Bila isteri bunting pelamin, aku cuak. Duit xcukup. Aku pndang isteri, aku lihat mknan. Aku nekad

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum semua warga yang sedang membaca cerita aku ni. Aku perkenalkan diri aku sebagai Anuar, berumur 40 an. Biasa orang panggil abang Nuar je. Aku pembaca senyap dalam page ni, suka baca komen.

Terdetik di hati aku nak kongsi cerita dan sedikit teguran kepada kaum lelaki. Rata rata penghantar cerita dekat page ni mesti kaum wanita. Hangat sekarang dengan isu rumah tangga suami tak bagi nafkah, nak bercerrai dan sebagainya. Iya, aku baca komen.

Perlawanan memcari salah perempuan atau lelaki. Si A balas macam ni, si B balas macam tu sehingga lah salah seorang senyap. Yang lelaki dengan alasan perlu tolak ansur, berkongsi, ikut kemampuan dan sebagainya. Isu wanita, nafkah itu wajib diberi kan oleh suami.

Aku malas nak komen banyak mengenai wanita sebab memang lelaki wajib memberi nafkah semampu dan seadil nya kepada keluarga dan sifat mereka memang lembut.

Balik kepada cerita aku. Aku kahwin muda, gaji tak berapa tinggi pun. Isteri lagi banyak gaji dari aku. Aku mampu menyediakan selengkapnya semampu untuk isteri selesa, Alhamdulillah isteri aku terima. Isteri bunting pelamin, aku dah menggelabah duit ada tak dan sebagainya..

Isteri bersetuju untuk menambah menolong aku mengenai perbelanjaan anak. Aku lega. Aku tau kenapa dia boleh bertolak ansur, sebab dia sayang aku. Aku ni suami dia, jadi dia sanggup berkongsi pada waktu tu.

Dah tengah isteri mengandung aku pandang dia, aku pandang makanan aku makan, duit dia ni. Apa dia teringin kebanyakan dia beli. Sebab duit aku ada cukup cukup untuk rumah, balik kerja bagi mak aku sikit.

Aku boleh je kalau nak marah dia kalau dia teringin apa apa suruh je dia makan benda aku mampu sedia..

Tapi, zalim aku menidak kan keinginan dia sebagai manusia yang mempunyai nfsu. Sedang kan kita juga tak mengandung nak makan benda lain dari lain. Jangan nak tipu.

Iya, dia redha, dia masih bersyukur dengan apa yang aku dapat sediakan. Tapi aku sebagai lelaki tercabar ego aku. Isteri aku makan makanan dia beli guna duit dia, aku makan makanan depan aku ni guna duit dia usaha. Sepatutnya aku yang kena sedia kan, lagi lagi dia mengandung zuriat aku.

Aku tak merasai nikmat dimana aku dapat memenuhi keinginan Ratu hati aku. Sejak dari tu aku niat sungguh sungguh nak cari rezeki lebih, nak bagi anak anak dan Ratu aku selesa. Dia selayak nya dapat apa yang aku usaha.

Aku cari kerja partime dalam bidang hartanah. Jual sana sini. Susah tuan /puan mula mula. Tapi aku tak berputus asa. Tiap tiap hari aku minta mak aku doakan, isteri aku doakan sebab aku yakin niat aku baik.. Allah sayang, Allah akan tolong aku.

Aku bercita cita nak anak anak aku bangga dengan aku. Hasil pertama aku bawak balik, isteri aku peluk cakap terima kasih sebab berusaha. Dia menangis bukan sebab gembira ada duit, dia gembira sebab aku tak putus asa nak perbaiki keadaan hidup yang bakal mendatang.

Duit hasil aku simpan, keluar sikit nak belanja dia dan anak aku. Tersenyum dapat baju baru, kasut baru.. Baju anak, semua lengkap. Puas hati aku sebagai seorang suami dan ayah. Nikmat tak terkata. Keinginan kan nak baju baru? Biar.. Sebab mereka perempuan, suka benda cantik.

Lagipun isteri aku, aku nak tengok dia berseri. Mungkin ada orang kata aku bertuah, aku tak nak fikir banyak.. Sebab apa yang aku hadap pun bukan senang. Susah, cuma kecekalan aku dan usaha, tawakal, doa, niat yang baik.. Allah merahmati aku. Alhamdulillah.

Isteri aku berperang dengan maut nak lahir kan penyambung keturunan Anuar, tak ternilai apa dia buat nak dibandingkan dengan usaha aku.

Terus berusaha jatuh bangun. Ada bulan tak ada langsung. Ada ujian, ada rezeki aku tetap simpan. Aku bagi dia bonus kalau kalau ada nafkah aku yang hutang dengan dia.

Aku bagi dekat mak aku lebih dari dulu, mak aku peluk aku kuat kuat. Dia cakap alhamdulillah, anak mak suami yang baik.. Menitik juga air mata aku ni.

Sebab mak aku tahu dekat mana titik mula aku berusaha cari rezeki ni. Aku sayang dia sepenuh hati aku, isteri yang taat dan patuh untuk aku. Kenapa isteri aku masih bekerja walaupun sehingga tahap sekarang boleh je dia tak kerja?

Sebab dia manusia, dia ada cita cita. Hidup manusia tanpa cita cita apa erti nya? Biarlah dia menjadi kan kerja itu satu ibadah juga untuk dia bantu keluarga dia, bantu orang susah, bantu adik beradik dia dan bayar zakat.

Betul, yang terbaik isteri berada dirumah lelaki yang bekerja mencari nafkah. Tapi macam aku cakap di atas tadi, niat dia bekerja ada banyak dan aku izin kan.

Pada umur aku sekarang ini, aku dah ada 3 orang anak. Aku boleh selesa dengan keadaan aku macam awal kahwin dulu suruh isteri aku redha, bersyukur semampunya.. tak naik pangkat, tak lompat kerja..

Boleh juga aku bagi anak anak aku makan telur je, sambil meleleh air liur nampak kawan makan benda sedap sedap, boleh juga aku selesa sebab isteri aku rela berkongsi nafkah untuk anak anak dengan aku.

Kalau aku stay sahaja di tempat yang sama, aku boleh rileks balik kerja 8-5pm, lepak bersama kawan kawan, lepas tu balik la dekat rumah flat aku.

Mungkin juga aku boleh juga suruh isteri aku berhenti kerja hadap lah dengan gaji RM1500 aku dengan tak ada usaha sampai anak anak dah besar.

Tapi tak tergamak aku nak bagi mereka tiada kenderaan, bersusah payah teruk teruk disebab kan sikap pemalas aku tak nak cuba mencari rezeki lebih.

Aku boleh juga beralasan bising dekat isteri aku kenapa Kahwin dengan aku walaupun gaji aku rendah, boleh.. Banyak alasan aku boleh bagi. Mungkin anak anak aku tak dapat pembelajaran secukup nya yang sepatut aku berikan. Tapi aku tak nak.

Aku tak nak satu hari keturunan aku ada keturunan tak berusaha, pemalas, memberi alasan yang banyak lahir lelaki tak berkualiti. Sebab aku ni bapak orang, suami orang..

Kalau 10% untuk diri aku bahagia, lagi 90% kebahagian aku datang dari keluarga kecil aku.. sangat sangat nikmat Allah bagi kepada aku.

Tapi aku lelaki, aku ni ada tanggung jawab besar. Tak kan dengan alasan isteri boleh berkongsi, bersyukur, redha dengan kemampuan aku masa itu..

Aku nak goyang kaki tak ada kemajuan dalam hidup. Toleh ke kiri kawan kawan dah maju, rezeki lebih tolong orang sana sini. Toleh kanan kawan kawan dah bawa isteri, ibu, adik beradik jalan jalan. Sedekah pada keluarga.

Mereka semua ini berusaha, bukan terus berharta.. Berkat tidak putus asa. Lelaki beralasan akan bagi ayat jangan banding kan hidup kita dengan orang apabila dia nampak kawan dia berusaha macam nak mati.

Pelik kan, bila orang berusaha tak nak ikut, tapi bila nampak orang ‘dia boleh hidup macam biasa sahaja’ nak ikut.

Nak sedap kan hati sendiri. Berapa ramai kalau tengok sekarang anak muda tak kahwin lagi buat part time, meniaga burger, jualan di alam maya, trade saham. Dulu tak banyak peluang, sekarang siap dah ada jalan. Masih tak nak berusaha.

Rata rata komen lelaki, seperti dengki dengan orang perempuan. Seperti tak nak terima lelaki memang banyak tanggung jawab. Abang abang.. Kau tu lelaki, Allah tu adil, Pemberi rezeki, Bijaksana, Pemurah.. Cuba cari jalan.. Rasa nikmat menjalankan tanggungjawab.

Hidup kena ada cita cita, jangan sentiasa selesa berada ditakuk lama. Yang baru 20 an dah kahwin, awal awal lagi dah keluar ayat agama, hadis, perkataan redha, bersyukur dan sebagainya dekat isteri.. Malu sikit bang.. Ada sebab kenapa Allah jadi kan kau lelaki, kalau isteri nak ungkit boleh sahaja.

Tapi sebab dia sayang keluarga dia pendam sampai bernanah. Disulami pula dengan ayat ayat bersedekah kepada keluarga, ringan kan beban dan sebagainya… Anda nampak suami orang bagi keselesaan kepada keluarga tak nak ikut atau bertanya tips pula.

Jangan dengar cakap orang sekeliling yang suka romantik kan kesusahan, sehingga kau pun termakan dengan idea itu.

Untuk pengetahuan kamu semua, lelaki lelaki yang berusaha, yang kuat cari rezeki ni tak ambil kisah pasal family orang lain pun. Tak ada dia nak komen lebih lebih, dibaca, dia tutup. Sebab dia tau komen tu semua useless.

Jangan nanti besar sampai anak cakap bapak makan tidur je dekat rumah, ’mak yang beli baju saya, nasi saya, duit belanja sekolah’.. Panjang lagi perjalanan tu. Berusaha bahagia kan keluarga kecil kamu, jangan selesa dalam hidup dan beralasan.

Dunia ni ladang pahala. Jadi lah suami yang isteri boleh hormat dan pandang. Kalau betul betul tiada jalan keluar, tolong lah isteri dengan pelbagai cara. Allah lah sebaik baik pemberi rezeki.

Doakan saya dan Ratu saya Salma berbahagia sehingga ke syurga. Minggu depan ni ulang tahun perkahwinan kami yang ke 24 tahun. Sekian dari Abang Nuar.

Reaksi Warganet

Alia Nara –
The best confession ever! Tahniah encik. Saya sungguh bangga dengan anda. Didoakan encik dilimpahi keberkatan dunia dan akhirat.

Setiap kepenatan, titik peluh kamu mencari rezeki yang halal dan berkat untuk keluarga akan menjadi saksi di akhirat. Semoga mendapat Jannatul Firdaus

Nur Daliana Razali –
Nangis saya baca confession ni. Sebab saya percaya lelaki ni golongan yang kuat dan mampu buat macam macam.

Tapi lelaki sekarang banyak yang bagi alasan sebelum start berusaha. Kalau ada kemahuan nak majukan diri, Allah mesti tolong. Sebab tu kalau dapat suami tak bertanggungjawab, perempuan lagi sanggup sendiri or jadi ibu tunggal.

Sebab tak larat nak layan tanggungjawab yang banyak. Jaga diri sendiri pun dah susah. Saya doakan abang nuar bahagia hingga ke jannah dan kehidupan dengan keluarga diberkati.

Sharifah Noor Ain –
“Boleh juga aku bagi anak anak aku makan telur je, sambil meleleh air liur nampak kawan makan benda sedap sedap”

Bila baca ayat ni teringat kata seorang kakak yang dah kahwin, dia pesan jangan menidakkan hak anak.. bila dapat gaji kena bawa anak-anak makan KFC/MCD walaupun sebulan sekali , dia pesan walaupun saya tak kahwin lagi

Btw, Tahniah confessor , semoga dengan usaha keras confessor gembirakan hati keluarga menjadi asbab dipermudahkan jalan ke syurgaNya

Ann Fardan –
Yang saya tak faham, Ramai ibu tunggal boleh pulak susah payah buat dua tiga kerja. Demi nak sempurna kan hidup anak anak. Sampai senang cukup makan pakai lengkap segalanya.

Tapi yang suami suami orang ni, anak dekat umah makan pakai tak cukup. Bini terpaksa meminta sana sini. Puncanya? Ramai jantan PEMALAS!!..

Tahniah Tuan sebab jadu suami yang berjiwa pahlawan demi anak isteri. Sama macam abah saya tidak pernah kata tidak demi kami dan emak kami. Minggu depan anniversary mereka yang ke 44 tahun in sha Allah..

Nabilah Othman –
“Iya, dia redha, dia masih bersyukur dengan apa yg aku dapat sediakn. Tapi aku sebagai lelaki tercabar ego aku. Isteri aku makan makanan dia beli guna duit dia, aku makan makanan depan aku ni guna duit dia usaha. Sepatutnya aku yang kena sedia kan, lagi lagi dia mengandung zuriat aku.”

Ya, ini lah sifat lelaki sejati. Yang kalau boleh tak nak makan duit perempuan. Pride seorang lelaki sejati adalah bila dia dapat provide untuk anak isteri tanggungan dia.

Sumber – Abang Anuar (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *