Sdg jnazah Ali terbaring kaku, waris dah mula berkata pasal harta. Kesian Ezam, dia hanya anak angkat

Foto sekadar hiasan

Aku Sofea. Bukan nama sebenar. Berusia 24 tahun dan merupakan Pelatih Dalam Kamar di sebuah firma guaman. Matlamat aku jelas, aku nak buat litigation. To be specified, criminal litigation.

Tapi, dalam zaman PKP ni, aku rasa aku kena venture banyak lagi area of law. At least, kalau aku terduduk ekonomi pun jatuh, aku boleh survive dengan ilmu dan pengalaman yang aku ada.

Boss aku a.k.a master aku ni pun bijak. Dia tarik saja aku masuk dalam bidang general litigation dan salah satu anak kepada general litigation ialah melibatkan harta pusaka.

Masa zaman law school dulu, aku dapat C saja. Antara survive tak survive lah juga masa tu. Ye la, macam aku kata tadi, aim aku ialah to be a criminal lawyer.

Apoi pula masalah aku nak kena fokus benda yang tak ada kena mengena dengan area of law yang aku nak. Huhu.

Balik semula kepada cerita harta pusaka ni. Bila aku masuk dalam bidang harta pusaka, ya Allah, kemain banyak ye ragam. Banyak yang sampai aku rasa eiii, kerasukan, ketamakan, ketidakadilan, penindasan, ketidaksefahaman tu memang berlaku.

The real one. Sampai la satu hari aku dok termenung dan fikir balik masa zaman nenek, atuk, pakcik dan makcik belah ayah aku meninggal.

Ya wei, adik beradik ayah yang so so saja jaga mak ayahnya pun tetiba muncul zassssssssssss timbul kata FARAID ye!

Tapi yang aku nak cerita ni ialah mengenai pakcik aku (selepas ini dirujuk sebagai “Ali”).

Ketika Ali meninggal dunia, Ali telah meninggalkan seorang (1) isteri, seorang (1) anak angkat lelaki, dua (2) orang adik beradik lelaki dan empat (4) orang adik beradik perempuan. Aku ingat lagi, masa tu aku duduk dekat tepi rumah.

Pastu aku terdengar la mak long dengan mak ngah aku sokseksoksek cakap pasal harta si Ali ni sedangkan jnazah Ali tu masih terbaring kaku lagi dekat dalam rumah.

Ei, ikutkan hati aku, nak saja aku jawab, “Jnazah tu belum lagi dikebumikan, dah sibuk cerita pasal harta.” Tapi tu lah, nama pun NAK, tapi tak tercapai pun hasrat tu. Aku mengadu dekat mak aku saja la.

So, selepas kejadian semua tu, tibalah hari di mana mesyuarat adik beradik ayah aku, isteri Ali dan anak angkat Ali tu berlangsung. Kau tahu apa jadi?

Seperti yang dijangka, adik beradik perempuan si Ali tu dah mula mengira ngira bahagian dan jumlah wang yang dorang akan dapat.

Ayah aku ketika itu pentadbir harta pusaka (dilantik secara sepakat oleh adik beradik) bagitahu apa yang perlu di buat etc.

Disebabkan tak ada timbul cadangan mengenai harta perlu dibahagikan secara sama rata, maka kata sepakat membawa mereka untuk melalui faraid dalam pembahagian harta pusaka Ali.

Jadi, isteri Ali dapat bahagian, begitu juga dengan adik beradik ayah aku. So, siapa yang paling kesian dekat sini?

YES, ANAK ANGKAT ALI (selepas ini dirujuk sebagai “Ezam”).

Ezam ni anak kesayangan Ali. Yang ketika itu berumur 16 tahun. Yang dijaga oleh Ali dari umur budak ni seminggu. Tak dapat apa apa langsung dari harta pusaka Ali. Sebab apa? Sebab dia anak angkat.

Truth to be told, aku terfikir, adik beradik ayah aku memang tak terfikir nak bagi saguhati sikit ke dekat Ezam.

Ye la wei, budak ni belum lagi capai usia 18 tahun. Masih sekolah. Adik beradik bila dapat bahagian masing masing, semua zasss lesap saja macam tu. Cuma aku salute la dengan ayah dan pakcik aku sorang lagi.

Dia supply sedikit duit untuk Ezam sehingga Ezam habis sekolah dan make sure Ezam buat lesen motor. At least, Ezam tak ada lah terkapai kapai.

Now, aku dah tak tahu Ezam dekat mana. Dia berpindah randah.

Mesti ada yang tertanya tanya, isteri Ali kenapa tak jaga Ezam?

Sebenarnya, ini isteri Ali yang kedua. Isteri pertama dulu dah meninggal dunia. So isteri Ali ni pun tak berapa rapat dengan Ezam berbanding dengan isteri pertama Ali dulu. Lagi satu, faktor aurat. Kena ambil kira juga eh!

Korang, kalau la aku ada ilmu pasal pusaka ni dari zaman sekolah, mesti aku dah advise Ali mengenai perancangan pusaka masa dia hidup. At least dia boleh la buat hibah ke wasiat ke untuk Ezam.

Nak kata tak ada duit, masa hidupnya duit berkepuk untuk hire lawyer/ majlis agama islam / service provider untuk sediakan dokumen dokumen yang boleh menjamin kehidupan Ezam. At least tak ada la Ezam merempat sana sini.

Aku rasa, masyarakat kita patut dah tahu pasal hal hal begini. Dan aku rasa one day ia akan menjadi tanggungjawab aku untuk spread the awareness ni.

Kalau korang okay, nanti aku nak sambung menulis Ragam Pusaka Part 2 yang berkisarkan kes-kes client yang maha dahsyat yang pernah aku attend sepanjang menjalani tempoh latihan dalam kamar ni.

Sambil sambil tu, aku boleh juga ajar cara nak uruskan harta pusaka kalau orang yang tersayang korang dah tak ada.

Ilmu ni penting eh! Jangan pandang sebelah mata eh.

Adios!

Reaksi Warganet

Azura Zainon –
Bila kefahaman faraid sekadar pembahagian harta. Sebenarnya, harta dibahagikan bersama tanggungjawab yang ditinggalkan. Dapat harta, semakin banyak, semakin besar tanggungjawab dengan keluarga si mti.

Tapi yang banyak jadi sekarang, dapat harta hilang lesap bak angin lalu. Menjawab lah nanti di sana.

Ummu Izzah –
Alah ada juga orang yang tua pun degil juga. Bila dinasihatkan suruh buat hibah ke wasiat ke, marah pulak. Kata kita lapar harta dia. Kata nya diorang hidup lagi dah sibuk pasal harta dia.

Ehh.. kita ni dok fikir anak anak cucu dia nanti sure gaduh rebut. Dia tak amik iktibar ke harta aruwah makpak dia masih dekat amanah raya. Dia takkan nak ulang kejadian sama pada warisnya pulak.

#kisah lain pulak bila kita cuba ingatkan golongan warga tua..

Emelda Rosman –
Ni kira ok lagi yang minta harta pusaka tu pun ada kaitan drah dengan si mati.

Masa aruwah mak aku meninggal baru petang tu di kebumikan malam tu da ramai kawan kawan aruwah minta peti ais, katil ceragem yang mak beli 12k, ada lagi yang datang minta kedai. Macam la mak aku takde waris.

Kami adik beradik sampai sekarang belum pernah lagi bercerita pasal harta aruwah tinggalkan. Sebab kami masih di dalam kesedihan dan x pernah terfikir pon nak berebut harta.

Kadang terfikir macam mana la dorabg bole bermasam muka gara gara harta

Faez Mat Rudin –
Nak buat wasiat, rupanya bukan tulis atas kertas je macam drama tv3, rupanya renyah yaaaa amattttt.. huhu.

Sebab tu la kot ramai yang tak buat wasiat. Nak boleh siap dokumen ikut law saluran yang betul makan masa berbulan bulan.

Kalau yang diamanahkan buat kerja laju, rasanya laju je, tapi ada beberapa yang sangat slow haihhh..

Sekadar berkongsi pendapat, nak wasiatkan bukan senang ya. Contoh ada emas banyak, emas jenis apa, berat berapa, design macam mana, gambar dia, bila beli. Kalau beli selepas wasiat ditulis, wasiat kena update, kena bayar fee lagi,

huhu.. sekadar berkongsi komen, tapi yaaa, saya sokong ada wasiat, hibah dll berkaitan ikut law yang betul,

Awe Roni –
Bab harta pusaka ni memang laju je suruh faraid. Tapi kadang kadang orang lupa apa tanggungjawab sebenar orang yang dapat harta faraid kepada yang keluarga si mti.

I faced yang macam confessor tulis. Dari aruwah atuk meninggal, nenek meninggal, moyang meninggal, pakcik meninggal, makcik meninggal. Bila medical officer sahkan meninggal sibuk tanya berapa harta yang ada.

Disebabkan my parent jadi PA, maka setiap bulan akan ada phone calls from my aunts asked for the faraid. Me be like..wei…gain ur own la…

Berbalik kepada anak angkat si Ali ni, takkan adik beradik si mti takde sense kot. Di saat si mti sakit, siapa yang jaga si mti. Of coz la wife and anak angkat dia kan.

Apa salahnya jagakan si anak angkat. Bagi pendidikan sempurna ke apa ke. Ni tau nak harta je..

But i salute my other late uncle. Dia dah siap siap tukarkan nama kepada anak anak perempuan dia. So, sebarang tuntutan tak boleh dibuat dah..

So my advice, siapa yang berkemampuan tu buatla hibah. Kesian pada yang ditinggalkan bila jadi macm ni hubungan boleh renggang..

Sumber – SOFEA (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *