“Awak dengar tak apa yg saya dengar tadi?”. Di Karak, tiba2 kereta ‘diketuk’. Aku dan suami terkejut, anak trs menangis

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum. Confession ini adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri kira kira bulan januari 2021 yang lalu.

Aku titipkan disini kerana aku masih belum mampu melupakannya dan untuk perkongsian bersama dengan kalian. Tragedi dan misteri yang ringkas namun meninggalkan kesan yang amat mendalam buat diri aku.

Awal Januari 2021, aku dan suami mengambil keputusan untuk pulang ke kampung halaman suami di pantai timur tanah air kerana sudah lama tidak pulang sejak wabak c0vid melanda negara. Kebetulan ketika itu rakyat dibenarkan untuk merentas negeri.

Kami yang menetap di utara tanah air tidak terus melalui jalan Gerik kerana perlu ke Pahang terlebih dahulu untuk menyelesaikan beberapa urusan. Kira kira jam 8 pagi kami bertolak melalui lebuhraya utara selatan (PLUS) dan hanya berhenti beberapa ketika di RNR.

Tiada apa apa yang berlaku namun perjalanan terasa begitu jauh.

Pukul 6.30 petang kami baru memasuki bahagian negeri Selangor. Aku dan suami bergilir memandu dan sejujurnya aku lebih cekap memandu. Dan disebabkan itu aku mengambil keputusan untuk memandu ketika hendak memasuki negeri Pahang.

Ketika itu hari dah hampir Maghrib. Kami berhenti di sebuah perhentian untuk makan, membersihkan diri, solat dan mengurus anak kecil yang ketika itu baru beberapa bulan umurnya.

Itu adalah kali pertama kami hendak memasuki negeri Pahang dengan memandu sendiri. Sebelum ini hanya dengan bas jika mempunyai urusan. Kami hanya tawakkal walaupun ketika itu hanya waze menjadi pemandu arah.

Seusai itu kami pun meneruskan perjalanan. Aku memandu seperti biasa walaupun hati berasa tidak enak, manakala suamiku asyik meneliti waze untuk memastikan kami tidak tersesat.

Seingat aku, itu adalah lebuhraya namun tiada sebuah pun kenderaan ada disitu kecuali kereta kami. Ketika itu langit masih belum gelap sepenuhnya. Hujan renyai renyai.

Tidak semena mena, aku terdengar bunyi ketukan di tingkap belakang pemandu sebanyak 3 kali. “Tuk tuk tuk!”

Aku dan suami yang sedang berbual ketika itu terperanjat dan terus menyepikan diri. Manakala anakku yang hampir terlelap terus menangis. Suami aku terus memujuknya sehingga dia tertidur.

Aku memandang kiri kanan dan belakang. Namun tiada apa apa motor atau kereta lain yang kelihatan. Langit mulai gelap dan kira kira setengah jam baru aku memberanikan diri menegur suamiku.

“Awak dengar tak apa yang saya dengar tadi?”. Dia hanya menjawab dengar dan memberikan isyarat supaya diam dan meneruskan perjalanan.

Hatiku makin tidak tenteram namun aku gagahi jua memandangkan suami aku tidak boleh memandu pada waktu malam (silau). Kami hanya berbual kosong mengisi kesunyian.

Perjalanan terasa begitu jauh seperti tiada berpenghujung dan beberapa kali suamiku menyuruh keluar di susur kiri namun tiada jalan yang kami jumpa selain bergerak lurus. Barangkali waze tidak berfungsi!

Setibanya kami di hotel, kami terus merehatkan diri dan alhamdulilllah anakku tidak banyak meragam.

Ketika itu suamiku memberitahu yang ketika waze memberi info hampir tiba di susur keluar, tiba tiba waze menunjukkan jarak perjalanan masih jauh pula. Seolah olah kami berulang di tempat yang sama! Allahuakbar. Nak kata tiada internet, test buka aplikasi lain ok saja.

Keesokan harinya hujan masih belum berhenti dan Pahang banjir. Kami telah selesai urusan dan ingin bergerak pulang ke pantai timur melalui LPT 2.

Perjalanan tersebut alhamdulillah lancar cuma perlu melalui jalan yang jauh akibat banjir sebelum memasuki lebuhraya. Kali ini suami aku pula yang memandu sepenuhnya.

Di kampung, tiada apa yang berlaku. Cuma bermalam selama 2 hari. Kemudian pada hari kami ingin bertolak pulang ke utara, aku tiba tiba berasa tidak sedap hati dan memberitahu kepada bapa mertuaku yang aku tidak yakin untuk melalui jalan Gerik kali ini akibat hujan lebat.

Selalunya aku yang memandu dikawasan berbukit. Aku tidak suka orang lain yang memandu kerana aku akan pening dan muntah sepanjang perjalanan.

Ketika ini hujan masih lebat namun di puncak Titiwangasa hanya kabus yang kelihatan sehingga menutupi pandangan hadapan sepenuhnya.

Aku memandu dengan perlahan dan tiba tiba ada treler balak di hadapanku. Aku harus memotong namun aku takut. Tika itu keyakinan dan semangatku hilang melayang ntah kemana sehingga aku ingin berhenti di tepi jalan.

Namun keadaan kawasan yang memaksa dan aku tidak dapat berhenti selain mengikut treler yang sangat perlahan itu. Akhirnya tiba di kawasan tiada kabus dan ada tempat memotong, aku memberanikan diri jua.

Kami sampai di kawasan Baling kira kira Maghrib, waktu langit mulai senja. Kala ini hujan renyai renyai. Aku yang keletihan hampir melanggar sebuah kereta lain di hadapanku.

Nasib ketika itu suami memberi amaran dan aku sempat menekan brek sehingga tayar kereta terseret. Habislah tayar aku!

Keesokannya, aku perlu masuk semula ke pejabat. Hujan masih belum berhenti, maklumlah ketika itukan musim tengkujuh. Air sungai penuh.

Ketika petang ingin pulang ke rumah dari pejabat, di sebatang jalan yang lurus, aku nampak ada sebuah kereta arah bertentangan ingin memasuki simpang di kiri aku.

Dikiri di simpang itu pula banyak kereta menunggu untuk keluar ke jalan besar. Aku memperlahan keretaku sehingga 30km/j.

Namun tiba tiba kereta arah hadapan aku terus memasuki simpang ketika aku begitu hampir dengannya. Aku menekan brek mengejut dan terlanggar jua keretanya akibat tayar aku tidak begitu mencengkam.

Keretaku berpusing pusing di jalan raya sebelum melanggar tiang elektrik. Mujurlah ada tiang, kalau tidak pasti aku menjunam ke dalam sungai. Keretaku remuk di bahagian hadapan. Aku dan anak alhamdulillah selamat cuma terhantuk dan lebam lebam sedikit akibat impak langgaran.

Sejak itu, semangatku hilang, ghaib. Ada orang tua tua berkata aku terkena geruh semasa tingkap diketuk 3 kali itu. Mungkin itu gangguan atau petanda tidak baik. Namun aku sendiri tidak pasti.

Bermula dari ketukan itulah tragedi demi tragedi terjadi kepadaku sehingga tiada lagi kereta tersebut.

Bahkan, aku tidak pasti lokasi sebenar kejadian. Cuma seingatku, ada papan tanda yang tertulis Karak ketika kejadian itu berlaku. Maaf jika tersalah kerana itu adalah pertama kali aku melaluinya.

Bagiku, apa pun ia, segalanya berlalu dengan kuasa Allah s.w.t. dan kita sebagai hamba hendaklah sentiasa redha dan bersabar dengan ujiannya.

Semoga kalian yang membaca confession ini sentiasa berwaspada dan berhati hati ketika memandu. In shaa Allah.

Reaksi Warganet

Abe Daud –
3 tahun ulang alik dekatt LPT 2 Alhamdulillah dijauhi dari perkara tak elok walaupun gerak tengah malam, awal pagi.

Paling scary masa 1st PKP tahun lepas. Langsung sunyi atas highway masa Maghrib.

Just ambik petua sikit sikit. Sebelum sampi rumah, berhenti dulu mana mana tempat yang tidak sunyi. Rehat jap sambil sambil baca ayat Qursi dan 3 Qul. InsyaAllah, kalau ada ‘follower,’ kita mintak dia lepak ja situ, jangn ikut sampi rumah.

Kallen Stadfeld –
Pernah rasa di laluan LPT malam malam sorang sorang diri. Bau busuk macam bau bangkai dari Karak hingga ke Temerloh. Pastu orang bagi lampu tinggi. Tekan minyak tukar gear pun tak rasa laju.

Sampai RNR Temerloh menggigil dah lah tak boleh solat. Nasib baik ada sorang suami isteri ni tanya kenapa. Pakcik tu ambik air baca ayat ayat alquran then suruh sapu kat muka agar tenang. Kebetulan jugak destinasi kami sama. So mereka ikut dr belakang

Sejak tu, takkan bawak kereta time Maghrib. Singgah je dulu kat mana mana RNR, basuh basuh muka even tak boleh solat. Lepas rasa dah habis solat baru gerak.

Jamilah Nasri –
Waze memang mengarut. Baik guna google map je. Pastu rasenye laluan Gerrik lagi seram dari LPT Karak. Saya orang pantai timur. Kampung dekat Klang dan Perak.

Antara LPT dan Gerik, kat Gerik la yang kena kereta berat tu. Alhamdulillah ayah imam masjid. Dia hafal banyak surah. Jadi dia mengaji je sambil drive.

Mase tu kecik lagi. Tibe tibe pelik kenapa ayah mengaji malam malam ni. Ingatkan mengantuk. Bila ditanya rupanya ayah kata van terasa berat. Umi dan adik beradik semua tidor. Yang berjaga cuma saya dan ayah.

Dah bila ayah kata van berat, saya pusing la kiri kanan depan belakang.. Tapi tak nampak pape pun.. Mungkin sebab mase intai intai tu ayah tengah mengaji. So tak nampak, huhu.

Azhar Mat Zin –
1 malam nak p men futsal. Nak cepat punya pasal, terus ikut jalan yang baru dibuka. Potong lalu hutan. Memang gelap tak dok lampu jalan aper lagi time tu..

Tiber dengar pompuan mengilai. Tengok dekat cermin co-driver, ngam dia follow. Baju putih, rambut menggerbang..

Jasin, Melaka ikut jalan potong Taman Maju..

Saya full volume radio, tekan minyak sampai keluar ke jalan besar. Lega..

Ruzaidah Alias –
Kalau lalu dibukan laluan biasa seeloknya banyakkan selawat dan baca ayat 9 surah Yasin. Saya pun pernah drive tengah malam dari JB-Kelantan lalu Segamat. Saya follow maps yang suggest ikut laluan tersebut Dan masa tu Sy pregnant.

Memang seram bila semua lelap, kita sorang sorang dan cuma kereta kita dilaluan tersebut. Sepanjang sejam++ memang saya cuma zikir tanpa henti. Sampai simpang ke Kuantan dan nampak banyak kereta baru perasaan lega tu datang. Tak pasti la ada gangguan ke tak cuma masa terpaksa rentas kebun kelapa sawit (laluan alternative) semua tiba tiba. Sedar Dan bila singgah di Kuantan anak no 4 Sy (2+ tahun) tunjuk pokok sambil cakap “eei hantu 2”. Meremang jugak la.

Nurul A’in Ahmad Latif –
Saya dah PJJ10 tahun. Long distance driver. Selangor ke Terengganu. Saya suka drive. Selalunya saya akan drive malam dengan anak anak dan helper kalau saya balik ke Terengganu. Alasan saya memilih untuk drive malam sebab jalan lebih sunyi, kereta tak banyak dan helper saya pulak jenis mabuk bila naik kereta. Mudah kalau semua org tidur.

Kebiasaannya saya akan lalu Karak antara 11 malam ke 2 pagi. Alhamdulillah setakat ni saya tak pernah lalui kejadian misteri dan menyeramkan. Saya juga berharap agar saya tidak mengalami pengalaman macam ni. Cuma setiap kali perjalanan malam saya akan pasang ayat al quran dlm kereta. Semoga Dia melindungi kita semua. InsyaAllah.

Saya tambah sikit ya. Tak ada kena mengena dengan topik. Memandangkan saya selalu lalu LPT2, saya cuma ingin berpesan jangan bawak laju laju. Struktur jalannya berombak. Bila hujan memang akan rasa tayar “terbuang” bila langgar lopak air. Especially untuk tayar jenis nipis. Kadang kadang ada haiwan melintas secara tiba tiba pula. Take care semua.

Sumber – Husna (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *