“Bila mertua hanya nk cucu”. Meroyan tgh berpantang. Baju dibasuh sendiri, mkn pula nasi lauk sejuk.

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum semua. Saya Mak Cik Kertu dan umur awal 40an. Sekarang tengok ramai yang post pasal d3pression semasa dalam pantang. Terutamanya anak sulung. Pendek kata Mak Cik pun salah seorang darinya.

Masa bersalin anak sulung Mak Cik punya anak ni cucu sulung belah mertua. So jadi macam rebutan nak jaga pantang.

Masa ni suami pujuk suruh pantang dengan mak dia. Hati Mak Cik ni berat betul. Akhirnya Mak Cik buat keputusan ikut cadangan suami. Mak Mak Cik kecik hati betul dengan Mak Cik.

Dipendekkan cerita Mak Cik terus ke rumah mertua lepas keluar hospital. Dua hari pertama okay lagi. Tapi Mak Cik dah nampak mertua ni sebenarnya tak peduli dengan Mak Cik. Yang dikisahkan hanya cucu sahaja.

Mak Cik tak mandi air herba. Tiada minta tolong suami untuk cari daun herba untuk mandian. Padahal ada dia tanam pandan kot. Berurut setakat dua hari ja. Paling sadis anak diberi minum air masak.

Lepas tu suami dah masuk kerja. Dia kerja jauh. Luar dari negeri mertua duduk. Sedih sangat masa tu.

Sebabnya kebetulan sebelum suami nak balik ke negeri tempat dia kerja Mak Cik minta hantar balik rumah mak sendiri. Tapi mertua tak bagi. Dia bagi tinggal dua hari ja. Masa ni masih lagi sabar.

Balik dari rumah mak kita yang tak sampai pun 15 minit anak Mak Cik menangis masa tu. Biasalah budak nak tidur.

Mak Cik try bagi susu badan. Boleh dia cakap budak ni sesak nafas bawa pergi hospital cepat. Ayah mertua boleh cakap parents kita tak reti jaga budak.

Masa ni Mak Cik dah meletup. Mak Cik kata la mak Mak Cik dah jaga 5 orang cucu banding diorang. Sapa sebenarnya yang tak reti jaga budak.

Bila bawa pergi hospital tiada pun sesak nafas. Drama saja diorang. Bayang kan hari 5 dalam pantang kita dah basuh baju sendiri ya pakai tangan. Orang dalam pantang kena rehat kita tak rehat. Makan pulak nasi dengan lauk sejuk yang masak pagi. Cannot brain la.

Memang dia hanya nak cucu bukan menantu. Kemuncak mintak juga dengan suami nak balik rumah mak sendiri lepas kena tinggal dua minggu tu.

Elok lepas anak cucuk sebulan terus balik rumah mak kita. Nurse tegur kenapa muka pucat tekanan drah tinggi. Kita pun menangis ya ya depan nurse. Cite segala mertua buat.

Punca meroyan sebab susu badan kita dia kata tak ada. Pastu bagi anak susu fm sampai anak sembelit. Boleh pulak dia yang beli fm tanpa bincang dengan kita. Sedih sangat sebab susu banyak kot.

Pastu sepanjang malam tidur anak kita kena rampas. Dia kata cucu nak tidur dengan nenek atuk. Macam mana Mak Cik tak meroyan.

Lepas balik duduk rumah mak kita sambung berurut. Hari hari nangis. Sampai tukang urut tu bagi air penawar untuk hilangkan rasa sedih Mak Cik. Rasa tu berkurang juga tapi benda tu memang Mak Cik tak lupa.

Mak Cik tekad tak mau dah pantang rumah mertua. Mak Cik ada enam orang anak. Yang kedua saja Mak Cik pantang dengan mak sendiri sebab anak kebetulan rapat pulak. Mak kesian dengan Mak Cik.

Jadi untuk yang seterusnya Mak Cik pantang sendiri dan amalkan penjarakan dengan merancang.

Yang lekat anak kedua cepat tu gara gara mertua juga la. Dia kata dekat suami nanti Mak Cik gemuk kalau pakai perancang. Anak jangan rancang rancang.

Nah sekali 3 bulan yang sulung pregnant yang kedua. Meroyan Mak Cik bersambung ya. Sebab emosi masih tak stabil. Hari hari nangis.

Mak Mak Cik marah dah. Dia pesan suruh ambil dah perancang. Nak jadi isteri solehah konon. Sekali suami pun tak ketahuan bila Mak Cik mengandung yang kedua.

Dia dah tak layan Mak Cik macam mengandung anak pertama. Nasib Mak Cik kerja. Apa keinginan Mak Cik pi cari sendiri ataupun dengan kawan.

Masa ni Mak Cik memang dendam dengan suami dan keluarga mertua. Setiap hari lepas solat Mak Cik doa ipar Mak Cik masa tu kebetulan mengandung juga anak dia langsung tak nak susu badan. Biar dia rasa apa Mak Cik rasa masa pantang dengan mak dia.

Cut story Allah perkenankan doa Mak Cik. Effect anak Mak Cik langsung tak suka ayah dia dengan family mertua. Tengok muka pun nangis.

Adik ipar pun anak dia alergiik susu badan. Tak tahu dia makan apa sampai anak dia boleh alergiik susu badan. Lepas tu dia cakap mak dia nak rampas anak dia.

Pengajaran dekat sini yang Mak Cik nak tekankan suami tolong dengar cakap isteri. Kalau isteri nak pantang rumah mak dia biarkanlah. Lebih afdal jaga sendiri.

Bab perancang pulak. Kalau mental masih tak sedia nak terima anak baru bagi isteri merancang. Jangan kau dah sedap bini mengandung kau boleh buat tak heran.

Untuk isteri pulak. Kalau suami tak kasi merancang pilihan di tangan anda. Mental dan badan anda diri sendiri sahaja yang tahu.

Sekarang Mak Cik dah bahagia. Awal dulu anggap sahaja ujian. Tapi bila ingat balik boleh sedih Mak Cik. Betul lah orang kata luka dah sembuh tapi parutnya tetap ada.

Anak Mak Cik yang sulung pun dah 15 tahun. Mertua Mak Cik pun dah meninggal. Al-Fatihah untuk kedua dua nya.

Seiring dengan tambah usia, benda lama taklah Mak Cik ungkit balik. Kalau kata Mak Cik ada cucu kelak Mak Cik harap Mak Cik tak jadi mertua yang jahat. Minta dijauhkan ya Allah.

Dari cerita Mak Cik ni mana yang elok ikut. Yang tak elok kamu rasa jangan pulak ikut. Setiap orang ada cerita mereka sendiri.

Reaksi Warganet

Atifa Zuhayra –
Entahlah makcik, saya kalau nak cerita atau ulas bab ni. Tak terkata. Sedih sangat nak throwback. Langsung takde kenangan manis.

Kadang rasa, im chose the wrong person and wrong family to marry with.

Nak patah balik, patah balik kemana? Hanya Allah dan anak kecil itu sebagai peneman. Alhamdulillah saya masih mampu melangkah, atas bumi Allah yang sangat luas.

Kadang saya pun mengeluh kenapa saya dilahirkan jadi perempuan?

Jadi perempuan sangat susah atas dunia, tapi ada 4 jalan mudah untuk kesyurga. Balasannya di akhirat.

Jadi lelaki sangat senang atas dunia, tapi semuanya di ambil kira dan dituntut diakhirat.

Rozawani –
Lebih afdal mak sendiri yang jaga. Baik buruk kita mak kita lebih kenal. Takdela diburukkan tujuh keturunan. (Tak jadi la dekat saya tapi ni pandangan sahaja) sbb… Postpartum d3pression is real.

Kalo mertua kita jenis takde alahan, takde meroyan, dia tak mungkin boleh terima kita meroyan. Tapi mak kita, dia tau la anak dia. Drah dging dia. Not our fault but its normal.

Dan mak kita adalah orang yang akan beri moral support pada kita. Not just perhatian pada baby. Kalo dengan mertua, perhatian mungkin lebih pada baby, sebab kita hanyalah orang luar~ yang menumpang kasih.

Intan Norliana –
Dugaan orangkan, mujur mak cik kuat. Saya bersyukur sangat mak mertua walau ikutkan anak saya tu cucu yang ke 16 dah, layan saya memang tip top.

Sampai tengok dia yang macam tak cukup rehat sebab jaga saya dan baby. Sedia air mandi saya dan baby, subuh dah masak nasi dan lauk. Allahu, ikhlasnya dia, moga Allah balas kebaikan mak mertuaku.

Masa tu mak saya busy berniaga, saya dah kuat sikit baru saya berpantang dengan mak saya. Tak semua mertua zalim tapi memang susah nak jumpa, moga kita semua jadi mertua yang ada hati perut dan empati macam mak mertua saya. In sha Allah…

Mak saya tak jaga menantu lagi sebab baru je dapat menantu perempuan, jadi tak boleh nak claim benda yang tak jadi lagi, hehehe

Cik Shasha –
Bab mengandung beranak berpantang (bila, kat mana, berapa, macam mana) aku yang decide. Aku yang tau kemampuan aku. Kalau orang lain nak memandai arah arah termasuk pasangan / belah mertua / keluarga sendiri pun, nak bagi peraturan ikut kepala dorang, cara aku senang je.

Aku taknak dan takkan terlibat langsung dari awal iaitu mengandung. Ko nak macam macam, ko gi ngandung branak pantang sendiri. Badan aku, aku yang atur.

Ha itu antara berjuta syarat yang aku highlight sebelum kawen lagi. Aku jenis puaka sikit, haha. Sebab aku pilih untuk bahagia dan tenang dari makan hati sorang sorang. Lain org lain cara kan.

Semoga semua ibu ibu hamil mudah bersalin dan berpantang dengan tenang. Aamiin..

Nurfarain Zolkefly –
Saya Alhamdulillah mak mertua baik, layan macam anak sendiri. Mak sendiri jauh kat Sarawak. Musim PKP pulak tu. Tapi walaupun mak mertua saya baik, saya tetap pilih pantang sendiri walaupun anak pertama.

Sebab saya nak jaga emosi saya, saya tak suka campur tangan orang lain. Saya taknak berpantang dalam keadaan panas 24 jam kena pakai tudung dan sebab saya nak suami saya jadi lelaki yang bertanggungjawab.

Alhamdulillah saya memang enjoy masa pantang. Sebab takde orang nak itu ini itu ini. Bonding dengan anak kuat, bonding suami dengan anak pun kuat (sebab dia yang uruskan baby A-Z). Dan Alhamdulillah suami jadi lekaki yang sangat bertanggungjawab dan rajin menolong.

Reason suAmi saya bagi senang je “saya dah rasa penat urus rumah masa awak pantang. Jadi saya faham awak memang penat kalau buat semua sorang sorang”.

Alhamdulillah, keputusan terbaik saya pernah buat bila pilih pantang sendiri

Sumber – Mak Cik Kertu (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *