“Aku PLH1V”. Tergerak hati utk buat full test, sah ianya ada. Bila parent cuba jodohkan, aku dlm dilema

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum. Saya harap admin dapat siarkan artikel ini sebagai bahan bacaan terutama kepada golongan yang bukan PLH1V sebab saya melihat sangat kurang artikel berkaitan golongan PLH1V.

Ok sebelum tu, PLH1V adalah singkatan bagi People Living with H1V.

Ok sedikit latar belakang mengenai saya, lelaki, 27 tahun, penjawat awam, berasal dari negeri di utara dan belum berkahwin. Rasanya pihak pembaca boleh teka yes saya seorang PLH1V.

Saya akan ceritakan sedikit mengenai macam mana saya boleh diagn0se sebagai PLH1V dan cabaran yang dihadapi sebagai perkongsian pada yang sudi mendengar.

Alkisahnya, tahun lepas (2020) saya cuma nak buat rapid test kit dalam bulan 3-5 macamtu dan keputusan menunjukkan saya positif apabila ada 2 lines muncul atas test kit.

Perasaan pada ketika itu? PL Masih lagi in denial sebab mungkin salah lagipun bukan full bl00d test yang kena cucuk tu. Lagipun badan rasa sihat dan tak ada apa apa simpt0m.

Saya masih teruskan kehidupan seperti biasa tapi banyak BDR (bekerja dari rumah) sebab PKP.

Tetapi pada 1 hari saya tergerak hati untuk ke klinik kesihatan dan buat prosedur yang ambil masa lebih kurang 1 bulan lamanya dan memang disahkan ada virvs H1V dalam badan saya.

Apabila saya sudah disahkan PLH1V, macam biasa akan refer ke pakar dan akan mula training ubat selalunya vtamin.

Bagi golongan PLH1V ni kami kena makan ubat setiap hari pada waktu yang sama dan tidak boleh tertinggal lebih dari 12 jam takut virus H1V akan menjadi resistant dan mengakibatkan ubat tidak lagi berkesan.

Jadi mula la perjalanan saya, dengan pill training pada jam 9 malam setiap hari selama 3 minggu dan kena jumpa pakar untuk proses kaunseling dan supaya saya tak tertinggal makan pill training.

Tanggal bulan 11 2020 baru saya mula dengan ubat sebenar untuk kurangkan bilangan virvs H1V (viral load) yang dipanggil sebagai HAART (Highly Actice anti-retroviral therapy).

Sejujurnya pakar pesan kepada saya untuk ambil pada hujung minggu kerana kesan ubat HAART pada awal pengambilan agak berat seperti pening dan muntah bergantung kepada tubuh seseorang.

Saya pun ikut pesanan Pakar yang sangat memahami dan ya keesokan pagi memang tak boleh bangun pening sangat dan muntah tapi alhamdulillah tak lama. Hari Isnin saya semakin elok dan boleh berjalan, bekerja seperti biasa tanpa ada yang tahu.

Ok saya pendekkan cerita, Selepas lebih kurang 4 bulan makan ubat HAART (dalam bulan 3 2021) tiba masanya untuk check viral load (bilangan virvs H1V) dalam drah.

Dan saya sangat bersyukur saya dah “undetectable”, maksudnya bilangan virvs H1V dalam badan saya kurang dari 20 copies.

Tetapi saya masih kena makan ubat setiap hari pada waktu yang sama,

Bukan bermakna dah sembuh sepenuhnya sebab virvs H1V ini adalah dalam kategori “retrovirvs” yaitu virus yang sangat bijak dan sentiasa ada tempat untuk sembunyi dalam badan

Saya pun pulang, kerja seperti biasa dan alhamdullilah Allah menjaga aib saya, tiada siapa tahu kecuali seorang nurse dan pakar yang sentiasa ada disisi.

Ibu bapa adik beradik semua saya rahsiakan kerana tidak mahu mereka risau sebab saya boleh tanggung sorang sorang.

Persoalannya apabila ibu bapa cuba kenalkan saya dengan seorang perempuan yang bagi saya dia jauh lebih hebat, berkerjaya dan pandai.

Tapi saya rasa sangat rendah diri ya bagi kami PLH1V sangat susah untuk memberitahu orang lain mengenai status kami disebabkan stigma dan anggapan masyarakat.

Ya saya mengaku dulu saya sangat terpesong tapi apabila diagn0se sebagai PLH1V sedikit sebanyak saya cuba untuk kembali kepada Allah walaupun tidak lah sempurna.

Jujur cakap saya sangat cemburu melihat orang/ kawan yang sangat baik dan ikut semua perintah Allah.. Tapi saya seolah olah susah sangat.. tak tahu kenapa nak buat baik menjadi satu cabaran kepada saya.

Ok berbalik kepada hal perempuan yang dikenalkan oleh ibu bapa saya. Saya suka dia sebab saya rasa macam ada chemistry dan dia mungkin boleh terima saya sebagai PLH1V cuma saya masih rendah diri dan perlukan kekuatan untuk beritahu hal sebenar.

Saya seorang yang straight forward tak pandai nak berkias kias tapi saya buat pertama kali terpaksa berkiasan untuk beritahu dia dan harap dia boleh terima saya.

Saya mohon pandangan dari pembaca terutama yang PLH1V untuk bagaimana cara dan waktu terbaik untuk beritahu sebab saya tak nak nanti lama kelamaan tak membuahkan hasil.

Terima kasih..

Reaksi Warganet

Nazurah Khalid –
Secara jujurnye. Tak payah bagitau dan putuskan je hubungan. Untuk menjaga aib. Sebab H1V ada high rate of transmission thru s3xual interc0urse.

Kesian nanti kalau perempuan tu dapat H1V jugak. Takkan nanti dah kahwin taknak bersama. Carila yang sama sama ada H1V utk dijadikan pasangan dan berkahwin.

Maaf.. Mungkin dengarnye sangat teruk. That the price that patients with H1V have to pay. Semoga terus tabah menjalani ujian hidup ini. Jangan patah semangat. Allah ada tempat kite kembali dan mencari sumber kekuatan.

Huda Ninol –
Adik, kau buat confession kau akan terima banyak response yang akhirnya buat kau terluka. Sebab stigma masyarakat kita kuat.

Kalau nak pendapat pergilah cari peer support group ataupun tanya pakar perubatan awak. Dia handle beratus case dan banyak lihat outcome semua case. Public cannot help to asnwer you because our public not having that enough exposure regarding H1V cases and its handling.

Tanya pada yang arif. Lepas tu solat isthikarah insyaAllah akan dapat jawapan. Tak keluar jelas macam bilboard pun, Allah swt akan bawa hati kau ke jawapannya. Lepas tu tepuk dada tanya hati.

Yang penting, jaga diri tu, makan ubat bebaik. Be positive dan stay strong.

Erin Mustapha –
Jika terlalu awal untuk berterus terang, saudara boleh bagi cadangan untuk dia menonton movies mengenai orang yang hidup bersama H1V dan bermasyarakat bersama pesakit H1V.

Ada beberapa yang saya pernah tengok tapi salah satunya adalah Philadelphia lakonan Tom Hanks dan Antonio Banderas. Lepas dia menonton (boleh beri beberapa movie lain lakonan Tom Hanks seperti Cast Away, Forrest Gump mengatakan anda peminat Tom Hanks) boleh pick her brain on what she actually thinks of the movie.

Saudara boleh nilai dari jawapan dia adakah dia boleh menjadi calon isteri yang sesuai atau sebaliknya. Kalau nampak sangat narrow-minded/traditional, tak perlu teruskan.

Zulhilmi Jol Hassan –
Hi confessor. Terima kasih sebab berkongsi. Saya pun not really aware bout PLH1V, tapi lepas baca confession awak, terus saya baca tentang PLH1V.

Semua pernah buat dosa. Saya pun pernah. Tapi apa yang bezakan kita dengan pendosa tegar adalah kita sedar akan kesilapan kita dan berubah ke arah kebaikan. Macam yang awak cuba buat sekarang. Teruskanlah ya. Tuhan suka kita bertaubat. Jangan ulang lagi perbuatan dosa tu.

Berkenaan kisah cinta awak, berterus teranglah dengan perempuan tu ya. Tak perlu selindung, jika makin lama selindung, sekiranya dia tolak awak, makin awak sakit dan dia pun mungkin akan sakit hati juga, perkara penting macam ni rasanya dia berhak untuk tahu kan. Jangan awak selindung lama lama.

Tadi saya baca kisah ni, brader ni kes sama dengan awak. Alhamdulillah, dia dah berkahwin dan ada anak. Semoga dipermudahkan urusan awak.

Nairulhizam Yunus –
Saya PLH1V dan mula mula saya nak ucapkan tahniah sebab anda berani untuk buat confession begini. Bukan perkara mudah untuk memberitahu orang lain status kesihatan anda walaupun tanpa ada orang mengenali anda.

Ingat kebanyakkan manusia di Malaysia ni stigma masih kuat terhadap PLH1V hanya kerana mereka kekurangan ilmu (tak tahu atau malas ambil tahu dan suka menjadi hakim pada orang lain tanpa melihat dosa pahala mereka sendiri).

Kedua, jika anda sudah menjalani rawatan, sudah memulakan regim HAART pesanan saya sebagai rakan sesama PLH1V, sila buang stigma diri yang menebal dalam diri anda.

Jangan anggap anda seperti alien di kalangan manusia. Jangan anggap awak berbeza dengan orang lain. Once awak dah start rawatan, awak adalah manusia yang sama seperti orang lain dan awak boleh hidup sama seperti orang lain.

Boleh bekerja, boleh belajar, boleh berkahwin dan mempunyai keluarga yang bahagia. Kuncinya adalah buang stigma diri awak dulu sebelum boleh orang lain menerima diri awak sebagai PLH1V.

Ketiga, berterus terang ada beberapa cara. sama ada melalui sessi personal bersama pasangan anda atau bawa pasangan anda berjumap kaunselor terlatih untuk H1V di hospital dan klinik kerajaan (lebih baik di tempat anda buat rawatan) untuk membantu proses menerangkan semua risiko dan membina pemahaman pasangan anda tentang H1V itu sendiri.

Keempat, nasihat saya sebagai seorang rakan PLH1V tak perlu dedahkan “aib” anda secara umum. Cukuplah sesiapa yang rapat dengan anda dan doktor yang mengetahui. Dengan pasangan boleh jujur tetapi kena berani tanggung risiko.

Pastikan jika anda pernah berbuat sesuatu yang di luar batasan, pada tahap ini anda sudah meninggalkan perbuatan tersebut sepenuhnya sebelum membina sebuah keluarga.

Anda kena tahu selalunya yang menjadi masalah dalam rumahtangga seseorang PLH1V adalah buka status H1Vnya tetapi sejarah hitam yang membuatkan dia dijangkiti. Dan sering H1V dijadikan kambing hitam dalam mengungkit kesilapan masa lalu awak.

Kelima, apapun punca awak dapat H1V tu, saya tidak berminat kerana itu urusan dosa awak dengan Allah. Yang penting tahap kesediaan awak mental dan fizikal nak berumahtangga. Membina rumahtangga bukan hanya perkara indah ya. Banyak tanggungjawab menjadi suami dan bapa kepada anak anak.

Sedangkan yang tiada H1V pun ramai kecundang dek kerana tidak bersedia, jadi tanya diri awak cukupkah persediaan ilmu dunia dan agama untuk membina sebuah masjid?.

Berkahwin jangan sebab desakan masyarakat kita yang akan bercakap jika seseorang itu masih belum berkahwin pada satu tahap usia. Berkahwin bukan sebab desakan keluarga nak ada orang “jaga” anak mereka dan ada cucu. Berkahwinlah bila anda benar benar dah sedia.

Pesanan terakhir saya sebagai rakan sesama PLH1V, buang stigma diri yang menghalang awak menjalani kehidupan normal. H1V tidak pernah menghalang sesiapa menjadi normal dan bukan alasan untuk terus hidup dalam kesedihan.

Saya sendiri mempunyai kehidupan yang sangat normal dan bahagia walaupun hampir semua orang mengetahui status H1V saya. Amat jarang saya merasa stigma kerana saya sendiri sudah membuang stigma pada diri saya sendiri.

Dan sekarang saya ada kehidupan yang sangat baik malah mungkin lebih baik dari sesetengah orang yang tidak hidup dengan H1V.

Kalau confessor ada baca komen ni, anda boleh PM saya dan saya akan bantu awak untuk awak keluar dari masalah stigma diri. Alhamdulillah saya dah jadi abang kepada ramai PLH1V terutama yang baru diagn0sed dan hampir kesemua mereka punya kehidupan yang sangat normal.

Untuk yang komen palatao tu, sila belajar lagi. Kita bukan hidup tahun 80an.

Dan sesiapa yang komen dalam bentuk mengeji dan merendahkan PLH1V, ingat anda sendiri tidak suci dari dosa. Dan orang sekeliling anda tidak semestinya tidak terdedah pada risiko mendapat H1V dengan lambakan bahan ‘terlampau’, adat membuat lawak melcah tak kira tempat, penggunaan gajet yang keterlaluan dan lain lain.

Last but not least, H1V bukan hanya berlaku hubungan intim sesama jenis. Sesiapa sahaja yang aktif melakukan hubungan intim dengan berbilang pasangan tanpa pelindung tak kira ikut jalan depan ke jalan belakang, terdedah dengan ririko tinggi untuk dijangkiti H1V.

Sekian Terima Kasih.

Sumber – Dinihari (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *