Foto sekadar hiasan
Hai, aku Sakinah, aku tak tahulah kisah aku ni akan disiarkan ke tidak. Tapi aku cuba. Lately ni banyak juga orang post pasal pasangan yang kureng menyebabkan ramai juga anak dara takut nak kawin.
Aku berumur 30, 4 tahun kawin dan belum ada anak. Tahun ini insyaAllah. Suami aku sebaya aku. Taraf pendidikan tak sama, aku degree, dia sijil. Aku penjawat awam, dia juruteknik.
Dari segi kewangan, aku dah mention dari awal yang walaupun aku kerja kerajaan gred degree, tapi aku ada banyak hutang. Kereta, personal loan sebab tolong family dulu, bagi dekat parents 500 sebulan, duit gaji aku cukup cukup makan je walaupun aku seorang cikgu.
Dia, seorang juruteknik dengan gaji 3k sebulan. Tak ada komitmen selain bagi pada parents dalam 200 sebulan. Sebab adik beradik dia memang pakat bagi banyak tu. Pakai kereta second hand saga 1998 yang aircond masih sejuk hehe.
Aku terima dia seadanya, dia terima aku seadanya. Aku ni tak cantik, jadi bila ada orang ikhlas nak jadikan aku isteri, aku tanya parents aku, adik beradik aku, dia pun datang rumah aku. Benda tu jadi lurus dan mudah.
Lepas family aku approve dia, dia bawa aku jumpa family dia. Family dia approve aku.
Dia bawa mak dia jumpa mak aku.
Kemudian kami bertunang dan berkahwin. Ujian bertunang aku dengan dia, dia kena berhenti kerja. Elok lepas bertunang. Tak tahu masa tu nak rasa apa.
Cuma yang syukur, masa tu duit kawin dah cukup, sebab hantaran aku memang tak letak tinggi. Dan dia kebetulan dan belikan gelang emas untuk kawin, masa dia muda muda dulu. Saja beli katanya. (Aku rasa dia beli untuk ex dia tapi tak jadi. Hahaha)
Dah kawin, Dia berniaga jap dan kemudian dapat kerja balik. Aku mintak dia kerja supaya kami dapat duduk dekat. Dapat je offer letter, aku tahu gaji dia berapa. Kami terus plan kewangan keluarga.
Kami beli sebuah rumah, 60% dia bayar, 40% aku bayar. Lepas dia kawin dengan aku, aku nampak la dia tak ada duit walaupun dia kerja.
Aku cuma suruh juga dia simpan sikit, supaya jadi apa apa akan datang, ada tempat berpaut. Aku pula lepas kawin, makin banyak simpanan sebab makan dah ada orang tanggung.
Laki aku teruskan hidup dengan jimat cermat, kadang aku rasa bersalah juga. Dia cari baju untuk dia dekat kedai bundle. Baju RM2 sehelai. Baju aku pula, RM100 sepasang.
Kadang kadang, aku murahkan hati bawa dia pergi mall, paksa dia beli baju baru dan aku sanggup bayar. Kalau paksa dia pilih ni, memang drama dan kadang boleh bawa bergaduh. Sampai aku kena merajuk.
“Sayang nak tengok Abang pakai baju baru juga”, baru dia setuju ambil.
Dan dia memang sayang baju mall yang aku belikan untuk dia. Selalu pakai, jaga baik baik. Syahdunya laki aku ni.
Baju bundle dia, dia banyak pakai untuk kerja Tapi dia suka sebab baju bundle kain sedap, tak panas. Sampai aku pun suka pakai baju bundle sekarang kalau dekat rumah.
Baru ni, dia pergi bundle sorang sorang, aku memang jenis tak meminta, sebab aku tahu duit dia memang dah habis untuk family. Dia ada menyimpan juga sekarang sebab anak dah nak keluar. Aku cakap,
Anak sayang bagi susu, yang lain baju, pampers, pengasuh semua atas abang. Nanti kita buat kiraan semula. Kalau abang tak cukup baru sayang topup. Dan dia ok je. Sebab sekarang pun dia usaha simpan 1k sebulan.
Kebetulan OT dia banyak bulan ni, dekat 2k, dia pun nak raikan diri dia. Pergilah bundle. Dia suka sangat barang barang LV. Tapi mostly bag LV ni untuk perempuan, aku ni jenis tak minat sangat. Apalagi kalau yang ada jenama.
Tiba tiba dia balik, dia bagi aku beg LV bundle tu.
Sayang, nah untuk sayang, abang mampu bagi yang bundle je. Abang pun beli 1 beg untuk abang, duit baki OT abang, abang simpan untuk prepare beli barang baby nanti.
Pastu, dia beli aku kacang kacang mahal dekat mall, dia beli buah buah yang aku mengidam, aku boleh je beli sendiri. Tapi aku tak beli sebab aku tak nak ajar diri manja sangat.
Tapi tak sangka laki aku ingat aku suka sangat mempelam. Lepas tu, aku tengok dekat history phone dia. Dia google, “jenis kacang yang bagus untuk ibu mengandung”. Touching oo.
Sebab aku pernah cakap dekat dia, kalau ada benda abang tak tahu, abang taip je soalan dekat otak abang tu dekat google.
Air mata aku jatuh, walaupun laki aku bukan ustaz, sekolah pun tak pandai mana, nak bercakap pun tak pandai, tapi aku rasa sangat dia ikhlas sayangkan aku.
Walaupun beg LV tu harga dia RM40 je, tapi aku punya sayang dekat beg tu Allah je tahu.
Dia siap cakap, nanti sayang boleh la guna handbag ni pergi sekolah, cantik lagi beg ni.
Lepas aku kawin dengan laki aku, dari jiwa boros, aku jadi jiwa yang bersederhana, kalau aku nak beli apa apa yang mengarut, aku tetap tanya dia walaupun aku nak pakai duit aku. Dia banyak ubah life aku walaupun aku kononnya lagi educated dari dia.
Baru ni aku teringin nak beli set young living tu. Mula mula dia tak faham keperluan benda tu, lepas tu dia cakap. Belilah, abang bagi 500, sayang 250 boleh? Tup tup aku pula tak jadi nak beli. Sebab aku rasa, bukan keperluan lagi. Mungkin ada baby nanti propose lagi sekali.
Bila aku tak sihat, aku tak dapat bangun pagi. Aku cakap, abang, kita beli sarapan dekat luar je la ye? Dia cakap, sayang nak makan apa? Arini biar abang masak.
Tak tahu la kot kami sweet sebab masih berdua, tapi yang pasti dia selalu masakkan untuk aku. Dan bila aku masak, walaupun tak sedap. Dia cakap, sedap.. abang akan habiskan..
Dia bagitahu, masa dia kecil. Dia anak orang susah, setiap benda tu berharga. Dia tak berkenan tengok family aku suka membazir makanan, dan dia ingatkan aku. Jangan buang makanan macam tu. Belajar bajet memasak, jangan melampau lampau. Nanti kita bela kucing, makanan tak habis boleh bagi kucing makan.
Even dekat office dia pun, dia memang bagi makan kucing. Aku tahu dia bagi makan kucing. Sebab masa dekat mall tengok dia ambil banyak makanan kucing, aku tanya. Ni untuk kucing mana? Kucing dekat office abang. Segan aku dengan dia.
Tinggi sangat ke aku puji laki aku?
Aku cuma sayang dia, aku suka dia jujur dengan aku, telefon dia telefon aku. Akaun bank dia pun aku boleh akses. Cuma tac masih di telefon dia. Hehe.
Aku doakan, semoga rakan rakan yang masih bujang, jujur dalam berkawan, sebelum serius, tanya dulu semua apa yang perlu tahu. Kalau rasa tak dapat terima kekurangan dia. Undur diri cara baik.
Masih ada lelaki, lelaki yang baik diluar sana. Mentua yang baik, orang kampung yang biasa biasa. Mereka cuma orang biasa. Mungkin mereka tidak terlalu “kedepan” kerana rendah diri. Sebab pendidikan tak tinggi.
Kalau dekat kenduri, mungkin mereka duduk bahagian basuh pinggan. Tak pandai bergaul bercakap hebat dan tinggi, tapi baik sesama ahli keluarga.
Apapun, walau gaji kita lebih tinggi dari suami, letakkan dia sebagai “breadwinner” keluarga. Dari awal, direct dan bagitahu. Kita akan bantu, bantu dengan kesanggupan kita, bukan bantu ambil alih tugas dia sebagai suami.
Aku tak pasti cara aku ni betul ke tidak. Cuma untuk setakat ini, alhamdulillah aku tiada sangkaan pada suami dan aku harap dia pun bahagia beristerikan aku.
Semoga korang semua berjumpa jodoh yang baik baik juga. Aamiin.
Sekian….
Reaksi Warganet
Kloey Kloey –
Kalau bandingkan dengan level confession lepas lepas, suami confessor ni bukanlah suami biasa biasa. Tapi luar biasa.
Confessor nak kata yang lelaki pencinta wanita itu wujud. Saya setuju memang mereka wujud sebab saya punya seorang.
Untuk adik adik carilah yang begini kalau nak bahagia. Kalau yang narcissistic, curang, kaki betina, pau duit bini, pemalas, biawak etc. Buang saja dalam longkang. Tak berbaloi simpan.
Norbua NA –
Lelaki yang biasa biasa ni la lebih tau tanggungjawab dan sentiasa ada disisi isteri.
Bab beli baju bundle tu memang sepesen la. Kalau tak kita yang paksa, susah nak tengok suami pakai baju baru. Suami suami yang lebih lebihkan masa, tenaga dan wang untuk anak isteri daripada diri sendiri ni semoga Allah limpahkan kebaikan yang sangat besar di dunia dan akhirat
Hanil Rosli –
Ada kenal sepasang suami isteri ni, dua dua gaji lebih kurang. Tapu isteri dia rilek je bagi suami dia tanggung semua sampai kawan tu bawak bekal pergi keje nak jimat blanje.
Saya tertanya tanya jugak. Sanggup ke biarkan suami susah gitu. Ke macam ambik kesempatan? Sedangkan isteri mampu simpan 1k bersih sebulan
Hanan Hanani –
Alhamdulillah saya pun rasa benda yang sama. Sebab saya tak lawa bila ada orang nak tu rasa macam happy je and Alhamdulillah dah 3 tahun kawin.
Tapi tula hati manusia Allah yang pegang. Kot satu hari nanti dia bosan dengan saya atau dia jatuh cinta dengan orang lain atau diuji ex datang balik ke kan. Nauzubillah.
Cuma usaha saya setakat ni setiap kali masak and setiap kali lepas solat saya doa banyak banyak banyak supaya Allah tambah kasih sayang suami dekat saya, supaya Allah jaga hati suami saya dan dijauhkan daripada hidup bermadu. Huhu
Sumber – Sakinah (Bukan nama sebenar) via IIUMC