“Yg perempuan gelak tepuk dahi, yg laki acah2 tersembur”. Broken English, Azizulhasni kongsi cerita

Tular di laman social negara kita baru baru ini isu berkaitan ‘broken English’. Masing masing mempunyai pendapat dan pandangan yang berbeza mengenai isu ini. Dan ramai juga pihak yang tampil memppertahankan mngsa yang dijadikan bahan jenaka dan perlekahan di media social.

Terbaru, perkongsian dari Azizulhasni ternyata mendapat reaksi hangat dari pembaca. Jom ikuti pengalaman Azizulhasni sepertimana yang telah dikongsikan di laman FB Azizulhasni Awang.

Brokeng English

Tahun 2007 masa saya baru-baru sampai ke Melbourne dulu, saya ingat lagi, saya dan rakan sepasukan menghadiri ‘bbq party’ dengan sebuah komuniti melayu di Melbourne.

Ni bukan party cucuk langit ye korang, ni aktiviti biasa di perantauan, buat bbq di mana mana taman (park) dan berkumpul untuk beramah mesra dan kenal antara satu sama lain.

Dalam komuniti tersebut ramai yang melanjutkan PHD, kira hebat dan bukan bishe bishe lah. PHD yang saya maksud tersebut bukanlah Perasaan Hasad Dengki tetapi adalah Doctor of Philosophy ye.

Jadi saya ni macam biasalah, suka take part in conversation walaupun tak kenal atau baru baru kenal dengan orang. Ini adalah kerana saya ingin tingkatkan kemahiran komunikasi serta penguasaan bahasa Inggeris saya yang ketika itu berada pada tahap bishe bishe sajer.

Entah macam mana our conversation adalah berkenaan dengan Chromosome, DNA dan RNA semua ni lah.

Dalam kepala saya teringat kereta Proton Gen2 di pasaran Malaysia. Kite sebut Gen2 adalah ‘Jen Tu’ kan. Jadi saya dengan yakinnya menyebut ‘Jen’ untuk merujuk kepada ‘Gene’ (terdiri dari DNA, boleh google kalau tak tahu) dan sebutan saya itu salah.

Sebutan yang betul adalah ‘Jin’ ( tak ada kaitan dengan jin pakai toncet ye kawan kawan).

Terus saya di gelakkan oleh dua pelajar PHD yang berbangsa Melayu. Yang si perempuan tu gelakkan sambil berpusing ke belakang dan meletakkan tangan ke dahi nya.

Dan yang lelaki pula acah acah tersembur air dari mulutnya yang ketika itu tengah minum air sirap merah.

Kedua keduanya langsung tidak memberitahu akan kesilapan saya itu dan saya tahu pun selepas ada antara rakan mereka itu menceritakan kepada saya setelah di canang canang kisah tersebut.

Saya langsung tidak sakit hati dan marah, kerana saya tahu tahap saya dan saya masih lagi dalam proses untuk belajar.

Itulah sikap orang melayu kita kawan kawan yang dikasihi sekalian. Itu sekitar tahun 2007 tu, ni kita dah masuk era baru tahun 2021 pun, masih ramai dari kalangan kita yang mempunyai perangai menggelabah seperti itu.

Berbeza pula apabila saya berada di kalangan Mat Salleh (orang Barat). Bukannya nak puji mereka, tapi akhlak mereka sangat jauh terpuji dari bangsa kita.

Banyak kali saya tersilap ketika berkomunikasi, tetapi mereka membantu perbetulkan sama ada dari segi grammar mahupun sebutan dan sebagainya.

Langsung tidak ada gelak gelak memperlekeh dan jauh sekali mereka memerli. Berdasar pengalaman saya, 100% dari mereka semuanya begitu dan belum pernah saya di gelakkan mereka kerana membuat kesilapan ketika berkomunikasi.

Dan di kalangan rakan rakan Mat Salleh saya, ada antara mereka yang mempunyai grammar berterabur juga walaupun mereka itu lahir dalam keluarga Mat Salleh. Ada juga yang tidak fasih mengeja dan mereka siap rujuk kepada saya untuk ejaan.

Dan perlu diketahui yang bahasa Inggeris ini mempunyai terlalu banyak ‘Slang’ atau loghat yang berbeza beza sebutannya.

Pengalaman mengembara seluruh dunia dan khususnya ketika berada di Sukan Olimpik, disitu ada pelbagai bangsa dari pelbagai negara, siap ada negara yang kita tak pernah tahu kewujudannya.

Apabila berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, mereka juga mempunyai kesulitan untuk memahami loghat masing masing, tetapi mereka ni tetap menghormati antara satu sama lain dan ini lah contoh yang kita perlu pelajari.

Saya bukannya nak mempertahankan mereka yang membuat kesalahan dalam bahasa Inggeris ini, tetapi jangan kita memperlekeh dan merendahkan orang lain atas sebab itu.

Mereka yang kurang fasih ini juga, nasihat saya jangan bangga kerana anda tidak fasih, tetapi sentiasa cari ruang untuk meningkatkan kemahiran komunikasi anda dan jangan cepat putus asa.

Mereka yang pandai pula, bantulah mereka yang kurang pandai ini. Bukankah satu perasaan yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit apabila kita berjaya membantu orang lain.

Dan jika semua dari kita mempunyai sikap yang sama seperti ini, tidak ada sebab untuk masyarakat kita tidak melangkah maju ke hadapan.

Kalau kita lihat dari segi pembangunan negara, kita sudah tidak jauh untuk mencapai status ‘Developed Country’ akan tetapi jika kita lihat dari segi sikap dan mentaliti pula, saya minta maaf, kita masih sangat jauh di belakang.

Minta maaf minta ampun rakan rakan sekalian jika saya ada tersilap kata atau menyakiti sesiapa di luar sana. Saya harap nukilan ini membantu untuk membuka mata masyarakat kita untuk ke arah yang lebih baik.

Akhir kata dari saya, saya kongsikan kata-kata dari Jackson Brown Junior,

“Never make fun of someone who speak broken English. It means they know another language”

Sekian saja dari saya,
AzizulAwang

Gambar penulis di kedai Es Teler ketika baru menjejakkan kaki ke bumi kangaroo

Reaksi Warganet

Amy Abduljamil –
Agree 200%. Menjaga air muka org lain adalah sikap gentlemen dan ladylike yang patut orang kita contohi.

Nak menegur pun biarlah seperti menarik rambut dari tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak.

Rafiz Jazman –
Pengalaman singkat merantau. 4 taun di tempat orang putih, rilek saja aku belasah english slang utara. Janji depa paham maksud aku.

Depa tak tau, lagi sebatu nak jumpa. Aku dah siap karang ayat..hahaha.

Azlan Shaharum –
Tak semestinya ada Phd akhlaknya baik dan tak perlu PhD untuk ada akhlak yang baik. Mungkin betul orang kata negara bukan Islam lebih Islamik terutama dalam menghormati orang lain.

Apa apa pun Tuan memang seorang yang hebat… Alhamdulillah…

Sofwatul H. Abdullah –
Benerrr.. sepanjang belasan tahun tahun kerja dengan omputih ni tak pernah lagi diorang perlekeh sebutan/grammar orang lain.

Especially dengan multi-region environment; ada slang Japan, slang German, slang Brazil, slang Tranung dlm meeting. Masing masing akan cuba dengar dan bagi respond accordingly. Yang penting, isi atau maksud tu sampai.

So bila ada expatriates datang ke sini pun, diorang takde problem nak sembang dengan semua orang kita regardless education background pun. Siap yang US pernah cakap segan lagi sebab diorang cuma tahu 1 language..

Yang suka gelakkan orang sebutan orang ni jenis narrow minded.

Kalau nak menegur properly for the sake of learning, takde masalah. Mende boleh belajar kan.

Maz Mazyah –
Setuju! Saya bekerja dikelilingi rakan dari pelbagai pelusuk dunia. Malah rakan rakan sesama Europah juga mempunyai slang mereka sendiri memandang majority Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua mereka.

Tiada masalah. Tiada sesiapa ketawa atau buat buat tak faham. Malah English sendiri masih banyak ejaan atau grammar yang salah bila menulis. Tiada isu langsung.

Kami semua boleh bekerja bersama dengan baik tanpa sesiapa pun salah faham dan budaya ketawakan orang memang tak wujud.

Melihat video seorang DJ yang begitu seronok mentertawakan guru tersebut menyebabkan saya berasa kasihan melihat cara dia berfikir. Maaf pastinya diterima namun, mentaliti itu mengambil masa untuk diubah.

(Masih saya ingat lagi seorang rakan dari UK menyebut “soonday” untuk Sunday. Kalau masyarakat kita mesti nak ketawa kan?)

Sumber : Azizulhasni Awang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *