Alina mngsa dari kecil. Bertahun x balik, Alina pulang ke nraka lamanya. Akhirnya dia pergi tak kembali

Foto sekadar hiasan

Salam dan selamat sejahtera.

Aku nak cerita tentang kisah bekas kekasih aku, Alina. Gadis yang cantik, lemah lembut, sopan santun, yang aku cintai dengan sepenuh hati, penghidap skiz0frenia dan bip0lar dis0rder.

Alina membesar did3ra mental dan fizikal nya. Anak sulong daripada 5 beradik itu sering menjadi mngsa amarah ibu nya, dipkul dimaki dihiina.

Seawal usia 10 tahun Alina sudah dibebani dengan kerja rumah membasuh baju, mengemas rumah memasak, menjaga adik. Jika ibu nya pulang dalam keadaan baju tidak berlipat Alina akan dihambat dengan r0tan.

Jika ibunya pulang makanan tidak tersedia Alina akan dipkul lagi. Jika ibunya pulang dan adik beradik nya membuat huru hara Alina juga lah mngsa nya.

Dan jika ibu nya pulang dalam keadaan semua telah sempurna badan Alina juga menjadi tadahan sepak trajang kerana mood ibunya tidak baik.

Ibu nya memegang jawatan tinggi dan jarang berada di rumah. Semua nya diserah kan pada Alina. Ayah nya telah hilang jejak selepas mencerraikan ibunya bersama dengan lima orang anak.

Alina pernah bercerita kepadaku dia belajar masak daripada buku resepi milik aruwah neneknya.

Duit yang ditinggal kan ibunya diguna kan untuk membeli barang dapur. Orang di kawasan perumahan di situ sangat kagum kerana seawal usia Alina boleh membeli barang dapur sendiri tetapi tiada siapa tahu derita disebalik kerajinan Alina.

Teruk Alina did3ra tetapi kebajikannya tetap terjaga. Ibu Alina sentiasa pastikan mereka mendapat pelajaran yang sempurna. Walaupun Alina tiada satu A pun dalam SPM, dia dapat sambung belajar di universiti tempat kami bertemu. Rezeki Alina ku sayang.

Pertama kali aku ternampak Alina semasa di kafe. Alina duduk bersendirian. Termenung. Terlalu jauh menung nya, tembus dinding.

Aku duduk tidak jauh dari situ dan aku sangat tertarik melihat Alina waktu itu. Disebalik bising dan sesak orang ramai Alina seperti patung batu di tengah tengah kafe.

Aku masih tidak dapat melupakan matanya. Sayu. Sedih. Tenggelam entah ke mana. Sehingga lah temannya datang baru lah Alina tersedar. Kembali ke dunia nyata.

Kali kedua tuhan temukan lagi aku dengan Alina di library. Aku duduk tidak jauh dari Alina. Dihadapan nya ada selonggok majalah tetapi menung nya sehingga ke planet Marikh.

Aku sangat tertarik dengan Alina. Dada aku berdebar debar melihat Alina. Aku nekad ingin mengenali Alina.

Aku minta bantuan daripada kawan ku mat romeo yang mempunyai banyak connection dengan pelajar di situ. Mujur juga ada mamat ni, senang kerja aku.

Mat romeo ambil masa agak lama untuk mencari Alina. Mat kata Alina seorang yang sangat pendiam, sukar didekati jadi tidak ramai yang begitu mengenalinya.

Aku akhirnya dapat tahu Alina satu fakulti dengan aku tetapi berlainan course. Alina junior bawah aku setahun. Aku sekali lagi minta bantuan mat untuk mendapat kan no. tel Alina. Aku ingin mengenali Alina. Aku nekad.

Allah izinkan aku menghubungi Alina. Lepas dapat nombor tel daripada mat aku terus mesej Alina. Aku terus nyatakan niat aku untuk mengenalinya. Mesej aku tidak berbalas. Aku hantar semula tetapi tetap juga dibalas sepi. Aku putus asa.

Aku cuba buat kali ketiga dan aku redha jika kali ini tiada balasan aku akan undur diri. Ting! Mesej dari Alina. ‘Saya tak kenal encik. Maaf ye.’ Hampa. Kecewa.

Tetapi aku tetap tidak putus asa. Aku berjanji untuk hanya menghubungi nya melalui telefon tanpa bertemu secara fizikal. Alina akhirnya bersetuju.

Aku berbalas mesej dengan Alina hampir dua tahun. Entah kenapa macam ada chemistry antara kami, aku sangat senang dengan Alina.

Aku sentiasa topup kan no. hp Alina kerana aku resah jika seharian tidak menerima khabar nya. Alina rupanya seorang yang ceria. Setiap hari dia akan bercerita mengenai hidup nya.

Daripada pelajaran membawa kepada kisah peribadinya. Agak lama juga Alina ambil masa untuk menceritakan kisah hidup nya yang pahit.

Alina kata setiap malam dia masih bermimpi ibunya mengejarnya dengan pelbagai alat t4jam, dengan pisau, dengan cangkul, dengan tombak.

Setiap malam Alina bermimpi diburu ibu sendiri untuk dibnvh. Alina meracau dalam tidur tetapi teman serumah nya sudah lali dengan situasi itu. Setiap kali Alina meracau mereka akan mengejut kan nya dan menenangkan nya.

Tuhan kirim kan sahabat dari syurga untuk Alina. Mereka menjaga Alina seperti menjaga anak sendiri. Kerana Alina polos, jujur dan lurus.

Kadang kala aku menangis mendengar bicara Alina. Alina ku sayang, setiap hari aku berdoa supaya Allah melindungimu.

Semasa tahun akhir aku di universiti aku minta untuk berjumpa Alina jika dia tidak keberatan. Hanya sekali. Aku minta dia bawa kawan kawan nya jika takut.

Ternyata Alina memang takut haha, dia bawa lima orang kawan nya bersama. Kami bertemu di kafe uni. Selepas bersembang seminit dua, kawan Alina beri kami masa untuk berbual.

Mereka tunggu di meja tidak jauh dari situ. Alina nampak teruja berjumpa dengan aku.

“Saya selalu nampak awak, kalau saya tahu itu awak saya pergi jerkah awak.”

Aku ketawa besar dengar kata kata Alina. Alina sudah semakin berani, semakin kuat, semakin ceria. Menurut Alina dia tidak pernah pulang ke rumah.

Setiap kali cuti semester dia akan tinggal di rumah kawan kawan nya. Ibunya tidak pernah kisah tetapi tetap memberikan memberikan sejumlah wang kepada Alina.

Tahun berganti, aku masih setia menghubungi Alina. Selepas tamat belajar Alina bekerja sambilan di bandar dekat dengan tempat aku bekerja. Keadaan Alina mula merosot.

Dia mengadu sakit dada, hilang semangat untuk meneruskan hidup, sukar tidur malam dan sering mendengar sesuatu.

Aku mencadang kan supaya Alina bertemu dengan doktor. Alina pergi ke klinik kerajaan dan dapat surat refer ke hospital. Aku meminta izin untuk menemaninya ke hospital.

Semasa aku bertemu semula dengan Alina selepas setahun, fizikal nya jauh berubah. Alina jadi sangat kurus dan cengkung. Matanya sembab, wajah nya tidak ceria. Alina yang dahulu berseri seperti bidadari telah malap dan pudar. Aku tak sangka keadaan nya begitu serius.

Pada hari yang sama doktor sah kan Alina menghidap sakit mental. Alina menangis di dalam kereta. Menangis dengan sesungguh nya. Jiwa nya yang tersiksa dilepas kan semua.

Hati aku hancur melihat nya. Alina ku sayang, waktu itu aku sangat ingin membantu mu tetapi aku tidak berdaya. Aku turut mengalir kan air mata. Aku meminta nya untuk bersabar, istighfar dan bertenang.

Alina ku sayang, Tuhan telah bawa kau pergi ke syurga abadi. Aku redha dengan takdir ini walaupun sangat sakit. Sakit yang tidak terungkap kerana merindu kan mu.

Iya, Allah telah bawa Alina pergi dalam tidur yang panjang tiga tahun lepas. Alina 0verd0se ubat tidur.

Alina kata dia tidak mahu mendengar suara suara yang menakutkan itu lagi. Dia hanya ingin tidur yang lena tetapi dia telah tidur selamanya. Tidur lah dengan lena sayangku.

Perjalanan Alina melawan sakit nya agak panjang untuk aku tuliskan. Aku kisah kan cerita Alina disini sebagai kenangan terakhir.

Alina ku sayang, aku berdoa semoga kita dipertemukan di syurga abadi. Alina ku sayang, aku sangat merindu kan mu.

Part 2: Alina ku sayang

Alina telah pergi tapi kenangan melihat gelak tawa jatuh bangun dan derita nya masih terlekat kuat di dalam ingatan aku.

Alina sejujurnya hampir pulih. Semasa 5 tahun lebih tinggal di uni, Alina berubah karakter daripada seorang yang sangat pendiam dan penakut kepada seorang yang ceria dan lebih terbuka. 5 tahun itu telah berjaya merawat jiwa nya yang hampir rosak.

Aku menjadi saksi bagaimana sukar nya untuk mendekati Alina pada awal perkenalan kami sehingga bagaimana ceria nya wajah Alina setiap kali aku terserempak dengan nya di mana mana.

Alina tidak pernah sekali pun pulang ke rumah. Raya pun beraya di rumah sahabat nya. Selepas tamat belajar Alina tiada lagi tempat untuk menumpang kasih.

Ibu dan bapa saudara nya sudah lama menyisih kan ibu mereka kerana kes berebutkan harta. Sejak kecil Alina tidak begitu mengenali mereka apa tah lagi saudara sebelah bapa yang ibarat langsung tidak wujud.

Akhirnya Alina buat keputusan untuk kembali ke nerakka lama nya. Maaf, rumah itu memang neraka.

Berjela kata semangat aku berikan untuk nya ketika dia dalam perjalanan pulang. Aku pesan supaya terus menghubungi ku. Jika aku tidak mendengar sebarang khabar dari dia lebih daripada 24 jam aku tidak teragak agak untuk membuat laporan polis.

Alina hanya ketawa sedangkan aku sangat risau sehingga tiada sedikit pun perasaan ingin bersangka baik.

Apa yang kau harapkan daripada seorang ibu yang telah menyiksa jiwa anak nya sejak kecil?

Sangka buruk aku memang menjadi kenyataan, jiwa Alina kembali tersiksa tetapi bukan semata mata menerima hamun ibunya tetapi kerana melihat nasib adik adik nya.

Alina menghubungiku dan menangis di talian berjam lama nya. “Saya berdosa Amirul. Saya berdosa. Saya berdosa. Saya berdosa. Saya tak patut tinggalkan adik adik saya. Saya kakak tak guna Amirul. Saya berdosa.”

Alina ku sayang, sekali lagi aku menjadi lelaki yang tidak mampu melakukan apa apa untuk mu. Aku hanya mampu mendengar dan turut menangis bersama dengan mu.

Adik kedua Alina telah lama menghilang kan diri selepas tamat SPM. Adik ketiganya mempunyai masalah pembelajaran dan terpaksa dimasukkan ke kelas pemulihan khas. Di usia 15 tahun dia masih membaca sepatah sepatah. Bicara nya juga tidak sempurna.

Menurut Alina dia begitu teruja untuk bersembang dengan Alina tetapi tergagap gagap sehingga akhirnya dia berhenti kerana frust dengan kelemahannya.

Adik keempat nya juga menghadapi masalah pembelajaran. Mengurung kan diri di dalam bilik tanpa mahu melihat Alina.

Adik bongsu nya masih di sekolah rendah. Alina kata adik nya itu seolah olah bisu. Sangat manja, duduk di riba Alina, mahu tidur dan dipeluk Alina tetapi biacaranya hanya angguk dan geleng.

Berkali kali Alina menyalah kan diri sendiri. Alina tertekan melihat nasib adik adiknya. Adik kedua nya yang menghilang kan diri tidak dapat dijejaki.

Bila ditanya pada ibunya sebakul sumpah seranah dikembalikan pada Alina.

“Budak tu dah mampus agaknya. Aku ingat kau pun dah mampus tak reti nak balik rumah.”

Alina menangis lagi.

“Apa yang patut saya buat dengan adik saya Amirul? Macam mana kalau dia ambil ddah? Macam mana kalau dia dipkul dengan gangster? Dia panas baran sikit dari kecik.”

Hari hari yang dihabis kan di rumah penjadi penyebab utama yang trigger semula sakit Alina. Aku masih simpan semua mesej Alina.

Aku print dan buku kan selepas pemergian Alina.

23.7.2017 2.45 a.m. “Amirul, kenapa Tuhan bawa saya ke dunia jika tuhan nak siksa saya macam ni? Saya tak patut dilahir kan Amirul.”

28.7.2017 8.11 a.m. “Amirul, kalau ada mesin masa saya akan cari saya yang masih kecil.” Aku fikir tujuan nya adalah untuk menyelamatkan dirinya sendiri. ‘Saya nak bnuh dia. Biar dia tak tersiksa.’

14.8.2017. 10.20 a.m. “Alina, sudi tak awak terima saya sebagai suami?”. Aku takut takut masa hantar mesej ni.

Malam sebelum nya aku telah nyata kan hasrat pada umi untuk menghantar pinangan pada Alina. Aku cerita kan segala nya pada umi dan umi meminta aku untuk bertanya pada Alina terlebih dahulu.

Aku mendapat balasan. “Kenapa awak nak kahwin dengan manusia macam saya Amirul? Awak tak akan bahagia dengan saya.”

Aku berjanji aku akan berusaha lebih, selepas kami berkahwin aku berjanji untuk membawa semua adik Alina tinggal bersama dan menjaga kebajikan mereka. Aku berjanji untuk melindungi nya. Aku janji kan bulan bintang padanya tetapi jasad Alina tetap kembali tertanam di bumi.

Beberapa bulan tinggal di rumah, Alina menyatakan hasrat untuk bekerja dan mencari pendapatan sendiri. Alina berpindah dekat dengan tempat aku bekerja.

Aku sangka mental nya akan lebih sihat jika keluar daripada neraka itu tetapi keadaan nya tambah buruk. Alina mengadu ada beberapa ketika dia sakit dada dan sukar bernafas.

Kerap berpeluh peluh, dada berdebar debar dan merasa ketakutan.

8.10.2017 / 3.12 a.m. “Amirul dada saya sakit. Saya sakit sangat. Saya tak boleh tidur.”

3.26 a.m. “Saya rasa nak terjun ke bawah. Saya nak hilangkan sakit ni. Alina tinggal di apartment tingkat 8.”

Mujur aku tersedar semasa mesej dia masuk, aku segera call Alina untuk menenang kan nya. Aku cerita kan pelbagai momen lucu dalam hidup aku untuk mengalih kan perhatian daripada sakit nya.

Aku menyanyi. Aku lakukan semua yang termampu sehingga aku terdengar dengkuran halus Alina.

Alina ku sayang, sehingga ke hari ini aku masih menghubungi mu. Aku cuba membangun kan mu dari tidur yang panjang tetapi tidurmu terlalu lena. Tiada balasan.

Bertahun aku berjuang bersama sama dengan Alina. Aku teman kan Alina setiap kali Alina bertemu dengan pskiatri.

Aku menyamar sebagai sepupu Alina agar aku dapat masuk ke bilik doktor bersama dengan nya. Awak sangat kuat Alina. Awak antara wanita paling kuat saya pernah jumpa dalam hidup saya.

Dr. Azlan meminta aku untuk terus memantau keadaan Alina. Dos ubat tidur yang diberikan kepada Alina tinggi kerana keadaan Alina tidak bertambah baik.

Alina mula mendengar suara yang tidak wujud. Suara suara yang menjatuh kan semangat nya.

19.1.2018 / 11.23 p.m. “Amirul, telinga saya bingit sangat. Otak saya serabut dengar suara ni.”

Aku segera menghubungi Alina.

“Alina awak dengar suara saya tak? Suara saya macam mana? Garau kan? Awak dengar suara garau saya je Alina, suara yang lain tu tak wujud. Saya saja yang wujud, dengar suara saya je.”

Malam itu aku gagal membantu Alina, dia terpaksa mengambil ubat tidur untuk menghilang kan bingit di telinga nya.

Malam sebelum tragedi pahit itu aku terlelap awal. Aku terjaga waktu subuh dengan puluhan missed call dan mesej daripada Alina.

“Amirul saya sakit sangat. Dada saya sakit sangat saya rasa nak tkam tkam dada saya ni nak hilang kan sakit. Saya dah makan ubat, saya nak tidur lena.

Aku cuba menghubungi Alina tetapi tiada balasan. Sepanjang pagi aku rasa tak sedap hati. Pukul 10.30 pagi selepas saja selesai meeting aku cuba call Alina semula dan panggilan ku berjawab.

“Hello ini Amirul ye? Ini Shasha (teman serumah Alina), Alina dekat hospital sekarang.”

Aku terus minta cuti half day dan drive ke hospital. Kaki tangan aku sejuk beku. Aku drive sambil mengigil. Semasa aku sampai di hospital Shasha menyambut aku dengan tangisan.

Alina dah tak ada. Doktor sah kan Alina meninggal dunia semasa dirumah lagi tetapi dibawa ke hospital untuk dibedah siasat. Alina telan semua pil tidur yang ada. Aku jatuh terduduk.

Aku meminta bantuan kawan kawan untuk menguruskan jnazah Alina untuk dibawa pulang ke kampung. Ahli keluarga nya telah dimaklumkan.

Aku sendiri menghubungi ibunya memaklumkan aku akan mengiringi Alina pulang. Urusan jnazah Alina sangat cepat, petang itu Alina sudah siap di mandi dan dikafan kan.

Aku menaiki van jnazah, kawan aku dan kawan serumah Alina ikut dengan kereta. Ketika sampai di rumah Alina orang ramai telah bersedia menyambut kepulangan Alina. Ibu Alina menangis meraung melihat jnazah Alina sehingga terpaksa ditenang kan orang ramai.

Alina ku sayang, rumah awak cukup besar untuk menerima jumlah makmum yang ramai tetapi solat jnazah dilakukan sehingga tiga sesi kerana ramai nya makmum yang hadir untuk mendoakan pemergianmu.

Alina ku sayang, adik awak sudah pulang ke rumah. Dia tak ambil ddah. Dia tak dipkul dengan gangster pun. Dia kerja di bengkel kereta cari rezeki yang halal. Dia yang menyambut jnazah awak di liang lahad. Dia adik yang kuat, adik yang bertanggung jawab.

Alina ku sayang, saya lihat wajah awak yang terakhir sebelum awak di bawa ke tanah perkuburan. Awak sangat cantik Alina. Wajah awak sangat bersih dan tenang.

Awak nampak seperti tidur dengan sangat lena. Lena seperti yang awak selalu kata kan kepada saya. Awak tak pernah tidur lena sejak awak kecil.

Alina ku sayang, saya meminta izin untuk meminjam telefon bimbit awak untuk menyelesaikan beberapa urusan tetapi ibu awak izin kan saya untuk menyimpan telefon tersebut.

Saya terjumpa diari awak di dalam telefon ini dengan beratus entri duka luahan awak kepada yang Maha Esa. Semua nya telah saya buku kan sebagai kenangan.

28.4.2018 “Ya Allah, izin kan aku menjadi isteri yang sempurna untuk Amirul.”

Sumber – Amirul (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Alfatihah buat Alina. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *