Umur aku 2 thn, ibu dicerraikan. Ibu difitnah. Tp cara ibu bls dendam, benar2 buat aku kagum

Foto sekadar hiasan

Assalamualaikum.. Namaku Aina. Berumur 28 tahun. Bekerja sebagai doctor disebuah Hospital Kerajaan. Belum berkahwin. Masih single dan masih tidak bersedia untuk berkenalan dengan sesiapa pun.

Ya, tiada istilah berkenalan dengan mana mana lelaki dalam hidup aku selama ini. Hidup aku cuma ada ibu, nenek dan wan.

Mungkin kerana rasa trauma yang aku hadapi kerana ditinggalkan ayah sewaktu masih kecil. Mungkin juga kerana hati sendiri yang tidak percaya tentang cinta seorang lelaki.

Banyak kemungkinan yang membelenggu diri ini dan aku berdoa agar suatu hari nanti Allah akan temukan aku dengan cinta yang membuatkan aku percaya bahawa lelaki yang baik itu memang wujud. Yang penting kita dahulu yang perlu berusaha menjadi orang yang baik.

Aku dibesarkan oleh seorang ibu yang sangat cekal jiwanya. Yang kuat semangatnya, yang tidak kenal erti putus asa, yang tidak tahu mengalah dengan apa keadaan sekalipun.

Ibu lulusan universiti tempatan, memiliki ijazah sarjana dalam bidang pengurusan, punya perniagaan yang berjaya. Segala apa yang ibu ada hari ini adalah “Balas dendam” yang dipendam kerana apa yang telah dilakukan oleh aruwah ayah dan keluarganya dulu sehingga ibu dicerraikan.

Tapi cara ibu membalas dendam benar benar buat aku kagum kerana ibu bangkit mencipta kejayaan untuk dirinya sendiri bukan membalas kejahatan dengan kejahatan.

Ibu dan arwah ayah berpisah ketika umur aku 2 tahun dan bermula dari saat itu aku melihat segala usaha baik ibu untuk membesarkan aku. Bagaimana ibu sedaya upaya untuk melengkapkan segala keperluan aku. Memastikan segalanya tidak ada yang kurang dan tidak ada cacat celanya.

Ayah, walaupun memegang jawatan yang agak tinggi dalam kerajaan, tapi ayah hanya memberi sejumlah wang atau nafkah yang sama sekali tidak cukup.

Sehinggakan ibu terpaksa menukar susu aku kepada susu yang paling murah ketika itu. Ibu tidak bekerja selepas berkahwin dengan ayah.

Walaupun ibu mempunyai taraf pendidikan yang tinggi dan memegang jawatan yang tinggi dalam syarikat sebelum berkahwin tetapi selepas berkahwin ibu menjadi suri rumah atas permintaan ayah.

Jadi ibu akur dan saat ibu ditinggalkan, ibu hanya ada aku dan kereta yang dibeli sebelum berkahwin dengan arwah Ayah. Ibu menumpang dirumah nenek dan wan kerana ibu tidak ada wang untuk menyewa rumah.

Dari situ ibu memulakan perniagaan kecil kecilan sehinggalah ibu berjaya mengembangkan perniagaannya ke serata pelusuk semenanjung Malaysia.

Ketika umurku 4 tahun, ayah telah berkahwin dengan pilihan keluarganya. Walaupun ibu pernah memujuk Ayah untuk kembali bersama demi aku, tapi Ayah tetap memilih untuk tidak memperdulikan hati aku dan ibu.

Ayah setuju untuk berkahwin kerana dia percaya bahawa pilihan keluarganya adalah pilihan yang tepat, sedangkan ibu adalah pilihannya yang salah.

Walaupun ketika dia sakit bertahun lamanya, ibu yang setia menjaga ayah. Ibu juga yang menjadi pendukung dia paling kuat sehingga dia berjaya memegang jawatan di sektor kerajaan.

Tapi segala kebaikan ibu dia lupa kerana termakan hasutan keluarga yang mengatakan ibu melakukan perbuatan jahat dibelakang ayah.

Selepas Ayah berkahwin lain, dia langsung tidak memperdulikan aku. Tidak pernah bertanya hal dan khabarku kepada ibu.

Hanya duit RM250 yang dikirim setiap bulan sedangkan ketika itu gaji Ayah mencecah 5k. Ibu langsung tidak marah dengan jumlah tersebut. Bagi ibu Itu adalah rezeki dari Allah.

Apabila ibu sudah stabil, ibu jadikan duit yang diberi oleh ayah sebagai simpanan aku. Sehingga hari ini aku terlalu tawar hati untuk menggunakan duit yang diberi oleh Ayah walaupun duit itu sempat Ayah beri pada aku sehingga umurku 12 tahun kerana selepas Itu Ayah pergi untuk selamanya.

Bagi aku, untuk apa Ayah beri duit tapi Tak pernah berusaha untuk mempertahankan aku sebagai anaknya semasa hayat beliau.

Isteri kedua aruwah Ayah semenangnya tidak pernah suka aku dan ibu. Ada saja yang dia akan lakukan untuk menyakiti hati ibu.

Selepas Ayah meninggal dunia, habis saja edah, dia terus berkahwin lagi. Walaupun aku Baru berumur 12 tahun tetapi aku memahami banyak perkara yang berlaku.

Duit pencen dan duit hadiah Ayah dibolot oleh keluarga ayah dan isteri kedua Ayah. Walaupun dalam Duit yang Ayah tinggalkan ada hak aku, tapi hak tersebut tidak diberikan kepada aku bahkan mereka menghina ibu mengatakan ibu mahukan bahagian aku untuk berjoli.

Dan mereka juga menuduh ibu menjadi penyebab kematian Ayah memandangkan ayah mengidap penyakit misteri selama berbulan lamanya. Aku lihat ibu tetap tenang.

Sepanjang ibu membesarkan aku, susah untuk aku lihat ibu membalas apa yang orang lain lakukan kepadanya.

Walau keluarga ayah berusaha menjatuhkan ibu, tapi ibu tetap meneruskan usahanya untuk berjaya. Dihina, dicaci, dimaki ibu tetapi diam dan meneruskan usahanya. Aku benar benar kagum dengan ibu.

Aku masih ingat, sebulan sebelum Ayah jatuh sakit, Ayah datang bertemu ibu dan aku. Ayah meminta maaf kerana telah mengsia siakan kami selama ini dan dia juga mengaku bahawa dia sudah tahu bahawa segala apa yang diberitahu oleh keluarganya tentang ibu adalah fitnah semata mata.

Ayah ada memujuk ibu untuk bersatu kembali tapi mengenangkan status Ayah ialah suami orang, ibu meminta untuk Ayah melupakan hasrat hatinya.

Ibu tidak setuju apabila Ayah ingin mencerraikan isterinya. Walaupun Ayah ada memberitahu bahawa dia tidak bahagia. Namun ibu tetap bertegas dengan keputusan bahawa tidak akan kembali sebagai isteri Ayah.

Bagi ibu, Ayah telah membuang dirinya untuk selamanya dan dia juga hilang rasa percaya dengan Ayah.

Ayah pernah memburukkan dirinya satu ketika dahulu dan Hari ini dia memburukkan pula isterinya sendiri walaupun apa yang dikatakan Ayah tentang isteri barunya adalah benar. Bagi ibu cukuplah sekali hatinya disiksa.

Sebulan selepas Itu, Ayah dikhabarkan telah jatuh sakit. Aku tengok ibu sedih tapi ibu cuba sembunyikan rasa hatinya.

Ibu tidak membawa aku untuk melawat Ayah walaupun Ayah ada meminta bantuan rakanya untuk memaklumkan kepada ibu supaya membawa aku untuk berjumpa denganya. Memandangkan aku satu satunya anak Ayah.

Tapi disebabkan keluarga Ayah telah memberi amaran terlebih dahulu kepada ibu, ibu terpaksa akur. Ibu tidak mahu mengeruhkan keadaan memandangkan Ayah juga sedang sakit. Setiap hari ibu akan mengajak aku untuk melakukan solat hajat dan bacaan yassin untuk Ayah.

Ibu langsung tidak berdendam dengan Ayah. Ibu tidak bercerita kepada aku tentang apa yang pernah dia terima dari Ayah dan keluarga Ayah. Tapi ibu dan bapa saudara sebelah ibu, nek dan wan sebelah ibu pernah bercerita kepada aku tentang apa yang telah ibu lalui.

Aku Menangis mengenangkan segala penderitaan yang ibu terima. Mujurlah ada keluarga ibu yang selalu membantu ibu ketika itu.

Sikap ibu yang selalu berkongsi tentang kebaikan Ayah dan selalu berkongsi kenangan sewaktu kami bersama membuatkan aku sendiri tidak pernah berdendam dengan Ayah. Cuma aku sebagai anak rasa terkilan dengan apa yang berlaku.

Pada hari ayah meninggal, ibu nekad membawa aku walaupun ketika sampai di depan rumah atok dan nenek ibu dimaki dihina dihadapan orang ramai.

Ibu tetap tenang dan membawa aku masuk untuk melihat Ayah buat kali terakhir. Tidak sampai 10minit kami disitu, kami ditolak keluar dengan kasar. Walaupun aku tidak sempat melihat jnazah dimandi dan dikafankan, tapi aku bersyukur dapat melihat Ayah buat kali terakhir.

Kejutan aku dan ibu dapat selepas kematian Ayah, rupanya Ayah ada mengambil insurance. Walaupun aku tidak mendapat satu sen pun dari Duit pencen dan hadiah Ayah, tapi duit insurance Ayah telah hibahkan kepada aku dan ibu ketika dia sakit.

Ayah tidak menghibahkan wang tersebut kepada isterinya kerana ketika Itu Ayah sudah tahu bahawa isterinya berlaku curang.

Ayah juga tidak menghibahkan kepada keluarganya kerana Ayah tahu aku tidak akan berpeluang untuk merasa duit pencen dan hadiah Ayah kelak. Wang insurance sebanyak 200k, 100k untuk aku dan 100k untuk ibu.

Mengikut Surat yang ditulis oleh Ayah, hibah untuk ibu adalah hadiah kerana ibu berjaya menjadi isteri yang taat kepada Ayah dahulu dan sebagai tebusan keatas kesalahan yang dilakukan oleh Ayah kepada ibu.

Untuk bahagian ibu, ibu berikan 50k kepada nenek dan wan sebelah Ayah. Walaupun mereka melakukan bermacam macam perkara pada ibu, ibu tetap mengatakan bahawa nenek dan wan punya Hak kerana telah bersusah payah membesarkan Ayah.

Ibu mengambil sejumlah wang dari bahagian yang tinggal untuk diinfakkan kerumah anak yatim, orang miskin dan pusat tahfiz. Ibu sudah ada wang sendiri. Bagi ibu biarkan wang yang Ayah berikan kepada dia, dia gunakan sebagai bekalan Ayah di Alam Sana.

Kepada ibu, ibu adalah ibu yang hebat dunia akhirat. Ibu berjaya mendidik aku menjadi seorang doctor, menjadi seorang hafizah. Cita cita ibu ingin melihat aku menghafal alquran sudah tertunai.

Doa ibu supaya aku berjaya menjadi orang yang berjasa kepada agama, bangsa dan negara telah Allah makbulkan kerana hari ini tugasku sebagai Doctor.

Semoga Allah sentiasa menjaga ibu. Untuk Aruwah ayah. Terima Kasih kerana pernah menjadi Ayah yang baik untuk Aina. Aina sedaya upaya akan menjaga ibu untuk Ayah. Ini janji Aina pda Ayah. Semoga Kita semua bertemu di jannah Allah kelak.

Ikhlas dari seorang anak, Nur Aina.

Reaksi Warganet

AsghAree Khan –
Kenapa ada manusia yang sanggup rosakkan kebahagian anak menantu sendiri. Dan mengabaikan cucu dari drah daging sendiri.
Hitamnya hati mereka..

Ekin Abdulmajid –
Sakitnya hatiii baca. Sebab tu ujian tu untuk doc aina dengan ibu dia. Sebab Allah tahu ibu doc aina mampu, boleh hadapi.

Kalau aku, matilanak family bapak tu aku kerja kan. Geram nya baca…

Peah Peah –
Aina beruntung mempunyai ibu yang tabah dan hebat. Mampu mendidik Aina menjadi seorang hamba Allah yg berjaya, walaupun dia sendiri melalui pengalaman yang perit dan pedih.

Raya Ali –
Hidup seperti roda. Diwaktu sihat ada segalanya masih bertenaga boleh buat apa saja untuk menyakiti mengkhianati orang. Yang jahat, yang dikhianati sama macam orang lain bukannya tak pandai berdoa..

Bila sudah sakit, orang yang dibuang itu juga yang diingat, yang disuruh sampai kan kabar. Saat tu baru lah terbuka mata yang dianggap begitu begini itulah yang sebenarnya lebih ikhlas, lebih ada perasaan perihatin berbanding orang yang dalam hatinya takut kehilangan duit duit duit!.

Begitulah kalau dihati ada perasaan tamak!. Akhirnya menyesal sendiri. Tak heran ramai yang begitu!

Tahniah buat ibu dan anak ini. Yang membuktikan boleh hidup berdua tanpa pihak sebelah sana tu. Orang buat jahat pun tetap sabar. Bersyukur dengan kehidupan seadanya.. Biar orang buat jahat tak dibalas akhirnya pihak sana juga yang malu sendiri..

Sumber – Nur Aina (Bukan nama sebenar) via IIUMC

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *