Suami xmmpu. Senyap2 dia gubah bunga duit, pkai duit printed. Tp xbg. Bila tanya, jwpn suami buat aku trkedu

Foto sekadar hiasan

Intro macam biase, nama aku kiambang. Dah tentu bukan nama sebenar. Cerita ni berkisarkan kami laki bini. Aku lewat 20an. Dah berkahwin 5 tahun, anak sorang. Ha Aku si bini.

Tak pasti cerita ni bakal disiarkan atau tak. Tapi aku just nak cerita juga. Aku membayangkan aku sedang bercerita dengan someone. So tak kisah sangat disiarkan ke tak. Kalau ye alhamdulillah.

Kami laki bini termasuk dalam golongn marhaen yang terjejas akibat c0vid-19 dari mac 2020. Aku sebenarnya penyumbang terbesar ekonomi rumahtangga.

Kami ada 2 buah kereta. Satu 2nd, satu kereta baru beli hujung 2019. Sebab kereta lama asyik rosak. Alasan teringin kereta baru saja sebenarnya.

Dan ada sebuah rumah yang dah dibeli tahun 2018. Semua yang tersenarai tu jatuh di pundak kepala aku. Tak termasuk lagi asbf, medical kad, dll.

Long story short, aku hilang kerja. Dan laki aku hanyalah bekerja sebagai security eventhough dia ada degree. Gaji minima. Epf tak de, socso apatah lagi. Slip gaji pun tak de.

Aku ada saving kecemasan. Tapi tak mampu untuk bertahan lama. Kami decide untuk balik duduk rumah mak.

Rumah sekarang sewakan. Aku beli rumah atas angin je. Jadi cepat juga dapat orang sewa. Sekarang tengah pikir macam mana nak bayar kereta, Mac ni dah habis segala moratorium.

Alhamdulillah, bila situasi macam ni, aku sedaya upaya untuk Jana income dan mula semula buat saving sementara masih duduk di rumah mak. Jujur sebenarnya aku tebal muka.

Dari zaman belajar aku jenis yang berdikari dan cari duit sendiri. Tapi aku anggap ni peluang dan hikmah Allah nak bagi untuk kami jadi lebih baik. Usaha lagi.

Bermula dari bawah balik, macam awal awal kawen. Tapi LAGI parah sebab dah Ada anak dan Komitmen.

Situasi macam ni, Kita Akan lebih cepat stress dan Mudah untuk blame pasangan. Termasuk lah aku. Bila time aku stress, aku akan persoal kenapa lah laki aku ni tak macam orang lain. Boleh support anak bini. Pandai Cari duit.

Tapi percayalah keadaan tak akan bertambah baik kalau kita saling menyalahkan dan tak cuba Cari solusi.

Bulan lepas birthday aku. Aku tak lah beri expectation tinggi sangat untuk laki aku buat surprise ke ape. Lol. Tapi masih mengharap. Perempuan. Mulut kata lain, hati kata lain.

Yang aku nak cerita ni, tentang esoknye tu. aku buka boot kereta. Aku nampak yang macam orang buat surprise delivery dengan duit tu. Bouquet flower.

Tapi….. Alkisahnye memang nampak sangatlah gubahan tu hasil tangan laki aku. Dan…. Duit printed. Ya, Laki aku print Gambar duit dekat kedai.

Aku tanya la dia, kenapa simpan. Tak bagi pun. Dia cakap dia segan. Dia tak de harta yang dia boleh bagi dekat aku.

Dia pun macam orang lain yang nak bahagiakan bini dia. Nak bagi macam orang lain. Mungkin aku pernah saja saja tag dia dekat FB gambar bouquet duit. Dia cuba untuk beri, dengan kemampuan yang dia ada.

Aku speechless. Sebab aku tak sangka dia terpikir buat macam tu demi nak gembirakan aku walaupun terbantut hajat dia nak bagi.

Hati aku memang syahdu sangat rasa waktu tu. Tapi aku tak cakap apa apa. Masa dia drive aku curi curi pandang dia macam orang tengah tengok crush. Tapi still tak tahu nak respon macam mana.

Walaupun dia tak dapat bagi, tapi dia dah menang di hati aku. Despite segala kepayahan sekarang ni, ada satu benda yang bertambah. Kecintaan aku pada dia. Cia cia. Silakan muntah. Aku tak kisah.

Aku ni jenis keras. Tak de jiwang jiwang. Tapi kali ni memang betul betul mengusik jiwa kewanitaan aku. Haha. Tulis smbil bergenang air mata sebenarnya. Cover line dengan gelak.

Laki aku mungkin banyak kelemahan. Dia tak kaya. Senang pun belum. Bukan juga alim ustaz yang pandai mengaji, solat di masjid. Orang surau pun tak pernah kenal dia.

Pendiam tak reti bercakap. Aku yang selalu jadi mulut dia. Entah la tak tahu macam mana dia hidup sebelum kawen. Nak tanya harga kuih pun cuit aku.

Oh ya. Kami nikah bukan sebab dia ngorat aku. Sekarang pun masih aku yang ngorat. Lol.

Tapi aku tersedar satu benda, akulah kekuatan dia. Yang menampung segala kelemahan dia. Saling membantu dalam urusan kebaikan, saling berpesan pesan.

Walaupun dia bukan siapa siapa di mata orang lain, dialah hero kami. Orang yang sangat peka dengan anak bini.

Walaupun dia tengah tido nyenyak, anak menangis dia tersedar dulu. Cepat cepat buat susu tak nak bagi aku terjaga. Bila aku mengadu lenguh badan, sakit kepala, dia terus datang urut smpai aku tak sedar dah terlena.

Aku yakin 99% pasangan berkahwin akan ada rasa ish kenapalah pasangan aku macam ni, kenapalah tak macam tu. Paling tak terdetik sekali saja di hati.

Aku dulu rajin cari gaduh dengan dia. Sampai penat tak mau gaduh dah. Sebab tak de siapa yang sempurna.

Dalam situasi sekarang ni, kami berdua sedaya usaha untuk mencari rezeki dan uruskan keluarga dengan cara kami tersendiri.

Kadang kita terlalu sibuk dengan urusan tanggungjawab dan urusan sehari hari, tapi terlupa untuk ambek masa sekejap tengok pasangan dekat sebelah yang tengah tido sambil renung kebaikan dia pada kita.

Betullah, bahagia tak pernah meletakkan harta sebagai syarat.

Semoga Allah keluarkan Kita dari kemelut ekonomi akibat c0vid-19 ni dan beri bahagia pada semua. Doakan kami laki bini untuk terus bahagia, sihat dilimpahkan rezeki yang berkat. Aamiin.

Reaksi Warganet

Rosjuzuziana Jumaat Ali –
Bukan penulis je menangis.. Saya membaca pun menangis. Rasa terharu ditambah rasa kagum. Tulisan ni buat saya rasa lebih bersyukur dengan pasangan saya sendiri. Terima kasih kerana mengingatkan…

Zurina Zulkifli –
Tahniah confessor sebab hargai pasangan sebaiknya. Semoga murah rezeki buat TT yang sentiasa membantu suami.

Bila tt tafsirkan suami dia ni penyegan dan pendiam, terus saya teringat watak Shrek, kalau siapa siapa ikuti siri Shrek kita boleh tahu Shrek ni monster hijau yang tiada keyakinan diri disebabkan dia hijau dan tak hensem.

Tapi Princess Fiona yang banyak meyakinkan Shrek untuk jadi berani dan yakin. Princess Fiona sampai sanggup la berkorban tinggalkan istana dan jadi hijau.

Tak semua lelaki terus terus menjadi hebat melainkan dapat sokongan dari isteri yang memahami. tibe pula cerita pasal Shrek, haha

Nuraz Wan –
Rasanya, diawal perkahwinan, semua orang ada harapan yang tinggi pada pasangan. Sampai masa, bila kita dihempas ombak kehidupan kepantai realiti,kita mula sedar..

Ada orang dengan mudah menerima kenyataan, ada orang menerima separuh hati. Terima dengan rungutan. Ada yang langsung tidak dapat terima, dan rumh tangga berantakan.

Jodoh kita, adalah yang terbaik( ada juga yang tidak), kalau kita sanggup bertolak ansur dan saling melengkapi. Kita sendiri serba kekurangan, bagaimana mungkin kita layak dapat mr/ miss perfect..

Madamme Que –
Sebak baca, huhu. Boleh bayangkan betapa sayangnya suami dekat puan, cuba bahagiakan puan semampunya.

Dan baiknya hati puan yang pandai menghargai. Manis dan indah. Hidup dengan sentiasa rasa syukur.

Tahniah puan. Tak ada yang sempurna di dunia ni. Tapi kita saling melengkapi, kan? Bantu membantu.

Rasa ihsan dan empati dalam diri masing masing mencambahkan rasa cinta di hati.

Suami yang menghargai isteri, akan menjadikan isteri lebih taat dan hormat padanya. Bahkan makin cinta.

Biarpun tak punya harta, tapi hati bahagia.
Seadanya.

Semoga Allah limpahkan rezeki dan rahmat buat puan sekeluarga..dan bercinta hingga ke syurga.

Kan baik kisah kisah begini diangkat jadi drama.

Adlin Farahin –
Saya sorang je ke yang menangis baca. Semoga saling melengkapi dan terus bahagia ke jannah.

Betul, orang cakap suami tak perlu berharta sangat, paling penting ada sikap tanggungjawab dan timbang rasa.

2 sikap ni yang sebenarnya datangkan rasa hormat dan cinta daripada isteri. Nampak 2 benda ni kecik tapi skopnya besar.

Semoga Allah mudahkan sesiapa yang terkesan akibat pandemik ni.. Stay strong yuolls

Sumber – Kiambang (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *