yang lain.

Kepada orang luar, seperti yang makcik cakap, tak perlu tunjuk IC pada mereka kecuali pada yang perlu. Dan kalau mereka bertanya, sama saja jawapan, confessor anak angkat parent. Kalau orang tanya tak mau cari mak pak sebenar, cakap jer tak mau. Stop.

Untuk perbezaan data antara dokumen, pastikan simpan surat tukar nama IC tu. Itu dokumen penting untuk pengesahan maklumat.

Semoga semuanya baik baik saja. Dan makcik gembira confessor bahagia dan sentiasa positif.

Apapun, slow talk dengan parent yer…

Sumber – Lily (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *